Showing posts with label special edition. Show all posts
Showing posts with label special edition. Show all posts

KAU YANG PUNYA ~ Nueen Teratak Kasih


KAU YANG PUNYA ~ Nueen Teratak Kasih
BUKU BARU. BAKI STOK TERHAD. HABIS TIADA REPRINT.
HARGA RM40 SM / RM48 SS
termasuk postage

Tinggal berjiran dengan Norra Aishah, membuatkan hubungan Rizal Khusairi dengan Norra Aishah menjadi terlalu rapat. Tiada rahsia antara mereka bedua. Hubungan keluarga mereka juga rapat.
Rizal Khusairi sebenarnya telah lama menyimpan rasa cinta buat Norra Aishah namun kerana persahabatan yang akrab, dia gagal meluah rasa. Pelbagai hint sudah Rizal Khusairi lakukan namun Norra Aishah tetap gagal memahami maksud setiap hint yang Rizal Khusairi berikan.
Sehinggalah muncul Doktor Irwan sahabat baik Rizal Khusairi di antara mereka. Doktor Irwan tiba-tiba menunjuk minat terhadap Norra Aishah. Norra Aishah pula memberi maklum balas yang menyenangkan.
Rizal Khusairi beralah demi kebahagian orang yang dia sayang. Dia menjauhkan diri daripada Norra Aishah untuk memberi laluan kepda Doktor Irwan.
Ketiadaan Rizal Khusairi membuatkan Norra Aishah hilang sesuatu. Dia mula rindukan Rizal Khusairi. Dan akhirnya dia sedar ada sesuatu di antara mereka berdua. Mungkinkah cinta?
atau

TERIMA KASIH BEB

SPECIAL EDITION
TERIMA KASIH BEB
RM30.00 SEM / RM33.00 SS
poslaju RM8 SM / SS
“Ya Datin, boleh saya bantu?” sapa Luqman sebaik sahaja dia tiba di situ. Datin-Datin itu tersenyum dan berpandangan sesama sendiri.
“Wow... tak sangka chef di kafe ni sangat kacak!” ujar salah seorang daripada mereka yang lebih muda. Luqman mengerling kepada Amy yang sudah menarik muka masam.
“Terima kasih Datin. Saya biasa saja. Taklah kacak, cuma manis tu ada.” Luqman memberikan senyum yang paling manis kepada kumpulan wanita itu.
“You nampak tak lesung pipit dia? I geram betul! Rasa macam nak gigit-gigit.” Ujar Datin yang berpunggung lebar itu dengan menggedik. Telinga Amy seperti nak terbakar dibuatnya.
“Nama you apa ya?” soal mereka lagi.
“Saya, Luqman.” Luqman masih tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Amy.
“Hmmm... kalau begitu,I panggil you Luq. Boleh?”
“Apa-apa pun tak apa, Datin.” Jawab Luqman menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
“Maafkan saya ya, Datin, Luqman ada kerja di belakang.” Amy yang sudah berasa panas melingas, terus menarik lengan Luqman masuk ke dapur. Sampai sahaja di dapur, Amy terus mencubit pinggang Luqman kuat-kuat.

“Kenapa ni?” Luqman menggosok-gosok pinggangnya yang pedih akibat menerima cubitan.
“Gatal ya?” soal Amy geram.
“Mana ada…” jawab Luqman dengan leret suaranya.

“Dah teringin sangat nak jadi anak ikan ke?” muka Amy sudah merah padam. Luqman ketawa besar mendengar ayat itu.
“Awak ketawa bersungguh-sungguh sangat ni kenapa?”
“Kenapa marah sangat ni…” soal Luqman persis memujuk.
“Saya tak suka! Tak suka ! Tak sukalah!!!” marah Amy. Luqman menyambung ketawa lagi.
“Kenapa pulak?” soal Luqman. Sengaja dia berbuat begitu. Mahu tahu isi hati Amy terhadapnya.
“Saya cemburu tau!Tengok mereka pegang dada awak, tangan awak, pipi awak, tunjuk senyum gatal dengan awak! Ingat saya suka sangat ke?” marah Amy lagi. Mukanya sudah bagai udang dibakar. Dadanya berombak.
“Cik Amy cemburu mengalahkan saya ni hak milik Cik Amy.” Duga Luqman lagi.
“Ya, memang pun. Awak milik saya! Saya tak suka orang lain pegang''...

KOMBO JEN NJ

READY STOK TERHAD
SUAMIKU MR SPICY 2 LIMITED EDITION
KEKASIH HALAL EKSPRES SPECIAL EDITION
LIMITED EDITION
Blurb Suamiku...Mr Spicy 2
***
Noah dan Farihan menjalani kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang dilimpahi kebahagiaan. Semua yang telah berlaku untuk kehidupan sebelumnya banyak mengajar mereka agar saling menghargai. 

Kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan. Farihan terjerat dalam situasi yang tak dijangka oleh fikirannya. Kemunculan kembali seorang emak dan kekasih wanita itu yang pernah meninggalkan hutang kepada keluarganya membuatkan hidupnya mula huru hara. 

Noah bukan lelaki yang penyabar apabila dia diuji dengan kehilangan insan yang dia sayang. Dia kembali menjadi lelaki yang pedas dalam setiap tindakan. Demi orang yang dia sayang, dia sanggup menjadi racun kepada sesiapa sahaja yang dirasakan tak berguna kepadanya. 

Mencintai Farihan sudah seiring dengan nafasnya. Ada yang sengaja mencari hal, manusia itu akan menyesal. Cintanya selalu membara. Kerana dia insan yang mencintai dengan penuh setia.

“Sayang tak nak abang berubah jadi diri abang yang dulu. Kita terima takdir ni sebagai ujian untuk kita hargai hidup ni sama-sama.”- Farihan

“Bagi abang masa untuk damaikan kembali cinta kita. Biar semua parasit tu tak wujud lagi sampai bila-bila.” - Noah

Sekali mencintai, dia boleh menentang apa pun dengan auranya. Apa yang dirampas dia berikan pembalasan dengan caranya. Cuma satu yang dia cuba untuk menerima. 

“Tiada yang hilang bila ia kembali ke tangan Tuhan.”
************************
SPECIAL EDITION
BUKU AGAK TEBAL
Blurb Kekasih Halal Ekspres. 
Setiap orang mahukan hak untuk memilih pasangan hidup. Setelah kehilangan tunang, Azifa Ilani turut sama kehilangan hak untuk menentukan siapa yang menjadi suaminya. Kerana memegang kuasa wali kepada Azifa Ilani, abangnya menikahkan dia secara paksa. Hati yang telah hancur direjam bertubi-tubi dengan ujian. 

Dia menjadi wanita beku. Dingin dengan suami sendiri. Puas dipujuk, puas dirayu, Azhad Zairy tidak pernah dipandang. Hanya memegang nama sebagai suami yang tidak pernah mendapat hak yang selayaknya. 

Kemunculan Nizam membuatkan jiwa Azifa Ilani yang koyak rabak semakin tercarik. Saat pertama kali terpandang wajah lelaki itu, dia hampir pitam. Wajah yang serupa dan seiras dengan arwah tunang kini berada di depan mata. Ujian apa lagi yang perlu dia hadap? Dia ampuh. Cuba melarikan diri dari segala-galanya. Tapi... Makin jauh dia pergi... Dia tetap terperangkap dalam bayangan realiti. 

"Meminta dengan cara mendesak, itu paksaan. Hati ni dah hancur. Susah saya nak redha dengan ujian ni "- Azifa Ilani. 

"Bagilah abang peluang untuk bahagiakan sayang." - Azhad Zairy. 

"Sakit ni bukan percuma. Perlukan bayaran. Hati ni takkan menyerah dengan ujian." - Nizam. 

Banyak hati yang terkoyak dengan jalan yang perlu mereka terima. Semuanya merangkak perlahan-lahan dan masuk dalam jubah kehidupan yang perlu mereka tempuh.Cuma satu perkara yang harus mereka sedar... 

Mereka tidak boleh menidakkan takdir. 

NOVEL CINTA SUCI SPECIAL EDITION


NOVEL CINTA SUCI (SPECIAL EDITION)
PRE ORDER
cetak mengikut berapa order ketika preorder dibuka sahaja.
NCSSE(gabungan NCS1+2) hanya boleh diorder dalam tempoh preorder sahaja.
Once preorder close, no more NCSSE.

Last date preorder 28/2/2018
HARGA RM78.00 SEM / RM80.00 SS
termasuk poslaju
-
SINOPSIS NOVEL CINTA SUCI
Asyiknya kisah bahagia yang terlakar di dalam novel-novel cinta. Begitulah juga asyiknya cinta Suci Arianna terhadap lelaki pertama yang menakluk hatinya, Dr. Harazz Hidayat. Betapa dia mengharapkan untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu sehinggakan dia mengabadikan impian cinta mereka di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’ dan mengharapkan segalanya bakal menjadi kenyataan.


Hakikatnya, kisah cinta dunia nyata tidak seindah kisah cinta dongeng dalam novel tulisannya. Dr. Harazz Hidayat meninggalkan Suci Arianna dalam sekelip mata. Tanpa sebab. Tanpa alasan. Tanpa punca.

“Sayang, terima kasih sebab sudi bagi peluang pada abang. Abang akan buktikan pilihan Suci tak salah. Abang akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup Suci. Abang janji, Suci tak akan menyesal.” – Zarul Rezza.

Tuluskah huluran cinta Zarul Rezza? Lelaki yang selama ini Suci Arianna anggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Aku tak peduli. Dan aku rasa kau tak bodoh untuk tahu betapa berdosanya seorang isteri minta cerai dari suami tanpa sebab. Dan kau kena ingat, dosa seorang isteri yang mencintai lelaki lain selain suaminya yang sah. Aku akan tunaikan semua tanggungjawab aku sebagai suami dan aku akan penuhi segala hak kau sebagai isteri. So… tak ada alasan lagi untuk kau minta aku jatuhkan talak.” – Zarel Razzi.

Atas kehendak Ilahi, lelaki yang selama ini membenci Suci Arianna sepenuh hati akhirnya memegang hak mutlak sebagai seorang suami ke atas diri gadis itu.

"Saya pernah hilang awak sekali, Suci. Dan saya sedang kehilangan awak buat kali yang kedua. Saya tak sanggup untuk kali yang ketiga. Saya akan tunggu awak. Tak kisah berapa lama pun. Tak peduli dalam keadaan apa sekalipun. Sebab sejak dari kali pertama saya jumpa awak, saya tau awaklah gadis yang Dia takdirkan untuk saya.” – Dr. Harazz Hidayat.

Akan tercapaikah impian Suci Arianna dan Dr. Harazz Hidayat untuk bersama seperti yang tertulis di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’? 

Temui segala jawapannya di dalam NOVEL CINTA SUCI.


SINOPSIS NOVEL CINTA SUCI 2
Andai tulisan manusia ingin memisahkan dua jiwa, tulisan takdirlah yang berkuasa menyatukannya. Sesungguhnya, selama-lamanya tak akan ada yang mampu melawan kehendak dan kemahuan qada’ dan qadar-Nya.

Hampir tiga tahun Suci Arianna bahagia melayari bahtera rumah tangga di samping lelaki yang dia puja-puja, Dr. Harazz Hidayat. Realiti percintaannya sama indah seperti babak-babak yang tertulis di dalam Novel Cinta Suci karangannya sendiri. Namun, siapa yang sangka segalanya hanyalah sementara cuma. Segalanya bermula pada hari itu. 

Dr. Harazz Hidayat berubah sekelip mata. Kejam, tergamak meninggalkan Suci Arianna bersama benih yang baru sahaja memekar di dalam rahim wanita itu. Lebih memeritkan, Dr. Harazz Hidayat meminta Suci Arianna kembali ke pangkuan Zarel Razzi, suami pertama Suci Arianna.

“Janji dengan saya, yang awak akan balik semula pada Zarel Razzi.”- Dr. Harazz Hidayat.

“Dayat, awak memang dah hilang akal! Tak mungkin. Saya cuma cintakan awak!” – Suci Arianna.

Tanpa Suci Arianna rela, dirinya tetap ditinggalkan. Berjanji pada diri sendiri permintaan Dr. Harazz Hidayat agar dia kembali kepada Zarel Razzi, tidak akan dia penuhi. Dia rela hidup berdua sahaja bersama Iman Haidar, zuriat mereka daripada kembali kepada Zarel Razzi, lelaki yang tidak pernah dia cintai sekelumit pun!

Tanpa diduga, sesuatu berlaku. Memaksa Suci Arianna mengubah fikiran. Puas dia memikirkan jalan penyelesaian. Namun, istikharah yang dilakukan menguatkan keyakinan bahawa menikahi Zarel Razzi adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menyelamatkan segalanya. Terdesak, masa kian suntuk. 

“Kahwin dengan Suci.” – Suci Arianna
“Betul ke apa yang aku dengar?” – Zarel Razzi

Sehabis daya Suci Arianna berusaha melakonkan wataknya dengan baik. Berjanji akan mencuba untuk mencintai, mengasihi dan menyayangi lelaki itu seperti yang lelaki itu harap-harapkan. Halusnya cinta, kasih dan sayang palsu yang Suci Arianna suntik ke dalam hati lelaki itu. Sehingga Zarel Razzi terbuai dan percaya sepenuhnya. Terpaksa, Suci Arianna terpaksa.

“Maknanya, semua ini lakonan semata-mata? Kau pergunakan aku?! Kahwin dengan aku, sayang aku, layan aku semata-mata untuk pastikan rancangan kau berjaya? Kau perbodohkan aku?! Macam tu ke Suci Arianna?” – Zarel Razzi.

“Suci minta maaf. Memang Suci tipu abang. Memang Suci gunakan abang. Hari ni Suci nak berterus terang. Suci boleh hidup tanpa suami. Iman boleh hidup tanpa papa.” – Suci Arianna.

Apakah mungkin akan terlafaz talak yang kedua? Atau cinta sejati milik Zarel Razzi mampu mengubah jalan cerita cinta mereka? 
Segala-galanya telah tertulis dalam novel takdir-Nya.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

SEMANIS KASEH ~ SPECIAL EDITION

SEMANIS KASEH ~SPECIAL EDITION
BAKI TERHAD!
RM40 SEM / RM47 SS
termasuk postage
SINOPSIS SWEET KASEH 
“Ya, saya bukan baik. Sekurang-kurangnya saya bukan playgirl macam encik yang playboy!” balas Adura bengang.

“Apa masalah awak ni ya? Itu hak sayalah nak jadi apa pun. Playboy ke? Kasanova ke? Perkara tu tak ada kaitan dengan awak!” tempik Khairy.

“Saya tak ada masalah. Tetapi kalau begini sikap encik, lebih baik kita jangan teruskan pernikahan ni. Encik hantar orang untuk putuskan pertunangan kita. Saya tak mahu bersuamikan seorang playboy dan kasanova. Kedudukan lelaki macam ni... memang tak boleh dibuat suami, faham tak!” Adura pula membalas.

“Awak menghina saya?”
“Encik rasa begitu ke?” selar Adura dengan senyuman sinis pula. “Encik yang mengaku sendiri tadi kan?”

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

Isteri Tuan Ihsan



PALING LARIS!!!!
Sambungan novel Isteri Tuan Ihsan .. Special Edition (Family Tuan Ihsan
Tiada dijual di kedai buku.
Drama adaptasi novel..Mula bersiaran 5 Disember di di Astro
Dibintangi Aaron Aziz, Amyra Rosli dll
Famili Tuan Ihsan-Sara Kyoko

HARGA:RM40.00 (SM), RM44.00 (SS)  
Termasuk Penghantaran)
“Daddy???” “Mari turun ke tingkat bawah. We're in the kitchen. I dah sediakan sarapan untuk kita semua. Err... itu pun kalau Imti tak lapar lagi. By the way, I miss you too baby boo...” Tidak sempat Tuan Ihsan menghabiskan kata, iPhone sudah jauh terpelanting di sudut katil luas itu. Bagaikan tak cukup tanah Seroja berlari menuju ke tingkat bawah. Terlihat saja kelibat lelaki yang menyimpan cinta dan kasihnya itu sedang menyuap Ibtisam dan Imtihal, Seroja sudah terpekik. “Tuan Ihsan Iskandar!” Tangan terus dilayangkan ke leher Tuan Ihsan, sementara kedua batang kaki Seroja sudah berpaut di kiri kanan pinggang sang suami. Tuan Ihsan tergelak kecil. Geli hati melihat reaksi kelima-lima orang anaknya yang jelas terlopong dengan aksi akrobatik mommy mereka. Seroja, kan? Si diva sengal! “I rindu you sangat-sangat wahai Tuan Ihsan Iskandar!” Seroja mengucup pipi Tuan Ihsan bertalu-talu. “Samalah. I love you, baby boo.” Bisik Tuan Ihsan di cuping telinga Seroja. “Lebih daripada Ibti dengan Imti?” soal Seroja bergurau. “You'll always be my baby. My baby tua... yang utama.” Seroja tergelak sambil membenamkan mukanya ke pangkal leher Tuan Ihsan. “Nasib baik pinggang you masih ku...” “Seroja Irdina!!!”
atau
WhatsApp 010-4398892

Aydania by Hana (HE)


Lagi 8 HARI tempoh bayaran untuk AYDANIA. Baki AYDANIA tgl 59 BUAH lg. 
Lepas hbs baki yg tgl, SOLD OUT. :-)
RM38.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk pos

Tidak masuk mana2 kedai. Hanya dijual secara online. Penghantaran awal MEI 2017.
Aydania by Hana (HE)
****
“Kita tak sesuai. I dengan you, takkan
boleh jadi pasangan bercinta.”
“Kenapa?” Aydania masih tidak puas hati.
Melihatkan Aydan bagaikan tergeliat lidah
hendak membalas, fikiran Aydania mula bekerja.
Aydan mempertikaikan status mereka berdua
sebagai pensyarah dan pelajar. Mungkinkah
Aydan berat hati hendak menerima dia atas
faktor usia? Lambat-lambat Aydania buka juga
mulut untuk bertanya.
“Aydan tolak saya sebab saya lebih tua
daripada Aydan kan?”
Aydan geleng sambil seluk kedua-dua
belah tangan ke dalam poket.
“I tak suka ada kawan perempuan.” Jujur
pengakuan Aydan.
Hakikat yang Aydan sahaja yang tahu.
Selama ini hidup dia cuma ada Amanda. Dia
boleh menerima Amanda kerana mereka sudah
saling mengenali. Aydania? Rasanya itu masih
terlalu jauh.
Aydania tersentak dengan jawapan
daripada Aydan. Aydan tak suka ada kawan
perempuan, bukankah itu bermakna yang..
“Are you gay, Aydan?” Terlepas soalan tak masuk akal itu di bibir Aydania.
Langsung terlupa yang Amanda dan Datuk
Roziah itu pernah muncul dalam hidup lelaki
itu. Jadi mungkinlah tuduhan dia itu agak tak
berasas. Malangnya bila mulut sudah terlebih
dahulu menderhakai tuannya sendiri.
“I can make you pregnant if you want,
Ms. Nia. Berhentilah fikir yang buruk-buruk
tentang I.”
Aydan senyum sinis dan berlalu. Cuma
fikiran Aydania saja yang mula berangan jauh.
Dia dan Aydan.. berkahwin dan punya
anak. Bukankah itu ‘sweet’ namanya?
Dush! Stop it, Nia. Jangan nak berangan
kalau Aydan sendiri pun nampak terang-terang
menolak kau.
Note : Buku dh proses dkt kilang. :-)
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892

Gelora ~ Yatt

*BACAAN DEWASA*
PRE ORDER - GELORA
SPECIAL EDITION 
Print bawah 500 copy, material kertas bulky. 
Rm35.00 SEM & SS [sama harga]
termasuk postage.
Siapa kata Arif tak gedik...
#gelora
“Wow!”
Mak Pah buat pula scrub dia sendiri dari ramuan tradisional. 
Aku dipaksa berkemban dengan tuala dan berbaring di atas sehelai kain batik. Adoii, ada-ada sajalah Mak Pah ni. Sambil terkumat kamit, Mak Pah menyapukan ramuan beras pulut goreng yang telah siap ditumbuk halus dan dicampur dengan beberapa ramuan herba tradisi ke tubuh ku.
Puas aku sendawa bila Mak pah menggosok seluruh tubuh ku dengan ramuan scrub buatannya. Dengan jari yang merah dan bercorak indah, di lulur pula seluruh tubuh seperti puteri jawa zaman dahulu kala,aku rasa macam puteri raja zaman dahulu. Aku melayan Mak Pah berbual. 
“Halus kulit Ayrish ni, tak susah nak rawat. Kalau tak payah lulur dan spa pun masih halus dan gebu.”
Mak Pah menggosok-gosok bahagian lengan dan badan aku.Sementara anak saudaranya pula, menggosok bahagian kaki sehingga ke paha.
“Baju Rif mana Mak Pah?”
Tiba-tiba Arif muncul di hadapan pintu bilik Mak Pah. Aku rasa macam kena sengat lipan! Mengelupur aku cuba bangun. Namun cepat-cepat pula kaki aku dipegang. Aku tutup bahagian dada, paha aku pula yang terdedah. Aku tutup paha, dada aku pula macam nak tersembul.
“Ehhh…ehhh!” 
Aku dan anak saudara Mak Pah hampir menjerit. Mata Arif terpaku memandang aku. Dia macam terjumpa berlian selonggok. Sebijik macam tenuk!
“Heh! Kenapa masuk tempat orang perempuan ni!!”
Mak Pah menyergah Arif. Arif segera mengalihkan pandangannya.
“Sorry, sorry…. Arif tak tahu Ayrish ada kat bilik ni.”
Suara Arif kedengaran macam ketawa dari luar pintu bilik. Grrr… aku rasa nak cakar muka Mak Pah, lain kali kunci dululah pintu.
WhatsApp 010-4398892

Terima Kasih Beb ~ Victoria Ami


SPECIAL EDITION

STOK TERHAD
HARGA RM45.00 SEM / RM53.00 SS
termasuk postage

“Ya Datin, boleh saya bantu?” sapa Luqman sebaik sahaja dia tiba di situ. Datin-Datin itu tersenyum dan berpandangan sesama sendiri.

“Wow... tak sangka chef di kafe ni sangat kacak!” ujar salah seorang daripada mereka yang lebih muda. Luqman mengerling kepada Amy yang sudah menarik muka masam.
“Terima kasih Datin. Saya biasa saja. Taklah kacak, cuma manis tu ada.” Luqman memberikan senyum yang paling manis kepada kumpulan wanita itu.
“You nampak tak lesung pipit dia? I geram betul! Rasa macam nak gigit-gigit.” Ujar Datin yang berpunggung lebar itu dengan menggedik. Telinga Amy seperti nak terbakar dibuatnya.
“Nama you apa ya?” soal mereka lagi.
“Saya, Luqman.” Luqman masih tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Amy.
“Hmmm... kalau begitu,I panggil you Luq. Boleh?”
“Apa-apa pun tak apa, Datin.” Jawab Luqman menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
“Maafkan saya ya, Datin, Luqman ada kerja di belakang.” Amy yang sudah berasa panas melingas, terus menarik lengan Luqman masuk ke dapur. Sampai sahaja di dapur, Amy terus mencubit pinggang Luqman kuat-kuat.
“Kenapa ni?” Luqman menggosok-gosok pinggangnya yang pedih akibat menerima cubitan.
“Gatal ya?” soal Amy geram.
“Mana ada…” jawab Luqman dengan leret suaranya.
“Dah teringin sangat nak jadi anak ikan ke?” muka Amy sudah merah padam. Luqman ketawa besar mendengar ayat itu.
“Awak ketawa bersungguh-sungguh sangat ni kenapa?”
“Kenapa marah sangat ni…” soal Luqman persis memujuk.
“Saya tak suka! Tak suka ! Tak sukalah!!!” marah Amy. Luqman menyambung ketawa lagi.
“Kenapa pulak?” soal Luqman. Sengaja dia berbuat begitu. Mahu tahu isi hati Amy terhadapnya.
“Saya cemburu tau!Tengok mereka pegang dada awak, tangan awak, pipi awak, tunjuk senyum gatal dengan awak! Ingat saya suka sangat ke?” marah Amy lagi. Mukanya sudah bagai udang dibakar. Dadanya berombak.
“Cik Amy cemburu mengalahkan saya ni hak milik Cik Amy.” Duga Luqman lagi.
“Ya, memang pun. Awak milik saya! Saya tak suka orang lain pegang-pegang awak!”kali itu Amy betul-betul sudah terlepas cakap. Kemudian dia baru sedar. Terus dia terhenti dan terkunci mulut. Luqman datang menghampirinya dan berdiri menghadap muka Amy



WhatsApp 010-4398892

Aku Tetap Setia ~ Ameera Ameer


SPECIAL EDITION -TERHAD
RM40.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk postage


“Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan guruh dan kilat. Kita bersedih dan tertanya ke mana menghilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”

Begitulah kisah Ku Ariff dan Dania. Ujian yang telah Allah hadirkan semakin mematangkan mereka dalam melayari bahtera rumahtangga malah telah menguatkan lagi cinta mereka. Malah kebahagiaan itu menjadi lebih indah lagi apabila diserikan pula dengan kehadiran tiga cahaya mata yang sering kali mencuit hati walau kadang kala agak memeningkan kepala.

“Baby ni sibuk aje!” – Ku Aidil
“Elehh…baby cakap yang betullah tu. Baby nampak abang main games tembak-tembak dekat computer.” – Ku Amna
“Dengki, bukannya abang susahkan baby pun.” – Ku Aidil
“Baby bagitau papa abang ejek-ejek baby macam tu. Biar papa gunting lidah abang. Biar abang tak ada lidah lagi. Biar abang dah tak boleh cakap lagi lepas tu. Ha, padan muka.” – Ku Amna

Sekuat mana pun cinta tetap akan ada rasa cemburu dan curiga. Kemunculan Qhaiser secara tiba-tiba di dalam kehidupan mereka membuatkan Ku Ariff mula menyimpan rasa. Apatah lagi apabila mengetahui status lelaki itu yang sudah pun bergelar duda beranak dua.

“Lepas ni jangan jumpa dia lagi. Abang tak nak nanti abang pulak yang jadi single daddy!” – Ku Ariff
“Cemburulah tu!”- Dania
“Tak cemburu tapi jealous!” – Ku Ariff
“Abang, I love you tau..”- Dania

Bagi Dania, biarlah datang walau seribu lelaki seperti Qhaiser sekalipun namun Ku Ariff tetap lelaki yang bertakhta di hati. Dan, dia akan tetap setia sehinggalah nyawa dibawa pergi.

Namun, siapalah mereka untuk menidakkan kekuasaan Ilahi. Ketika sedang enak diulit bahagia yang disirami dengan gelak tawa, mereka sekali lagi diuji dengan sesuatu yang lebih menyakitkan lagi memeritkan. Mampukah Ku Ariff dan Dania bertahan? Atau reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya?

atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM