Showing posts with label karnadya. Show all posts
Showing posts with label karnadya. Show all posts

KERANA KAU ISTERIKU

KERANA KAU ISTERIKU
RM26 SM / RM27 SS
postage RM8 SM / RM12 SS


DAK DIKEJAR OLEH KONCO-KONCO KELAB MALAM KERANA DIPAKSA MELAYANI LELAKI,AKHIRNYA WIDAD BERJAYA MELARIKAN DIRI DAN DISELAMATAKANOLEH AIDIL.RENTETAN ITU,SATU PERMASALAHAN YANG TAK DISANGKA TELAH DIHADAPI OLEH SI LELAKI YANG SUDAHPUN BREISTERI INI.

AIDIL TERPAKSA MENGAHWINI WIDAD TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MERAHSIAKAN PERKAHWINAN KEDUA YANG TELAH DIPAKSA OLEH ZAFRUL.SEMUANYA UNTUK MENYELAMATKAN SI GADIS DARIPADA TERUS MENJADI BURUAN KONCO-KONCO JAHAT KELAB MALAM YANG SEBENARNYA DIDALANGI OLEH ALIAS!

DALAM KETERPAKSAAN SETELAH BERGELAR SUAMI ISTERI,LAYANAN BURUK TELAH DITERIMA DARIPADA SI SUAMI.

“DIA HANYA ISTERI AKU DI ATAS KERTAS SAHAJA .DAN SAYA TAK PERNAH ANGGAP DIA SEBAGAI ISTERI AKU.”-AIDIL

APAKAH CINTA TERUS TIADA DALAM HATI AIDIL BUAT WIDAD?TEMUI JAWAPANNYA DALAM KERANA KAU ISTERIKU !!!

HEY LAURA IT;S ME

HEY LAURA, IT'S ME
RM26 SM / RM29 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS


“ORANG JAHAT MEMANG SUSAH NAK GELAK SEBAB HATI MEREKA DAH HITAM,HITAM,HITAM DAN HITAM!!!”-LAURA

DIA BENCIKAN ISKANDAR.BAGI LAURA,SEJAUH MANA PUN KEJAHATAN MENJULANG PIALA,AKHIRNYA PIALA ITU AKAN JATUH KE TANGAN KEBAIKAN.KERANA ITU DIA TUNGGU KEHADIRAN ISKANDAR DEMI SEBUAH JAWAPAN.BERTAHUN MENUNGGU,BUKAN ISKANDAR YANG MUNCUL TAPI MARLO,LELAKI KASAR,KURANG AJAR DAN SARKASTIK YANG SERING MENGEKORINYA.DATANGNYA MARLO BERSAMA BERITA KELENYAPAN ISKANDAR DARI DUNIA.

RIMOS CAFÉ MENEMUKAN LAURA DENGAN FATEH,BARISTA YANG KACAK,SOPAN TETAPI AGAK LEMAH.MENGENALI FATEH MEMBUATKAN HATINYA TERGANGGU.LEBIH-LEBIH LAGI APABILA LELALKI ITU MEMPERLIHATKAN SISI ROMANTISNYA .BERADA DI SISI FATEH SERINGKALI MENGINGATKAN DIA PADA ISKANDAR SEHINGGA LAURA CELARU.

DIA JANJIKAN SETIA

RM27 SM / RM30 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS 
‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA

Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬

"‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata.

"‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬awak‭."‬UMAR IZZHAN

Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 

"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." ‬

DIA JANJIKAN SETIA

DIA JANJIKAN SETIA 
RM27 SM / RM30 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS 
‭Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA

Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬

"‭Tak sangka perempuan jahat masih wujud‬?" Kehadiran lelaki itu tidak diundang. Puas ditengking Izzhan tetap muncul di hadapan mata.

"‭Macam mana saya nak pandang perempuan lain, kalau saya dah terpikat dengan ‬awak‭."‬UMAR IZZHAN

Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. 

"‭Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa ‬yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak‭." ‬

KAU CEO AKU?

Kau? C.E.O Aku?
RM26 SM / RM29 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Dari seorang majikan egois a.k.a ‘bapa singa’ menjadi seorang suami? Danial Firdaus, lelaki yang diburui kerna harta,rupa. Tapi siapa sangka jodohnya disatukan kedua ibu bapanya bersama Aisya Sofia . Gadis yang berpendidikan tapi masih dididik penuh agama.
"CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" -Fatini

"Awak, nak pergi honeymoon tak?" – Aisya Sofia

"Kalau kau nak pergi, pergi lah sorang-sorang. Kalau nak pergi dengan aku, honeymoon kita dekat lobby office."- Danial Firdaus

“Kau atau aku perampas? Aku kenal Danial dah berbelas tahun! Kau kenal dia baru setahun!” –Mila Armilia

“Ini kesilapan terbesar aku pernah buat, jatuh hati terhadap wanita selain isteri aku” –Danial Firdaus

“Kalau ini takdir kita berdua, Aisya terima dengan hati terbuka” –Aisya Sofia

Kerana sahabat bertukar menjadi cinta, rumahtangga mereka makin goyah. Bertahankah Aisya dengan pilihan keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? Semuanya sudah tertulis dalam KAU?CEO AKU?

CINDERBELA ~ MISS ELLE

RM27 SM / RM30 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri.
"Sah. Memang sah awak dah gila..." - Bella
"Apa kau kata?! Aku gila?!" - Shah
Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah.
Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja.
"Jom kita kahwin?" - Darius
"Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?" - Bella
Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan.
Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?

DIA TROUBLE MAKER

RM27 SM / RM30 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian dan sedikit masa dari orang tuanya.
Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah menarik kedua orang tuanya sekaligus dek kerana skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri. Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma yakni kedua ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri. Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri!
Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.
Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
Dan apabila dia tahu pemilik syarikat baru yakni dulu adalah rakan kongsi arwah bapanya, dia jadi benci dan berdendam dengan orang tua itu. Itu tidak cukup apabila Alan pula merupakan anak kepada rakan kongsi itu. Berkecai hatinya hanya Allah yang tahu. Lantas dia keraskan hati. Kalau harta arwah bapanya tidak mampu dirampas kembali, dia janji akan membuat masalah kepada setiap pelosok syarikat itu hingga dia puas.
Benci-benci nak ke mana, dik? Alan terlalu baik melayannya. Patutkah kerana dendam tiga tahun lalu dia lempiaskan pada Alan sedangkan lelaki itu tiada salah apa pada dirinya? Bila hati keras mula melembut, semuanya jadi cair termasuk dendam.
Nunu belajar memaafi. Tapi kenapa bila dia belajar untuk memaafkan, semuanya tidak berjalan seperti yang dia harapkan? Kenapa semua ini jadi terbalik? Kenapa dendamnya itu perlu kembali? Dalam senyap Auntie Ma datang membuka rahsia. Rahsia apa yang buatkan Nunu lari dari kenduri kahwinnya sendiri?


HALF GIRLFRIEND

RM32 SEM / RM35 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK. Tidak pernah terlintas dalam hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan KASEH HADANA, kawan baiknya sendiri. Bekas tunang kawan baiknya, NAUFAL.

Mana tidaknya, CK ibarat dari planet Marikh dan Hadana pula ibarat dari planet Zuhrah. Apabila bertemu di planet bumi, peperangan demi peperanganlah yang berlaku! Malah, mereka berkahwin pun disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi kepada Hadana. 

"Kau memang! Tak sofistikated langsung." ~ KASEH HADANA

"Only those who are complicated will have such sophistication." ~ CK

"Mengaku ajelah kau tak sophisticated!" ~ KASEH HADANA

"Aku? Tak sophisticated? Try me." ~ CK

CK, seorang jurutera yang bekerja di offshore ini terkenal dengan tingkah laku selamba badak dan, imej cool. Dia juga punya segala-galanya yang diimpikan oleh wanita di luar sana. Si jejaka kacukan mat salih ini juga selalu berfikir yang dia tidak perlukan perempuan untuk hidup bahagia. 

Namun, kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup CK umpama gempa bumi yang menyergap tanpa amaran. Wanita itu bagai puting beliung, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau, diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, telah tergendala apabila status half girlfriend sudah bertukar menjadi isteri.

Apakah akan terjadi seterusnya? Akankah, CK, KASEH HADANA dan NAUFAL berjaya menamatkan konflik, persahabatan mereka yang sebelum ini rapat kini telah renggang? Apa yang perlu mereka bertiga lakukan? Rasai sendiri perjalanan cerita dan emosi tiga sahabat ini dalam Half Girlfriend...

SUPER DADDY

RM26 SEM/ RM29 SS
postage RM7SM / RM11 SS
Demi Luqman Firdaus... Nuqman Danial kembali memunculkan diri setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.
Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.
Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.
“Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL
“Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA
Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi.
Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula ‘diganggu’. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang.
Nuqman Danial memunculkan diri untuk merungkaikan misteri. Hadirnya Inara Sofea penuh misteri, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua peluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

MERINDU TANPA KATA ~ EMELLDA M.A

RM23.00 SEM / RM26.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS


“I love you... Is that the missing word that you forget?” - INDAH


“I love you. I’m sorry. I will never forget this word. And I will never forget you.” – KAIZRIL

Orang kata cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sebaliknya yang berlaku antara Indah dan Kaizril. Hanya kerana kesilapan yang indah, akhirnya menjadi titik permulaan cinta mereka. Dengan suara, hati mereka mula menyanyikan lagu rindu. Hati tiba-tiba berbunga-bunga mengenangkan kata-kata si pemanggil misteri.

Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilaluinya terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa?

“Orang handsome macam ni takkan frust kut?” 

“Saya tak frust. Saya sakit rindu. Hati rindu. Jiwa saya rindu. Mata saya rindu. Fikiran saya rindu...”

Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan panasaran dalam mencari erti cinta sebenar. Mampukah indah mencari erti cinta sebenar dengan kehadiran Natasya dalam hidup khaizil dan dendam sepupu sendiri iaitu Johari. Semuanya dalam naskah MERINDU TANPA KATA.

atau
WhatsApp 010-4398892

LELAKI NERAKA ~ ASRAF SHAARI

RM26.00 SEM / RM29.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Iskandar yang baru sahaja bekerja di sebuah hotel mengalami gangguan pelik sehingga dia dituduh membawa sial. Kehilangan pekerja sehingga kepada kes kematian amat sukar untuk dirungkai seperti satu rantaian yang telah dirancang dengan teliti.

Malik, seorang pemuda yang hidup sebatang kara menyara hidupnya sendiri dengan satu aktiviti yang di luar jangkaan fikiran waras manusia. Ilmu hitam seperti satu permainan bagi dirinya. Kekejaman tetap akan berlaku setiap hari selagi dia masih hidup.

“Semua ni sebab kau punya sial!” – ALYA

“Iskandar, percayakan Allah dan percayakan saya. Cuba tenangkan diri dan insyallah semuanya akan baik-baik.” – YUSUF

“Hari-hari memang kaya aku kalau daging tu laku. Kehkehkeh...” – MALIK

Yang pasti, dalang di sebalik semua kejadian amat hampir seperti musuh dalam selimut. Si pelaku bijak menyembunyikan sifat yang sebenar. Berjayakah Iskandar merungkai misteri kejadian aneh itu? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal itu? Semuanya akan terjawab menerusi Lelaki Neraka ini!
atau
WhatsApp 010-4398892

PEMANGSA

RM23.00 SEM / RM26.00 SS
postage RM8.00 / RM12.00 

Pertemuan AISHA dan AMSYAR bagaikan romeo dan juliet. Tapi hidup Aisha derita selepas berkahwin dan bukan itu sahaja! Perkahwinan itu bertukar tragis apabila Amsyar sanggup berkomplot membunuh Aisha. 

Bermula detik itu Amsyar mula diganggu oleh kelibat seorang wanita dan menganggap itu adalah jelmaan Aisha yang mahu membalas dendam kepadanya. Kelibat itu muncul di mana-mana!

4 tahun berlalu, Aisha yang terselamat dan mengetahui kebenaran kembali sebagai Indah dan memulakan misi untuk bangkit dan bagaikan magnet dia terikat kembali dengan keluarga Amsyar. 

"Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Fattah? Apa yang awak sembunyikan daripada saya?!" - AISHA

"Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak." – FATTAH

Aisha cuba berhati-hati dalam setiap langkahnya sebagai Indah tapi umpama ada mata-mata yang selalu memerhatikan setiap langkahnya! Dan dia juga didatangi kelibat entah siapa-siapa yang mahu meminta bantuannya.

Adakah Aisha akan kekal sebagai Indah? Apa akan terjadi apabila semuanya terbongkar? Siapa pula kelibat yang sebenarnya? 

AWAS! Berhati-hati dengan PEMANGSA kerana dia ada di mana-mana!
atau
WhatsApp 010-4398892

BULAN CINTA

RM29.00 SEM / RM32.00 SS
postage rm8.00 / rm12.00


Rania sudah jatuh hati dengan Razlan. Keakraban Razlan dan ayah selepas itu membuatkan Rania percaya, lelaki itu turut menyukai dia. Tapi malangnya, dia tersilap tafsir, dia salah menduga. “Dari awal saya tau, awak tu sebenarnya suka saya. Sebab itulah awak sengaja berbaik dengan ayah saya kan?” - RANIA “Saya berbaik dengan ayah awak sebab ayah awak sendiri, tak ada kena mengena dengan awak pun. Saya kalau nak cari pasangan, saya tak cari yang macam awaklah.”- RAZLAN Ya Allah, pedihnya hati. Teruk sangatkah dia, hina sangatkah dia sampai Razlan tergamak menyebut begitu? Okey, dia boleh terima bila Razlan tolak cinta dia, tapi bila Razlan tolak ‘lamaran’ ayah, dia sangat berkecil hati. Boleh dia bayangkan hati ayah yang kecewa dan terluka. Rizman, lelaki yang ada segala-galanya. Tapi dalam ramai-ramai gadis, dia yang tidak punya apa-apa ini juga yang Rizman nampak. Dia juga yang Rizman hendak. Sungguh, dia terharu. "Saya nak minta izin pak cik untuk mengambil Rara sebagai isteri saya. Saya sayang Rara dan saya benar-benar ikhlas.”- RIZMAN Hanya ada dua jawapan untuk lamaran Rizman itu, sama ada sudi atau tidak. Sangat mudah. Tetapi kenapa Rania rasa sukar untuk menjawabnya? Ketika hati mahu menerima, kenapa perlu ada rasa serba salah? Sedangkan pantai lagi berubah, ini pula hati manusia. Itulah yang terjadi kepada Razlan. Hatinya tiba-tiba terusik. Tiba-tiba pandai merindu. Siapa sangka kan?
atau
WhatsApp 010-4398892