READY STOK
1)Harga RM45 sm/RM48 ss (free poslaju)
2)Tarikh pembayaran 27/8 - 10/9/2018 untuk dapatkan harga di atas atau jaminan stok ada. Harga akan naik selepas tarikh tersebut dan kemungkinan stok habis.
3)Free FM dari novel2 tertentu untuk pembayaran sepanjang tempoh di atas
Pengeposan akan dibuat 5/9 batch 1 dan 12/9 batch 2
Jika berminat untuk combo MAMA MIA + SI MAMA MIA GOJES, harga RM80 sm/RM85 ss (free poslaju). Single RM45 sm/RM48 ss (free poslaju).
Harga tertakluk tempoh pre-order sahaja
SINOPSIS SI MAMA MIA GOJES
SMMG adalah sambungan dari PSM1-Mama Mia. Kisah dalam Mama Mia bermula dengan cerita satu malam antara Mia Azura dan Benjamin. Selepas bergelut dengan perasaan dan saling mengenali, kisah mereka disudahkan dengan penamat yang bahagia dengan kelahiran cahaya mata, Puteri Zulaikha.
SMMG pula adalah sambungan selepas Mia Azura dan Benjamin pulang ke Malaysia dengan membawa Puteri Zulaikha. Kedua-dua pasangan ini terpaksa berdepan dengan sikap ibu bapa yang belum puas menghukum dan rakan-rakan yang membawa rebah. Ketahui serba sedikit pergolakan hidup Mia Azura yang memaksanya membawa diri ke Jakarta dulu. Bagaimana kehadiran Benjamin cuba melengkapkan sesuatu yang kurang dalam hidup Mia.
Antara Mia Azura dan Benjamin, tiada titik persamaan. Mia Azura yang biasa hidup mewah dan bebas manakala Benjamin yang hidup dengan membanting tulang siang dan malam. Mia yang sanggup menabur duit buat suami sementelah Benjamin yang kental jati diri, bergantung pada keringat sendiri. Mampukah Benjamin terus bertahan di sisi Mia setelah kebenaran terbongkar dan sehari demi sehari, keburukan/kelemahan sebenar Mia Azura makin menyerlah?
Opps! Hanya satu persamaan antara mereka. Mia ibarat harimau belang dan Benjamin gorila di ranjang. Hangat dan panassss!