Showing posts with label SERAM/TRILLER. Show all posts
Showing posts with label SERAM/TRILLER. Show all posts

Polong ~ Yaya Malieya

RM25.00 SEM / RM28.00 SS
postage RM8.00 SM/ SS
Adat orang memiliki ‘belaan’, tiap-tiap perjanjian yang termaktub ada syarat yang harus dipatuhi. Bila salah satu syarat dilanggar, maka salah satu pihak yang akan menerima akibatnya. Sudah namanya iblis, perjanjian yang dibuat pastilah menguntungkan pihak mereka. Iman yang lemah dalam diri manusia pula seolah memberi jalan kepada iblis untuk terus mengganggu dan memberi kesesatan.
“Benda macam tu susah sikit kalau dah melibatkan keluarga.” Ustaz Zainal bersuara.
“Begitulah, Pak Jenal. Lagi-lagi orang yang ada benda tu tengah sakit. Kami adik-beradik semua jadi buntu. Masing-masing tak nak waris benda tu.”
“Jangan, elok dibuang aje. Perjanjian antara manusia dengan syaitan ni jangan sekali-kali dibuat main-main. Tak aman hidup, kesian kat anak cucu nanti. Lagipun benda syirik macam ni boleh bawak jadi sesat.”
Janganlah sesekali kamu bersahabat dengan syaitan!
WhatsApp 018-9666752

PROJEK SERAM MITOS

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Hasil gabungan 3 orang penulis
-AKMA SAIDON (MIYONGKKAE)
-EQBAL MOHAYDEEN (MARIA LABO)
-SUZANI NADZIR (MARYATI)


Ellzatul Akma

Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan setiap kali datangnya jelmaan yang menyerupai seorang perempuan itu, pasti datangnya dengan sepotong ayat sumpahan. Mampukah dia lari dari kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?

Kecantikan itu akan membunuhmu!/ MIYONGKKAE

Eiqbal Mohaydeen


Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

Di kala malam menjelma, dia datang memburu nyawa
/ MARIA LABO

Suzani Nadzir
Hidup Sastra dipenuhi perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?

Pabila keangkuhan memakan diri, kemaafan dituntut sehingga mati!/ MARYATI

Kesemuanya menghantui anda!!!
WhatsApp 010-4398892

Suamiku Dajjal

RM30.00 SEM / RM33.00 SS
RM8.00 SEM / RM12.00
SINOPSIS

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. .
.
Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama.
.
Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan lelaki itu 2 bulan lepas. .
.
Dia expect perfection daripada lelaki itu.
Rupa-rupanya; si kopiah itu ada masa silam yang sangat teruk sehinggakan bila Safia tahu tentangnya, dia kata; "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!"
.
Adam; dia tahu dia Adam yang ada banyak jahiliah. Kerana apa yang Safia baru terima daripada whatsapp yang entah daripada siapa itu hanyalah 1 per 100000 dosa & jahiliah yang dia pernah buat. 
.
.Isterinya terus marah dan mahu lari dari rumah.
Adam tenang, tidak mahu emosi. Adam teruskan bacaan Quran. Dia sedang membaca surah Furqan dengan tartil. .
.
Kebetulan, Adam singgah bacaan di muka surat terakhir surah itu. Dalam surah Furqan, ada 3 dosa yang ditekankan pada muka surat terakhir; dosa syirik, membunuh & berzina.
.
Beberapa air matanya jatuh setitis demi setitis atas lembaran Quran yang mulia itu. Berdegup kencang jantungnya seiring dengan denyutan penyesalan & taubatnya.
.
Bila dia tengah lihat isteri yang baru dinikahinya itu sungguh-sungguh mahu tinggalkannya, packing barang mahu keluar rumah, makin dia teresak-esak menangis kerana isterinya tidak tahu lagi 3 serangkai dosa yang telah dia lakukan dahulu. Kalau baru tahu dosa yang bagi dia kecik dan simple itu pun respond sebegini, kalau tahu yang lain entah macam mana.
.
Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tinggal jahiliah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat. Dan lagi sakit bila orang masih judge dirinya yang dulu. Apatah lagi yang judge & tak percaya dia itu isterinya yang dia cinta.

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Novel ~ Ebriza Aminnudin

RM28.00 SEM / RM31.00 SS
RM8.00 SEM / RM12.00
Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya?
“Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir
“Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. Dia ada di mana-mana.” ~ Qasidi
“Kalau begitu, titiskan darah masing-masing ke dalam mangkuk bunga ini. Ia bertujuan untuk menjamin keberkesanannya.” ~ Sabrella

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Marina ~Saidee Nor Azam

MARINA
postage rm8.00 SEM / rm12.00 SS
DAHULUNYA Marina pernah mampu melihat akan kewujudan makhluk halus. Namun setelah dia mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aiman dan memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Mylin. Kehidupan Marina kembali aman damai, dan tiada lagi gangguan dari makhluk halus. Sehinggalah suaminya Aiman membeli sebuah banglo yang sudah lama tidak bertuan. Di situ pelbagai peristiwa yang tidak diingini mula berlaku. Rumah yang mempunyai sebuah loteng yang bersaiz sederhana besar itu bagaikan mempunyai sejarah silam yang amat dahsyat. Dalam diam keluarga Marina sedang diburu oleh satu semangat hitam yang masih hidup di dalamnya.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Klimaks ~ Helmi Effendy

KLIMAKS 
postage rm8.00 SEM / rm12.00 SS
Rutin seharian Saiful Hawiz memburu di kawasan hutan berdekatan dengan rumahnya berakhir dengan tragedi apabila dia tercedera dalam pertarungan dengan dua orang penceroboh yang telah merosakkan ekosistem hutan tersebut. Di rumahnya pula, dua orang anak gadisnya yang risau apabil ayahnya tidak pulang ke rumah, mengambil tekad untuk berdepan dengan zombie dan kesejukan zaman ais pada waktu malam, berjalan kaki berkilometer meminta bantuan koloni manusia terdekat dengan rumah mereka. 

Saiful Hawiz berhaya diselamatkan, tetapi salah seorang dari anak gadisnya Zurialis pula terkena gigitan zombie, sekaligus membuka peluang untuk dirinya untuk bertukar menjadi zombie. Tidak mahu perkara yang sama berlaku pada isteri berlaku pada Zurialis, Saiful Hawiz bergegas ke Koloni Bukit Bintang bersama dengan anak sulungnya Farhani dan teman lelakinya Hazrul Hiji demi meminta bantuan sahabatnya seorang saintis bernama Ahmad Naim, dengan harapan lelaki itu mempunyai penawar dan cara merawat Zurialis. 

Sepertinya, TUHAN memakbulkan doa mereka. Zurialis disuntik dengan vaksin yang tidak pernah diuji oleh mana-mana manusia. Zurialis menderita sepanjang malam itu, tanpa mengetahui esoknya dia bangkit sebagai satu-satunya manusia yang berjaya sembuh dari virus yang menghancurkan tamadun manusia. Ketika itu, hampir seluruh isi rumah sedang lena membuatkan Zurialis dijangkiti rasa salah faham. Tidak mahu dirinya bertukar menjadi zombie dan menghabiskan ayahanya, kakak, saintis dan teman lelaki kakaknya, Zurialis secara senyap keluar dari rumah. 

Namun, dia berjaya ditangkap oleh anak-anak buah pemerintah diktator bernama Shafrizal. Lebih-lebih lagi dia diketahui kebal dari virus dan dijadikan bahan eksperimen oleh Shafrizal untuk mengorek rahsia kekebalannya. Zurialis ditempatkan di sebuah penjara bawah tanah yang terletak di Kamunting.

Ini memaksa Saiful Hawiz bersama Farhani, Ahmad Naim dan Hazrul Hiji melakukan pengembaraan dari Koloni Bukit Bintang, meraih sebanyak mungkin bantuan yang mampu dilakukan untuk memecah-masuk penjara yang paling ketat di dunia. Sepanjang perjalanan berani mati itu, maka pelbagai dugaan menduga kumpulan ini. 

Kumpulan ajaran sesat, puak kannibalisme, salji yang sejuk membeku, pemakan daging segar yang semakin terdesak untuk mendapatkan makanan adalah antara dugaan yang haru ditempuh oleh Saiful Hawiz demi kasih sayangnya pada Zurialis!

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Projek Thriller Ubat

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
poslaju RM8.00 SEM /RM12.00 SS
Ubat: Dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati sakit. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

UBETOK – NAIM TAMDJIS
“Ingat, awak tak selamanya akan selamat. ALLAH itu Maha Kaya! Cukup-cukuplah tangan kotor awak membunuh orang. Jangan lagi jadi penyebab pembunuh beribu-ribu lagi pesakit kanser yang tak bersalah!”
POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI
“Kalau apa yang saya nampak bukan kerana penyakit yang saya alami, kenapa saya diberi ubat tu? Adakah untuk mengaburi mata saya tentang apa yang sebenarnya berlaku?”
TABU – RESMANSHAH
“Apa yang kau ingat hanyalah nama kau. Satu-satunya petunjuk yang kau ada, adalah sebuah alamat rumah di Subang Jaya. Kala seluruh Malaysia dipenuhi mayat yang sudah mula mereput dan kenderaan yang ditinggalkan kosong, kau masih bernafas!”

WhatsApp 010-4398892atau KLIK SINI UTK ORDER FORM

Saka – Jangan Biarkan Ia Merayau


RM24.00SEM / RM27.00 SS
poslaju rm8.00 sem / rm12.00 ss

Janji Sang Puaka
Jura terlalu sedih setelah kekasihnya dibunuh kejam oleh bapanya sendiri, nekad menyeru roh kekasihnya yang bernama Alang dengan bantuan Tok Dalang Dalek. Namun segalanya tidak seperti yang diimpikan setelah sikap Alang tidak seperti dahulu setelah menjadi SAKA!
Saka Merayau
Dr Ariel membeli sebuah rumah Melayu klasik, Villa Anggerik, tercantik di Kelang. Ia diharapkan menjadi mahligai bahagia dan tempat membesarkan Ariel junior. Namun, ada kelibat selalu mengganggu mereka. Akhirnya, rumah itu disewakan kepada Adam dan lima orang penuntut lain. Apakah gangguan itu terhenti?
Suhuf Dasawarsa (@WebSutera) #WebSutera #BukuSO
Syakir berada dalam dua kehidupan berlainan dimensi. Bebanan takdir amat memenatkan. Siapakah ‘dirinya’ di dunia satu lagi? Apakah benar dia hidup di dunia berlainan dimensi? Apakah dia dapat merubah ‘dunia’ dengan penemuan besar pada masa lain dalam dimensi lain? Apakah dia dapat menyelamatkan ‘dunia’ daripada musnah lantaran angkara manusia yang ingin menjadi Tuhan?
atau
WhatsApp 010-4398892atau KLIK SINI UTK ORDER FORM

Ganggu ~ Ayumi Syafiqah

HARGA: RM24/RM27
postage rm8.00 sem / rm12.00 ss

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri tidak berwajah bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.

Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.
“Siapa kau yang sebenarnya?” – Mikayla
“Aku sebenarnya…” – Z
Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.
Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?
“Ingat, bila kau ikut aku, tak ada jalan balik lagi.” – Z
WhatsApp 010-4398892

Uwan Konah ~ Haida Hassan

RM23.00 SEM / RM26.00 SS
postage rm8.00 sem / rm12.00 ss

Munah sering diganggu makhluk halus yang ingin berdamping dengannya. Semakin diamati, Munah yakin dia diganggu saka Uwan Konah yang memaksanya menerima belaan warisan itu.


“Jangan macam tu, tak ada apa pun. Cuma barang pusaka saja. Aku ni rasa macam dah tak panjang umur. Sekurang-kurangnya, tenang sikit hati aku dah berbagi ni. Kau terima ya…”

“Tak nak!”

Munah semakin teruk dicederakan. Lewat mimpi, makhluk halus itu menikam dan merobek perutnya. Selagi Munah tidak mahu terima, dia terus berdepan ancaman saka Uwan Konah.

“Aku bertanggungjawab menyelesaikannya dengan caraku. Setidaknya, aku dapat buktikan kemampuan melindungi cinta hatiku.”

Perkenalan dengan Hadi membuatkan Munah yakin lelaki itu adalah insan yang sering membantunya ketika diserang makhluk belaan Uwan Konah. Hadi nekad mahu membebaskan Munah daripada tuntutan syaitan laknatullah itu. Namun seksa yang ditanggung Munah tidak terhenti begitu sahaja.

WhatsApp 010-4398892

Cermin ~ Harudi Jawawi

RM24.00 SEM / RM27.00 SS
postage rm8.00 sem / rm12.00 ss

Tanpa disedari, Dewi mula didampingi ‘sesuatu’ sejak dia memiliki cermin antik berbingkai kayu itu.


“Petang tadi, masa aku bersihkan permukaan cermin antik tu, tiba-tiba cermin tu berkabus. Lepas tu, muncul perkataan yang aku tak faham.”
“Cermin? Cermin yang aku dengan kau duk gigih berangkut dari bilik stor bawah tu ke?” Siti ingin memastikan.

Kematian Salina, Tasha, Liza dan Ikmal pula dikatakan ada kaitan dengan cermin itu. Hasrul yang boleh melihat makhluk dari alam lain turut diganggu. Apa sebenarnya yang ada di sebalik cermin antik itu?
WhatsApp 010-4398892

Kerajaan Paling Seram [vol 1]

KERAJAAN PALING SERAM
(VOL 1)
RM 24.00 SEM / RM27.00 SS
postage RM8.00 Sem / RM12.00 SS

angan Ganggu Aku – Daisy Zahra

“Aku pun pernah minta benda yang sama. Jangan ganggu aku…” Suara halus itu kedengaran dengan wajah yang memendam kemarahan.

“Ak… aku tak kenal ss… siapa kau…” tutur Zack dalam ketakutan. Dia yang semakin berundur ke belakang akhirnya terhenti apabila tiada lagi ruang yang ada. Kedua-dua belah kakinya sudah bertemu dengan katil.

Sari – A. Anuar

Apa yang mereka tahu tentang aku? Ya, aku. Dahulunya seorang penari yang dipuja ramai tapi cinta aku hanya pada Adika. Dia pujaan aku. Tapi satu kisah yang tidak semua orang tahu tentang aku. Tentang derita aku… tentang kematian aku.

“Nama aku Sari, dan biarkan aku bercerita.”

Di Antara – Khairul Aswad

“Kau boleh tinggalkan aku. Tapi hidup kau takkan pernah tenteram kerana sekali kau pernah jadi milik aku, tiada apa yang akan mampu memisahkan kita kecuali mati.”

Syita merenung lukisan tersebut agak lama. Apa yang membuatkan dia kurang senang dengan lukisan itu, adanya tiga orang kanak-kanak yang botak dan berkulit hitam bersama seorang wanita tua yang bongkok tiga sedang berdiri di sebelahnya seolah-olah sedang memerhatikan dia.

Incarnate – Hasrudi Jawawi

Isi mesej yang dia terima tadi kembali terulang di mindanya.

“Aku datang setiap kali cahaya menghilang…”

Pelbagai andaian mula bermain di minda Jasmin. Tangannya kembali menggeletar pantas. Lampu dipadamkan lagi demi memastikan apa yang sedang bermain di mindanya ketika ini realiti dan bukan ilusinya. Saat lampu kembali terpadam. Bayang hitam tadi kembali terlihat. Tapi kali ini lebih dekat!

Puaka Mang Temah – Cempaka Meerniz

Mang Temah adalah simbol insan yang bertopengkan syaitan dan hidup bertatahkan ilmu hitam. Rohnya hidup semula setelah namanya diseru berkali-kali setelah kematiannya yang tragis mengundang dendam kepada sang pembunuhnya. Seorang demi seorang pembunuhnya diruntun dendam Mang Temah. Akhirnya, kekuatan ilmu syaitannya kecundang juga bila ilmu Allah menjadi bentengnya.

WhatsApp 010-4398892
atau
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

Suntik ~ zarini mansor

RM24.00 SEM / RM27.00 SS
postage RM8.00 Sem / RM12.00 SS

Hidup Fakri tiba-tiba menjadi kucar-kacir apabila disabitkan dengan kesalahan membunuh. Dia turut tersepit di tengah-tengah apabila diburu oleh pihak polis...

WhatsApp 010-4398892

Projek Seram Pokok

RM26.00 SEM / RM29.00 SS
postage rm8 / rm12 ss
MEGALOMANIA – EBRIZA AMINNUDIN

Azad telah membawa keluarganya berpindah ke rumah baru yang dibeli dengan harga agak murah akibat tidak tahan mendengar leteren ibu mertuanya dari hari ke hari. Hidup yang aman mula bertukar menjadi tidak keruan apabila mereka sekeluarga mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Apa yang dilihat tidak seperti apa yang berlaku membuatkan mereka mengambil tindakan di luar kawalan. Adakah masalah itu dapat diatasi? Apakah puncanya ia berlaku?

Tiada iman, maka jiwamu milikku. / MEGALOMANIA

MAKKAR – AZIAH ZAINAL

Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di Pulau Penantian. Program mencari harta karun adalah satu taktik untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke pulau yang indah itu. Namun, setelah mereka sampai ke sana sesuatu telah berlaku. Tanpa mereka sedar ada makhluk yang sentiasa merayap di pulau itu sambil memburu mangsanya. Jika tersalah langkah maut padahnya. Berjayakah mereka keluar daripada pulau itu dengan selamat ataupun hanya maut sahaja jalan keluarnya?

Jika percaya kata-katanya, maut padahnya./ MAKKAR

FABEL – SYASYA BELLYNA

Waktu yang berlalu tidak mengubah apa-apa. Peristiwa yang bermula pada tahun 1950 telah berulang sehingga menginjak ke tahun 2017. Persengketaan antara dua pihak iaitu di antara pengiring bala dan pendukung kebaikan telah mengakibatkan banyak nyawa menjadi korban. Fabel, si penguasa rimba yang mencetuskan angkara dan menyesatkan ramai manusia. Apakah kesudahan peristiwa itu? Adakah Fabel terus menguasai alam rimba?

Pabila pembisik kejahatan menyeru namamu, kau jadi tunggangannya. / FABEL

atau
WhatsApp 010-4398892

Kakak Kemboja ~ Naim Tamdjis

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
POSLAJU RM8.00 SEM / RM12.00 SS
Sinopsis
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.
Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

"Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik."- Jelmaan Salleh.
"Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik."- Khamis Al Jafri
"Akak kan dah janji nak jaga adik?" - Kakak Kemboja

WhatsApp 010-4398892
atau
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

Gigitan ~ Zaifuzaman Ahmad


Harga: RM30.00 SEM/ RM33.00 SS
poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS
Sinopsis
Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.
Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.
Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.
Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.
WhatsApp 010-4398892

Ketika Azazil Berputus Asa ~ Hadi Fayyadh


HARGA RM29.90 SEM / RM32.90 SS

POSTAGE RM8.00 SEM / RM12.00 SS

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.
Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.
Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God' bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.
Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.
Disana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.
Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Fobia ~ Siti Rozilah

HARGA RM28.00 SEM / RM31.00 SS
POSTAGE RM8.00 SEM / RM12.00 SS
RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.

Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.

Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?

Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?

Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?

Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!

“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” - Sherry

“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua... jangan bunuh gua!” - Ah Man

“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry...” – Algojo
atau
WhatsApp 010-4398892
atau