Showing posts with label CUTE KREATIF. Show all posts
Showing posts with label CUTE KREATIF. Show all posts

KEKASIH HALAL DATO

KEKASIH HALAL DATO 
PRE ORDER REPINT
RM38 SM / RM40 SS
termasuk postage
"You ckp you tak lalu tgk sotong kering dgn ikan masin I. Habis tu knpa I jmpa sotong kering I bwh bantal you? You rindukn I eh?" Adya jungkit-jungkit kening, nakal. 
Niat di hati mahu mnukar cadar tadi, tapi lain pula yg dia jumpa. Brbunga-bunga skejap hatinya.Tak kisahlh sotong kering dia yg jdi mangsa pn.Sehari brpisah, Zaman dah ambil branya buat peneman tidur.Klau brhari-hari? Hmmm... Makin lebar senyuman Adya.

Zaman hnya buat tak tahu.Mulutnya trus mengunyah kerepek pisang yg baru dibawa balik Adya ptg tdi.Mata pula trtumpu pda televisyen. "Alah,klau rindu ckp jelah. You rindu I kan?" Adya cuit-cuit bahu Zaman. Senyumn mekar di wajahnya saat ini.Untung juga ada training utk pekerja baru skali sekala.Baru dia tahu rupanya Dato tu rindukn dia. "Mna ada.Sotong kering tu yg brgerak masuk sendiri bwh bantal I." Jwb Zaman selamba. "Entah-entah, sotong kering you tu.." Zaman hentikn kata. Matanya memandang wajah Adya yg brkerut. "Hantu yg ambil letak situ kot?" "Hantu??" Adya cerlungkn matanya.Biar betul Dato ni?

Kombo AURANYA MASYAALLAH

PRE ORDER
Kombo AURANYA MASYAALLAH

Kombo RM60sm/RM64ss pos PERCUMA


Marya Maryam - Hayati Ahmad.
Sinopsis:

dua kembar seiras yang terpisah sejak kecil. Marya dipelihara oleh keluarga angkat yang miskin dan mengeksploitasi dirinya untuk kepentingan diri. Sementara Maryam di pelihara oleh pasangan kaya raya namun berantakan hidupnya.


Marya dijual kepada satu keluarga untuk dinikahkan dengan lelaki cacat sementara Maryam hanyut dalam dunia maksiat. Dunia mereka berbeza, sehinggalah Maryam terjumpa kembarnya ketika dikejar oleh sindikit maksiat. Dia telah memperdayakan Marya dan mengambil tempat Marya.


Marya yang naif dalam lingkungan samseng dan maksiat, sementara Marya yang licik hidup dalam lingkungan keluarga yang penuh adab dan beragama. Segalanya menjadi tidak beres.


Maryam di samping Ilham:
“Kita dah terlanjur Maryam. Kita sudah menghampiri Zina. Nauzubillahiminzalik”
“Heh, tak payah nak acah-acah ustaz sangatlah!” Maryam rasa terhina.
“Astagfirullah…” Tiba-tiba Ilham memicit hidungnya. Air matanya menitis perlahan. Maryam terpempan. Drama apakah lagi?
“Saya akan menikahi awak. Lillahitaala.”
Ilham bersiut menyedut cecair hidungnya.
“Saya mohon ampun, saya terlanjur mencium awak.” Air mata Ilham semakin laju. Dia segera beredar lalu masuk ke bilik dan menguncinya.
Maryam tergesa-gesa keluar dengan rasa marah. Emosi dan egonya benar-benar tercalar.



Marya disamping Langesh:
“Allahuakbar!” Marya memekik saat terlihat Langesh melenggang keluar dari bilik air tanpa hijab ditubuh.
“MasyaAllah!” Marya hampir pengsan bila Langesh memeluk pinggangnyanya ketika dia hampir tersungkur ketika keluar dari bilik air.
Marya Azan sekuat-kuatnya bila tiba-tiba tersedar dia tertidur di samping Langesh.
“Tolonglah, jangan menjerit lagi. Setiap kali awak menjerit saya rasa macam nak mati.”~ Langesh.



💋💋💋💋💋


CINTA DARI BAITULLAH - Sophilea
Cinta dari baitullah ini sebuah naskah yg Saya Kira perlu di baca oleh setiap wanita kerana apa...kerana wanita itu harus di hargai dibuang lelaki yg jahil Allah temukan dengan zauj yg cintanya tulus Dan ikhlas. Percaya bahawa rencana Allah itu adalah yg sebaiknya.


Setiap wanita yg dilukai hatinya Luka itu akan sembuh tapi parutnya tetap diam di dalam hati sampai hujung nya

KOMBO KETAK- KETAK ~ Mum Linz

PRE ORDER TILL 4 DECEMBER 2019
PRINT ON DEMAND


"Mar.." Panggil Mikael sebaik dia turun ke bawah.

Maryam ke depan mencari suaminya.

"Kau pandai ikatkan tie?"

Maryam menggeleng.

"Takpelah, sini tolong aku butangkan baju."

Teragak-agak Maryam mendekati Mikael yang berbaju kemeja tetapi baju itu belum dibutang. Terketar-ketar tangannya menyentuh butang. Perut berketak-ketak suami dipandang sekilas.

Mikael tersenyum-senyum melihat jemari si isteri yang terketar-ketar. Lantas jemari itu dipegang. Diletakkan ke atas perutnya selamba.

Sepantas kilat juga Maryam menarik tangannya. Mukanya pulak dah terlebih panas, lagi-lagi melihat senyuman nakal sang suami. Jemarinya tadi digenggam kemas, membuang rasa ketul-ketul yang dia sentuh tadi. Wajahnya langsung tak diangkat, dia lebih rela memandang lantai dari diusik suami.

"Sayangg.." Mendengar suara meleret sang suami, spontan wajahnya terangkat.

"Hmm.. Lantai tu lagi kacak dari abang ke macam mana?"

Maryam menggeleng.

"Habis tu? Kat lantai tu ada six packs macam abang ke?"

Lagi sekali Maryam menggeleng. Jantung semakin laju berdegup tatkala mendengar panggilan sang suami yang berubah. Nada itu juga tidak kasar malah menakutkan. Boleh membuatkan dia hampir terkencing.

Mikael simpan tawa yang hampir meletus. Pemalu sungguh isterinya.

"Ehemm.. Abang pergi dulu. Tengahari ni abang balik lunch. Sayang masak sedap-sedap sikit tau." Lantas dahi Maryam dicium lembut. Tangannya dihulur. Cuba menghilangkan perasaan aneh yang melanda.

💋💋💋💋


“Nawal?” Suara Encik Nuh menyentak aku. Dia sedang menahan pintu lif. Spontan aku pandang wajah Encik Nuh dengan terpinga-pinga sebelum aku perasan yang lif tadi sudah kosong.
“Are you okay?” Dahi Encik Nuh berkerut memandang aku kehairanan.
“Okay! Jom!” Laju aku buka langkah keluar dari perut lif. Encik Nuh hanya diam mengekori langkahku dari belakang.
Masuk sahaja dalam bilik Encik Nuh. Dia menarik lenganku hingga aku terdorong merapat padanya. Mujur aku tak tersembam di dada sasanya itu.
“Apa bos ni?” Ternaik nadaku bila dia bertindak begitu. Wajahnya serius merenung tajam pada aku.
“Tell me. Apa dia cakap pada awak tadi? Did he hurt you?” Terbuntang mataku mendengar soalan darinya. Dia sedar ke apa yang Wadi buat pada aku tadi?
Aku kemam bibirku.. Menunduk ke lantai
“Bos.. saya nak berhenti kerja.. saya tak boleh..” Jujurnya aku mungkin nampak tabah tapi hati aku rapuh. Aku tak sanggup berhadapan dengan semua ini. Aku tak boleh hiraukan mata-mata yang memandang sinis pada aku dan dia tadi. Yang lebih penting aku tak tahu nak berhadapan dengan Wadi macam mana. Wajah bengis dia betul-betul mengganggu aku.
Encik Nuh hela keluhan nipis. Dia lepaskan pegangannya sebelum meraup mukanya.
“Please.. bertahan untuk tiga bulan saja. Lepas tu everything will be okay.”
“Tiga bulan?” Aku pandang wajahnya dengan rasa pelik.
“Okay. Two weeks. Untill we get married. Awak perlu berada disisi saya saat ini.” Aku pandang matanya yang kelihatan mengharap. Hidung aku yang mula berair tadi aku kesat dengan hujung lengan baju.
“Baiklah. Saya ikut encik tunang saya saja.” Memang patutlah aku cuba belajar jadi pasangan yang memahami kan? Kalau dah dia kata begitu. Aku ikut saja.
Encik Nuh melebar senyum.
“Sebut lagi.” Arahnya.
Aku angkat kening. “Sebut apa?”
“Tadi tu.. ikut siapa?”
“Ohh.. ikut Encik Tunanglah.” Aku jeling dia. Sengajalah tu.
“Bahagia je rasa. Kalau panggil Encik Suami mesti lagi bahagia kan?” Dia pegang dadanya dengan senyuman bahagia.
“Awak. Sini dekat saya.” Panggilnya.
“Kenapa?” Aku mendekat padanya.
“Sentuh sini kejap.” Dia tunding dadanya. Membulat mata aku dibuatnya.
“Tak mahulah!” Aku geleng laju.
“Alah.. sentuh sikit je. Lapik baju kan? “ Ish.. dia ni mengada-ngada pulak. Tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Tiba-tiba gedik semacam je.
Aku hulur tangan menyentuh dadanya.
“Feel it?” Bisiknya dengan suara yang husky. Seksi kut! Aduhh! Menggeletar rasa lutut aku. Aku angkat muka memandang wajahnya. Dia beri satu renungan redup.
“Rasa?” soalnya lagi. aku terkelu. Tenggelam dalam renungan matanya.
“Rasa bertapa debarnya hati saya untuk awak..”

💋💋💋💋


"Dasar perempuan pemalas! Tahu makan tidur je." Rungut Dariz sambil bercekak pinggang. Dadanya berombak gara-gara marahkan Dahlia.

"Alah setakat sepah sikit pun nak kecoh." Dahlia cebir bibir.

"Sepah sikit kau cakap?" Lengan Dahlia ditarik ke depan singki.

"Ni kau tengok. Dengan kulit telur, kulit bawang. Harap rupa je cantik tapi pengotor." Dariz membebel tak habis-habis.

Dahlia tetap membeku. Tiada tanda-tanda dia akan bersihkan kotoran yang dia tinggalkan tadi. Kata-kata Dariz ibarat angin lalu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Hoi! Kau pekak?" Bahu Dahlia ditolak sedikit.

Dahlia menjeling.

"Kalau aku tak nak kemas kau nak buat apa?" Soal Dahlia sengaja menduga.

Dariz jungkit sebelah keningnya. Dia melangkah setapak ke depan merapatkan jurang di antara dia dengan Dahlia. Tanpa suara, dia memaut pinggang ramping Dahlia dan spontan tubuh langsing Dahlia melekat ke tubuhnya.

"Apa ni?" Dahlia menolak dada Dariz.

Dariz hanya tersenyum senget.

"You prefer to sleep with me instead of cleaning the mess up. Aren't you?"

Laju Dahlia menggeleng. Menyampah bila diugut macam ni. Tak suka!

MY SWEET ROCKER BAB 3 PART 3

cover belum final
RM35SM /RM 38SS
TERMASUK POSTAGE
Bab 3-part 3
MENJELANG satu pagi barulah Orked masuk semula ke bilik. Tanpa pedulikan Kamarul yang sedang terconggok berselimutkan tuala dalam keadaan memeluk lutut, dia terus saja mengambil kain putih pemberian mami. Bulat mata Kamarul saat melihat Orked memegang kain itu.
“Kau nak buat apa tu?” Soal Kamarul dengan rasa curiga. Orked mencebir, angguk tidak, menggeleng juga tidak. Dia mengibas-ngibaskan kain putih bersih bersih itu lalu menyangkutkan kain itu di lengannya.
‘Aku pernah baca, kain putih macam tu orang tua-tua guna untuk check pengantin perempuan dara atau tak.’ Kamarul menelan liur. ‘Habislah aku… habislah. Ya Allah, tolong aku ya Allah. Aku tak rela.’ Kamarul menadah tangan diam-diam. Matanya terus memandang Orked dengan renungan minta kasihan. Tiba-tiba Orked pandang dia.
“Katik, kita perlu bincang.” Tiba-tiba Kamarul memberanikan dirinya.
“Bincang apanya. Esok-esoklah. Bincang apa dah nak masuk subuh ni.”
Orked terus membuka pintu almarinya sambil menjeling tajam ke arah Kamarul. Dia mengeluarkan sebiji bantal kecil berbentuk love berwarna merah jambu. Nafas Kamarul menjadi laju, dadanya terasa sendat. ‘Nak buat apa bantal tu?’ Soalnya di dalam hati.
“Ni bantal nak buat lapik!” Jawab Orked. Kamarul hampir pengsan terkejut. Takkan Orked tahu apa yang sedang di fikirkannya. Habislah…
“Tak payah lapik, semuanya akan ok.” Kamarul menjawab teragak-agak.
“Apa yang ok?” Orked jegilkan mata,
‘Tolong… jangan terkam aku!’ Kamarul merayu dalam hati. Namun cepat-cepat dia menghentikan kata-katanya, takut Orked dengar.
Tap..tap…tap! Orked mendekatinya yang sedang bersandar pada almari solek.
“Kita kena bincang. Aku kata kita kena bincang, kena bincanglah. Itupun kau tak boleh nak faham ke?” Suara Kamarul agak keras.
“Kejaplah, aku nak tutup cermin ni dulu. Kilat kuat ni. Kalau mami tau masa kilat-kilat macam ni cermin tak tutup, bising dia sampai dua tiga hari tak habis bebel!” Orked juga mengeraskan suaranya seraya memanjat kerusi lalu menutup cermin almari dengan kain putih pemberian mami. Kain itu disendal dengan bantal kecil berbentuk love yang diambil dari almari sebentar tadi.
“Kain tu nak buat tutup cermin ye?”
“Iyalah, habis tu nak buat apa. Takkan nak buat baju sekolah?”
“Oh, tadi aku nak bincang pasal kain tu la. Aku ingat…”
“Ingat apa?” Orked jegil mata.
“Aku ingat nak buat baju sekolah la, macam yang kau cakap tu.” Kamarul tersengih kelat. Ada rasa gembira, namun terselit sedikit rasa kecewa. ‘Ah, akukan lelaki…’ gumamnya sendiri.

MY SWEET ROCKERS BAB 3 PART 1 n 2

cover belum final
RM35SM /RM 38SS
TERMASUK POSTAGE
Bab 3-part 1
KAMARUL benar-benar tidak faham apa yang berlaku.Yang dia tahu, tugasnya cuma kahwin. Dah selesai dah pun. Kahwin terkejut. Kahwin yang pasti akan meletuskan perang dahsyat di kemudian hari kelak. Kamarul Lail vs Orked Karmila, seteru maha dahsyat dari tingkatan satu sampai lima. Siapa yang tidak tahu? Dan Orked pengsan bukan sebab bau tangannya. Tapi terlalu terkejut bersuamikan dirinya. Jika empunya tubuhpun terkejut bagaimana pula Idham dengan Safiah?
Ketika zaman persekolahn mereka, jika Orked yang paling pandai, Kamarullah paling bodoh dalam kelas. Ketika Orked bersemangat menghadapi peperiksaan, Kamarul pula yang paling bersemangat menghadapi final bola sepak MSSPK. Ketika Orked sibuk menghias kelas, Kamarullah kaki penjahanam nombor wahidnya. Ketika Orked sering menjadi contoh baik dalam kelas, Kamarul pula contoh paling kutuk dalam kelas mereka.
Dan bagaikan tidak cukup episod-episod zaman remaja mereka, setelah dewasa Kamarul Orked vs Kamarul, bagai bangunan Dayabumi dengan Pejabat pos. Macam Kwang Soo dengan Aida Jebat! Kau orang faham tak?
Kamarul tersentak saat abah membisikkan sesuatu ke telinganya.
“Abah balik dulu. Terima kasih Rul. Rul anak abah.”
Abah tepuk bahunya perlahan. Kamarul terkesima! Sungguh dia kehilangan kata-kata. Untuk pertama kalinya abah selembut ini. Kalau tidak, hendak bercakap dengan Kamarul pun abah kena guna mak sebagai perantara. Kamarul dengan abah memang jarang pernah ngam!
Wait! Tiba-tiba Kamarul tersedar. Kalau abah balik, dia pun kena balik jugakan? Bergegas dia mengekori abah ke pintu.
“Bagi sinilah kunci keter tu bah. Tadi kata nak suruh orang drive!”
Kamarul ‘menghambat’ abah. Tiba-tiba berpasang-pasang mata memandang ke arahnya.
‘Aku ada buat salah kah?’ bertele-tele soalan itu menerjah benak Kamarul. Tapi jawapannya tidak kunjung tiba.
Mak membisikkan sesuatu kepada Orked yang kelihatan lemah kerana baru sedar dari pengsan. Orked yang ikut sama menghantar mak ke pintu mengangguk-angguk perlahan lantas menghulurkan tangannya kepada mak. Kedua tangannya yang penuh berinai merah siap corak berbunga-bunga itu berdakap kemas dengan tangan mak.
Pap, bahu Kamarul ditepuk. Dia menoleh.
“Kamarul tidur sinilah, rumah dady.”
“Iya Kamarul, tinggallah sini. Nanti esok senang hari besar kenduri tak lah tertunggu-tunggu. Mami dah siapkan baju Kamarul.” Mak Cik Zabidah menyokong kata-kata Pak Cik Musa.
‘Dady! Mami! Ahh sudahhh! Matilanakkk! Guru besar aku jadi mami! Ini betul-betul ngeri ni!’
Gulp, Kamarul telan air liur lagi. Nampaknya malam ini dia memang kenyang air liur.
Sebaik sahaja abah dan mak balik. Pak Cik Musa aka dady menggamit Kamarul. Heh, nak turunkan tips malam pertama lah tu. ‘Sorry, but it won't be tonight.’ Getus hati Kamarul geram. Betul-betul geram. Kamarul mula faham drama yang cuba dimainkan oleh mereka. Sekarang Kamarul cukup pasti dia sudah menjadi pak sanggup!
Kamarul lelaki sejati. Anak jantan encik Jamal ini takkan sama sekali menyentuh, jauh sekali menyetubuhi musuh ketatnya. Apatah lagi kalau musuh ketatnya itu kelapa yang sudah ditebuk tupai! Copy that! Itu syarat pertamanya. Meskipun tak seperti syarat Puteri Gunung Ledang, tapi ianya pasti cukup berat. Lebih berat dari menyediakan hati kuman tujuh dulang.
“Jagalah Orked tu, dia nampak terkejut sangat tadi. Ambik masa bertenang. Pujuk elok-elok. Nanti eloklah tu.”
Pak Cik Musa menyampaikan pesanannya dengan ringkas. Kamarul sempat menjeling sejenak ke arah Orked. Orked juga melepaskan kerlingan tajam. ‘Hishh katik ni, aku cucuk mata tu baru tau.’ Kamarul tersenyum kepada Orked. Senyuman plastik itu dilemparkan separuh hati. Kalau boleh, plastik pun Kamarul tidak mahu berikan kepada Orked!
Namun kemudiannya Orked melangkah longlai ke bilik. Kamarul hanya mampu mengangguk kepada Orked, tanda setuju memujuk wanita itu. Lain yang bergolak di hati, lain pula yang terzahir di sikapnya.
‘Jaga Orked? Habis siapa nak jaga aku? Kalau aku kena rogol macam mana?’ giliran Kamarul pula membantah, namun kata-kata itu terus terkurung di dalam hati.
Bab 3-part 2
KAMARUL lihat mami menghulurkan sehelai kain putih kepada Orked. Orked menyambut kain itu dari tangan mami aka guru besar atau guru yang berbadan besar itu lantas menjeling sejenak ke arah Kamarul.
‘Memang besarpun, kalau dulu sepemeluk, mungkin sekarang dah jadi dua pemeluk.’ Diam-diam Kamarul mengutuk mami mertuanya.
‘Kompius aku, apa ke jadahnya kain putih tengah-tengah malam ini. Petua apa agaknya?’ Kamarul garu pangkal telinganya yang tidak gatal.
Selesai sahaja dady menutup pintu, Kamarul terus minta diri mahu ke bilik.
‘Pedulikanlah mereka nak cakap aku ni tidak sabar ke apa, yang pasti… malam ni bukan 'malam pertama'. Bukan malam aku hilang teruna dan sudah pastinya bukan malam menguji si Orked ni dara atau tidak. Aku benar-benar letih. Berlengas dan aku mahu mandi!’ Kamarul merungut di dalam hati.
‘Panas terik aku berjalan
Membakar tubuh yang kering aku
Aku penat aku berhenti
Terjumpa air dan mahu mandi!’
Perlahan-lahan Kamarul menyanyikan lagu kumpulan XPDC itu sambil mencari tuala.
“Awak cari apa tu?”
Gedegang! Kamarul terhantuk pintu almari. Jilaker punya almari! Terkebil-kebil Kamarul pandang Orked yang tercegat memandang ke arahnya.
“Apa tengok-tengok!” Kamarul hampir menyergahnya.
“Huh! Sombong!” Orked membidas. Lantas si katik itu terus berlenggang menuju ke bilik air degan tuala tersidai di bahunya. ‘Ciss! Aku dah booking dulu, dia berani potong que! Ini tak boleh jadi!’
“Woii, bukak pintu ni. Aku nak mandi dulu!”
Senyap tiada jawapan. Kamarul hanya mendengar bunyi curahan air paip jatuh ke lantai. Mula-mula bunyi berus gigi, senyap, batuk… kahak tuih! Air dicurah lagi! Tuih lagi! Batuk lagi! Ahh sudahhh… tic toc tic tocsudah setengah jam Kamarul tercegat di hadapan pintu bilik air. Namun Orked tidak juga keluar.
Kamarul ketuk lagi pintu untuk kesekian kalinya. Kali ini dia tidak lagi meninggikan suaranya.
“Ooii, katik. Kau buat apa kat dalam tu. Kejang dah kaki aku kat luar ni.”
Sengaja Kamarul tekankan suara, biar Orked faham dan cepat menyudahkan kerja-kerjanya.
Senyap lagi tiada jawapan. Hmmm… Kamarul bergumam dan mula bosan. Akhirnya dia duduk termenung di pinggir katil.
‘Hendak tidur di mana aku malam ni ye?’


KAMARUL merebahkan tubuhnya. Rintik-rintik hujan seakan sedang menemani rintik juga dihatinya. Baru malam inilah dia merasai kepiluannya. Apakah yang perlu dikatakannya kepada Safiah? Kahwin paksa? Siapapun takkan percaya kalau Kamarul kena paksa menikahi Orked. Lainlah Orked, sesiapa pun akan yakin dan percaya, dia sudah kena mandrem oleh Kamarul kerana mana mungkin peguam muda sehebat Orked berpapasan dengan pomen kereta seperti Kamarul!
“Bangunlah!” Ada tamparan-tamparan lembut mengenai pipinya. Kamarul bengang tidurnya terganggu.
“Janganlahhhh.” Dia meniarap.
“Bangunlah, pergi mandi.”
“Awal lagi mak…” Kamarul mengangkat punggungnya lalu menonggeng. Kepalanya masih terlentuk di atas bantal.
“Bangunlah, kata tadi nak mandi.”
“Awal lagi ni mak…” Kamarul garu punggungnya.
“Hei panjang, Bangunlah. Pengotorlah main korek-korek punggung!”
Mata Kamarul terbuka luas. Tiba-tiba dia terus terjun dari katil. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.
“Kat mana aku ni? Kau siapa? Kau culik aku ye?”
“Huh, tak kuasa aku.” Sehelai tuala di serahkan dengan kasar kepadanya.
“Bau dah macam kerbau lepas berkubang.”
“Hesyy…” Kamarul mencebir. Tuala disangkutkan ke bahunya. Dia segera menanggalkan bajunya.
“Oitt, apa ni!” Pekik Orked. Baju yang ditanggalkan baru sahaja tersangkut di kepala. Kamarul terhenti di situ. Tubuhnya telanjangnya terpampang di hadapan Orked. Kamarul tarik semula bajunya ke bawah.
“Kalau aku tak tanggal baju, macam mana nak mandi?”
“Pergi tanggal dalam bilik air!” Orked tuding jari ke pintu bilik air.
“Pulak?” Kamarul menggeleng lalu bergegas ke bilik air. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi air dicurahkan dengan iringan lagu Hatiku Luka lagi nyanyian Black Dog Bone.
KELUAR saja dari bilik air, pandangan Kamarul gelap gelita.
“Blackoutke ni?” Soal Kamarul. Tapi soalannya tidak berjawab. Dia buka semula pintu bilik air. Elok saja lampu terang benderang. Bias cahaya lampu sampai ke sekujur tubuh di atas katil yang sedang berbaring dengan sebiji bantal di atas tubuhnya.
Tap, Kamarul tekan suis. Sebaik sahaja dia memusingkan semula tubuhnya, sebiji bantal meluru ke tubuhnya.
“Eh, apa ni?” Soal Kamarul.
Orked berpaling sambil menutup mukanya.
“Kkkau… kau.. hisy!” Kamarul pandang ke bawah. Tiba-tiba dia membeliakkan matanya. Tergesa-gesa dia mengutip semula tualanya yang melorot dari pinggang.
“Erkk… mana aku nak tahu jadi begini.”
“Kau sengajakan!”
“Hmm… tak, aku ta…”
Belum sempat Kamarul menyudahkan kata-katanya Orked terlebih dahulu bangun lalu keluar dari bilik.
Hmmmm… Kamarul tarik nafas panjang. Dia mengomel marahkan tuala. Malu betul, aset penting dia ternampak dek Orked. Kalau tak nampak nyata pun, bayang dan gambarannya mesti nampak juga. Tergeleng-geleng Kamarul. Mujurlah dia pakai ‘seluar kecil’ kalau tak, habislah dia kena terkam dek Orked. ‘Euwww ngeri!’ Kamarul terbayangkan adegan itu.
Kamarul termenung di birai katil. Romanya mencanak naik kerana kesejukan. Sudah lebih sejam dia hanya bertuala saja. Dia datang ke sini sehelai sepinggang dan ditinggalkan oleh mak dan abah juga sehelai sepinggang.
“Ya Allah, mana pulak minah katik ni?” Kamarul memandang aircond yang terpasang kuat. Remotenya entah di mana diletakkan oleh Orked.
Mengerekot sudah, mengereng sudah, menonggeng juga sudah. Segalanya serba tidak kena. Hujan di luar semakin lebat. Kamarul tidak berani hendak menyelongkar almari. Takut tiba-tiba saja Orked bertempik pula. Mana hendak diletakkan muka. Selimut pun tidak ada di atas katil.
“Huh, harap cadar saja yang lawa, selimut entah ke mana.” Rungut Kamarul. Dia benar-benar tidak tahan. Bibirnya mengeletar. Jari jemarinya juga mengeletar. Puas dia mundar- mandir dan berlari-lari anak dalam bilik untuk memanaskan tubuhnya. Namun letih saja yang dapat. Sudahlah letih, lapar pula. Dia tidak menjamah sedikitpun makanan gara-gara telah berjanji dengan Safiah untuk makan malam bersama.
“Aduh, Fea!” Kamarul tepuk dahi. Habislah cinta hatinya…

MY SWEET ROCKERS ~ HAYATI AHMAD BAB 2 PART 1 n 2

cover belum final
RM35SM /RM 38SS
TERMASUK POSTAGE
Bab 2-part 1
JIKA ada lagi kesilapan, Kamarul merasakan inilah kesilapan yang lebih besar dari silap! Ia bukan hal kecil. Bukan keputusan yang acah-acah suci ikhlas. Tapi ini adalah masa depannya.
Kamarul pandang wajah Orked. Orked pandang Kamarul. Ada genangan jernih di mata gadis itu. Allahurabbi! Tiba-tiba Kamarul dihempap oleh berlori-lori penyesalan. Sumpah dia menyesal. Dia melihat sumpah seranah di mata Orked. Dan dia juga melihat penumbuk Jepun yang diacah-acah oleh perempuan itu.

Terketar-ketar Kamarul menyarungkan cincin batal wuduk ke jari Orked. ‘Batal wuduk kemender! Wuduk pun aku tak ambil!’ Kamarul istiqomah dalam kepura-puraannya. Tangan Orked sejuk macam batu nisan. Tangan dia pula entahlah… tiba-tiba Kamarul rasa kebas. Semua mata memandang ke arahnya. Rasanya dalam Malaysia ini, dialah pengantin lelaki tunggal yang diakad nikah hanya dengan berjeans dan t’shirt! Rock betullah!
Teragak-agak Orked hendak menyalami Kamarul.
“Ciumlah tangan suami tu.”
Mak Cik Bidah memberikan arahan yang Kamarul pasti bukan untuknya. Kamarul menoleh sejenak ke arahnya. Mak Cik Bidah tersenyum lebar. Pak Cik Musa juga ikut senyum. Wajahnya kedua-duanya menjadi manis macam kurma Yusuf Tayyob. Mak dan abah pula memandang Kamarul dengan renungan yang paling suci. Kamarul telan air liur. Sekali lagi renungan mak dan abah menewaskan hati lelakinya. Renungan tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana menyelamatkan maruah mereka.
Sedebuk air mata lelaki Kamarul gugur. Gugur kerana tidak sanggup membayangkan keterunaannya akan diragut oleh si katik Orked.
Bab 2-part 2
Tiba-tiba Orked menghulurkan tangannya… ah, sudah! Kamarul gelabah katak! Cepat-cepat Kamarul tarik kembali tangan sebaik sahaja pucuk hidung Orked menyentuh tangannya.
‘Harap-harap, petang tadi aku cebok dengan bersih selepas ke tandas. Kalau tidak…! Nasiblah kau Orked…’ Kamarul cukup pasti, tangannya pasti ada bau. Kalaupun bukan bau tandas pasti ada bau rokok. Kalau bukan bau rokok, pasti ada bau petrol atau bau minyak pelincir! Kalau ada ketiga-tiganya sekali, pasti Orked pengsan.
Tup, Orked tumbang! Dia benar-benar rebah. Kamarul segera mencium tangannya. Rasanya taklah teruk sangatpun bau tangannya itu!
“Ehhh, cepat angkat cepat!”
Satu suara memberikan arahan tidak formal. Cemas! Kamarul angguk spontan. Tiba-tiba Kamarul acah acah gagah menunaikan tanggungjawab pertamanya. Dia segera mencempung Orked. Mengangkat Orked yang pengsan ke katil, dan ia berlaku di khalayak ramai. Bukti jelas, Kamarul memang anak lelaki encik Jamal yang bertanggungjawab!
‘Syabas bete’ getus Encik Jamal!

DIA LELAKI BERHANTU ~ ADNIL ZAFF

DIA LELAKI BERHANTU
RM45 SM / RM50 SS
postage RM8 SM/ RM10 SS

STOK TERHAD
LIMITED EDITION
“Oh.Jdi awk nk sy pnggil awk apa?Baby? Darling?” ucapku lantas trgelak kecil.Zackery mmandang ke arahku. 

“Slalu dlm novel,kau buat watak isteri pnggil suami dia darling ke?” tnya Zackery smbil trsenyum sendiri.

“Tgk watak wnita tu pulaklh.Ssetengah prmpuan mmg suka pnggil suami darling.Tak suka pnggiln abg.Nmpk kolot.”

“Tpi kau jenis prmpuan yg kolot,kan?” celah lelaki itu pantas.Snyumannya msih trsungging elok di bibir.

“Oh! Mna awak tahu yg sy ni kolot?” cabarku mula sronok mlihat dia sudh mula byk brckp.

“Sbab dlu kau tk suka aku pegang tangan kau,” jwb Zackery mudah.

“Hnya sbab tu awk rasa sy ni kolot?”

“Kadang² aku nmpk kau pkai kain batik.Tpi aku suka.Sbab kau nmpk seksi,bila pakai kain batik.Msa tu bru aku dpt tgk bntuk tubuh kau yg sbnrnya.Klau tk,aku tgk kau suka pkai baju longgar,” jwb Zackery smakin selamba.Dia mula mmandangku dgn sdikit sengihan.Brderau darahku entah knapa.
Aku tk tahu plak yg dia suka prhatikn aku. Yalah...lelaki yg ada masalh sprti Zackery,yg tdk brfungsi hnya organ bawahnnya itu saja.Keinginn tetap ada.Agaknyalh.

MISS REPORTER VS MR MILLIONAIRE

MISS REPORTER VS MR MILLIONAIRE
SM RM38.00
SS RM42.00
Harga termasuk pos
Tak semena-mena mata menangkap beberapa frame gambar yang digantung pada dinding. Perlahan, kakiku mendekat. Semuanya gambar Am berserta caption. Leka aku mengamati setiap gambar. Gambar sewaktu melanjutkan pelajaran di Korea, bekerja di cafe, bersama klien pertama, graduation bersama keluarga, bersama dengan pekerja Google Malaysia... 

Wajahnya innocent sangat! Comel...

Duh... aku dah kenapa?!

“Arisa...”

Tersentak. Namun aku cuba tunjuk normal. Lama tak jumpa tapi aku tak tahu kenapa aku masih perlukan kekuatan maha hebat untuk bersemuka dengannya.

“Assalamualaikum.”

Laju Am mendekat.
“I miss you..”

Jatuh sahaja pandangan pada dirinya, hatiku dipagut sedih. Kusut masai. Misai dan jambang tumbuh tak terkawal. Rambut panjang macam tak pernah beli gunting. Langsung tak seperti Am yang aku pernah kenal lima bulan lalu. Pandangan matanya bak menahan selautan perasaan yang tak mampu diungkap.

“Stop it.” Terhenti langkahan kaki Am mendadak. 

“I’m sorry...” Berdiri longlai dengan bahu yang kelihatan sarat dengan beban bertan, mata Am berkaca. Nak main airmata dengan aku pulak?! Dia tak tahu aku lagi hebat!

“Kenapa sekarang? Kenapa tak lima bulan lalu?”

“Aku lambat sedar yang aku perlukan kau dalam hidup aku. Aku sedar aku nakkan kau selepas sebulan ketiadaan kau. Waktu tu aku tahu kau dah tak perlukan aku lagi. Dan aku takut kau tak dapat terima aku selepas apa yang aku lakukan kat kau. Atas sebab tu, aku tak berani munculkan diri dan berdepan dengan kau. Aku... aku dah terlambat ke, Arisa?”

Senyum sinis, aku serius tak tahu macam mana nak percaya kata-kata dia.

“Kau sedang buat drama dan berlakon ke sekarang? Atau sedang buat prank dengan kamera tersembunyi? Kalau tak, takdelah si Athief tu datang dan bawa aku kat sini.”

“Aku tak tahu pun Athief bawa kau ke sini...”

Batuk.

“Takde kamera, Arisa. Dan aku tak berlakon.”

“Dahlah. Antara kita dah takde apa-apa pun. Aku dah moved on dari semua tu.”

“Maafkan aku atas semua yang aku dah lakukan. Aku tahu aku tak layak pun nak minta maaf.”

“Apology accepted.”

Matanya bersinar.

“Trust denied.”

Pandangannya jatuh tidak bermaya semula.

“I’m so sorry, Arisa...”

“Macam yang aku cakap tadi. Aku dah maafkan tapi keadaannya takkan sama macam dulu. Dan untuk pengetahuan kau, aku dah belajar jadi kejam. Pada diri sendiri dan pada orang lain. All thanks to that one particular person.”

Berkaca mata Am memandangku. Mulutnya terkumat-kamit hendak menyatakan sesuatu tapi tidak ada apa yang terucap.

“Aku nak balik. Tolong panggilkan Athief. Aku nak kunci aku semula.”

“Jangan buat begini, Arisa. Kau bukan perempuan macam ni...”

“Mungkin inilah diri aku yang sebenar. Panggilkan...”

“Tak, aku takkan panggil Athief sebab aku dah call pencegah maksiat. Kalau kau tak nak kembali kat aku semula, aku rela ditangkap dengan kau. Kau tak patut masuk rumah lelaki walau apa pun alasannya.”