Showing posts with label pre order. Show all posts
Showing posts with label pre order. Show all posts

KOMBO BAHAGIA

FREE GIFT 200 ORANG PERTAMA

LEMBAYUNG CINTA DARI ILAHI (AINA HAMRA)

Mereka berdua terpisah demi mengejar cita-cita dan impian. Sangka Khyr, Merah terbang ke luar negara menyambung pelajaran. Tapi ketika dia pulang dari cuti semester pertama, seluruh ahli keluarga Merah telah tiada di daerah itu.

Bertahun Merah hilang. Bertahun juga gadis itu masih dalam ingatannya. Lidah yang selalu basah dengan zikrullah itu belum pernah lumpuh menyebut sepotong nama Aisyah Humayra dalam setiap bait doanya.

“... andai dia masih lagi di atas muka bumi ini, Kau lindungilah keselamatan dia. Jauhkanlah dia dari sebarang musibah, fitnah dan zina. Jika dia telah Kau jemput, tempatkanlah dirinya di kalangan mereka yang menjadi kekasihMu, Ya Allah...” - Aisyah Humayra

Rindu.. selalu menghempas hati mereka. Namun tatkala rindu itu luruh, Merah menjauhkan diri dari Khyr. Ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk menyambut cinta lelaki itu.

Vincent Lee, lelaki yang selalu ada sejak dari dulu. Memerhati dalam diam, membantu dalam rahsia, dan menjadi pelindung tanpa Aisyah sedar. Dia tetap setia menemani Aisyah walaupun gadis itu ditampar oleh takdir hitam dalam hidupnya. Perasaan sayang dan cinta yang dipendam memakan hati seorang lelaki. Malah apabila rahsia Vincent diketahui Aisyah, jiwanya jadi gentar. Tegarkah Aisyah membelakangi Vincent yang banyak berkorban selama ini?

Antara Khyr Najmi dan Vincent Lee, siapa yang lebih layak mencintai Aisyah Humayra?

Rindu... Selalu menghempas hati mereka...

🏖️ PRINT ON DEMAND
🏖️ Anggaran 200 naskah cetakan
🏖️ KOMBO lebih jimat!


ANAK CIKGU TIMAH MASUK KAMPUNG (NAJWA RAHMAN)

PG, pernah jatuh hati namun dia dikecewakan. Pertemuan dengan Elin, anak Cikgu Timah yang baru masuk ke Kampung Alor Papan menimbulkan pergaduhan yang tak berkesudahan. Bagi PG, wanita itu berlagak, cerewet dan kurang ‘bermoral’.

Elin pening! Baru saja ke kampung dia terpaksa berdepan dengan si mulut laser. Muka saja kacak... tapi sikapnya menyakitkan hati dan perasaan!

"Hang berkenan dengan tok wan aku ka?"
Spontan Elin kalih memandang PG, "Excuse me?"
"Daklah! Hang dok renung tok wan aku lain macam ja."
"Ei, gila! I tengok tok wan you sebab I kesian tengok dia dok panjat tangga susah payah."

Dalam diam, Elin mula terusik dengan tingkah lelaki itu. Cuma resah Elin, adakah perasaannya bakal disambut?

Elin menjauhkan diri apabila dirinya dilukai. PG tak pernah sukakan dirinya! Namun hilangnya Elin membuat PG tersedar, hatinya sudah terisi dengan gadis itu.

Masihkah ada peluang kedua untuk PG? Dapatkah Elin memaafkan PG? Kalau benar Elin membenci, kenapa ada cemburu bila Zara mendekati PG?

🏝️ PRINT ON DEMAND
🏝️ Anggaran cetakan 200 naskah
🏝️ Kombo Bahagia lebih jimat!





RINDU DALAM RAHSIA ~ SITI KHADIJAH

PRE ORDER
REPRINT DAN OLAHAN 
"SAH!”

Satu ungkapan yang diucapkan oleh Imam Ali menyentak emosi Marha. Pantas, anak mata didongakkan. Ketika ini kelihatan seorang lelaki memakai baju melayu berwarna krim sedang duduk berhadapan dengan Imam Ali dan ayahnya. Wajah lelaki itu kelihatan tegang tanpa ada segaris senyuman terukir di bibir.

Namun bukan itu yang merunsingkan Marha, tetapi reaksi yang ditunjukkan oleh keluarga tersayang begitu meruntun hati. Walaupun hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia buat Marha namun semua berbeza. Hanya rasa sebak yang menemani Marha sepanjang akad nikah berlangsung.

Anak mata Marha terarah pada laman wajah si ayah, lelaki berusia lima puluh lima tahun itu kelihatan tidak bermaya. Malah, wajahnya sarat dengan kesedihan yang tidak mampu diluahkan. Marha mengetap bibir. Kini, pandangan beralih pada seorang wanita berusia yang duduk di sisinya. Saat memandang bola mata itu bergenang dengan air mata, hati Marha hancur luluh.

Maafkan Mar, ibu. Mar tak buat semua tu. Kenapa tak ada seorang pun yang percaya cakap Mar? Detik hati Marha. Kecewa.

“Ibu…” Panggil Marha perlahan. Dia cuba menyentuh lengan Puan Kalilah, namun dengan pantas, Puan Kalilah mengalihkan tangan. Enggan disentuh oleh Marha.

Marha tersentap. Dia menundukkan wajah. Saat ini terasa dirinya begitu jauh dengan ibu sendiri.

“Suami kamu datang, cepat hulurkan tangan untuk sarung cincin.” Suara Puan Kalilah kedengaran. Tegas.

Marha mendongak. Jelas kelihatan seorang lelaki bersama seorang wanita sebaya Puan Kalilah sedang duduk melutut di hadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan terpaksa malah tiada senyuman pun tersungging di bibirnya.

“Tunggu apa lagi? Sarunglah cincin tu cepat.” Gesa wanita yang berada di sisi lelaki yang baharu saja menjadi suaminya. Wanita itu tersenyum ramah kepada Marha dan Puan Kalilah.

Namun lelaki itu hanya menjeling saat mata mereka bertentangan. Tanpa suara terus saja hujung jari Marha ditarik sebelum cincin emas bertatahkan permata berwarna merah disarungkan ke jari manisnya. Marha sebak. Sukar untuk dia mengawal emosi saat ini. Semuanya kacau-bilau.

“Salam tangan suami kamu tu…” Bisik Puan Kalilah keras di telinga Marha.

Marha teragak-agak. Serentak, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang berwajah tegang itu. Tetapi huluran tangannya dipandang sepi. Tidak semena-mena, lelaki itu menghampiri tepi wajah Marha. Dia terpinga-pinga.

“Aku takkan maafkan kau. Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” Lelaki itu berbisik keras.

Marha tersentak. Dia ingin bersuara namun tangannya terlebih dahulu ditepis sebelum lelaki itu bingkas bangun dan meninggalkan Marha yang terkulat-kulat.

“Astaghfirullah-al-azim budak ni. Kamu nak ke mana tu? Tunggu mama!"

JANJI ABANG SAYANG ~ AULIA IMAN

PRE ORDER
JANJI ABANG SAYANG

Untuk Tempahan >> P M / www.wasap.my/60189666752
"Sekarang, saya dah tak ada kerja, saya dah kena pecat. Puas hati awak?"
"Awak boleh je dapat duit dari saya." Sahut Fayyed selamba.
"Apa maksud awak?"
"Awak boleh layan saya... seribu? Dua ribu? Cakap je berapa banyak awak mahu, saya boleh bagilah."
"You are rude Fayyed. Rude!" Marah Hani bersama bibir bergetar. Pandangan yang jelas juga sudah kabur dek air mata yang mula bertakung. Tergamak Fayyed bercakap sedemikian. Persis dia pelacur yang menuntut bayaran atas segala servis yang diberikan. Jijik sangatkan dia dipandangan mata Fayyed?
"Layan Rudy boleh? Takkan layan saya tak boleh?"
"Hei, apa yang awak merepek ni?" Dada Hani terasa berat. Berat seperti dihimpit batu besar, sesak dan menyakitkan.
"Kalau Rudy boleh peluk awak sesuka hati, kenapa tidak saya?" Kaki diayun mendekati, dan wajah Hani yang basah dengan air mata direnung.

AKU HARUS MENCINTAI

PRE ORDER
RM40 SM / RM47 SS
termasuk postage
SINOPSIS
Hatta cuma tempat pemuas nafsu. Lelaki yang dia ingin jadikan suami, adalah Dariz, si lelaki kaya. Malangnya, dia terkantoi dengan ayah tentang kandungan luar nikahnya.

"Walau apa pun berlaku, aku nak kau kahwin dengan Hatta." Pak Saad.

"Maira takkan kahwin dengan jantan miskin tu ayah. Ayah dah gila ke apa? Jantan tak guna macam tu nak jadikan menantu." - Maira.

"Jantan tak guna tulah ayah kepada anak haram kau tu! Tak cukup dengan berzina, kau nak malukan ayah dengan melahirkan anak tanpa berkahwin? No, Maira! Langkah mayat ayah dulu." - Pak Saad.

Tiada pilihan, Maira terpaksa berkahwin. Namun, hanya sekadar ambil syarat. Hati dia tetap mencari lelaki lain. Tak dapat Dariz, masih ramai lagi lelaki kaya di luar sana. Kerana dia dahagakan kemewahan. Bukan hidup dalam kemiskinan dengan Hatta.

"Miskin buat cara miskin. Aku takkan cintakan lelaki tak guna macam kau. Dan jangan sesekali kau sentuh aku. Aku jijik." - Maira

"Sebab jijiklah, you mengandung anak I." - Hatta

Bagi Hatta, cukuplah sekali dia buat dosa besar. Dia jahil, tapi dia tak kejam untuk melepaskan tanggungjawab. Maira itu isteri dia yang sah. Anak dalam kandungan Maira, adalah anak dia. Dia akan jaga sebaik mungkin walaupun sering dihina oleh Maira serta mertua sendiri. Dia akan bangkit, demi anak itu.

"Anak yang you banggakan ini, aku akan bunuh. Aku takkan lahirkan budak haram ni." - Maira

"Tak cukup ke dengan dosa yang kita dah buat? You memang bercita-cita nak masuk neraka ke, Maira?"

Hatta fikir, Maira akan berubah bila dia mencurahkan sepenuhnya kasih sayang. Malangnya, perempuan tu tak pernah berubah. Bukan setakat curang dibelakang. Malah, Maira membunuh anak mereka. Lantas, Hatta buang segala rasa dalam hati. Dia pergi membawa diri.

Tatkala Hatta menghilang, ada rasa aneh menjamah hati. Maira kesepian. Tak sedar yang dia telah jatuh cinta pada suami sendiri. Malangnya, tiada apa yang mampu mengubah hati Hatta.

"Saat kau membunuh anak tu. Sama seperti kau dah bunuh aku, Maira. Jangan muncul depan aku lagi. Aku jijik."- Hatta

Tiada lagi cinta buat Maira selain kebencian. Cinta mereka berakhir dengan kematian si kecil. Cukuplah.. Setakat itu sahaja dia turunkan egonya buat seorang isteri.

PRE ORDER TILL 30 OCT

PABILA KAU HADIR

PABILA KAU HADIR
RM 28.00 (SM), RM 31.00 (SS)
poslaju rm8 sm /rm13 ss

BLURB:
Tidak mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi. Begitulah hidup seorang Izzah Ferhad. Ramai orang menyangka senyumannya menggambarkan kebahagiaan. Namun, hidupnya tidak semudah nama yang dimiliki. Ada duka yang terpahat di hati. Terkadang dia hanya ingin bersendiri, berbisik segala cerita pada angin, lalu mengalirkan air mata.
“I masih sayang. Dari dulu dalam hati I cuma ada you.”- Zainal
“Sudahlah tu Nal. Pergi pada dia. Dia yang selalu setia pada you.”- Izzah.
Iskandar Irsyad… Tiba-tiba, nama itu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lelaki itu penuh misteri. Hadir tidak terduga, perginya tidak dipinta. Reaksinya kadangkala ceria, kadangkala dingin dan beku. Dalam teka-teki, Izzah berbicara sendiri, lelaki itu sungguh istimewa.
Demi menghentikan sebuah fitnah, Izzah nekad. Iskandar dilamar untuk menjadi raja di hatinya. Lantas, semakin lama menyelami hati seorang Iskandar dalam sebuah perhubungan yang halal, Izzah tergamam. Benarlah, manusia yang terlihat bahagia itu punya cerita tersendiri.
Izzah menginsafi diri. Kisah yang terbongkar membuatkan cintanya semakin dalam terhadap Iskandar. Izzah menyemat janji, dia tidak akan pernah berhenti mencintai. Sayangnya, Iskandar masih tega melukai sehingga tiada ruang untuk dia terus memegang kukuh sebuah janji.
“Izzah, andai abang mampu ulang semula kisah cinta kita, abang tentu tak akan benarkan setitik pun air mata Izzah jatuh kerana abang, tapi abang tak mampu. Abang tak ada kudrat tu. Abang hanya lelaki yang tak ada apa-apa…” – Iskandar
“Abang, andai sahaja memaafkan itu semudah lafaz di bibir, tentu sudah lama Izzah maafkan.” -Izzah
Izzah terperangkap antara cinta dan dendam. Luka di hati tiada siapa yang mengerti. Namun Izzah tahu, cintanya buat Iskandar tidak pernah padam. Hanya Iskandar yang bertakhta di hati. Tetapi adakah Iskandar juga begitu? Mahukah lelaki itu sama-sama mencintai apa adanya? Mahukah lelaki itu berkongsi segala rasa dan dugaan mendatang bersama-samanya?

MISS SCOOTER PINK

Preorder PBAKL CUTE PUBLICATION
MISS SKUTER PINK - DoMi NiSa
RM33sm/RM36ss
termasuk pos
Random teaser

“Kak Aira sorry lambat..” pinta Eryna.
Siap dengan tunjuk gaya meminta ampun sebaik sahaja keluar dari perut kereta Mazda 2 berwarna putih bila terlihat Dhia Maira sedang menanti kedatangannya. Beg kertas
Dhia Maira menggeleng lembut. Tanda dia tidak kesah.
“Kenapa monyok aje ni? Kak Aira ada masalah ke?” resah Eryna menyoal. Melihat wajah gadis itu kurang bermaya.
“Lelaki itu kejam dan jahat! Dia ambil duit lepastu dia main blah macam tu aje. Kad pengenalan dan kad pelajar kak terpaksa buat report cakap hilang. Arghh!” tiba-tiba Dhia Maira melepaskan geram.
“Ada jugak spesis lelaki macam tu? Memang tak guna betul. Atau mamat tu jenis tiga suku kak?”
“Kalilah Eryn. Kak rasa macam tu jugak. Harap badan nampak tough tapi sayang skru dalam otak longgar sikit.”
Mereka gelak berjemaah. Terasa lucu membayangkan lelaki yang kacak tapi biul.
“Tak payahlah spoilkan mood dengan fikirkan hal mamat tu. Nah ambil baju ni dan bersiap cepat. Sejam lagi majlis dah nak mula.”
Beg kertas yang berwarna hitam bertukar tangan. Dhia Maira mengintai sedikit apa isi di dalam beg kertas itu. Sungguh dia terkejut dan terpegun bila melihat sehelai gaun labuh berlengan panjang berwarna kelabu serta shawl jenama Ariana warna yang sama siap dengan bertatah berlian bergemerlapan sinarnya sebaik dia tarik keluar dari beg kertas.
“Eryn apa ni?” tanya Dhia Maira dengan dahi berkerut. Wajah Eryna ditatap dengan penuh persoalan.
“Itu gaun terbaru dari butik Eryn yang direka khas untuk kak. Kak nak tahu siapa yang reka design ni?” Eryna berteka –teki dengan kening terjungkit-jungkit.
Berkerut dahi Dhia Maira memandang adik angkatnya itu. “ Abang Wan kan?”
Dhia Maira hanya tahu abang kedua Eryna, Hafiy Zaquan pakar dalam pereka fesyen. Kerana itu adalah bidang lelaki itu.

“Salah…bukan Abang Wan tapi along..”
atau

Kirimkan Rindu

LIMITED EDITION
HARGA 
RM33 SM / RM36 SS
postage RM8 SM / RM12 SS

Siapa yang rindu?


Kirimkan Rindu 

*****


Terasa jemarinya mulai membelai rambutku.
“Assad...” Aku seru namanya dengan mata yang masih terpejam.

“Boleh tak I nak lari jauh dari semua orang?” Soalan entah apa-apa aku tanya. Tiba-tiba saja aku terasa mahu lari jauh. Mahu pergi ke tempat yang semua orang tak kenal aku.

“You nak pergi mana? I bawakan." Dia buat tawaran menarik.
Namun, aku tidak berniat untuk menerima tawarannya itu. Kepala aku geleng perlahan. Yang terfikir olehku saat ini hanyalah mahu tenangkan jiwa yang sedang celaru.

“Jauh dari you, jauh dari semua orang yang kenal I.”
Jemarinya yang sedang membelai rambutku tiba-tiba terhenti. Terus aku buka mata dan angkat kepala dari bahunya.

Tiba-tiba sebelah tangannya menyentuh pipiku. Sisa air mata di situ disapu lembut.

“You takkan boleh pergi jauh dari I, K.” Ayat tegas keluar dari bibirnya.