Showing posts with label Penerbitan Kaseh. Show all posts
Showing posts with label Penerbitan Kaseh. Show all posts

OPERASI CINTA HAQIEL

OPERASI CINTA HAQIEL
RM30 SM / RM33 SS
postage RM8 SM / RM13 SS
Bukan mudah Si Haqiel nak pikat hati Ainan yang macam batu ni tau...Kesian dia ðŸ˜†ðŸ˜†.Mari layan bab seterusnya.

MELIHAT Ainan yang duduk di sebelah Tuan Arman di sofa, Haqiel mengeluh. Sedari tadi Ainan langsung tak bertanya khabar dia. Hanya Fahri sahaja yang duduk di sisinya. Ingatkan bila dia sedar, Ainan ada temankan dia. Rupa-rupanya tidak.

Masa dia sedar tadi, cuma hanya ada Fahri sahaja di situ. Fahri ada beritahu yang Ainan balik ke rumah untuk bersihkan diri dulu sebelum datang semula dengan Tuan Arman. Semalam pun Ainan yang temankan dia. Tapi sekarang macam tak peduli langsung pula. Naik pening dia fikir. Ainan risaukan dia atau tidak? Tapi macam tak saja. Kecewanya.

“Kenapa jeling macam tu sekali?” Tanya Fahri.
“Dia langsung tak tanya khabar aku. Aku ke, Tuan Arman yang terlantar sakit sekarang ni?”

Terhambur kata-kata tak puas hati dari mulut Haqiel dengan tingkah Ainan terhadapnya. Sekarang ini bukan perut saja yang sakit, hati dia pun macam nak masuk ICU juga ini. Pedih betul! Dia menjeling Ainan dengan geram.

Fahri menghamburkan tawa sehingga menarik perhatian Ainan yang rancak berbual dengan Tuan Arman.
“Eh, kau dah kenapa? Ini hospital tau. Agak-agaklah nak ketawa pun. Tak nampak ke siapa terlantar depan kau tu?” Ainan menegur. Sejak ada Haqiel, makin bahagia pula dia nampak Si Fahri ini.

‘Ooo... dia nampak aku terlantar sakit. Tapi buat tak tahu. Sampai hati betul!’

“Nampaklah. Alah... bukannya orang lain dengar pun. Tan Sri Jamal kan dah tempah bilik ni khas untuk Haqiel.”
Ainan mencebik. Ada saja jawapan lelaki itu. Fahri sekarang semakin kerap menyindir dia. Ini semua sebab berkawan baik dengan pesakit itulah. Dulu Fahri mana berani macam ini.

“Ainan, kau tak nak tanya khabar Haqiel ke? Dah lama dia sedar ni.” Sengaja Fahri mahu melihat reaksi Ainan.
“Dah sedar, kan? Okeylah tu.” Balas Ainan selamba. Bukan dia tak tahu apa tujuan Fahri. Dia masak sangat dengan perangai lelaki. Lagipun, dia boleh tanya doktor keadaan Haqiel. Itu lebih sahih. Tanya Haqiel nanti, mengada-ngada saja yang lebih.

“Bukan semalam kau yang paling kalut ke? Siap teman Haqiel naik ambulans lagi. Sekarang buat tak tahu pula.” Perli Fahri selamba.

“Kau ingat aku suka-sukalah naik ambulans tu. Aku cuma nak balas budi aje. Dia kan pernah hantar aku dekat hospital. So, aku nak balas baliklah. Kiranya lepas ni aku dah tak ada hutang dengan dia.” Jawab Ainan sambil mencebik.

Berubah terus wajah Haqiel mendengarnya. Fahri sudah menggaru kepala. Ainan memang tak pandai nak jaga perasaan Haqiel yang tengah sakit ini agaknya. Memanglah menipu itu berdosa, tapi apa salahnya kalau dia jaga hati orang. Cakap itu biarlah beralas sedikit. Ini tidak, nak juga sakitkan hati Haqiel.

“Tan Sri Jamal bagi Haqiel cuti sampai sembuh. Jadi, sementara itu hanya Ainan dan Fahri yang bertugas di rumah beliau.” Jelas Tuan Arman. Dia terkejut apabila Fahri khabarkan tentang serangan semalam dan Haqiel tercedera.

“Maafkan saya, tuan. Saya tersalah langkah semalam dan membuka peluang luas untuk mereka kalahkan saya. Mujur ada Fahri dengan Ainan semalam. Kalau tidak, entah apa nasib saya. Saya dah susahkan mereka dan malukan tuan pula.” Keluh Haqiel kesal.

“Bukan salah kamu pun. Yang penting sekarang ni, kesihatan kamu tu. Saya tak pernah rasa malu kalau salah seorang dari kamu tercedera. Malah saya rasa bangga sebab kamu semua sanggup berkorban sampai macam tu sekali. Tan Sri Jamal pun siap pujuk saya untuk ambil kamu bertiga kerja direct dengan dia. Memang taklah saya nak lepaskan. Kamu bertiga kekuatan syarikat saya tu.”

Memang setiap kali Ainan dan Fahri bertugas di luar, klien pasti akan menghubungi dia untuk mengambil mereka bekerja tetap sebagai pengawal peribadi mereka. Dia memang tak akan lepaskan kerana mereka berdua banyak membantu dia menguruskan staf-staf yang lain semasa bertugas.
“Betul tu, Haqiel. Kau jangan risaulah.” Sokong Fahri, memujuk.

“Kau kena belajar banyak lagi. Jangan benarkan musuh serang kau macam semalam. Dan kalau cedera tu, jangan sibuk nak bangun tunjuk kuat. Ini tak, sanggup abaikan keselamatan semata-mata nak tunjuk kuat. Nasib baik aku ada, tahu tak? Kalau tak, kami ziarah kubur kau ajelah jawabnya.” Ainan memberi nasihat sambil diselitkan dengan bebelan sekali.

Tuan Arman tersenyum, nampak serasi pula budak berdua ini. Susah dia nak tengok Ainan membebel macam ini. Tapi kalau dengan Haqiel, memang dia nampak Ainan lain sikit. Dalam marah, terselit nasihat supaya lebih berhati-hati.
“Haqiel tengah sakit ni. Kau nak membebel pula. Agak-agaklah Cik Ainan Syahira oii...”

“Yang sakit tu perut dia, telinga dia tak ada masalah pun. Jadi dia boleh dengar dan hadam dengan jelas semua ni.” Jawab Ainan selamba.

“Sudah tu, jangan bergaduh lagi. Haqiel, saya kena balik office sekarang. Nanti saya datang lagi. Berehat dan jangan banyak bergerak. Baru cepat sembuh sikit.” Pesan Tuan Arman.

“Terima kasih tuan sebab sudi datang melawat saya, walaupun saya tahu tuan sibuk.”

“Oh, ya. Nak saya call parent kamu? Ke dah ada yang beritahu mereka?” Tanya Tuan Arman. Dia tak nampak pula ada orang lain yang datang, melainkan mereka dan keluarga Tan Sri Jamal bersama pihak polis sebentar tadi.

“Tak payahlah, tuan. Saya tak nak mereka risau. Bukannya teruk sangat pun.” Haqiel tak mahu keluarganya tahu apa yang berlaku kepadanya. Lagipun, apa dia nak jawab kalau mereka tahu pekerjaan dia sekarang ini. Mahu seminggu dia disoal siasat nanti. Itu lagi memenatkan.
“Ainan, kau temankan Haqiel sekejap. Aku ada hal nak bincang dengan tuan dekat luar. Boleh, kan?”

‘Kau sengaja ajekan, Fahri? Ingat aku tak tahu ke? Kau sengaja nak aku berdua dengan Haqiel, kan?’
“Pergilah. Tiba-tiba kau ada hal nak bincang dengan tuan, ya.” Sindir Ainan sambil mengecilkan matanya.
Fahri hanya tayang sengih. Kantoi.


Dia Encik Imam Ekspress

NOVEL ADAPTASI

Dia...Encik Imam EkspresRM28 SM / RM31.SS

postage RM8 SEM / RM12 SS

Ready Stock Terhad

“Diya nak pergi mana?” Engku Razil terus bersuara bila aku julur kaki ke bawah.

“Saya nak balik. Kisya dah tidur elok dah, demam dia pun dah kurang. Saya minta maaf sebab terlelap tadi.”

“Diya… tolong jangan buat abang macam ni.”
“Saya buat apa?” Aku masih menunduk. Engku Razil kini berdiri betul-betul di hadapan aku.
“Abang tahu Diya terasa hati dengan abang. Memang abang silap. Percayalah, abang tak ada niat langsung nak sakitkan hati Diya. Entah apa yang merasuk abang waktu tu, sampai abang tergamak tuduh Diya dan malukan Diya dengan kata-kata abang.”
Aku kemam bibir. Baru nak rasa menyesal.
“Waktu tu, saya cuma temankan Kisya main. Adik awak yang tiba-tiba muncul dekat situ. Kami bukan sedang bercinta seperti mana yang awak tuduh.”
“Abang tahu. Maafkan, abang.”
“Saya sedar siapa saya. Saya tak pernah berangan pun untuk jadi Umi Kisya. Saya baik dengan dia sebab saya kasihankan dia. Saya tak sampai hati nak larang dia bila dia panggil saya Umi.” Aku genggam tangan sendiri.
“Abang tahu. Abang yang bodoh sebab dah sakitkan hati Diya.”
“Saya malu sangat bila awak cakap macam tu. Macam saya ni terhegeh-hegeh sangat nak jadi Umi Kisya, nak jadi pendamping awak, sedangkan saya… saya…”
“Abang betul-betul minta maaf.”
“Tak apelah, benda dah jadi. Saya nak balik. Terima kasih sebab sudi benarkan saya teman Kisya tadi.” Aku cuba untuk turun dari katil, tapi tak boleh. Ditahan oleh tubuh kekar Engku Razil.
“Tepilah, saya nak turun.” Bila aku ke injak ke kiri, dia turut ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan.
“Abang takkan benarkan Diya pergi selagi Diya tak maafkan abang.”
Aku mengeluh kuat. Nak ugut-ugut pula. Dia tak tahu ke yang hati aku ni masih sakit dengan apa yang dia dah buat. Aku masih makan hati lagi dengan dia.
“Okey, saya maafkan awak. Cukup?” Engku Razil menggeleng. Aku mendecit geram.
“Apa lagi yang awak nak? Saya dah maafkan awak dah.”
“Abang tak nak dengar lagi perkataan awak saya tu. Abang tak suka.”
“Kenapa pula?”
“Sebab, abang tak nak kita jauh.”
Terdiam aku. Apa maksud dia?
“Please… abang nak tengok Diya abang yang sebelum ni.”
Sejak bila pula aku jadi hak dia ni? Biar betul Abi Kisya ni. “Tepilah, saya nak balik.”
Rasanya aku kena cepat. Hati aku dah tak berapa nak teguh ni.
“Abang takkan biarkan Diya pergi selagi abang tak tengok Diya abang yang sebelum ni ada di depan abang.”
Aku mengeluh kuat. Diya abang, Diya abang. Nak sangat aku jadi milik dia ke?
“Okey, okey. Abang boleh tepi tak, Diya nak balik.” Aku menjawab dengan mata meliar. Tiba-tiba rasa tak sanggup nak tengok muka dia bila aku perasan senyum manis di bibirnya itu.
“Diya tergamak ke nak tinggalkan anak kita tu? Kalau dia cari Diya nanti, macam mana?” Engku Razil inilah. Dia nak tengok aku ke pula yang kena demam panas ni? Dia tahu tak bila dia sebut perkataan ‘anak kita’ tu perasaan aku macam mana? Rasa nak terjun bangunan lima tingkat ni kerana terlampau seronok. Kenapa aku rasa dia berlainan sangat malam ni? Tak cukup tidur ke?
“Dia dah okey dah tu.” Aku tolak tubuh Engku Razil ke tepi. Aku turun dari katil dan terus sarung selipar.
“Umi…”
Aduhai… dia jaga pula dah. Engku Razil dah pamer senyum senget. Sukalah tu.

KOMBO 3RD ANNIVERSARY

Pre Order 31 Januari 2019 
 RM50 sahaja termasuk Sabah/Sarawak. POSTAGE PERCUMA untuk pembelian Kombo ini.
Diskaun RM2 sebuah untuk pembelian single daripada harga asal. Postage RM8/RM11.
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
#randomteaser
#pemilikcintazania

“Tak tidur lagi?” Zahin menggeleng menjawab pertanyaan sang isteri.
Dalam samar-samar cahaya bulan yang terpancar, tubuh Dania yang hanya mengenakan singlet dan legging ketat itu diperhati lama. Wajahnya berkerut hairan. Mereka sekarang berada di kampung. Dan suasana di kampung tidak seperti di bandar. Di kampung apabila tiba malam, sangat sejuk. Dia sendiri pun mengenakan baju tshirt dan seluar panjang. Tidak sejukkah Dania?
“Mengancam dan tergoda tak?” Soal Dania menggoda. Tangan mula melingkar di leher Zahin. Dania versi menggoda itu sudah muncul.
“Tak sejuk ke?” Lengan Dania digosot-gosot perlahan.
“Sejuklah. Tolong tutup tingkap tu.” Dania mengerling ke arah tingkap yang masih terbuka.
Zahin pantas menutup tingkap sebelum dikunci rapat. Zahin merapati Dania yang sudah siap menuggu di birai katil. Lagak isterinya itu seperti penggoda kelas satu. Ada sisi lain yang masih Zahin belum ketahui. Jantung yang sedia berkoncanghebat bertambah hebat getarannya saat tangan Dania menolak tubuhnya jatuh ke atas katil. Dia tidak mahu berharap sangat. Takut nanti kecewa. Lagipun mereka belum menjadi suami isteri dalam erti kata sebenar. Memang di antara mereka ada menggoda antara satu sama lain. Tetapi, tidak lebih dari itu kerana Dania sering kali mengelak.
“Opss.. Lajunya jantung awak berbunyi. Macam nak meletop. Silap-silap boleh tergolek jatuh ni.” Dania ketawa manja ketika tangan melekat di situ.
“Dah you tiba-tiba goda I.”
“Goda awak? Saya tak goda. Saya baru cuit awak sikit je.” Dania gigit bibir bawah. Menggoda.
“Pakaian you, kata-kata you, kelakuan you ni.. you cakap tak goda? I tak main cuit-cuit, Nia. Sekali you dah terlajak, you kena teruskan.” 
Dania hanya selamba. Malah, wajah Zahin dicium berkali-kali. Geram.
“You yang goda I dulu. Jangan salahkan I kalau I terbabas. Dan you, jangan harap boleh lepaskan diri dari I lagi. I akan goda you sampai you takkan mampu nak menolak pun.”
Tangan Dania ditangkap lalu dibawa ke bibirnya.
“Saya tahu. Dan saya bersedia menerima hukuman.”
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
RANDOM TEASER
*Jom baca sambungan encik berg paksa mya keluar dgn dia tu. Tengok Mya mengamuk ke mya cairrrr dengan si berg.

“JOM.”Xarlharieth bersuara. Mya masih mengeraskan badan di kerusi penumpang itu. Berdongkol rasa hatinya. Ini kali pertama dia bekerja dari 8.30 pagi hingga 6 petang dan kemudian bersambung sehingga kini. Dia mengerling jam di dashboard kereta yang sudah melewati angka 8.30 malam itu.

“Mya.”Namanya diseru lembut. Dan ini juga kali pertama telinganya mendengar suara itu begitu berhati perut. Nada memujuk.

“Ok, I’m sorry terpaksa paksa awak macam ni tapi ini je masa yang saya ada dan saya perlu sangat buat ni semua.”

Mya memuncungkan bibir. Seronok sangat rasanya jual mahal waktu begini kerana lelaki itu memang sedang merendahkan egonya. Bukan selalu. Walaupun biadap juga dia mahu merajuk dengan bos tapi sekali-sekala tak apa rasanya. Terbayar sedikit makan hatinya dengan perangai diktator Mr.Iceberg selama ini.

“Mya, please. Awak pun tahu saya macam mana. Saya kurang sabar dan saya boleh buat apa saja.”Pujukannya mula bertukar ugutan walaupun nadanya begitu rendah dan lembut. Ceh, masih nak tunjuk perangai kuku besinya.

“Mya.”Sekali ini memang Xarlharieth berjalan terus ke pintu penumpang dan pintu di buka. Lengan Mya ditarik.

“Apa ni, paksa-paksa orang. Yang sentuh-sentuh, tarik-tarik tangan ni, ingat Mya ni siapa? Mya pekerja Encik Berg je, bukan isteri!”

“Kalau saya nak paksa jadi isteri pun boleh. Ingat, saya boleh buat apa saja!”Keras semula suaranya. Sombong angkuh pulak tu. 

Mya ketap bibir. Keluar dari kereta. Time up! Dah habis masa nak mengada-ngada dan hadaplah semula Mr.Iceberg yang sentiasa datang bulan moodnya.

Mya mengatur langkah menuruti Xarlharieth. Restoren mewah Thirty8 Grand Hyatt dengan pemandangan ibukota Kuala Lumpur itu menyambutnya. Meja untuk mereka sudah tersedia dan wow, this is candlelight dinner!

“Kita nak buat apa di sini Encik Berg?”

Xarlharieth jungkit kening. Kalau dia jawab nak basuh kain karang, tentu perempuan ini bengang tapi dah duduk di restoren, tentulah untuk makan.

“Kita nak makan malam di sini ke?”

Xarlharieth mengangguk. Layan terkejut Mya seadanya dan berusaha tidak mahu bertutur sinis. Mya di hadapannya mula serba tak kena. Habis pandang sekeliling, matanyna meneliti pula meja di hadapan mereka. Lilin itu diperhati bersungguh. Macam romantic dinner dalam filem pulak rasanya tapi dia kena sedar, di hadapannya itu bukan kekasihnya. Itu bosnya yang buang tabiat malam ini.

Makanan yang dipesan tiba. Ada pembuka selera Sicilian Red Prawn. Mya terkebil-kebil. Tak tahulah macam mana gaya dia nak makan makanan mahal itu apatah lagi di hadapan Mr. Iceberg. 

“Errr, kenapa Encik Berg ajak Mya makan di sini? Mesti Encik Berg dah booking meja nak ajak Cik Reen makan tapi dia busy dan tak dapat attend. So dari membazir, baik ajak Mya kan?” Elok saja dia meluahkan teorinya.

Mulutnya masih penuh makanan, tapi teorinya perlu dikemukakan. Xarlharieth diam sahaja, menghabiskan makan malamnya. Setelah selesai baru dia mengangkat muka, benar-benar memerhati wajah di hadapannya yang masih sibuk menyumbat makanan ke mulut.

“Memang saya tempah untuk kita. Untuk Mya.”
Tergelak Mya. “Eh, romantik la bos nak tempah meja di restoren mahal ni untuk Mya. Special pulak tu. Dah macam kita ni couple.”

“Kalau nak anggap macam tu pun boleh. Apa salahnya.”

“Ehh, mana boleh.”

“Kenapa tak boleh?”Soal Xarlharieth. Bersungguh benar Mya menolak, kenapa? Sebab dia dah ada teman lelaki?

“Encik Berg, apa pun terima kasih untuk makan ni. Tak kisahlah replace tempat orang ke, janji mya kenyang. Mya nak ke washroom sekejap. Mesti comotkan mulut Mya ni. Maaflah, pelahap memang macam ni!”Mya segera bangun. 

Sebentar kemudian ketika dia kembali, ada sepotong kek siap berlilin sebatang di meja.Mya menepuk dahi, “Ya allah. Mya lupa! Ini tentu sebab nak sambut hari jadi Encik Berg! Sorry Encik Berg, Mya tak ingat. Bukan sengaja tapi Mya memang pelupa bab tarikh-tarikh ni.”

“Duduk dulu Mya.” Pinta Xarlharieth. Senyumnya melebar melihat reaksi terkejut dan kecoh Mya itu. Dia tahu Mya memang tak ambil pusing langsung tentang hari jadinya malah hari jadi sendiri pun dia terlupa.

“Bukan birthday saya. Birthday awak Mya. Cuba tengok tarikh hari ni.”

Mya terlopong. 1st time dia disurprise macam tu. Dia yang tak pernah dapat kejutan dan mula terharu. Tanpa sempat dia menahan, memang air mata dulu yang mengalir di pipi.

“Mya jangan menangis pulak. I just want you to be happy. Sepanjang hampir setahun awak kerja dengan saya, mungkin I’m too bad. Too synical? But deep in my heart, I always want to make you happy.” Lembut suara itu, siap mengeluarkan sapu tangan dan lap air mata di pipinya. Macam tak percaya inilah Mr. Iceberg yang sentiasa mendingin.

“Encik Berg minta maaf ke ni? Siap nak buat Mya happy. Don’t worry Encik Berg, Mya boleh kerja dengan Encik Berg pun dah buat Mya happy dalam kemurungan.”

Xarlharieth ketawa. “Seriously Mya stress kerja dengan saya?”

Mya menggeleng pantas, takut Mr. Iceberg itu salah sangka. “Taklah. Mya ok je. Ada nampak Mya stress selama ni? Tak adakan? Mya gembira je walaupun perangai Encik Berg kadang-kadang boleh buat Mya meroyan. Meroyan gitu-gitu jelah sebab alih-alih bila tengok muka handsome Encik Berg, tenanglah balik.”

“Amboi, terus-terang sangat.”

“Apa benda yang Mya tak terus-terang? Dengan Encik Berg, memang tak ada selindung punya.”

“Betul tak selindung? For 100 times I’m asking you again, Mya dah ada boyfriend?”

Mya yang sibuk menyuap kek terhenti seketika. Lelaki itu memang menanti jawapannya bersama renungan membunuhnya.

“Errr.”

“Kenapa nak selindung. Jawapan kan mudah saja, yes or no.”

“Tapi apa tujuan Encik Berg tanya. Bukan penting pun.”

“Penting untuk saya tapi Mya tak perlu jawab pun. Apa yang Mya perlu buat, putuskan hubungan dengan boyfriend Mya kalau Mya ada boyfriend.”

Mencerlung mata Mya. Kembali semula sikap diktator Mr. Iceberg itu sampai berani suruh Mya putuskan hubungan dengan teman lelaki. 

“Kuat berguraulah Encik Berg. Kalaupun Encik Berg nak membujang sampai ke tua, janganlah ajak Mya ikut cara Encik Berg. Mya nak kahwin, nak ada family, nak ada anak-anak!”Mya meningkah pantas. Kek di pinggan segera dihabiskan. Malas dia nak layan topik yang buat lelaki itu kembali serius.

“Mya boleh kahwin, ada family dan ada anak-anak tapi pastikan anak-anak Mya tu ber bin kan saya.”

Mya tercegil. Macam tersekat rasanya kek di kerongkong. Dia tersedak. 

“Tak payah gelabah sangat. Saya bergurau je. Cepat makan. Lepas ni kita nak jalan-jalan. Mya cakap nak ambik angin malam KL.”

“Eh, takpe ke Encik Berg buang masa untuk Mya?”

“For your birthday bukan buang masa. My pleasure.”

“Encik Berg ni romantik jugak ye?”

“Malam ni je. Esok saya kembali pada asal.”Pantas jawapannya bersama mimik muka yang sengaja ditukar kepada serius dengan tiba-tiba. Mya tergelak malah cepat saja dia mengangkat sudu berisi kek lalu disuap ke lelaki itu. Lupa sebentar Xarlharieth itu bosnya.

DERHAKA CINTA JEBAT


RM30 SEM / RM33 SS

postage RM8 SEM / RM12SS
BLURB DERHAKA CINTA JEBAT
Jebat Zulkarnain… 
Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…
Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”
Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.
“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”
“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”
Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?
Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.
Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

KOMBO 3rd ANNIVERSARY



Salam Kaseh semua.
Sempena Ulang Tahun Kaseh yang ke 3, Pre Order KOMBO 3rd ANNIVERSARY dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari 2019 dengan hanya  RM50 sahaja termasuk Sabah/Sarawak. POSTAGE PERCUMA untuk pembelian Kombo ini.
Diskaun RM2 sebuah untuk pembelian single daripada harga asal. 
Postage RM8/RM11.
KARAM DI HATI ENCIK BERG ~ Sara Hezra. Genre romantik komedi.

Teaser.....
TEMUDUGA. Awal-awal lagi dia, Mya Adellia sudah terbuat hal. Dia menyembah kaki kerani yang memanggil namanya untuk masuk ke bilik temuduga.

“Bangun, cik. Kalau hormat sekali pun, cik pergilah hormat tuan CEO yang nak interview cik tu, bukan saya. Saya kerani cabuk tukang panggil nama aje.”

Mya mengangguk-angguk sambil memohon maaf. Dia melangkah masuk ke bilik, tempat temuduga bakal berlangsung. Malang nasibnya, dia tersadung sekali lagi. Hilang tiba-tiba dari pandangan tuan CEO yang sudah menanti. Terkejut lelaki itu hingga dia tertunduk-tunduk ke bawah meja untuk melihat persembahannya. Dalam hati dia menyeranah kasut yang dipinjam dari Nazira. Tekadnya, dia akan patahkan tumit 6 inci itu seusai sesi temuduga itu nanti.

“Lain kali kalau datang interview, tak payahlah pakai kasut macam model runaway. Tadi kat depan pintu sana dah tersembam. Depan saya pun masih nak buat acrobatic show. Mesti kasut pinjam ni.”

Dia menelan liur. Gugup, malu dan rasa disindir bercampur-aduk. Sekaligus dia dapat merasakan wajahnya berubah sekejap merah, sekejap biru.

“Bangunlah. Berapa lama nak meniarap macam tu? Ke saya kena meniarap juga untuk temuduga cik?”

Mya bingkas bangun. Tanpa disuruh, spontan saja dia menarik kerusi dan duduk. Tudungnya yang senget dibetulkan walaupun dia tahu, tudung bawal yang susah dibentuk itu akan menjadi lebih teruk rupanya.
*************************************************
PEMILIK CINTA ZANIA ~ Miss Dee
ZANIA STUDIO

DANIA merenung lama nama yang tertera di pintu kaca itu. Tangan naik memegang dada sendiri. Jantung seperti mengepam laju daripada biasa. Kakinya juga mula terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam. Entah kenapa, perasaan yang tidak enak mula timbul, memikirkan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Dania…” Lamunan tercantas saat mendengar namanya dipanggil.

“Zaf...” Tangan Zaf yang ingin menolak pintu kaca itu terhenti.

“Kalau kita datang lain kali boleh tak? Tiba-tiba I rasa tak sedap badan. Tapi, kalau you dah janji dengan sepupu you, you sajalah yang jumpa dengan dia. I boleh je balik sendiri.”

“Tapi, you dah janji dengan I. Kalau I ajak you lain kali, belum tentu you nak setuju. Lagipun I dah cakap dengan sepupu I yang I nak kenalkan you dengan dia.”

Dania tersentak. Tidak sempat dia membalas, tangannya sudah ditarik masuk ke dalam.

“You tunggu sini. I nak cari sepupu I dulu.”

Dania melabuhkan punggung di satu sudut. Matanya melingas ke sekeliling. Dia seperti berada di dalam sebuah studio gambar. Sana sini penuh dengan kamera dan komputer. Ada juga beberapa orang model yang sedang berposing penuh gaya di hadapan lensa kamera. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan beberapa orang model sedang menunggu giliran.

Klik!

Terpejam mata Dania apabila satu cahaya terpancar di hadapannya.

Di hadapan dia, berdiri seorang lelaki berkemeja ketat berwarna hitam yang masih memegang kamera DSLR di tangan. Kamera itu masih dihalakan ke wajahnya membuatkan dia tidak nampak wajah lelaki itu. Lengan kemeja lelaki itu pula sengaja dilipat hingga ke paras siku.

Zapp…

Berubah pucat wajah Dania saat matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Tangan naik memegang dada sendiri.

SEMPADAN 2 DUNIA


SEMPADAN DUA DUNIA 
RM30 SM / RM33 SS 
poslaju RM8 / RM12 SS 
Perpisahan kita bukan abang sengajakan.Fiona yang memulakan,membuatkan abang sangat terluka.Tetapi cinta abang terikat mati padamu sampai bila-bila. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim

Fiona terluka,abang.Kehadiran Fiona bagai tersua-sua meminta cinta dari lelakimacam abang.Siapalah Fiona di mata abang.Biarlah Fiona bawa diri.Tempat Fiona bukan di sisi abang. ~ Fiona 

Jiwamu aku pegang.Rohmu kuseru. Kaulah cinta hatiku.Biar jiwa kita bersatu di alamku. Nur Fiona, datanglah kepadaku.Aku tahu kau juga menyintaiku. ~ Megat Iskandar

Ya,Nur juga cintakan kanda.Nur rela menjadi isterimu,kanda.Demi cinta kita,Nur rela segalanya. ~ Fiona

Abang takkan biarkan Fiona pergi lagi.Abang akan rampas Fiona dari dia.Dia bukan dari dunia kita.Dia bukan makhluk Allah yang diciptakan untukmu,sayang.Fiona hanya untuk abang. Biarlah kita cantumkan kasih kita kembali demi cinta yang abang masih pegang. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim

KOMBO HOLIDAY ~ KASEH

Salam Kaseh...
Pre Order KOMBO HOLIDAY kini dibuka sehingga 30 November 2018.
Nak PLANNER NOTEBOOK 2019? 
Dengan setiap pembelian Kombo Holiday, boleh beli dengan harga RM15 SAHAJA!!
🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄 ðŸ”¸ðŸ‘„🔸👄🔸👄🔸👄
BAHAGIA YANG DIJANJIKAN - Sara Irdina

Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang berlagak sombong. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya.
Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yang muncul dalam hidupnya cukup buat dia gila dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil peduli tetap mahu dia jadi peneman hidup lelaki itu.
“Kalau betul awak cintakan saya dan sanggup lakukan apa sahaja untuk saya. Saya nak awak tinggalkan semua harta awak dekat sini dan kita tinggal dekat kampung dengan umi. Awak kena bangunkan tanah arwah ayah saya dengan bercucuk tanam. Sanggup?”
“Abang sanggup. Kecil punya hal tu sayang.”
Mereka diuji kiri dan kanan. Satu persatu perkara yang berlaku membuatkan mereka terpisah jauh. Apa yang akan berlaku seterusnya? Apa nasib anak yang dikandung oleh Maisara? Berjayakah semua rancangan Zety?
Cinta yang luhur akan kekal walaupun rintangan sebesar alam dan kepercayaan sekecil zarah sekalipun. Mampukah mereka memiliki cinta luhur itu? Kebahagiaan yang dijanjikan, mampukah ia dibuat semudah melafazkan janji?

🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄🔸👄
SEMPADAN 2 DUNIA - Nurharyati Ishak Novelis
Selintas lalu jiwaku kau bawa pergi
Perpisahan kita bukan abang sengajakan. Fiona yang memulakan, membuatkan abang sangat terluka. Tetapi cinta abang terikat mati padamu sampai bila-bila. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim
Fiona terluka, abang. Kehadiran Fiona bagai tersua-sua meminta cinta dari lelaki macam abang. Siapalah Fiona di mata abang. Biarlah Fiona bawa diri. Tempat Fiona bukan di sisi abang. ~ Fiona
Jiwamu aku pegang. Rohmu kuseru. Kaulah cinta hatiku. Biar jiwa kita bersatu di alamku. Nur Fiona, datanglah kepadaku. Aku tahu kau juga menyintaiku. ~ Megat Iskandar
Ya, Nur juga cintakan kanda. Nur rela menjadi isterimu, kanda. Demi cinta kita, Nur rela segalanya. ~ Fiona
Abang takkan biarkan Fiona pergi lagi. Abang akan rampas Fiona dari dia. Dia bukan dari dunia kita. Dia bukan makhluk Allah yang diciptakan untukmu, sayang. Fiona hanya untuk abang. Biarlah kita cantumkan kasih kita kembali demi cinta yang abang masih pegang. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim.