Showing posts with label Baru. Show all posts
Showing posts with label Baru. Show all posts

Aduh Bergetar Jantungku


Penulis : Cenderawasih
Harga : RM25.00 (SM) , RM28.00 (S/S)
POSLAJU RM8 SEM / RM12 SS

SINOPSIS
AMIRA / Ayang - Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN - Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”
“Jebon.” Amira masih selamba.
“Jebon?”
Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!
“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”
“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.
Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.
“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda...

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”
Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada. Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.
“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam. Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”
“Mak tuk...”
“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”
“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula. Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya. Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

atau
WhatsApp 018-9666752

Daun Pakis Ungu



BUKU BARU 
RM20 sem / rm25.00 ss SAHAJA 

termasuk pos register

Yang Dia Mahu ~ Rehan Makhtar




LIMITED EDITION!



RM85.00 sem [ masuk pos]


BARU. 

Yang serius berminat boleh :
 

WHATSAPP 010-4398892


ATAU


Tajuk : YANG DIA MAHU 

Penulis : Rehan Makhtar dan Emy Roberto



Sinopsis :

*ENCIK SEDERHANA – Rehan Makhtar

Untuk menjadi isteri Fateh, Yuyu perlu penuhi tiga syarat :

1) Bertunang tak lebih 3 bulan
2) Hanya majlis kesyukuran saja
3) Tak boleh make-up

Yuyu melopong habis. Tapi, dia tak mahu kalah. Dia juga punya syarat :
1) Bertunang hanya 2 minggu
2) Tak boleh tidur bersama selama mana dia tak sedia.
Dan, Fateh jatuh rahang dengan syarat kedua bakal isterinya. Tapi, dia hanya senyum menerima kerana syarat dia itu adalah untuk syariat. Dia juga yakin, Yuyu akan mengerti. Biar bersederhana kerana dunia namun berlebih demi akhirat.



*TERCIPTA UNTUK DIA – Emy Roberto
**********************************************
Didi dan Dian. Dua sahabat yang punya sejarah cinta berbeza.
Salah siapa jika cinta sudah beralih arah? – Didi vs Aladin
Nak ikut kata hati atau ikut apa saja yang papa mahu? – Dian vs Ameer

Masing-masing perlu memilih. Dan antara mereka akan ada yang harus menelan kecewa. Kata Didi, we can only choose one. Not even one and a half. Kata Dian, Andai ada jodoh, adalah. Andai tak ada, lupakan saja

Sakitnya Tuh Di Sini ~ Hani Fazuha



LIMITED EDITION.



HARGA RM46.00 SEM / RM50.00 SS



Sinopsis :
Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata.

“Tolong jujur dengan Leeya, bang.” ~ Aleeya Irdina
“Kami sudah terlanjur...” ~ Zariel Ikhwan

Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta.

Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut.

“Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?”~ Hariz Ilham
“You nak apa?”~ Aleeya Irdina 
“I nak you.” ~Hariz Ilham.

Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel?

“I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah ‘dia’ jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak ‘dia’.” ~ Hariz ilham.
“Hariz, I minta maaf...” ~ Aleeya Irdina.
“Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk”~ Hariz Ilham.

Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.

atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

Tundukkan Playboy Itu ~ Anjell


AKAN DATANG!

POSLAJU PERCUMA 
Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32
======================
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Cinta Si Wedding Planner




AKAN DATANG!

DRAMA : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 episod
SIARAN : Akasia TV3
TARIKH / MASA : Mulai 30 Disember 2015 / Isnin - Khamis (7.00 malam)
ADAPTASI NOVEL : Cinta Si Wedding Planner
PENULIS NOVEL : Dhiyana
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Wan Sharmila, Shima Anuar, Ikhlas Jalil

--------------------------------

NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER

POSLAJU PERCUMA
RM29.00 SEM / RM32.00 SS




SINOPSIS NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER

Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA 
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ
“For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” 
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

CIK PEMANIS HATI




RM27.00 SEM / RM30.00 SS
tidak termasuk kos pos


Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak? Contohnya, bahu orang.”

“Ada rasanya. Tapi, benda remeh aje, kan? Kenapa ya? Boleh ringkaskan?”

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali. Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group.

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.

Tanpa diduga perasaan benci perlahan-lahan bertukar menjadi berbunga. Rupa-rupanya dalam kedinginan sikap Adam, hatinya penuh dengan kemanisan. Hana yang sering menidakkan perasaannya mula merindukan Adam.

“Five seconds please.”

“Saya rasa tempoh masa lima saat tu dah tamat.”

“30 seconds please. No, one minute would be just nice for us.”

Kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila kisah silam Adam mula menghantui kehidupan mereka. Apakah kisah silam yang membuatkan jiwa Adam tidak tenteram? Mampukah Hana bertahan menghadapi perubahan sikap Adam yang mendadak itu? Dan, bertahankah cinta mereka yang semanis brownies itu?




atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

DIA ATAU DIA?




RM30.00 SEM / RM33.00 SS
tidak termasuk postage

“Dia dah tak ada, umi.” – Qissyara Amani.

Hati terjerut pedih. Nampak gaya, cintanya akan terpendam sampai bila-bila. Bersemadi bersama sang pemilik hati. Qissyara hanya perlukan satu cinta, tetapi DIA ambil satu-satunya belahan jiwa.

Raqiff Iqmal - Seorang yang ‘sempoi’ + caring + perahsia = Spesies yang menguji kesabaran.

Tengku Kyle - Dia sangat merimaskan + putus fius + tidak faham bahasa = Spesies buaya tembaga.

Tengku Rich Haqimi - Cukup pakej + suka cari pasal + kata-katanya banyak tulang = Spesies yang menyakitkan hati.

Bila pandang Rich, kenapa wajah ‘dia’ yang terlihat di matanya? Aduh! Mata dia sudah rabunkah? Atau dia sudah terlebih angau? Parah macam ni. Dia hanya perlukan seorang lelaki, tapi yang datang lebih daripada itu. Disebabkan itu, dia sukar memilih. Jadi, siapa yang selayaknya menjadi belahan jiwa? Dia, dia atau dia?




atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

CINTAKU MADE IN BERLIN




RM24.00 SEM / RM27.00SS
tidak termasuk postage



Hidup Hannah tidak seperti gadis lain, dia terpaksa bekerja sambilan untuk menampung hidup dan pelajarannya tanpa bantuan sesiapa. Disebabkan projek istimewa yang diuruskannya, Hannah sering berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai, Bell. Semakin lama berbicara bersama, akhirnya ada perasaan cinta yang tercipta. Namun hubungan yang mereka bina bukan semudah disangka.

“Ajal maut di tangan Tuhan. Bagaimana kalau ditakdirkan kita terpisah seperti mama dan papa awak? Seperti umi dan abah saya?”
“Saya tak boleh nak berjanji yang hebat-hebat untuk awak. Tetapi saya janji yang kita tak akan membuat kesilapan sepertimana ibu bapa kita lakukan.”

Walaupun banyak janji yang telah sama-sama ditaburkan, entah kenapa, tiba-tiba ada perasaan yang berbeza telah hadir dalam diri Hannah untuk pensyarah kesayangan semua pelajar, Ahmad Zukry.

“Encik Zukry nampak happy sejak dua menjak ni.”
“Saya happy sebab ada orang kata dia sayangkan saya.”

Lantas, sikap Hannah yang semakin dingin membuatkan Bell mengundurkan diri. Namun benarkah memang Hannah sudah jatuh cinta dengan Ahmad Zukry itu? Padahal Bell ialah lelaki yang tak dapat dilupakannya meskipun lelaki itu pergi mengembara demi mencari identiti diri.

“Awak sayangkan dia?”
“Kenapa Encik Zukry tanya?”
“Daripada cara awak menangisi pemergian dia, saya dapat rasakan awak cintakan dia.”

Sepanjang Bell menghilang ke Berlin, banyak rahsia tentang dirinya yang terbongkar. Bell menarik nafas lega kerana dapat menyatukan semula cinta papa dan mamanya yang putus di tengah jalan.
Namun… apabila pulang ke Malaysia, adakah masih ada peluang untuk dia berkongsi kegembiraan itu dengan Hannah? Atau dia hanya mampu memandang kebahagiaan Hannah bersama Ahmad Zukry?





atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

BILA PAPA JATUH CINTA



RM26.00 SEM / RM29.00
tidak termasuk postage



Lebih empat tahun dia mengelak, pertemuan tanpa sengaja itu buat hati Adinie Syifa kembali dilanda gelombang. Rupanya, dia tak pernah mampu lupakan lelaki itu. Bagi duda kacak bernama Ahmad Dhani pula, ditemukan semula dengan Dinie buat hatinya kembali ‘hidup’. Memang cintanya pada anak bekas pekerjanya itu tak pernah pudar. Tapi, misi untuk meraih cinta si gadis bukan mudah. Dia yang sentiasa tenang dalam bicara dan tingkah, harus berubah watak menjadi lelaki yang menjengkelkan. "Macam mana encik tahu kereta Dinie pancit?" Pinggang Dinie cekak, di bawah sinaran mentari begini, tubuhnya cepat saja hangat nak bangkit marah. "Lelaki sekacak saya sentiasa bersiap bersedia dengan sebarang keadaan." Dhani senyum. Ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Kalau hati dah kata mahu, apa cara sekali pun dia sanggup. Walau harga yang mahal harus dia bayar untuk mengangkat Dinie menjadi isterinya. Pun begitu, kisah mereka tidak tamat setelah bergelar suami isteri. Rupanya, Dinie tak pernah belajar dari silapnya sendiri. Kerana satu perkataan curiga, semuanya berantakan. “Sayang, salah ke kalau abang dan Juliana..." "Tak salah?” Dinie memintas. “Tak salah abang kata?" Dinie ulang tanya. "Dinie rasa elok abang pergi sekarang. Tak perlu jelaskan apa-apa. Dinie dah tak nak dengar semua alasan abang!" Suaranya meninggi. Dhani tergamam. Separuh jiwanya pergi bila dia diingatkan sekali lagi untuk pergi. Seperti biasa, dia mengalah. Kalah dengan air mata si isteri. "Sayang..." "Pergi! Dinie tak nak tengok muka abang lagi!" Apa sebenarnya kisah antara Dhani dan bestfriend forevernya yang bernama Juliana itu yang buatkan hati Dinie membara? Dan apa akan jadi jika Dhani benar-benar pergi meninggalkan si isteri?




atau
WhatsApp 010-4398892

ATUK


RM28.00 SEM / RM31.00
tidak termasuk postage

"Temankan atuk, nak!"

Mereka bukan pemburu hantu. Jauh sekali penjejak hantu. Mereka adalah penyiasat paranormal yang memenuhi undangan pelanggan untuk menyiasat sesuatu tempat sama ada benar-benar berhantu ataupun tidak. Namun ketika sedang menjalan tugas yang terpikul di bahu masing-masing, sesuatu yang tidak terduga telah berlaku kepada mereka. Sesuatu yang tidak pernah berlaku selama mereka menjadi penyiasat paranormal. Dapatkah mereka melepaskan diri dari cengkaman roh-roh atuk yang berkeliaran di dalam sebuah bangunan usang yang sedang disiasat oleh mereka?

“ALLAH, kenapa pintu tak boleh buka? Aku tak mahu terperangkap di sini. Aku kena keluar dari sini seberapa segera. Kami kena tinggalkan tempat ni.” Nurhirmawaty

“Hir...ma...mu...lut a....ku han...cur.” Murazean

“Hirma, tolong aku. Mereka tak nak lepaskan aku. Puas aku merayu suruh mereka berhenti tapi mereka tak mahu. Tolong aku, Hirma. Aku dah tak berdaya lagi.” Azidi

“Tolong! Jangan seksa aku begini lagi. Aku sakit. Kenapa kamu seksa aku?” Aisy Yumni

“Tidak!!! Ini semua mainan ilusi. Aku tak mungkin berada di lembah berapi.” Sazrin

“Jangan takut nak, atuk datang untuk menamatkan penderitaan anak.” Roh atuk

“Saya tak menderita atuk. Jangan buat saya macam ni!” Edinur





atau
WhatsApp 010-4398892
atau 



ANGIN CINTA



POSLAJU PERCUMA 

RM25.00 SEM / RM28.00 SS


Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.
Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara.
Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah. Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka. “Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar? “Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!!!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.





atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

ADUH PENING




RM22.00 SEM / RM25.00 SS
tidak termasuk postage

Dulu, sibuk sangat si Nadia tu minta cerai. Bila Ikmal sudah bahagia bersama Aleeya, boleh pulak dia terhegeh-hegeh hendak menuntut cinta lama. Gila talak ke apa? Konon-konon anak-anaknya tak boleh hidup tanpa ayah. Padahal… Ikmal sedikit pun tak pernah abaikan tanggungjawabnya.

Huru-hara jadinya hidup Aleeya. Puas ditepis-tepis akhirnya dia mengalah. Biarlah Ikmal kembali kepada Nadia. Dia sudah biasa sendiri. Hatinya tidak sakit, kepalanya tidak pening.

Kebahagiaan dirinya biarlah ALLAH yang tentukan. Jika tiada jodohnya di dunia… mungkin di akhirat ada yang menanti.

sangat si Nadia tu minta cerai. Bila Ikmal sudah bahagia bersama Aleeya, boleh pulak dia terhegeh-hegeh hendak menuntut cinta lama. Gila talak ke apa? Konon-konon anak-anaknya tak boleh hidup tanpa ayah. Padahal… Ikmal sedikit pun tak pernah abaikan tanggungjawabnya.

Huru-hara jadinya hidup Aleeya. Puas ditepis-tepis akhirnya dia mengalah. Biarlah Ikmal kembali kepada Nadia. Dia sudah biasa sendiri. Hatinya tidak sakit, kepalanya tidak pening.

Kebahagiaan dirinya biarlah ALLAH yang tentukan. Jika tiada jodohnya di dunia… mungkin di akhirat ada yang menanti.




atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

Milik Engkau Saja ~ Acik Lana



RM38.00S SEM/ RM41.00

poslaju RM8.00 SEM  / RM12.50 SS


atau
WhatsApp 010-4398892
atau 




Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!
Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!
"Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff 
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih?
Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?
Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.
Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

Tersuka Tanpa Sengaja




RM26.00 SEM / RM29.00 SS


poslaju :-
RM7.80 SEM / RM15.00 SS


SINOPSIS 

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.


atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

Lain Dunia ~ Pena Kayu



LIMITED EDITION

TIDAK AKAN DIULANG CETAK. TERHAD!

RM50.00 SEM / RM55.00 SS

SINOPSIS :

Di awal perkahwinan lagi, hati hati Aggriani sudah sentap. Apa taknya, dia diminta menjadi ‘isteri patung’ oleh Rayhan.

“Saya nak awak jadi isteri yang seperti patung, Anggriani. Bernyawa, tapi tak punya perasaan. Kaku, tapi boleh berfikir.” - Rayhan

Tanyalah isteri seluruh dunia. Mana ada yang mahu jadi isteri yang seperti patung. Jadi Rayhan, jangan jadi lelaki tidak logik! Nanti karma.

Ya! Karma itu wujud. Kerana selepas itu, Rayhan bagai dihukum bicara sendiri. Walau berusaha keras menafikan, dia juga lelaki yang punya nafsu.

"Awak jangan fikir saya cemburu pula, Anggriani. Saya buat semua ni sebab saya tak nak ada gosip antara awak dengan si dayus tu." - Rayha
"Saya tahu awak takkan cemburu. Saya ni cuma isteri patung. Tak perlu awak jelaskan berkali-kali.” - Aggriani

Tapi, ‘pesanan’ Rayhan tetap Aggriani pegang. Dia harus menjadi ‘isteri patung’.

"Jangan pandang saya," mohon Anggriani sambil mengesat-ngesat hujung mata.
"Pandang saja tak cukup, Anggriani. Awak yang menangis sekarang hanya buat saya jadi gatal nak cium awak."
Kalau tadi guguran air mata Anggriani telah mulai terhenti, kini lebat semula.
"Usahlah menangis lagi. Air mata tu tak sesuai untuk masa sekarang."
Guguran air mata Anggriani tetap juga berleluasa.
"Air mata awak ni, sama degil macam awak juga," keluh Rayhan.

Mampukah seorang Rayhan yang ego dan sering menyakitkan itu berubah menjadi suami yang mendamaikan? Hanya Aggriani saja yang mampu mejawabnya.



atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

IMAMKU MR KIMCHI


IMAMKU MR KIMCHI 
RM26.00

Sinopsis:

Kecewa dikhianati kekasih hati, Kang Hae Jin nekad membunuh diri di perairan Malaysia. Takdir ALLAH telah mengatur segalanya. Dia diselamatkan keluarga nelayan, Pak Cik Hanifah.

Fatimah Al-Zahra, anak Pak Cik Hanifah sering membayanginya siang dan malam. Lemah lembut pada fizikalnya, namun sukar hendak mendekatinya menjadikan gadis itu istimewa pada pandangan Kang Hae Jin. Menjadikan dia terlalu ingin hendak mengenali gadis itu.

Saat hati sudah sayang, perpisahan dipinta sebagai pilihan. Kang Hae Jin kembali ke Korea. Saat perpisahan, rasa rindu dan sayang makin membara, namun terhalang dek perbezaan budaya dan agama. Juga sikap Zara yang makin mendingin menyebabkan dia dirundung rasa kecewa.

Sampai bila Kang Hae Jin perlu menghadapi rasa resah dan gelisah di hatinya? Mampukah Kang Hae Jin bertahan? Berjayakah dia menempuh ujian cinta yang diatur ALLAH buatnya?



atau
WhatsApp 010-4398892

atau