Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

SUMPAH SETIA ~ AISYA SOFEA

PRE ORDER
NOVEL TERBAHARU JANUARI 2020!
HARGA: RM30.00 SM/ RM33 SS
postage RM8 SM / RM13 SS
SINOPSIS

“Yang pergi itu cinta. Mungkin yang datang itu jodoh. Yang pergi itu kekasih. Yang datang itu mungkin bakal suami kau. Mana tahu ke?”

Itu adalah kata-kata Isha, teman baik Nur Suria Anissa tentang Elias Lim Li Jun yang ingin mengahwini Anis dari saat pandang pertama mereka. Ketika Anis hilang kepercayaannya terhadap cinta, Elias menghadirkan diri. Tetapi bolehkah mereka berdua bercinta bila Elias, seorang lelaki peranakan Dutch Baba Nyonya dan Islam bukanlah agama fitrahnya?

Tatkala itulah Syed Umar, lelaki cinta pertama Anis datang untuk kembali dalam hidup Anis. Keluarga Anis mahu dia segera bernikah. Percaya dengan cinta pertama masih mekar, Anis akur dengan kehendak orang tuanya. Namun, Syed Umar ada rancangannya sendiri. Mahu keluarga Anis menanggung perbelanjaan perkahwinan mereka. Ketika itulah sikap sebenar Syed begitu jelas di mata Anis.

“Jangan fikir aku terdesak sangat dengan duit bapak kau tu. Kalau kau tak beria-ia sangat nak kahwin dengan aku, aku pun tak hadap sangatlah nak kahwin dengan kau!”

Ayat lantang daripada Syed Umar, membuatkan Anis nekad untuk memutuskan hubungan mereka buat selamanya. Walau bagaimanapun, papa Anis tetap berkeras mahukan Syed sebagai menantu mereka. Orang Melayu sahaja akan lebih memahami adat, budaya dan agama sesama bangsa.

Sanggupkah Elias yang kini sudah menjadi Ilyas Lim Li Jun Abdullah melepaskan cinta hatinya pada lelaki lain? Padanya, pastinya ada sesuatu yang ALLAH ingin berikan kepadanya. Selagi doa itu tidak putus, Ilyas yakin jodoh itu milik mereka. Tetapi benarkah jodoh itu milik mereka tatkala cincin milik Syed sudah tersarung di jari manis Anis?

HATI TERCARIK LUKA

HATI YANG TERCARIK LUKA
RM30 SM / RM33 SS
poslaju RM8 SM / RM13 SS
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.

“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie

“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda

“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

CINTA TAK SENGAJA ~SITI NUR DHUHA

CINTA TAK SENGAJA 
RM23 SM / RM26 SS
poslaju RM8 SM/ RM12 SS
Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy. 

Bermula dari situ, Fieza Eviena mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya. Namun Raja Ferdy adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Mana mungkin dia sudi menjadikan Eviena, sebagai bakal isterinya.

Kerana satu insiden, Fieza Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan yang mereka akan berkahwin tidak lama sahaja lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiayai Eviena mula dirangka.

Rancangan bermula apabila Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Fieza Eviena dan mengajak gadis itu bercuti di sebuah kapal persiaran mewah. Dia merancang mahu meninggalkan Fieza Eviena di tengah lautan dengan memberikan minuman supaya Fieza Eviena pengsan. Lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, dia juga turut ditinggalkan kapal persiaran itu atas arahan seseorang.

“Saya bakal isteri Tuan Raja Irwan Afenddi. Kami akan melangsungkan pernikahan tidak lama sahaja lagi, insyaALLAH. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.” ~ Fieza Eviena ~

“Ini yang kau nak sangatkan? Jadi terkenal. Dapat perhatian. Sekarang senyumlah depan kamera. Kenapa buat muka macam tikus nampak kucing.” ~ Raja Ferdy ~

Adakah Fieza Eviena berjaya membuatkan Raja Ferdy menikahinya? Bagaimanakah penerimaan Raja Ferdy terhadap wanita itu?

atau

ANDING AYANG 2

ANDING AYANGAN 2
terbaru karya Ramlee Awang Mursyid 
READY STOK TERHAD
HARGA RM30 SM / RM33 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Tatkala Dongeng Itu Bercerita, Dunia Di Sebalik Hijab Pun Terus Bernyawa " - Anding Ayangan II
. =========
SINOPSIS :
=========
Anding Ayangan II, kisah yang sangat mengujakan dan dibayangi dengan imaginasi yang penuh magis. Kisah masih berteraskan konsep saspens thriller. Anding Ayangan II tetap sebuah penceritaan bersandarkan Dark Dream dan make believe. Nilainya sangat tinggi dan berbaloi untuk dihayati. Seperti pembaca sedia maklum, kekuatan gaya bahasa dan teknik penceritaan yang penuh dramatik lebih memberikan kesan kepada pembaca.
.
Berkisarkan mengenai dua 
dunia yang mempunyai kehidupan berbeza. Seorang penglipur lara bernama Nyian yang mempunyai kuasa sakti telah membaca dan mengubah cerita dongeng mengenai Anding Ayangan. Segala yang dipertuturkan benar-benar menjadi kenyataan. Kehidupan Furqan Ayyubi di dunia Anding Ayangan terhenti kerana dia telah dibawa ke dunia nyata akibat pengkisahan Nyian. Manakala Nyian dan sahabatnya Damit pula bertukar dengan Furqan Ayyubi dan telah ditelan lautan dan dibawa ke dunia Anding Ayangan. .
Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. .
Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik. 

RINDU YANG TERTINGGAL

RM24 SM / RM27 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS 
Selena – Model cantik kacukan darah orang London. Wajahnya bak pelakon terkenal Cara Delevigne. Tidak hairanlah dia boleh berdamping dengan Jared yang punya rupa. Merah jambu warna pilihannya. Mulutnya agak becok. Hobinya suka cuci mata tengok mat saleh. Kacak-kacak katanya.

Amanda – Bakal memegang title doktor. Lebih suka memerhati daripada berkata-kata. Bila diusik, malas dia nak ambil kisah. Hitam warna kegemarannya. Menghias bilik warna hitam menjadi hobinya. Kata Oppa Rain, ‘Hitam itu kemas’. Suka benar dia melayan cerita Korea dan Jepun. Comel-comel katanya. Tragedi di kota London telah membawa diri Selena dan mamanya Amira pulang ke bumi Malaysia. Di sini, Selena dan Amanda bertemu tanpa sengaja. Mereka kembar yang terpisah 20 tahun lamanya! Tiba-tiba muncul idea gila-gila buat Selena. Selena mahu jadi Amanda. Amanda pula membawa watak Selena. Haru jadinya semata-mata mahu menyatukan semula sebuah keluarga.

“Kita jadi manusia sebab apa yang kita belajar daripada kehidupan. We are who we are now because of who we were in the past.” – Syafiq, papa Amanda.

“Sikap papa selama ni yang membuatkan mama susah nak percaya papa.” – Amira, mama Selena.

Selena – Model cantik kacukan darah orang London. Wajahnya bak pelakon terkenal Cara Delevigne. Tidak hairanlah dia boleh berdamping dengan Jared yang punya rupa. Merah jambu warna pilihannya. Mulutnya agak becok. Hobinya suka cuci mata tengok mat saleh. Kacak-kacak katanya.

Amanda – Bakal memegang title doktor. Lebih suka memerhati daripada berkata-kata. Bila diusik, malas dia nak ambil kisah. Hitam warna kegemarannya. Menghias bilik warna hitam menjadi hobinya. Kata Oppa Rain, ‘Hitam itu kemas’. Suka benar dia melayan cerita Korea dan Jepun. Comel-comel katanya. Tragedi di kota London telah membawa diri Selena dan mamanya Amira pulang ke bumi Malaysia. Di sini, Selena dan Amanda bertemu tanpa sengaja. Mereka kembar yang terpisah 20 tahun lamanya! Tiba-tiba muncul idea gila-gila buat Selena. Selena mahu jadi Amanda. Amanda pula membawa watak Selena. Haru jadinya semata-mata mahu menyatukan semula sebuah keluarga.

“Kita jadi manusia sebab apa yang kita belajar daripada kehidupan. We are who we are now because of who we were in the past.” – Syafiq, papa Amanda.

“Sikap papa selama ni yang membuatkan mama susah nak percaya papa.” – Amira, mama Selena.

RAHSIA HATI CINTA

RM28 SM / RM31 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS 
CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta juga membuatkan dia gundah, hati dan mindanya tidak sekata, mahu diikut kata hati atau minda, dia bingung kerana rahsia Cinta terlalu rapi disimpannya.

Cinta memberi Ishraf rasa yang berbeza, jika dulu harinya hanya ditemani alam sepi, dia seperti hidup sendiri walau keluarga ada di sekeliling, kini dia sentiasa senyum sendiri, Cinta sentiasa ada di sisi. Tapi kerana Cinta juga dia dibohongi, terasa diri dipermainkan selama ini, kini Cinta seakan sudah mati, tiada lagi di hatinya. Khalil menerima Cinta dengan perasaan hiba dalam gembira, tidak tahu tentang kewujudan Cinta selama ini, hadirnya seperti cahaya yag menerangi hidup, kini dia miliki Cinta. Tiada apa lagi dia perlukan, hidup dan matinya hanya untuk Cinta. Cinta membuatkan dia marah, perasaan benci tidak dapat ditahan lagi, Cinta datang tidak diundang, Cinta tidak diperlukan dalam hidupnya. Sally mula mengatur langkah, Cinta perlu dihapuskan


SILA TINGGALKAN PESANAN CINTA

SILA TINGGALKAN PESANAN CINTA 
RM26 SM / RM29 SS 
postage RM8 SM / RM12 SS 
Aku boleh menjadi pendengar setia waktumu,
Tetapi untuk hari-harimu,
Aku perlukan sebuah cinta...

Perkenalan Zuhar Izqi dengan seorang gadis bernama Ismira Liyana membuatkan Zuhar jatuh cinta buat kali kedua, begitu juga dengan Ismira. Mereka berdua bercinta, tetapi mendapat halangan daripada Fareed, Rina dan kedua-dua orang tua mereka sendiri. Fareed mahukan Ismira, manakala Rina juga mahukan Zuhar sedangkan Fareed dan Rina merupakan pasangan kekasih.

Pelbagai kisah menarik berlaku ketika Ismira bersetuju untuk bekerja di ZI Kafe. Jejaka kacak bernama Hazim menaruh hati kepada Ismira. Hari berganti hari, bekas tunang Zuhar, Usyarita datang kembali merebut cinta Zuhar.

Makna dalam mengenal erti cinta adalah berkorban demi insan yang disayangi dan melepaskan apa yang bukan mereka miliki. Siapakah yang perlu mengalah dan siapa pula yang akan menang dalam cinta?

“Kita dah bincang pasal hal ni, kan? Cincin tu pun, tanda detik pengenalan kita. Memang ia terlalu awal, tapi kita boleh mencuba. Jodoh tak pernah salah alamat.” –Zuhar Iqzi

“Sampailah satu tahap, saya terfikir yang saya tak patut cintakan awak. Saya patut setia dengan arwah Hamir. Tapi sampai bila saya nak meratap kehilangan yang saya hadapi?” –Ismira Liyana

“You ni Mira, dah banyak berubah. Dulu, you tak macam ni pun? I dah buat yang terbaik untuk you, tapi susah sangat nak yakinkan you. I ni dah banyak terasa hati dengan you. Hati I bengkak, you tak ambil tahu pun!” -Fareed

DERITA TERINDAH

DERITA TERINDAH
RM24 SM / RM27 SS
postage RM8 SM / RM12 SS

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya. 

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” –Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. 

Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

CINTA MR ICE BLOCK

RM24 SM / RM27 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Benarlah orang kata, rindu pada yang telah tiada amat menyakitkan. Lapan tahun menduda, Nasrul masih berpegang erat pada sumpah setia. Lebih terkilan bila insan yang dinikahi menghadap ILAHI selepas beberapa bulan hidup bersama. Dunia terasa gelap-gelita. Hidup seperti tiada rasa.

Datanglah berapa ramai pun calon isteri, tetap tiada seorang pun yang lekat di hati. Bagi Nasrul, Zabrina telah membawa seluruh cintanya ke alam abadi. Sebagai pelukis jalanan, segala apa yang dirasa diluahkan di atas kertas putih. Dengan cara itu, barulah dia faham makna tenang.

Insiden perlanggaran tanpa sengaja, mencipta pertemuan antara Nasrul dan Farah. Farah gadis sempoi yang agak gila-gila. Nasrul mula rimas dengan sikap Farah yang agak terbuka meluah apa yang dirasa. Bagi Nasrul, Zabrina itu cintanya sampai mati. Lalu, Farah terpaksa akur. Cinta ini harus dinoktahkan.

Saat Farah semakin menjauh, Nasrul pula seakan mencari. Hidupnya mula sunyi bila tiada usikan daripada Farah. Dia merindui kehadiran Farah. Sudah lama rasa ini hilang dalam hidupnya. Bila tiba saat untuk dia membalas cinta Farah, mengapa Farah tiba-tiba menghilang? Adakah dia sudah terlewat untuk bercinta lagi?

MENUNGGU DAISY HATI

Harga : RM28 SM / RM31 SS
postage RM8 SM / RM12 SS

Saat kau hadir menghampar cinta, aku terlupa hati ini pernah terluka…

Dua puluh lima tahun ditinggalkan tanpa alasan dan khabar, Mel menutup rapat pintu hatinya. Dia yakin, suaminya akan pulang untuk menjawab semua persoalan pedih yang bersarang dalam dada. Untuk menokhtahkan penantiannya.

Dua puluh lima tahun hidup mendukung sebuah amanah tugas dan persahabatan, Haniff menyimpan perasaannya di dalam gulungan harapan. Terus setia di sisi Mel dan anak perempuan mereka yang sudah menjadi sebahagian hidupnya, tapi bukan miliknya.

Gold Coast, Australia telah menemukan Myra Darleen dan Darryl Adrien. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemuda kacukan Indonesia-Inggeris itu demi mendekati si pencuri hatinya. Dua tahun kehilangan, akhirnya di Sydney mereka bertemu semula. Penyatuan ini menjadi titian sejarah 25 tahun yang lalu. Merungkai dendam yang meruntuhkan sebuah cinta.

Mampukah Mel merestui Darryl Adrien untuk Myra Darleen bila suaminya punya hak yang sama ke atas kedua-dua insan itu? Mampukah Haniff terus membalut luka hatinya, berkorban demi sebuah amanah cinta yang sudah sampai ke noktah penantiannya?

"Dia pilihan kau kan, Dan? Kalau kau boleh memilih dia sebagai cinta kau, kenapa kau tak boleh mencintai pilihan kau itu terus?" - Haniff

"Maafkan I, kalau selama ni kami hanya menjadi beban yang berat kepada you." - Mel

"Akan bahagiakah kamu kalau aku beri apa yang kamu minta tanpa mampu menzahirkannya?" - Darian

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

DIA CINTA HATIKU ~ AISYA SOFEA

stok terhad
RM27 SEM / RM30 SS
postage RM8 SEM / RM12 SS
Sinopsis
Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

Ulam Kasih Sambal Cinta

(Novel Diadaptasi ke Drama) Sejuta Rasa Untuk Adelia
#NOVELADAPTASI
#104 ASTRO JAM 10 MLM
HARGA RM 27. SEM / RM30 SS
postge RM8 SEM / RM11 SS
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi...perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM