Showing posts with label NOVEL MANIA. Show all posts
Showing posts with label NOVEL MANIA. Show all posts

BETUL BENAR BENAR CINTA

RM24 SM / RM27 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
BLURB:
“Kau ni siapa?’’ – Zara
“Aku? Insan yang tak bernama.’’ – Zairiel
Itulah detik di mana segala-galanya berubah dalam hidup Zara. Kehadiran Zairiel, rakan zaman kanak-kanaknya membuatkan lahir bibit-bibit cinta dalam hati Zara. Apatah lagi, Zairiel sering mengungkapkan kata-kata yang menggambarkan lelaki itu turut mempunyai perasaan yang sama dengannya.
“Dah lama dia nak balas dendam pada kau. So please, stay away from him.” – Taufik
Amaran Taufik tidak diendahkan. Zara terus hanyut dalam perasaan cinta yang tak bertepi. Tapi, kepercayaan Zara dikhianati!
“Ini hanyalah satu permulaan, Nurzara Anasuha. Selepas ni, lebih banyak kegilaan yang kau bakal saksikan. Yang kau takkan dapat lepaskan diri daripadanya, seumur hidup kau. Dan aku sendiri yang akan pastikan hal itu.’’ – Zairiel
Bermulalah episod duka baharu dalam hidup Zara. Hari demi hari, kebencian Zara terhadap Zairiel semakin membuak-buak. Dia tidak gentar untuk melawan Zairiel, walaupun pengakhirannya dia yang akan lebih sengsara.
Dugaan dalam hidup Zara semakin memburuk apabila Aiman dan Arissa hadir di antara dia dengan Zairiel. Satu demi satu salah faham timbul angkara Zairiel, dan Zara yang menjadi kambing hitamnya. Tapi, setiap perkara buruk yang berlaku membawa seribu satu hikmah buat diri Zara.
“Aku takkan jadi batu penghalang antara kau dengan Arissa. Bahkan, bila tiba saatnya nanti kau ceraikan aku untuk bersama dia, aku tetap gembira untuk kau. Aku akan rasa bahagia apabila kau bahagia walaupun kau suami yang tak bertanggungjawab. Cheater, liar, cold-hearted, feelingless. Yet, I still love you, Zairiel Ashraf.’’ – Zara
Akhirnya, rahsia kenapa Zairiel begitu berdendam dengan Zara terbongkar. Dalam sedih, Zara gembira. Tapi, kebahagiaan itu hanya sementara. Insan bernama Zara diuji lagi. Tragedi itu membuatkan hati Zara beku. Kosong. Kekesalan Zairiel tidak bertepi, tapi segalanya sudah terlambat. Masih adakah ruang kemaafan untuk Zairiel dalam hati Zara?
atau

ENCIK NAKAL VS CIK KELIRU

RM28 SM / RM31 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
BLURB:
Natalia Emilyn, kisah hidupnya menyedihkan. Dia hanya punya Rayyan dalam hidupnya. Kejadian yang mengakibatkan dia kehilangan rakan baiknya, Shahida telah membuatkan dia trauma. Dengan sokongan Rayyan, dia cuba bangkit melupakan kisah silam; menyibukkan diri dengan kerjayanya dan hidup dalam dunianya sendiri. Namun takkan sesekali dia membenarkan sesiapa menceroboh masuk ke dalam hidupnya.
Dan itulah juga nama gadis yang mampu menggugat hati Neil Zafran setelah putus cinta. Dia jatuh cinta pandang pertama. Tapi dia bertemu dengan gadis itu dalam situasi yang paling ingin dia lupakan.
“Pergi suruh Abang Neil tu cari perempuan lain asalkan dia tak kacau aku lagi!” – Alia
“Aku tahu kau cintakan dia!” – Rayyan
Neil tahu Alia ditakdirkan untuknya. Tekad memiliki gadis itu, dia tidak pernah berputus asa.
“… Abang tak sepatutnya jatuh cinta dengan Alia.” -Alia
“Kenapa? Alia bukannya isteri atau tunang sesiapa pun…” – Neil
“Tapi Alia bukannya macam perempuan lain yang abang kenal.” – Alia
“So, Alia ni lelakilah? Tak sangka, cantik betul transform jadi perempuan.” -Neil
“Bukanlah!” –Alia
“Puntianak? Harimau jadian? Yang mana satu ni?” – Neil
“… Kalau Alia ni harimau jadian, dah lama abang jadi kari. Banyak daging macam ni, boleh juga kenyang sebulan.” -Alia
Jinak-jinak merpati tapi sukar didekati, akhirnya disambut juga cinta lelaki itu. Walaupun geram, sedikit sebanyak tercuit juga hatinya dengan tingkah Neil. Bagi Neil pula dia tidak akan melepaskan peluang yang ada. Sedaya upaya dia cuba menjadi insan terpenting dalam hidup Alia.
Saat cinta saling terpaut, ada saja dugaan mendatang. Walau berkali-kali ditepis, akhirnya Alia menyerah demi kebahagiaan orang-orang yang disayangi. Namun adakah yang berbahagia dengan pengorbanannya? Mampukah dia dan Neil menghadapi apabila segala rahsia yang disimpan kemas diungkit kembali? Benarkah kisah silam itu akan pergi selamanya atau akan muncul tidak dipinta seperti bayang-bayang di malam hari?
atau

ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM

RM26 SM / RM29 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
BLURB:
Lana Analia… memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.
Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.
“Jangan lupakan saya!” – Amar
“Tak mungkin!” – Lana
“Janji?” – Amar
“Janji!” – Lana
“Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!” – Amar
“Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!” – Lana
Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.
Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?
atau

JODOHKU PALING SUPERB

RM26.00 SM / RM29.00 SS
 poslaju RM8 SM / RM12 SS
BLURB:
Kehilangan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya menjadikan Arissya Amyra seorang insan yang kuat dan tabah. Namun sekuat mana pun dia mencuba, dia pasti akan menjadi selemah-lemahnya tatkala kehadiran 2 orang lelaki yang kini berjaya menghantuinya kembali. Mujur dia dipinjamkan sedikit kasih sayang daripada Haneez sekeluarga, kawan baiknya sejak kecil.
“Hu… hujan… Gu… guruh. Aku teringat kejadian tu. Aku takut, Haneez! Aku benci lelaki!” – Arissya Amyra
“Menangislah Rissya. Menangislah sepuasnya. Keluarkan apa yang kau rasa. Aku ada dengan kau kat sini. Kau jangan takut. Takde sesiapa pun boleh apa-apakan kau.” – Haneez
Azriel Raykarl… seorang jejaka yang sering menjadi penyelamat kepada Arissya, di saat gadis itu dalam bahaya. Dek bahaya yang sering menghampiri Arissya, Azriel bertekad untuk menjadi pelindung buat sang gadis. Pelbagai cara yang dilakukan untuk memenangi hati si gadis. Tetapi malangnya, hati Arissya tidak terbuka sedikit pun untuk mana-mana lelaki dek perbuatan lelaki-lelaki yang sebelumnya.
Saat lamaran dihulur Azriel, Haneez memujuk Arissya untuk melakukan istikharah meminta petunjuk daripada-Nya. Setelah yakin dengan petunjuk Allah, dia akhirnya menyambut cinta Azriel.
“Arissya Amyra Binti Asyraf, would you be my lady forever? Marry me?” – Azriel Raykarl
“Yes, I will.” – Arissya Amyra
Bahagia mula dirasai saat terpaterinya janji sebuah ikatan perkahwinan. Kasih sayang dan bahagia yang dicurah Azriel membuatkan Arissya menggelarkan suaminya, Mr. Superb. Kebahagiaan tidak kekal selamanya apabila timbul fitnah yang mengundang berantakan perkahwinan mereka. Kerana sikap Arissya yang terlalu berahsia tentang masa silamnya membuatkan kepercayaan Azriel mulai rapuh.
Apakah rahsia yang cuba disimpan erat oleh Arissya? Sejauh manakah kehadiran orang-orang ketiga berjaya meruntuhkan mahligai yang dibina atas dasar cinta yang suci? Berjayakah Arissya meyakinkan kembali kepercayaan suaminya? Mampukah Azriel dan Arissya menemui kebahagiaan rumah tangga mereka?
atau

SENTAP ~ ADNIL ZAFF

Rm43 sm / rm50 ss 
termasuk poslaju
*STOK TERHAD*
“Kau fikir aku hairan? Aku dah lama sabar dengan perangai kau ni. Baiklah, Darlina… kau nak sangat, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” – Johari
Perkahwinan melankolik. Episod bahagia Darlina menjelma setelah dirinya tiba-tiba dilamar oleh bosnya, Dato’ Farid; seorang lelaki pendiam dan suka menyendiri. Namun setelah puas berduka nestapa, hidup Darlina kembali diterjah bahagia sekali lagi.
Tidak seperti Darlina, hidup Sarina lebih dahsyat cubaannya. Diduga kemiskinan, Azhan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sayangnya, kenaifannya menjebakkan dia ke kancah hitam
sehingga terheret ke dalam tuduhan berat yang berdepan dengan hukuman mati.

“Betapa kejamnya kau, hai lelaki. Aku tak tahu di mana nak aku letakkan muka ni! Sekarangkau mengaku semua hasil yang masuk ke dalam perut aku dan anak kau tu duit haram!” – Sarina
Adakah benar hidup mereka berada di jalan mati?
Hitam jalan yang dilalui Azhan, begitulah juga hitamnya kisah lalu Intan seorang pesakit major depression. Intan merasakan hidupnya malang. Tanpa sedar dia menyeksa sekeping
hati yang ikhlas menerimanya seadanya.

“Setiap kali abang cuba mendekat, Intan akan hamburkan kebencian pada abang. Di mata Intan abang lelaki yang jahat. Abang cuba hulurkan tangan tapi Intan tak mahu sambut
tangan abang.” – Haris

Benarkah wanita tanpa permata seperti Intan sudah tiada harapan untuk merasa bahagia?
Naurah pula bermasalah dengan lamaran si Adi Setan, musuh sejak zaman kanak-kanaknya.
Sejahat mana si Adi setan itu?
“Awak letak chewing gum atas kerusi saya di sekolah. Baju saya kena gula getah yang penuh dengan air liur awak. Itu baru satu! Awak tukar buku dalam beg saya. Awak letak
buku komik awak. Saya kena cubit dengan cikgu. Oh ya… ada lagi!” – Naurah

Empat wanita, empat kisah yang berbeza. Dugaan mereka tidak sama. Namun sama-sama akhirnya merasa bahagia.
atau
WhatsApp 018-9666752

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU

BUKU LAMA REPRINT DAN OLAHAN BARU
limited print
STOK MAKIN TERHAD!
HARGA: RM43 SM/ RM50SS
termasuk postage
BLURB:
INTAN dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.
ASSAD pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.
Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.
Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.
Disebabkan pernikahan ni tanpa kerelaan aku, aku takkan anggap kau isteri aku. Kau hanya layak jadi orang gaji di rumah aku saja… Paling penting, kau harus ingat, di rumah aku nanti kau mesti panggil aku tuan atau encik. Faham?” – Assad
“Tolonglah, Encik Assad. Cukuplah 2 bulan saya berada di sini, dan saya rasa sudah terbayar segala dendam Encik Assad pada saya. Tapi, percayalah, saya tak pernah merancang untuk perangkap Encik Assad. Jangan sebab itu, saya terus diseksa. Dan kuasa suami ada di tangan Encik Assad yang boleh ceraikan saya bila-bila masa.” – Intan
Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.
Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?
email : mybizsantaishop@gmail.com

Raya=Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger

STOK  TAK BANYAK
HARGA RM40 SEM / RM45 SS
termasuk postage
TAJUK: Raya=Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger
PENULIS : YUMI HYRA & AIZA QRISELDA(AQ)
BLURB:-
RAYA=AIDIL+FITRI oleh YUMI HYRA
“She is loveable.” – Datin Mariam

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya.
“Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!” – Fitri
Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!
“Budak kecik! Mulut macam popcorn!” – Aidil
Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.
“Aidil, Fitri… macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah.” – Ayman
Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?
.
.
THE SWEETEST STRANGER oleh AIZA QRISELDA (AQ)

“Kenapa hati semakin ingin melupakan kenyataan yang terbentang di depan mata?” – Syawaliah

“Do you love her?” – Rejab
“Does it kill you?” – Adan
“Aku kisah apa Rejab atau Adan? Yang penting aku tak boleh kalah di tangan Syawaliah!” – Nadira
Antara cinta dan benci, antara dendam dan kemaafan, antara adik-beradik dan sepupu, siapa yang akan tertewas, siapa yang akan menang?
Benarkah, air dicencang tidak akan putus? Mampukah bulan Ramadhan yang penuh indah dan barakah membawa keinsafan? Atau khilaf yang sedia ada mengaburi segala deria?
“I’m a broken guy, Sya.” – Adan
“Then, I’m a broken girl. Help me to fix yours and I’ll help you to fix mine.” – Syawaliah
Rejab, Ramadan, Syawaliah dan Nadira… Selami hati mereka di dalam The Sweetest Stranger.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

SELAMAT MALAM, CINTA! – DEKNA LEE dan HANYA DANIAL - LYNN SAFIYA

SELAMAT MALAM, CINTA! – DEKNA LEE 
HANYA DANIAL - LYNN SAFIYA 
-
RM32.00 SM / RM35 SS
poslaju RM8 sem / rm12. ss
SELAMAT MALAM, CINTA! – DEKNA LEE 
“Aku cakap, dah lebih 2 tahun. 2 tahun juga Amri tunggu kau macam orang bodoh. Kau tak kasihankan dia ke?” – Farah
“Apa perasaan kau bila celik sahaja mata, orang yang sentiasa menemani malam kau telah tiada lagi? Tiada untuk selama-lamanya? Apa perasaan kau bila tiada lagi si suami yang akan mengucapkan kata-kata cinta sebelum kau tidur? Apa perasaan kau? Amri, dialah polis yang menyampaikan berita kematian suamiku, sanggupkah aku untuk terus menatap wajahnya? Salahkah aku kerana terlalu mencintai Rasydan?” – Irqin
“Tak salah untuk mencintainya. Tapi ia jadi salah sekiranya mencintai dia melebihi cinta kita pada Allah…” – Amri
Mampukah Amri mengetuk pintu hati Irqin yang terlalu mencintai arwah suaminya? Dan, mampukah Irqin melupakan arwah suaminya yang sentiasa melekat dalam hati?
.
.
HANYA DANIAL – LYNN SAFIYA
Misi mencari kakak yang ‘hilang’ telah menemukan Asyura dengan Danial. Danial dengan sikap acuh tak acuhnya, manakala Asyura dengan sikap beraninya, bukanlah sesuatu gabungan yang baik. Namun dalam keberanian Asyura, masih ada sifat malunya, dalam ketakutan, masih ada rasa cekal untuk berhadapan dengan setiap cabaran, dan dalam sifat gadis itu yang polos, ada keinginan untuk sentiasa berterus terang. Semua itu amat dikagumi oleh Danial.
Tiba-tiba saja, masalah Asyura menjadi masalah Danial, kebimbangan Asyura menjadi kebimbangannya… dan ancaman daripada seseorang yang giat memburu Asyura menjadi sesuatu yang perlu dimatikan dengan serta-merta. Danial buntu. Namun hatinya tidak merelakan Asyura jatuh ke tangan lelaki lain selain dirinya. Tidak sama sekali!
“Kahwin dengan aku!” -Danial
“Apa encik cakap?” – Asyura
“Kalau kau nak, kau ikut aku balik KL sekarang jugak. Kalau kau kat sini, macam mana aku nak lindungi kau…” – Danial
Mereka disatukan atas sebab apa? Cinta atau simpati? Mampukah hati Asyura menerima alasan sebenar Danial memperisteri dirinya?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

FAIRY TALES PAK CIK CINDERELLA dan MR. AURORA

FAIRY TALES
-
PAK CIK CINDERELLA – AEIN DHIYAUDDIN
MR. AURORA – DHIYANA
-
RM32.00 SEM / RM35 SS
poslaju rm8 sem / rm12 ss
PAK CIK CINDERELLA – AEIN DHIYAUDDIN
“Cinderella lari tinggalkan kasut sebelah untuk putera cari. Tapi aku terbalik pulak. Putera tinggalkan kasut sebelah… patut ke aku cari putera tu?” – Juliana
Kerana sepasang kasut, mereka ditemukan. Kerana sepasang kasut, hati Juliana tak keruan. Putera kacak mengetuk pintu hatinya yang bakal menjadi milik orang lain. Berhari-hari dia mencari pemilik kasut cantik yang ada dalam simpanannya hingga terlupa seketika akan tunang yang menanti.
“Mesti saya ni lebih handsome daripada bakal suami awak, kan? Sebab tu awak terpikat kat saya.” – Raif a.k.a. Pakcik Cinderella
Namun seperti kisah Cinderella, pertemuan mereka hanya seketika. Juliana harus kembali ke dunia realiti. Raif adalah putera tampan yang hadir untuk menguji kesetiaannya terhadap Anaqie.
Adakah bahagia akan mengetuk rumah tangga Juliana dan Anaqie apabila Raif hadir di tengah-tengah mereka?
.
.
MR. AURORA – DHIYANA

Dia… Hilarious! Annoying! Dan, dia jugalah ‘the sweetest stranger’!

Insiden berlanggar dan terpeluk menemukan Aaron Haider dan Dhiya Durrani. Aaron menggunakan alasan itu untuk terus mengganggu Rani. Mulut pedas berapi dan muatan berat, gelaran diberi. Ugutan demi ugutan dan sikap keras kepalanya berjaya menundukkan Rani.
“Kalau awak Rani Mukherjee, saya ni…” – Aaron
“Okey… awak Shah Rukh Khan!” – Rani
Kehadiran yang tanpa disangka membuatkan hati masing-masing terusik. Rani menyedari akan kekurangan diri, langsung tak meletak sebarang harapan. Apabila Aaron meluahkan hasrat hati, Rani teragak-agak. Aaron tetap berkeras, Rani cinta pertama dan dia tak akan mudah mengalah. Akhirnya Rani akur.
Usia hubungan yang masih mentah diduga. Rani berkeras menuntut kata putus. Aaron lelah lalu diberikan ruang dan masa tanpa tamat tempoh. Aaron menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan Rani dalam tanda tanya.
Saat mereka dipertemukan semula, Aaron berubah perangai. Rani tekad untuk meraih perhatian Aaron semula walaupun terpaksa berendam air mata. Peluang ada di hadapan mata. Harapan masih lagi bersisa. Dan, dia tak akan sia-siakannya. Tetapi, masih bersisa lagikah perasaan sayang itu dalam hati Aaron?
Aaron Haider bukanlah sesiapa. Tetapi, Aaron Haider ialah lelaki asing yang berjaya memiliki cinta dan hatinya.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis Comel

PRE ORDER
RM32.00 SEM / RM35.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
-
INBOX Mybiz SantaiShop / WHATSAPP 010-4398892

CINTA BAS EKSPRES – SHIMA AWANG
-
Membawa hatiku ke destinasinya…
Pertemuan pertama di dalam bas berada di sisi seorang gadis membuka pintu hati Yafit untuk mengenali gadis itu. Tapi malangnya, sebaik sahaja sampai di destinasi, gadis itu menghilang.
“Siapa Sarrah?” – Zairil
“Perempuan yang duduk sebelah aku kat dalam bas tadi.” – Yafit
“Buat apa kau ikut dia? Biar betul? Ni hospital, bro!” – Zairil
Tidak logiklah seorang gadis berani berjalan seorang diri dalam gelap pagi buta menuju ke hospital melainkan dia itu cik hantu!
“Kalau manusia, kenapa pagi tu tak ada sesiapa pun yang nampak kecuali kau? Pak guard pun cakap, arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat…”- Zairil.
“… Tapi aku yakin Sarrah tu manusia. Bukan bunian…” – Yafit
Namun Yafit tetap yakin dengan gerak hatinya. Gadis itu wujud. Akan dicari sehingga jumpa. Berjayakah Yafit dalam misinya?
.
.
SITI & POLIS COMEL – AEIN DHIYAUDDIN
-
Kebolehan itu bukan pelik tapi anugerah Allah…
“Dalam dunia Siti dan hantu-hantunya, tak boleh libatkan pihak polis secara langsung. No police involved. Itu rule yang pertama. Tak ada istilah berbaik-baik dengan polis dalam urusan hantu dan mayat ni.” – Siti
Segala-galanya berubah dengan kemunculan roh mangsa pembunuh bersiri mawar merah. Inspektor Aizat muncul dan menagih bantuan Siti untuk mencari maklumat mengenai suspek pembunuhan yang dianggap sempurna itu. Demi secebis maklumat, Inspektor Aizat sanggup menyelami dunia Siti yang menakutkan.
“Awak ni… tadi paksa saya pancing mayat. Sekarang minta saya belanja, lepas ni apa pulak awak nak minta saya buat.” – Inspektor Aizat
“Huh… garang betul, tak padan dengan muka comel tu.” – Siti
Secara tiba-tiba Inspektor Aizat menjauhkan diri daripada Siti. Segala-galanya menjadi jelas kepada Siti, dia perempuan pelik yang tak mungkin ada sahabat dalam kalangan manusia. Adakah perhubungan Siti dan polis comel benar-benar berakhir? Bagaimanakah pula dengan pengakhiran kes pembunuh bersiri mawar merah?