PRE ORDER
My Love Bodyguard
RM35.00 SM / /RM38.00 SS
Postage RM8.00
♦Cetakan Terhad ♦
petikan di wattpad part 10 MLB
Tiba-tiba aku terpandangkan Akim yang tercegat melihat aku dan Airiel dengan sorotan mata yang tajam. Wajah dia ketat, kalau dilonggarkan menggunakan sepanar pun belum tentu boleh. Airiel minta diri keluar dan aku menjawabnya dengan anggukan.
"Syarifah Aulia,masuk bilik saya."
Aku mengangguk. Air tidak habis kuminum. Ketegasan dalam nada suaranya buat aku rasa kurang selesa. Aku mengekorinya kembali ke bilik.
Sebaik sahaja kembali ke biliknya, dia terus sahaja mengadap laptopnya. Macam tidak ada fungsi sahaja aku di sini.
"Ada apa yang saya boleh buat tuan?"
Dia merenung tepat kepada ku bila aku memanggilnya tuan.
"Kemaskan bilik saya sampai saya puas hati."
Pheww! Betul-betul bernada arahan komando pencen. Bukan itu kerja makcik cleaner ke? Tetapi aku malas hendak membantah, jadi aku ikut sahaja arahannya dan buat apa yang patut.
Aku rasa tidak ada apa yang perlu dikemaskan dalam biliknya, semua nampak kemas dan rapi. Tapi Akim tidak membenarkan aku keluar sebaliknya dia suruh aku kemaskan pula bilik solatnya dalam pejabat itu.
Barulah aku tahu, dalam bilik dia ada satu lagi bilik sederhana besar yang tersembunyi siap dengan tandas dan ada bilik air sekali. Ada juga katil yang cukup selesa untuk berbaring-baring dan merehatkan diri.
Aku kemaskan juga bilik yang memang sudah kemas itu, segala-galanya dalam bilik itu cukup harum sampaikan tandasnya juga amat harum. Kalau begini punya wangi, di dalam tandas pun aku sanggup tidur. Untungnya jadi orang kaya, serba-serbi selesa dan cantik.
Aku segera keluar setelah berpuas hati dengan kekemasan bilik tersebut. Akim masih lagi tekun menghadap laptop dan sesekali dia merujuk kepada fail yang berada di hadapannya. Aku menonong ke pintu untuk keluar...
"Nak ke mana tu?"
Purrrr!
Berderau darahku, dia ni betul-betul hendak kurung aku kah?
"Orang nak pi buat ayaq sat." Keluar semula loghat Taiping aku.
"Buatkan abang sekali."
Aku terus berpaling. Pandang dia. Tapi dia tetap tekun merenung skrin laptop.
"Apa?"
"Buatkan saya air yang macam awak selalu buat tu."
Oh! betullah aku salah dengar tadi, nasib baik kali ini lebih jelas. Kalau tidak harus aku kena cari driller untuk gerudi telinga aku ni sampai tembus sebelah lagi.
"Saya keluar kejap ye cari donut." Dia mengangguk.
"Yesss!" Aku rasa macam hendak lompat bintang sebab seronok dapat keluar. Tanpa menunggu lama aku terus menerpa ke luar. Manalah tahu kalau dia berubah fikiran kelak.
Aku gamit Airiel yang sedang bersantai- santai menyusun fail. Aku keluar dengan Airiel tetapi kali ini kami agak tergesa-gesa sebab tidak mahu Akim tunggu lama. Sebenarnya aku bukan beli donut di tempat-tempat eksklusif pun tetapi aku hanya beli donut pada makcik yang berniaga di warung tepi jalan. Memang sedap donut makcik tu, donut Big Apple pun tak boleh menandingi lembut dan halusnya tekstur donut makcik ni.
Sedang Airiel membuka dompet hendak membayar harga donut, tiba-tiba meluru sebuah motorsikal terus merampas dompetnya.
"Hoi!"
Airiel bersorak, aku pula bagaikan hero tamil terus mengambil tin susu makcik warung lantas mengejar dan membaling penunggang motorsikal tersebut. Meletup bunyi tin susu berlaga dengan helmet penunggang itu. Dia kehilangan imbangan lalu terbabas ke dalam longkang. Aku dan Airiel terus mengejar peragut itu. Sebaik sahaja aku tunduk hendak mengambil dompet yang berada berhampiran dengannya, tiba-tiba sahaja dia bingkas lantas terus menendang aku tepat terkena di dada.
"Uhuk!!"
Senak rasanya sampai ke ulu hati! Aku segera membalas dengan beberapa jurus taekwondo sehingga lelaki itu kembali jatuh terduduk. Orang ramai berkerumun lalu menangkap lelaki itu.
Aku melekapkan tangan di dada, betul- betul rasa senak. Sempat aku menjeling kaki lelaki itu, rupanya dia memakai boot, patutlah sakit semacam sahaja.
"Kau ok Rock, kau ok ke ni?" Airiel kelihatan bimbang.
"Aku oklah."
Aku menjawab ringkas walaupun dada aku sakit.
"Tak, kau tak ok. Muka kau merah beb."
"Relek rr beb, cheq oklah yang hang muka macam kalah judi ni apa kes?"
Aku berjalan perlahan dengan terbatuk- batuk kecil. Dada aku terasa ketat.
"Beb!" Airiel nampak betul-betul risau sampai aku pula risau bila tengok muka dia yang ketat.
Kami segera pulang ke pejabat dengan bungkusan donut. Aku hidangkan donut untuk Akim lantas terus ke bilik privacy Akim untuk menenangkan diri. Mujurlah ketika ini Akim tidak ada di biliknya. Aku cuba bertahan dari batuk, lantas aku mengurungkan diri dalam bilik air. Dada aku terasa betul-betul sakit, rasa penuh dan sempit.
Aku tanggalkan kasut lalu berbaring atas lantai yang berkarpet. Entah bila aku tertidur pun aku tidak pasti.
Aku sedar dari tidur akibat batuk yang mengganggu. Anehnya aku sedang terbaring di atas katil siap berselimut kain pelikat Akim. Ketika ini aku melihat Akim sedang solat, kemudiannya dia berdoa dengan mata yang terpejam. Aku menjeling jam, waktu baru sahaja pukul sepuluh pagi lebih. Solat dhuha agaknya, takkan solat subuh pula!
"Sakit lagi."
Akim bangun lalu terus duduk di sampingku. Aku kekok bila dia melihat aku berbaring begini.
"Iskhh cheq ok lah, mana ada sakit pun." Aku menguis kain pelikatnya lalu cuba duduk. Dia menahan aku bangun.
"Jangan tipu abang boleh tak?"
Aku pandang dinding. Kemudian pandang siling. Salah dengar lagi ke?
"Cakap dengan saya ke?"
"Airiel dan ceritakan apa yang berlaku."
Aku malas hendak mendengar Akim membebel lalu terus bangun sambil menguis kain yang menyelimutiku dengan tangan.
"Nak ke mana tu. Rehatlah dulu." Aku menggeleng.
Tiba-tiba sahaja aku terbersin. Reaksi spontan aku menutup mulut. Sebaik sahaja aku turunkan tangan darah pekat memenuhi telapak tanganku.
"Aulia!"
Akim meraup tuala kecil yang tersangkut lalu terus mengelap mulutku. Tanganku ditarik. Aku terduduk semula di atas katil.
Aku membiarkan dia tekun membelek hidungku yang berdarah.
Tiba-tiba dia mengelap titisan darah di dada ku...
Aku vibrate, lantas terus menepis tangannya dengan kuat. Namun tangannya lebih pantas lagi, dia menangkap sebelum sempat tangan aku menepis tangannya.
"Saya bukan nak buat tak senonoh, kalau saya nak saya mintak izin awak dulu."
Akim nampak serius.
"Sebut sekali lagi, apa mintak izin?"
Aku sentap tanganku, Akim serba salah lantas melepaskan tangan aku dari pegangannya. Dia ingat senang-senang nak minta izin sentuh aku? Dia ingat aku patung peraga baju ke?
Aku segera bangun lantas beredar dengan rasa yang mendongkol di hati. Aku amat berharap supaya aku salah faham dan tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Tapi akal sihat aku memang tidak boleh menerima ayat minta izin, apakah aku ini semurah itu?
"Aulia!"
Bam!
Aku tolak pintu dengan kuat lalu keluar dengan batuk-batuk kecil yang semakin kerap.
"Lia!"
Aku terpempan ke dadanya! Dia menarik tanganku cukup kuat sebelum sempat aku memulas tombol pintu pejabatnya.
"Haippp!"
Akim tersentak bila aku menyiku perutnya. Sempat juga aku jeling, manalah tahu kalau-kalau tembus sampai keluar nasi. Mujur tiada nasi terlambak dari perutnya, tetapi wajahnya merah padam menerima siku tajam aku.
"Lepaskan cheq!"
"Rock! Please..."
Aku menolak tubuhnya lalu terus mencapai tombol pintu. Dia pula menarik kembali tangan aku, rentap merentap berlaku.
Kali ini aku sudah tidak faham erti kompromi, lantas aku memekik sekuat-kuatnya.
"Tolonggggggggg!"
Gedengang!!!
Kepala aku terhantuk pintu bila tiba-tiba sahaja pintu ditolak mengejut dari luar. Meletup rasanya dahi ku. Aku menekup dahi sekuat-kuatnya, pandangan aku berpinar, hidung aku berdarah dengan banyak sehingga menitis ke dada.
"Rock!!!"
Akim dan Airiel sama-sama menerpa. Perasaan marah, geram, sakit, sakit hati dan segala macam rasa yang tidak selesa bersatu dalam diri aku. Ketika ini terasa bagai hendak aku picit-picit sahaja Akim dan Airiel. Kedua-duanya menyusahkan dan menyakitkan.

No comments:
Post a Comment