Kombo Kuch Kuch Hatiku


πŸ’’ PROMOSI KOMBO : Sehingga 30.11.2018 

Kombo RM60 SM / SS πŸ’’
Harga Single RM33 SM / RM36 SS
termasuk pos


πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Samada Cempaka yang tak waras atau abang yang dah nak gila!”
Tiada lagi perkataan sayang meluncur dari bibir Luqman. Wajahnya merah. Menahan rasa marah yang mula menyerang di hati. 
Cempaka kaku di sofa. Dia tak pernah melihat Luqman semarah ini sepanjang tempoh perkahwinan mereka. 
Cempaka cuba mengatur ayat mengatur bicara agar marah Luqman reda. Dia takut. Takut kalau marah Luqman menjadi merapi yang akan meletus.

“Tapi tak ada salahnya kan?” Cempaka angkat wajah bertentangan dengan Luqman yang masih berdiri memandang dirinya. Bagai pesalah yang sedang menanti hukuman di kandang tertuduh. 
“What? Tak ada salah? Cempaka nak apa yang terjadi dulu berulang kembali. Cempaka nak Dyja yang kedua muncul dan kali ini kononnya dengan keizinan Cempaka? Apa cempaka nak jadi semulia Siti Aisyah yang sanggup berkongsi suami? Siti Aisyah tu lain. Cempaka tak akan mampu jadi seperti nya. Itulah banyak sangat baca page KRT dalam acebook tu sampai konon-konon boleh jadi isteri terbaiklah kalau berkongsi suami. Cempaka tahu ke apa sebenarnya yang ada dalam hati perempuan tu semua? Cakap dengan abang!”

Suara Luqman langsung tak berubah. Tetap tinggi seperti tadi.
“Abang kenapa nak kena ungkit arwah Dyja. Situasi sekarang tak sama macam dulu. Dyja dah tak ada tak perlu abang sebut lagi.”

Luqman masih menahan marah dengan sikap keanakan Cempaka. 
“Apa bezanya? Bagitahu abang..”
Luqman duduk di sofa. Matanya tetap sahaja memandang Cempaka.
“Bezanya banyak. Bezanya kali ini Cempaka yang minta. Bezanya kali ini dulu abang tak cintakan arwah Dyja tapi Dian lain. Abang pernah cintakan Dian.”
Luqman ketawa. Sinis. 
“Itu kisah lama. Kisah 15 tahun dulu. Perasaan abang pada Dian kosong. Kenapa cempaka nak sangat ada orang lain antara kita? Abang tak faham!”
Cempaka lepaskan pandangannya di dinding biru yang kosong.

“Dian akan mati.”
“Apa Cempaka yang tentukan hidup dan mati seseorang? Cempaka Tuhan? Yang boleh tahu Dian akan mati bila.”
Cempaka ketap bibirnya.
“Tapi Dian sakit. Dia perlukan abang. Dia tak minta pun abang cintakan dia.”
Ketawa Luqman semakin kuat. Ternyata di buat-buat.
“Habis tu kenapa Cempaka tak suruh je abang kahwin lagi dua. Pergi je dekat IKN tu dan Cempaka boleh pilih lagi dua orang bakal madu Cempaka. Dia orang pun sakit jugakan.”
Cempaka geram. Bantal soa di tepi di ambil dan di campaknya pada Luqman. Cepat-cepat Luqman tangkap.
“Cempaka…Cempaka…” Ayatnya terhenti di situ. Luqman sudah tahu apa yang ada dalam fikiran Cempaka. Dia mahu Cempaka habiskan ayatnya supaya dia boleh terus berhujah. Namun Cuma pandangan mata cempaka yang berair sahaja yang memandangnya.

“Stop talking about this, dear. You're the one and only my wife!” Luqman bangun. Dia juga tak mahu Cempaka teruskan ayatnya. Hatinya sebak. Dia berpaling melangkah keluar dari ruang tamu. Ya air mata lelakinya tumpah juga.

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
Pandangan jatuh kepada seorang, bukan seorang tapi sepasang. Sepasang ‘kekasih’ yang sedang berjalan berpapasan pada jarak setengah meter sambil berbual mesra.
Zup! Zap! Tiba-tiba seakan ada petir sedang menyambar jantungnya. Cepat-cepat Hana bersembunyi, Adam tidak boleh nampak dan tidak boleh tahu dia ada di situ!
Hana bersandar di antara tiang-tiang di ruang parkir. Ah, Hana menahan getar. Matanya tajam memerhatikan pasangan itu.
Wajah Adam kelihatan segar dengan kemeja yang dilipat kemas sehingga ke siku. Sementara gadis itu, dia seorang perempuan bertudung labuh sehingga melepasi pinggang. Kulitnya cerah kemerahan dan mempunyai senyuman yang ceria.
Tiba-tiba sahaja Hana terasa senak. Jauh benar wataknya jika hendak dibandingkan dengan perempuan itu.Tiba-tiba baru Hana sedar, dia berada berselang sebuah kereta sahaja dengan kereta Adam.
Adam dan gadis itu sedang berjalan ke arahnya. Hana sedikit panik, dia menyusup keluar dari situ melalui belakang kereta-kereta yang lain. ‘Harap-harap Adam tidak sampai ke sini’. Hana bertinggung sambil bersandar di belakang sebuah kereta berwarna merah. 
1… 2… 3… detik-detik yang berlalu terasa getir. Lengannya terasa panas. Hana menoleh.
Pap! Dia tepuk dahi.Kereta itu bergerak meninggalkannya dalam keadaan bertinggung. Hana toleh kiri kanan, Adam sudah hilang.
“Fuh!” Hana urut dada.Cepat-cepat dia bangun.
“Awak nak ke mana?”
“Opocot!” Hana hampir melompat terkejut.
“Huh, macam hantu! Tak tau nak bagi salamke?”
“Assalamualaikum cik Raihana!”
“Hisyy!” Hana mendengus. Jalannya semakin laju, menonggek sahaja meninggalkan Adam.
“Elok-elok jalan, pecah simen tu nanti.”Adam mengusik.
“Huh, lawak tak jadi.” Hana mendengus.
“Aikk, kenapa marah-marah ni?”
“Suka sayalah nak marah!”
“Eh, awak datang bulan ye?’
“Eiiii!” Hana rasa nak kelepuk dahi Adam. Nasib baik handsome, sayang pula kalau benjol.
“Awak ni kannn!”
“Jom balik.” Suara Adam kedengaran merayu. Ia benar-benar mencairkan. Hana tak boleh kalah.
“Saya nak balik sendiri.” Jarinya pantas sahaja membuka aplikasi grab. Tidak kisahlah grab motorsikal atau grab kereta. Yang pasti Hana ingin pulang ke hotel tanpa Adam.
Ada teknologi, semua jadi. Tidak sampai lima minit, sebuah kereta biru berhenti di hadapan Hana. Hana segera membuka pintu kereta. Namun tiba-tiba tubuhnya ditolak ke tepi. Adam menghulurkan beberapa keping matawang rupiah.
“Ini uangnya pak. Terima kasih!”
Bum! Pintu kereta di tutup. Lengan Hana ditarik ke sebuah kereta lain. Dia tersandar ke dinding kereta. Mata Adam tajam merenungnya_ liar. Hana berpaling. Dia tidak mampu untuk memandang renungan Adam yang ‘membunuh.’
“Jom balik!”. Hana mencebir. 
“Elok sangat buat muka macam tu, macam mintak kena cium.” Cepat-cepat Hana tutup mulutnya dengan tangan. Adam tersenyum. Matanya juga ikut tersenyum. Hana terasa di panah_Tepat terus ke jantung. Matilanakkk!
“Eiii lucah!” Mekanisme bela diri Hana menyedarkannya. Terasa dia sedang dipermainkan. Dia menolak lengan Adam.
“Jangan risau, saya takkan cium bibir yang tak halal untuk saya.” Adam senyum meleret.
“Hidung awak merah.” Adam masih ingin mengusik. Hana terus mengepit hidungnya. Adam ketawa perlahan. Namun cukup jauh menerjah perasaan Hana. Dia amat menyenangi ketawa itu.
“Jangan tengok muka saya boleh tak! Awak ni… hisyyy!” Hana lolos dari ‘kepungan’ Adam. Menonggek saja dia berjalan laju meninggalkan jejaka itu. 
“Raihana, kereta saya di situ. Tempat awak menyorok tadi.” Darah Hana terasa menyerbu ke wajah. ‘Adam tahu? Ya Allah, malunya!
atau

No comments:

Post a Comment