READY STOK
PRINT ON DEMAND
JUAL ONLINE SAHAJA
RM45 SM / RM48 SS
termasuk postage
Sinopsis:
Helena berkenalan dan bercinta dengan Ilyas, dan setelah dua tahun, dia ditinggalkan tanpa rasa dan tanpa penjelasan. Tetapi kenapa setelah dia putus dengan Ilyas, Erwan yang mencuri perhatiannya?
"Saya minta maaf, Helena." - Erwan
Kenapa Erwan PERLU minta maaf? Secebis zarah pun Erwan tak pernah bersalah pada Helena.
"Awak okey?" - Erwan
Kenapa Erwan MESTI mengambil berat? Erwan bukan saudara Helena. Jauh sekali kawan Helena. Erwan itu KAWAN Ilyas.
"Saya okey. Saya bukan kena rogol atau kena rompak. Saya jadi begini sebab saya culas." - Helena
"Saya bukan maksudkan sikap culas awak, tapi tentang hubungan awak dengan Ilyas." - Erwan
Erwan kalau marah, mulutnya laju macam bertih jagung. Lontaran ayatnya boleh mengelirukan. Helenalah yang selalu KELIRU dengan ayat dan gerak geri Erwan.
"Awak nak tahu perkara sebenar?" - Helena
"Ya. Saya takkan berkejar macam orang gila, dan langgar semua had laju untuk datang ke sini, semata-mata nak dengar awak mengarut. Sekarang cakap apa yang awak nak cakap dengan saya. I'm all yours now." - Erwan
Helena mengeluh dan mengesat mata. Erwan itu gila. Sama gila dengan Ilyas. Dan Helena lebih gila, sebab dia nekad mengubah dongeng menjadi kenyataan.
"I love you, Mira. Tak ada wanita lain yang boleh ganti tempat awak dalam hati saya." - Erwan
Oh, begitu rupa-rupanya. Erwan dan Helena cuma dongeng. Yang wujud, ERWAN dan MIRA
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
atau
atau
No comments:
Post a Comment