KOMBO RAHSIA HATI


PRINT ON DEMAND pre order

Tajuk: SETELAH AKU TERSEDAR
Penulis: MIA AZWARI
Terbitan: OGOS 2020.
Harga : RM30
Pos : RM8 sm / RM13 ss

BLURB

MAWAR KASIH.
Kehidupannya tidak seindah seperti namanya. Terperangkap dengan kisah silam menyebabkan dia tidak tahu apa itu kebahagiaan sebenar. Saat pertama kali Mawar bertemu dengan si dia, hidupnya yang kelam, tiba-tiba dihiasi dengan warna.
MEGAT LUTFI.
Lelaki yang ada segala-galanya termasuklah keluarga yang bahagia. Namun, sikapnya yang sangat dingin menyebabkan dia sukar didekati. Semuanya disebabkan sejarah hidupnya yang pernah dikecewakan seorang wanita.
Saat Lutfi bertemu dengan Mawar, hidup Lutfi menjadi huru-hara. Puas dielak dan ditepis, tetapi gadis itu tetap mendekati.
“Saya nak bahagia seperti mereka. Boleh Tuan tunaikan permintaan saya?”-Mawar
“Baik, kita cuba.”- Lutfi
Perkahwinan mereka dibina atas dasar simpati dan nafsu. Namun perlahan-lahan rasa kasih dan sayang mula memekar. Cuma, bagi seorang Mawar, rasa bahagia tak akan pernah kekal dalam hidupnya.
Hubungan mereka teruji dengan kisah silam Mawar. Menyedari dirinya tak akan pernah mampu membahagiakan Megat Lutfi, satu keputusan drastik diambil. Keputusan yang bakal meranapkan perasaan sendiri namun dia yakin akan mampu membahagiakan Megat Lutfi.
Tetapi, mengapa Megat Lutfi tidak merasakan kebahagiaan itu?
Mengapa hatinya memberontak mengatakan pilihan Mawar itu salah?
Adakah Megat Lutfi sudah tersedar dengan perasaan yang sebenar?
Setelah aku tersedar, cinta itu sudah pergi meninggalkan aku.

🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Tajuk: HANIN LUFYA
Penulis: AK RAFFHAN
Terbitan: OGOS 2020.
Harga : RM26
Pos : RM8 sm / RM13 ss

BLURB

HANIN, maknanya kesayangan. Nama penuhnya Hanin Lufya. Hidupnya tak seindah makna namanya. Dia tak pernah rasa disayangi. Namun sayangnya pada Salmah setulus hati. Cintanya pada Faliq sepenuh jiwa.
“Hanin tak nak kahwin dengan lelaki! Hanin benci lelaki.” - Hanin
“Habis tu Hanin nak kahwin dengan siapa kalau Hanin tak nak kahwin dengan lelaki?” - Salmah
Perempuan itu garang. Tak pernah tak marah. Jumpa saja bicaranya selalu tajam menghiris hati. Tapi, jika hati dah suka, 10 kali kena reject pun, dia tetap nakkan Hanin. Biarlah Hanin tak suka, yang penting dia suka. Dia nak cuba pikat Hanin sampai dapat!
“Orang tak suka dia nak paksa pulak. Pergi suka orang lainlah.”
“Nak buat macam mana. Abang suka Hanin seorang je. Kalau Hanin boleh cari sorang yang sama muka macam Hanin, yang garang dan perengus macam Hanin, abang sanggup pujuk hati abang suka perempuan tu. Dengan syarat kena sama sebiji macam Hanin.”
“Gila! Awak ingat saya TUHAN?”
Sungguh Hanin ada bakat membunuh orang. Sekali menjerit bukan setakat telinga aje yang boleh jadi pekak, jantung pun boleh berhenti berdegup.
“Abang pun bukan TUHAN. Abang hamba-NYA yang sangat lemah. Bukan senang nak tukar perasaan. Hati abang dah tersuka Hanin, nak suka orang lain kenalah tunggu abang frust betul-betul dulu. Buat masa sekarang abang belum frust lagi. Kecewa sikit je sebab Hanin tak layan abang.”
Kala hati mula terbuka, ujian pula datang menimpa. Hidup ini penuh ujian. Namun Hanin semakin lelah.
Kalaulah dia boleh berhenti mencari indah…

PRE-ORDER BERMULA 30 JULAI – 9 OGOS 2020.

No comments:

Post a Comment