Showing posts with label Anaasa. Show all posts
Showing posts with label Anaasa. Show all posts

DEAR SIR MEGAT ~ DILLA AHMAD

💥𝐏𝐑𝐄 𝐎𝐑𝐃𝐄𝐑 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐆𝐀𝐓 𝐛𝐲 𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃
💥𝐏𝐑𝐄 𝐎𝐑𝐃𝐄𝐑 𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐆𝐀𝐓 𝐛𝐲 𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃
FREE POS SEHINGGA 31/12/2019 SHJ
-
RM25 SM/ RM28 SS
-
“Hidup aku pun kau nak sibukkan?” Kening Badrul
dah ternaik sebelah. Sudah macam emak dia pula si Taufik ni.
“Aku bukan apa, bro. Aku sayang kau macam adikberadik aku. Pak Cik Ngah tu dah macam bapak aku. Aku tak
mahu kau terus hanyut bercinta aje. Tapi habuk pun tarak.
Kau kena ada impian. Visi untuk masa depan kau. Tu, si
Casey tu. Dah lama tunggu kau. Bila kau nak ajak dia
kahwin? She’s pregnant now, Bad.” Tunak mata Taufik
menikam ke anak matanya.
Merengus keras Badrul apabila nama Casey
dibangkitkan. Inilah yang dia fikirkan sejak beberapa hari.
Pasal Casey mengandung dan Taufik syak dia yang punya
angkara. Heh! Memang separuh matilah dia menafikan. Nak
mampus! Tak mungkin dia akan melakukan perkara itu
sebelum mereka diijabkabulkan. Tahu Megat Ngah, hilang
nyawa dia kang. Sudahlah hubungan dia dengan abahnya itu
tidak berapa baik kebelakangan ini.
Masalahnya sekarang, anak yang Casey kandungkan
itu bukan daripada benihnya. Megat Ngah tak sukakan
perempuan mat salih itu. Kalau abahnya tahu pasal hal Casey
yang mengandungkan anak orang lain, lagi akan jadi huruhara hidupnya yang semakin kusut ini. Entah dengan jantan
mana Casey berselingkuh, Badrul tidak tahu.

KUPILIH CINTAMU SAYANG ~ cik tet

PRE ORDER TILL 2 NOV 2019
PRINT ON DEMAND

Jom layan sikit...

“Ingat abang tak nampak ke? Dia cuba nak ambil kesempatan ke atas Uya.”

“Bukan macam tulah.” Aku bersuara dengan mata yang mencuri pandang ke arah Tengku Rizki. Mukaku sedikit berkerut.

Ambil kesempatan? Betul ke? Kejadian tadi tu aku tak pasti, tapi kalau kejadian pada malam itu, memang dia betul-betul ambil kesempatan. Sentuhan bibirnya pada malam itu aku takkan lupa sampai bila-bila.

Dia memang jahat!

“Kau siapa?” Suara yang garau itu buat aku mendongak pandang dia. Tajam sekali renungan matanya ke muka Abang Faiz. Lelaki yang penuh dengan keegoan dan sombong dengan kedudukannya, pasti dia takkan biarkan semua ni berakhir dengan mudah. Aku yakin.

“Aku…”

“Dia tunang saya.” Aku segera memintas. Tidak peduli dengan riak terkejut Abang Faiz. Tidak peduli walaupun aku bakal menjawab dengan dia selepas ini. Hanya ini saja cara untuk aku melepaskan diri aku daripada Tengku Rizki.

Harapan aku, pembohongan aku ini takkan sampai ke telinga Kak Nini.

“Tunang?”

“Ya. Tunang saya. Kami akan berkahwin tak lama lagi.”

Lantaklah nak jadi apapun. Lepas ni aku boleh terangkan semuanya kepada Abang Faiz. Jangan dia perasan lebih-lebih sudahlah. Mati aku kalau dia tuntut balik kata-kata aku tadi.

Tengku Rizki pandang aku dengan renungan yang menikam, namun tidak lama kemudian, terbentuk senyum senget di tepi bibirnya. Senyum yang boleh buat jantung aku berdegup kencang.

“Hasrini tahu awak bakal jadi madu dia?”

Soalan Tengku Rizki nyaris buat aku tersedak liur. Bukan hanya aku, Abang Faiz dengan Aina juga turut menayang muka terkejut. Terkejut bila nama Kak Nini meniti di bibir pemuda itu.

“Macam mana tengku tahu pasal Kak Nini?”

Dia pandang aku dengan tangan yang masih mengusap bibirnya yang pecah ditumbuk Abang Faiz tadi. Habis rosak aset penting orang tu dikerjakan Abang Faiz. Tapi aku suka. Padan muka dia.

“Semua pasal awak ada dalam tangan saya, Naura.”

LILLYANN ~ JAJA AHMAD

PRE ORDER
RM25 SM / RM28 SS
PROMOSI FREE POSTAGE TILL 31 JULAI 
 www.wasap.my/60189666752/lillyann
#mybizsantaishop


BLURB

“Yen selalu balik sini sebab Ann. Yen suka Ann.” – Khazrin

Selama 3 tahun dia hanya memandang dari kejauhan dan mencintai dalam diam. Sekali dia luahkan, terduduk emaknya dan tidak terkata ayahnya.

“Selain daripada sebab suka dan cinta, ada sebab lain kenapa saya nak kahwin dengan awak.” - Khazrin

“Sebab apa?” - Ann

“Sebab pak ngah dah dinodai oleh mata awak bila awak tengok pak ngah tanpa baju hari tu.” – Khazrin
Berkahwin dengan jiran sendiri langsung tiada dalam kamus hidup Ann. Sementelah dengan jiran yang nampak sombong tetapi ‘playful’ seperti Khazrin. Tetapi yang tidak pernah terfikirkan itulah yang menjadi kenyataan. Seperti aturan takdir kehidupan yang harus dia hadamkan...

“Semua borang dah lengkap tapi ada satu borang yang masih belum terisi.” – Ann

Pahit dan pedih untuk diterima. Yang nyata, Ann terluka. Namun saat dia kembali bangkit dengan rasa bahagia, kedukaan kembali menjengah buat kali kedua.

“Kenapa tolak abang? Kenapa tak nak tengok muka abang? Hurm baby?” – Khazrin

Takdir apakah yang telah membuatkan Ann terluka? Dan apa lagi yang harus dia hadapi untuk mengecapi rasa bahagia?
It hurts to know the truth but it hurts more if you keep living in denial.
atau

KONTRAK CINTA

Rm26sm/rm29ss
postage RM8 SM / RM13 SS
💞Kontrak cinta💞
“Bagi sini tuala awak tu,” arah Iqram. Lampu disuluhkannya pada tuala ‘good morning’ yang elok diikat di pergelangan tangan Khaira. Sengaja Khaira bawa tuala kecil itu, buat sapu peluh. Tuala itu Khaira campak pada Iqram.“Thanks, sayang...” kata Iqram sambil mengikat lututnya dengan tuala itu. Hah! Lutut dia cedera, jika ditendang pasti akan lebih sakit, Khaira menyusun strategi.
“Okay, done. Back to you, my love...” Iqram mula merapati Khaira. Khaira menendang lutut Iqram tetapi
berjaya dielak. Batu di tangan Khaira juga dirampasnya. Iqram ketawa mengusik. Khaira makin panik, nafasnya tersekat-sekat. Iqram merenungnya dan tersenyum.
“Tuan... Tuan kata tuan sayang Khaira, kan? Kalau tuan sayang, tuan tak buat bukan-bukan pada Khaira.” Air matanya mula menitis. Iqram ketawa. Ternyata gadis yang garang macamsinga itu dalam genggamannya. “Sudah-sudah jangan menangis. Saya nak beritahu isi hati saya saja pada Khaira. Jangan takut, saya tak akan buat apa-apa pada Khaira. Iqram hormat Khaira. Takkan sayanak apa-apakan orang yang saya sayang?”
atau

KONTRAK CINTA

KONTRAK CINTA
FREE POS
FREE POS 
sepanjang tempoh pre order..

Random teaser..
“Wow, cantik! Thats my girl. Lagi satu, jangan layan Cikgu Mikail. Jangan ada hubungan dengan mana-
mana lelaki pun. Simpan hati awak itu untuk Iqram Muhaimin bin Ibrahim sahaja.” “Tengoklah macam mana,” jawab Khaira sambal menjeling. Iqram ketawa. Khaira tunduk malu pantas menyimpan sekeping surat kontrak itu di dalam poket seluarnya seperti diarah Iqram.
“Jom kita. Karang bocor rahsia pula.” Iqram sudah bangun. Lilin-lilin dipadamnya. “Mari...” Iqram menghulurkan tangannya. Khaira menggeleng. Iqram faham, dia mula melangkah. Tak apa Khaira, nanti bila awak sah halal untuk aku, akan aku pegang tangan kau selama-lamanya, janji Iqram dalam hati.
“Tunggu!” Khaira ikut dari belakang. Sesekali Iqram toleh ke belakang dengan senyuman manisnya.
Khaira elok berjalan di belakang Iqram. Bunyi cengkerik dan katak memecah kesunyian malam. Sesekali
angin meniup, terasa tegak bulu roma Khaira kesejukan.
atau

Fota Cinta ~ Azimah Lily

FOTO CINTA - #AzimahLily
“Budak sial ni bkn cucu aku.Dia tk ada apa2 hbungn dgn kluarga kita.Aku tk nk tgk muka dia.” -Tan Sri Isa
Jasmin trkejut apabila Tan Sri Isa mahu dia pulang ke Malaysia slps hmpir 20 thun.Dia selesa & gmbira dgn khidupnnya di Auckland.Kwujudan Tan Sri Isa tlh lama padam dlm memorinya. “Maybe datuk kau nk baik smula dgn kau”-Nana “Tk ada mknanya,Nana! Aku knal dia.Skali dh bnci,smpai mati dia benci.” -Jasmin 
Krana satu insiden,Jasmin pulang ke Malaysia.Brmula dri saat itu,Jasmin tdk dpt lari dri datuknya lgi.Stuju atau tak,Jasmin akn ambil alih tmpt Tan Sri Isa di DB Group. “I makin suka kt you.Tak pyh date la,kita khwin trus.Stuju tak?” –Ikwan 
Spnjng Jasmin tinggl di situ,dia rimas dgn perangai cucu angkt Tan Sri Isa,Ikwan.Dri hri prtama,Ikwan tk henti2 ajak Jasmin brkhwin walhal mreka brdua bru saja brtemu.Hakikatnya, Jasmin cmburu dgn ksih syg yg Ikwan dpt dari Tan Sri Isa. “Sbnrnya…aku dh knal Jasmin sblum ini,mlalui gmbr ni.” –Ikwan.

Brbeza pula dgn Ikwan,Jasmin adalh wnita yg dikejarnya slama ini.Wlaupn Jasmin dingin padanya,Ikwan tetap teruja utk mngenali Jasmin. 
Berita khilangn Tan Sri Isa mngubah hidup Jasmin.Dia mula salahkn dirinya.Mungkinkh mmg benar dirinya bwa sial dlm kluarganya?Nmun Jasmin tk brputus asa mncari datuknya. 
Demi tnggungjwb yg diamanahkn,Jasmin mnerajui DB Group.Brmulalh prkara pelik yg trjdi pda Jasmin.Dia mula syak ssuatu dgn kemalangn yg mnimpa smua ahli kluarganya slps misteri khilangn Tan Sri Isa.Manakala Ikwan pula tk putus asa pujuk Jasmin khwin dgnnya.Jasmin dpt rsakn ada ssuatu Ikwan smbunyikn drinya. 
Apakh rhsia yg dismbunyikn oleh Ikwan?Prlukh dia mngahwini Ikwan utk mngetahui rhsia itu?

Bukan Salah Pilihan ~ Dilla Ahmad

BUKAN SALAH PILIHAN - #DillaAhmad
FREE Postage
"Aa..Abg Khalif?"

Laju kepla Khalif mngangguk. "Ya, Zameera.Ini abg."

Lama juga mata bening itu mrenungnya. Seolah-olah cuba menyakinkn diri bahawa apa yg dilihatnya adalh Khalif Andre.

"Abg Khaliff.." Zameera tiba-tiba menangis. "Maafkn Meera,bang ..."

"Tak ada apa yg nk dimaafkan,syg.Meera tak brsalah.Abg yg patut minta maaf sbab tdk endahkn Meera sejak kbelakangn ni.Alasan sibuk tdk sepatutnya ada dlm hubungn kita.Abg yg salah sbab tak kesahkn Meera bbrapa minggu ni.Maafkn abg."

"Mngkin kita tak ptut brsama,Abg Khalif."

"Ulang blk apa yg Meera ckpkn tdi."

"Mngkin Meera bkn utk abg.Org tk suka kita brsama..."

"Jgn ckp mcm tu,Zameera Aisyah.Aku tak mahu dgr!"

LELAKI ANTAGONIS ~ ADNIL zAFF

BLURB

Sindrom Stockholm!

Sesuatu yang tidak pernah diangankan oleh Amalina. Dia telah diculik oleh seorang mafia bernama Tajul Gazi. Bukanlah wang tebusan yang dihendakkan oleh lelaki itu. Sebaliknya, Tajul mahukan anak.

Eh! Ada ke wanita yang mahu melahirkan anak kepada penjahat seperti Tajul?

Amalina pada mulanya takut akan lelaki itu. Riak wajahnya bengis dan lelaki itu memang kaku. Tetapi setelah beberapa minggu ditawan Tajul, Amalina sendiri yang sudi dinikahi lelaki itu. Keputusannya menimbulkan rasa tidak senang kepada ibunya. Namun tiada siapa dapat menolak kehendak lelaki seperti Tajul.

“Saya nak culik anak pak cik jadi hak saya. Saya nak dia kenal saya. Saya nak kahwin dengan anak pak cik. Dan saya nak Amalina lahirkan anak saya. Pak cik setuju ke tidak? Cakap terus terang.” -Tajul
Aneh! Mengapa Amalina mahu lelaki persis itu?
Lelaki hati kering itu ada istimewanya kepada Amalina. Hanya orang tertentu mengenali keperibadian Tajul.

“Aku tahu kau baik, Taj. Aku tak peduli kalau semua orang kata kau jahat.” Amalina

“Selagi aku ada... aku akan jaga kau baik-baik, Amal.” Tajul

Tetapi siapakah Tajul ini sebenarnya? Semudah apa hidup Amalina setelah bersuamikan lelaki antagonis ini? Tidak mudah! Cubaan, hidup mereka bermain dengan bahaya. Terpisah jauh setelah Tajul terperangkap dalam permainan bahayanya.

Tetapi lelaki seperti dia, berpantang maut sebelum ajal. Demi Izara dan Amalina yang dikasihinya dia berusaha untuk terus hidup. Dunia kotor itu mahu dijauhkan. Mampukah Tajul dan Amalina hidup seperti orang lain?
Free pos
Free pos
Free pos
-
Sehingga 31 March sahaja!!!
Jommm order
-

DALING DELIA ~ CICI AIDA

BLURB 

Aku…Darling Delia. Nama vogue sangatkan. Kategori aku, hanya gadis biasa-biasa, tapi tetap ada gaya. Pakej manis, itu semulajadi. Ada juga yang ingin meraih perhatian. Tetapi sayang, aku cuma mengejar seorang saja. 

Bukan sebab dia terlalu kacak, tapi kaku macam kayu bila berdepan dengan perempuan. Senang cerita tersangatlah pemalu. Kalah seperti anak dara kena pinang. Jujur…dialah lelaki itu, Emir Anaqi.

“Lepas ni saya akan panggil awak Darling sebab itu memang nama awak.” EMIR

“Bukan sebab saya kekasih awak?” DARLING 

Jujur dan berani berterus-terang. Itu dua perbezaan antara aku dengan dia.
Siapa sangka, bila hati sudah ada yang menjadi pilihan, muncul pula‘Si Kumbang’ membuat pengakuan. 

“Kenalkan ini Darling, bakal tunang saya yang akan datang.” ANAS

Kenyataan itu memang tak waras. Ingat senang nak pikat hati anak dara Dini Al-Farid ni.

Manakala Emir, terikat pula dengan pilihan bondanya. Tiada istilah bahagia jika tanpa restu dari orang tua.

“Bonda tak mahu ada orang lain yang cuba mempengaruh fikiran Emir. Ini soal masa depan anak bonda. Biar bonda yang tentukan!” SRI MAYA

Pada aku, hubungan kami tamat. Emir, hanya anak yang menurut kata. Rupanya aku silap. Pemalu lelaki itu bertukar menjadi tegas dan nekad.

Disaat bahagia mula bercambah, Emir sekali lagi diuji. Aku pula terpaksa berdepan dengan keadaan yang memeritkan.

Aku yang dinikahi, wanita lain yang terpaksa dikasihi.

Emir, aku tahu kau cinta aku. Aku tahu bukan sedikit sayang kau pada aku. Tapi, dalam perjalanan hidup ini, tak semuanya seperti yang kau angankan. 

Aku, Darling Delia. Selamanya akan mencintai kau!
Free pos
Free pos
Free pos
-
Sehingga 31 March sahaja!!!
Jommm order
-

Bukan Salah Pilihan ~ Dila Ahmad


BLURP

"Meera selalu ingat masa kita kecik-kecik dulu, Abang Khalif. Kita main sama-sama, makan sama-sama. Tidurpun sama-sama. Memang best masa tu, kan?"-ZAMEERA

"Sekarang mana boleh tidur sama-sama. Lain pulak jadinya karang."- KHALIF ANDRE

Mengenali gadis bernama Zameera, buat hidupnya yang kelam, menjadi ceria. Sebagai anak isteri kedua Datuk Hisham, dia tidak punya hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang papa. Itu yang Khuzairi sering katakan kepadanya.

"Apakah persamaan Abang Khalif dengan Terminator?" - ZAMEERA

"Kejam? Macho?" - KHALIF

"Salah!"

"Habis tu?"

"Tak pernah senyum!"

Zameera yang sengal sering ada untuk dia melupakan kemelut yang membelenggu dirinya yang sering dipinggirkan dan tarafnya juga dipertikaikan. Dikeraskan hati bila Zameera mula berkias tentang perasaannya. Bagi Khalif, Zameera itu dah macam adik untuk dia jaga. Bila Zameera pergi melanjutkan pelajaran, hidupnya terasa sunyi. Muncul Emalin, co-worker yang satu pejabat dengannya, cuba nak serahkan hatinya.

Namun Khalif mengelak bila merasakan hatinya berdenyut hanya pada Zameera. Bukan Emalin. Hasratnya ingin bersama Zameera ditolak Datuk Hisham, yang merasakan Zameera tidak layak menjadi menantunya. Khuzairi pula tidak sukakan adiknya memiliki Zameera kerana dia juga sukakan gadis itu walaupun dia sudah berumah tangga dengan Melina.

Sesuatu terjadi membuatkan Khalif dan Zameera terpaksa merahsiakan pernikahan mereka daripada Datuk Hisham dan Khuzairi. Tapi sampai bila? Haruskah dia berterus terang bila Khuzairi sendiri adalah ancaman? Tidak layakkah dia memiliki kasih sayang dan cinta?

"Selagi hati Khalif kuat, Khalif akan menentang apa saja. Bukan Khalif nak kurang ajar dengan papa. Tapi Khalif akan pertahankan apa yang Khalif percaya."-KHALIF ANDRE

Zameera itu adalah untuknya. Dan hatinya tidak pernah keliru memilih gadis itu!
Free pos
Free pos
Free pos
-
Sehingga 31 March sahaja!!!
Jommm order
-

FOTO CINTA ~ AZIMAH LILY


FOTO CINTA KARYA Azimah Lily

Blurp
“Budak sial ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak nak tengok muka dia.” - Tan Sri Isa

Jasmin terkejut apabila Tan Sri Isa mahu dia pulang ke Malaysia selepas hampir 20 tahun. Dia selesa dan gembira dengan kehidupannya di Auckland. Kewujudan Tan Sri Isa telah lama padam dalam memorinya.

“Maybe datuk kau nak baik semula dengan kau”- Nana

“Tak ada maknanya, Nana! Aku kenal dia. Sekali dah benci, sampai mati dia benci.” -Jasmin

Kerana satu insiden, Jasmin pulang ke Malaysia. Bermula dari saat itu, Jasmin tidak dapat lari dari datuknya lagi. Setuju atau tak, Jasmin akan ambil alih tempat Tan Sri Isa di DB Group.

“I makin suka kat you. Tak payah date la, kita kahwin terus. Setuju tak?” – Ikwan

Sepanjang Jasmin tinggal di situ, dia rimas dengan perangai cucu angkat Tan Sri Isa, Ikwan. Dari hari pertama, Ikwan tak henti-henti ajak Jasmin berkahwin walhal mereka berdua baru saja bertemu. Hakikatnya, Jasmin cemburu dengan kasih sayang yang Ikwan dapat dari Tan Sri Isa.

“Sebenarnya… aku dah kenal Jasmin sebelum ini , melalui gambar ni.” – Ikwan.

Berbeza pula dengan Ikwan, Jasmin adalah wanita yang dikejarnya selama ini. Walaupun Jasmin dingin padanya, Ikwan tetap teruja untuk mengenali Jasmin.

Berita kehilangan Tan Sri Isa mengubah hidup Jasmin. Dia mula salahkan dirinya. Mungkinkah memang benar dirinya bawa sial dalam keluarganya? Namun Jasmin tak berputus asa mencari datuknya.

Demi tanggungjawab yang diamanahkan, Jasmin menerajui DB Group. Bermulalah perkara pelik yang terjadi pada Jasmin. Dia mula syak sesuatu dengan kemalangan yang menimpa semua ahli keluarganya selepas misteri kehilangan Tan Sri Isa. Manakala Ikwan pula tak putus asa pujuk Jasmin kahwin dengannya. Jasmin dapat rasakan ada sesuatu Ikwan sembunyikan darinya.

Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ikwan? Perlukah dia mengahwini Ikwan untuk mengetahui rahsia itu?
Free pos
Free pos
Free pos
-
Sehingga 31 March sahaja!!!
Jommm order
-

KOMBO ANAASA PBAKL

Free pos
Free pos
Free pos
-
Sehingga 31 March sahaja!!!
Jommm order
-