KUPILIH CINTAMU SAYANG ~ cik tet

PRE ORDER TILL 2 NOV 2019
PRINT ON DEMAND

Jom layan sikit...

“Ingat abang tak nampak ke? Dia cuba nak ambil kesempatan ke atas Uya.”

“Bukan macam tulah.” Aku bersuara dengan mata yang mencuri pandang ke arah Tengku Rizki. Mukaku sedikit berkerut.

Ambil kesempatan? Betul ke? Kejadian tadi tu aku tak pasti, tapi kalau kejadian pada malam itu, memang dia betul-betul ambil kesempatan. Sentuhan bibirnya pada malam itu aku takkan lupa sampai bila-bila.

Dia memang jahat!

“Kau siapa?” Suara yang garau itu buat aku mendongak pandang dia. Tajam sekali renungan matanya ke muka Abang Faiz. Lelaki yang penuh dengan keegoan dan sombong dengan kedudukannya, pasti dia takkan biarkan semua ni berakhir dengan mudah. Aku yakin.

“Aku…”

“Dia tunang saya.” Aku segera memintas. Tidak peduli dengan riak terkejut Abang Faiz. Tidak peduli walaupun aku bakal menjawab dengan dia selepas ini. Hanya ini saja cara untuk aku melepaskan diri aku daripada Tengku Rizki.

Harapan aku, pembohongan aku ini takkan sampai ke telinga Kak Nini.

“Tunang?”

“Ya. Tunang saya. Kami akan berkahwin tak lama lagi.”

Lantaklah nak jadi apapun. Lepas ni aku boleh terangkan semuanya kepada Abang Faiz. Jangan dia perasan lebih-lebih sudahlah. Mati aku kalau dia tuntut balik kata-kata aku tadi.

Tengku Rizki pandang aku dengan renungan yang menikam, namun tidak lama kemudian, terbentuk senyum senget di tepi bibirnya. Senyum yang boleh buat jantung aku berdegup kencang.

“Hasrini tahu awak bakal jadi madu dia?”

Soalan Tengku Rizki nyaris buat aku tersedak liur. Bukan hanya aku, Abang Faiz dengan Aina juga turut menayang muka terkejut. Terkejut bila nama Kak Nini meniti di bibir pemuda itu.

“Macam mana tengku tahu pasal Kak Nini?”

Dia pandang aku dengan tangan yang masih mengusap bibirnya yang pecah ditumbuk Abang Faiz tadi. Habis rosak aset penting orang tu dikerjakan Abang Faiz. Tapi aku suka. Padan muka dia.

“Semua pasal awak ada dalam tangan saya, Naura.”

No comments:

Post a Comment