Showing posts with label Jemari seni. Show all posts
Showing posts with label Jemari seni. Show all posts

IMAN_INBOX - SHIROD SHUKRI

IMAN_INBOX - SHIROD SHUKRI
stok terhad
HARGA BUKU : RM36.00 SEM / RM39.00 SS
postage rm8 sm / rm12 ss
buku baru

Kalau tiga tahun dahulu, memang lelaki inilah pencopet segalanya. Mencuri perasaan dia. Lelaki inilah yang dia puja. Tetapi setelah Adinda tahu satu hakikat sebenar, perasaannya mula hambar. Gaya Taufik sering buat dia tertanya-tanya. Betulkah itu kisah lama, Adinda? Dia menyoal diri sendiri. Ataupun kisah kelam Taufik itu masih bersisa? Walau kadangkala hati Adinda tercalar dengan sikap Taufik, dia sangat menyayangi hubungan ini!
Richard
Apa saja yang Richard tidak ingat tentang hal mereka berdua? Tidak ada. Semua melekat dalam kepala. Kisah lama mereka selalu menjadi cermin pada apa yang mereka lalui hari ini. Memori-memori kecil ibarat wayang gambar yang memberi bahagia. Richard sudah jatuh cinta dengan pendebat ini semenjak zaman sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, dia masih cinta walau pendebat ini sudah pencen daripada berdebat secara umum.
Inbox : Lagi satu soalan, cerita 'Chinta Mimpi Cinta' kau tu, cerita betul ke? Atau cerita rekaan semata?Adinda : Dua-dua.
Inbox : Seperti dijangka. Plot hidup kau ke?
Adinda : Tak nak komen.
Adakah perjalanan hidupnya sudah awal-awal tertulis sepertimana yang tercatat dalm novel tulisannya sendiri, Chinta Mimpi Cinta?

TANAH ANDRIYANA ~ NOOR SURAYA

HARGA RM46 SM/ RM49 SS
termasuk poslaju
Buku ni gabungan terbitan CESB + Hati Andriyana + tambahan cerita.
Siapa yang sangka, pertemuan dengan Aliya telah mengubah tanggapan Hadi tentang perempuan. Aliya yang manis dengan sepasang mata coklatnya yang sangat cantik! 

Pada Aliya pula, Hadi sekadar saudara lelaki yang tidak pernah dia miliki, ya...perasaannya, sekadar itu.
Apatah lagi keluarga Hadi dan Aliya sudah bertelingkah sejak beberapa generasi, mana mungkin Aliya ingkar pada pesanan ayahnya untuktiba-tiba memilih Hadi. 
Namun hati manusia ini, bukanlah kita yang memegangnya. Pada saat Hadi berlalu dan membisikkan pantun ini, Aliya terasa jiwanya dilarikan daripada jasad:

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu.

Kenapa Hadi tahu juga tentang pantun itu, pantun moyang mereka yang tragis ini... dan kenapa Hadi perlu melafazkan pada Aliya?

Niat hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapa yang tahu?

Cerita Aliya dan Hadi bukan bermula pada saat ini, tetapi kisah cinta terlarang ini bermula sewaktu moyang mereka Andriyana dan Ku Fitri lagi...

Tanah Andriyana - Noor Suraya

MAHADEVI ~ NOOR SURAYA

BEST SELLER! 

Pada siapa yang dah baca Surat Ungu untuk Nuha - sambungannya dalam Mahadewi ya.

SURAT UNGU UNTUK NUHA
RM20.00
poslaju RM8 SEM/ RM11.00 SS
Yang belum baca - ini sinopsis dia yang panjang.

CERITA INI mengenai Nuha Tajul Ariffin seorang gadis muda yang bertugas sebagai jururawat desa di kawasan pendalaman – Kota Kuala Muda. Dihantar jauh ke Utara sangat dia ‘raikan’ apabila anak lelaki jiran sebelahnya yang dia kenal sejak kecil memilih untuk berkahwin dengan Dr. Raniya Wafa’. Dr. Raniya bukan sahaja pandai, cantik bagai bidadari tetapi juga pernah menjadi seorang sukarelawan di khemah pelarian di Kandahar (bersempadan dengan Afghanistan) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi khidmat pada kanak-kanak mangsa perang.

Sebenarnya, Faisal tidak tahu pun yang Nuha suka kepadanya dalam diam-diam. Sejak kecil pun, Faisal selalu menganggap Nuha sebagai adiknya sahaja. Sejak mendapat surat undangan ungu daripada buah hati rahsianya, Nuha mengambil keputusan untuk segera bertolak dengan kereta api malam Ekspres Langkawi. Dia sudah ada alasan yang cukup baik untuk tidak menghadiri majlis akad nikah Dr. Faisal-Dr. Raniya – rahsia yang dia simpan tidak ada siapa yang tahu.

Sepanjang perjalanan ke Utara, Nuha menyimpan sebak dan air mata mengenang nasibnya. Bagaimanapun apabila sampai di Tanjong Malim, kerusi sebelahnya yang kosong sejak di KL Sentral sudah terisi orang. Ketenangan yang dia harap kala merawat hatinya yang walang musnah apabila seorang lelaki berambut Afro (yang duduk sebelahnya itu) tanpa sengaja melakukan pelbagai perkara yang menyakiti hati Nuha. Misalnya, tertidur di bahunya. Nuha yang sedang marah, memukul kepada lelaki itu dengan botol air mineral.

Muzzammil Muadz.

Mereka rupanya bukan sahaja rakan seperjalanan ke Butterworth malam itu, tetapi juga rakan satu teksi keesokannya ke Kampung Permatang Nyiur serta yang lebih menyakiti Nuha pula Muzzammil itu anak kepada tuan rumah sewanya.

Muzzammil atau lebih dikenal sebagai Alang, memang seteru Nuha – habis-habisan.

Lalu bermulalah siri perbalahan dan pertengkaran yang panjang antara kedua-dua teruna-dara ini. Muzzammil pernah belajar di Jerman, dan baru sahaja pulang dari Hobart, Tasmania kerana bekerja sebagai penyelam mutiara di sana itu pula memang tidak disenangi ayahnya – Tuan Haji Ahmad Yatim (orang kaya kampung yang memiliki sawah bendang serta kilang beras). Malah Muzzammil ke Hobart dulu pun sebab bergaduh dengan ayahnya. Haji Yatim tidak menyukai Muzzammil suka membuang masa dengan menulis sajak dan tidak mahu bekerja tetap.

Kepulangan Muzzammil berwawasan kali ini. Dia kemudiannya membantu ayahnya menguruskan kilang padi selain mengusahakan sawah bendang. Lalu, apabila gadis Kuala Lumpur anak bekas senator bertemu dengan anak lelaki orang bendang dari desa – banyak betul perselisihan faham antara mereka. Nuha sebagai jururawat desa pernah menjahit tangan Muzzammil yang luka kerana kena mata pisau sewaktu mengoyak kulit kelapa.

Sejak itu dendam mendendam semakin menjadi-jadi.

==========================================================

Bagi sy novel kak su mmg best. (Y)

antara review di goodreads.. sy share link ini.. https://www.goodreads.com/book/show/31430995-mahadewi

HARGA RM28.00

poslaju RM8.00 SEM / RM12.00 SS

SINOPSIS MAHADEWI - NOOR SURAYA

[1]

Surat Putih untuk Alang

Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...

[2]
Panggil Saya Mawar

Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal..

antara kata-kata dari Puan Penulis Suraya..
 "Nasihat kaksu, kalau hendak beliMAHADEWI, kenalah pernah baca Surat Ungu untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia."
"p/s: Kalau nak rasa air tangan Noor Suraya Adnan Sallehudin ala-ala Jaja&Din-NTS (Nyanyian Tanjung Sepi) memang wajib baca 'Surat Putih untuk Alang' ni dalam Mahadewi.
Dalam Mahadewi ada satu lagi cerita tunggu ya nanti saya teaser sikit kasi jelesssssssss
Sedutan:-

Alang: Alang minta maaf na. Jom, kita makan cendol bawah pokok ketapang dekat simpang tu.
(Nuha diam - konon la merajuk)

Alang: Alang minta maaf, boleh?
(Misi Nuha oii sudah-sudah la merajuk tu kesian kat encik suami nak makan cendol)

Nuha: Nuha sibuk, nak jemur bantal kekabu semua ni.

Alang: Tak payah jemur, tengok hari nak hujan dah!
(mood memujuk lagi)

Nuha: Jadi tak payah la makan cendol kan dah nak hujan.
(Nuhaaaaaaaaaaa....)
Alang: Amboiiiii"

atau
WhatsApp 018-9666752

Kukatakan Tidak (Maksudnya Ya)

RM25.00 SEM / RM28.00 SS
POSTAGE RM8. SM / RM12. SS
Sinopsis
Apabila hati kata ya, keadaan pula menyukarkan segalanya. Namun semakin mulut berkata tidak, mudah sahaja takdir dia dan dia bersimpang.

Bumi Sonata yang diliputi salji memutih menemukan Humaira dengan Remy tanpa mereka duga. Ketulusan Remy melembutkan hatinya. Namun, walau hati Humaira mahukan Remy, mungkin sahaja tidak untuk mereka berdua bersama. Meski seribu kali Remy mengatakan ya pada Humaira, jodoh mereka bagaikan jauh menyimpang.

Berjuta kali Humaira berkata tidak pada Zaim, selalu sahaja lelaki itu muncul di hadapan matanya. Seringkali dia menjauhkan diri, ada saja alasan yang mengikat Humaira untuk dekat dengan Zaim. Mungkin… kelopak sakura yang bertaburan di tengah musim bunga itu yang menerbitkan kuntum rasa Zaim padanya.

Apabila hati kata ya, keadaan pula menyukarkan segalanya. Namun semakin mulut berkata tidak, mudah sahaja takdir dia dan dia bersimpang.

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Padamu Jua Hatiku Berteduh

Harga: RM24.00 (Sem. Malaysia) / 
RM27.00 (Sabah/Sarawak)
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

Orang perempuan ni, ibaratnya lautan. Kalau kita tak pandai berenang, kita akan ditelannya. Sebab itu kita tak boleh silap dalam memilih pasangan hidup
Hanif lelaki yang berkedudukan tetapi kesepian. Bertahun-tahun dia menyukai Afra, lalu apabila Afra memilih Dr. Shamir, sukar untuk dia menerima orang lain dalam hidupnya.
Jangan risau kalau matahari hilang… jangan gusar apabila mendung bertandang sebab kita akan dapat lihat indah pelangi selepas itu buat menghias langit. – Afra.
Afra (dan Shamir) cuba mempertemukan Hanif dengan adik iparnya Syamira yang periang dan panjang akal. Sayangnya, Hanif tidak menyenangi sikap Syamira yang begitu terbuka tentang hatinya.
“Jangan malu nak mengaku.”
“You yang patut malu.” Balas Hanif.
“Sebab?”
“Orang perempuan tak patut mempamerkan perasaan secara keterlaluan. Kalau suka kat lelaki pun patut simpan dalam hati sahaja.”

Susah sangat ke nak jumpa perempuan yang malu-malu zaman ini? Semakin dingin Hanif, semakin galak Syamira mengusik. Semakin giat Syamira mencari peluang untuk mencairkan hati beku Hanif.
“You tolak I ke, you takut nak masuk? Tapi… jemputan masuk ke hati I ni tak ada tarikh luput, Hanif. Tapi apabila dah masuk, memang tak boleh keluarlah. Jalan masuk ke hati ialah jalan sehala dan jalan mati di hujungnya.”
Masalahnya, hanya Syamira yang tidak habis-habis mengejar Hanif sedangkan Hanif itu hatinya keras sekali. Pada Hanif, jodoh bukan boleh kita susun-susun. Jodoh bukan sekadar mengikut kehendak hati kita sahaja.
Angin lalu bercerita, ada rindu di sana, jangan mengalah Syamira!
****
Bagaimana kesudahan kisah Hanif dan Syamira? Biarkan AIDAH BAKRI mengungkapnya dalam Padamu Jua (Hatiku Berteduh).

atau
WhatsApp 010-4398892
atau

ANAK DARA ABAH

HARGA RM27.00 SEM / RM30.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS
Selalu orang kata, hidup berjiran di rumah pangsa memang mencabar, dengan kerenah jiran yang pelbagai ragam. Kalau tak ada kesabaran tahap ‘dewa’ memang boleh sakit jiwa.
Tengoklah Makcik Senah yang baru pindah tu, ada ke patut letak anak-anak kucing peliharaan cucu-cucunya depan halaman rumah jiran kerana bapa budak-budak tu tak suka kucing.
Lalu gara-gara anak-anak kucing itu, kerukunan keluarga Encik Berahim, seorang bapa tunggal dengan tiga orang anak dara; Ona, Ayu dan Aina jadi haru-biru kerana Ona yang takut akan kucing itu bergaduh dengan Makcik Senah.
Mujurlah Encik Ibrahim ini baik orangnya. Dia tegas menyuruh anak daranya itu meminta maaf. Dan mereka akhirnya berbaik-baik. Saling bertukar juadah lagi.
Jadi apa pula haru-birunya kalau mereka berbaik-baik?
Sebab Encik Ibrahim jatuh cinta pada Makcik Senah yang kematian suami!
Apa masalahnya pula kalau duda jatuh cinta pada janda?
Masalahnya anak lelaki Makcik Senah bercinta dengan Ayu.
Sedang Ona pula menaruh hati pada lelaki itu.
Hmmm… betullah susah hidup berjiran, terutama kalau antara mereka saling jatuh cinta! Tapi ini bukan cerita Keluarga 69. Bacalah kalau tidak percaya!
atau
WhatsApp 010-4398892
atau

Sweet Sour ~ Nasz

 BEST NOVEL NIH. ★★★★★
SWEET SOUR RM21.00 SM/ RM24.00 SS
postage RM7.00 SM / RM11.00 SS
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!
==================
lg review d goodreads
https://www.goodreads.com/book/show/8183787-sweet-sour
WhatsApp 010-4398892

Novel 10 10 dan Helo

atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

TERBARU TERBITAN NOVEMBER 2016
Novel 10 ~ 10 

HARGA RM55.00
TIDAK TERMASUK KOS POS.
Novela daripada 10 Penulis
1. Rnysa
2. Hlovate
3. Noor Suraya
4. Imaen
5. Khairyn Othman
6. Manjlara
7. John Norafizan
8. Syud
9. Pingu Toha
10. Iman Xara

************************

Antologi Cerpen ~ Helo
HARGA RM38.00
TIDAK TERMASUK KO POS
Helo ~ begitu Antologi Cerpen Adiwarna Kelima (ACA5) menyapa hati pembaca tahun ini dengan cerita yang kaya plot dan mewah dengan pelbagai isu, tetapi ditulis dengan cermat, santai dan menghiburkan. Ayuh, bacalah sapaan 'helo' daripada 40 penulis