KOMBO SERAM ZINE


READY STOK 2 SET SAHAJA LAGI!
KOMBO ZINE : RM45 SEM/RM47 SS termasuk pos
APA ITU ZINE?
Zine diambil dari perkataan fanzine atau magazine
Zine lebih ringan daripada novel. Lebih kurang seperti majalah, bezanya ia lebih ringan dan simple dari majalah. Isi kandung bergantung daripada penulis itu sendiri kerana kadangkala walaupun simple, isi kandungan mungkin berat serta mengundang emosi yang berbagai.

Inilah kelainan yang dibawa oleh penulis Hayati Ahmaddan sudah tentunya istimewa.

Dapatkan projek zine ini secara single ataupun nak lebih jimat boleh dapatkan secara kombo
#Dalila
#Projekzineseram

Syamsul jungkit bahu. Dia mencatatkan dapatan awal dari Rafik tentang mayat Muiz. Setelah selesai membuat pemerhatian, mayat Muiz kembali ditutup lalu di masukkan ke ruang menyimpan mayat.
“Kejap!” Tiba-tiba Rafiq menahan tangan Syamsul. Syamsul tidak jadi menutup tempat simpanan mayat.

“Keluarkan balik mayat tu.” Syamsul menarik nafas panjang. Geram pula dia dengan tindak-tanduk Rafiq.

“Kau ni dah kenapa?”
“Keluarkan sajalah.” Syamsul akur.
“Kau tengok kaki seluar ni.” Rafik menunjukkan ke arah kaki seluar jeans Muiz.
Keletup! Pen di tangan Syamsul patah. Rafik segera menyelak seluar Muiz sehingga ke betis.
“Basah!” Tubuh Syamsul menggigil. Rafiq meraba kaki Muiz basah dan kecut.
“Jajjangan kata mayat ni berjalan tadi!” Syamsul meramas-ramas pen di tangannya.
“Kau jangan merepeklah!” Rafiq membantah. Dia sendiri kurang senang dengan perkara yang berlaku.
“Tadi ada sesiapa masuk tak? Soal Rafiq. Syamsul menggeleng.
“Kau ada keluar tak?” Syamsul mengangguk.
“Haaa… aku rasa mesti mayat ni dah kena usik. Ada orang cari apa-apa kot kat mayat ni. Syamsul mula tersenyum kembali.
“Fuhhh, logic jugak teori kau. Aku baru nak suspen kau dah hilangkan suspen aku.”
“Tadi kita tak check mayat ni betul-betul. Mungkin seluarnya memang dah basah. Jadi kejadian ni mesti masa hujan lebat! Maknanya baru sangatlah. Tapi bahan bukti sangat mudah hilang dibawak air.” Syamsul mengangguk-angguk lalu menuliskan sesuatu pada buku catatannya.
“Syam, tangan kau berdarah tu tertikam pen patah.”
“Ya Allah! Syamsul terus melemparkan pen patah tersebut ke bakul sampah. Beberapa titis darah mula jatuh ke lantai.
“Panggil kak Siti mintak tolong cuci.” Arah Rafiq yang tidak senang melihat sisa klinikal di atas lantai. Syamsul tidak mempedulikan arahan tersebut sebaliknya terus memijak kesan darahnya dilantai lalu menggosok-gosok kesan tersebut agar hilang.
“Oiii, bahan klinikal tu.”
“Ah, lantaklah.” Syamsul tergesa-gesa hendak keluar.
“Kau nak ke mana tu?”
“Aku nak terkencing!”



SYAMSUL menarik zip seluarnya sambil menggegarkan tubuhnya sedikit. Sejalur kelegaan meresap ke seluruh tubuhnya. 

‘Kencing juga satu nikmat, lalu nikmat manakah yang kau dustakan?’ getus hati Syamsul. Ketika mencuci tangan, pandangan Syamsul tertumpu kepada bayangan lelaki yang membelakanginya di cermin.
“Duty kat mana malam ni?” Soal Syamsul ramah.
“Kat bilik mayat.” Jawab lelaki itu perlahan. 
“Oooo, sayapun bertugas kat situ jugak.” Jawab syamsul sambil mencuci tangannya yang masih terdapat kesan darah. Dia berkerut sedikit kepedihan. Tiba-tiba Syamsul terasa berderau. Bertugas di bilik mayat? Bukan di sana ada aku dengan Rafiq saja ke? Getus hatinya. Tiba-tiba dia menoleh. Jeans lelaki itu… bajunya… kaki dan tangan Syamsul menggigil seperti terkena Parkinson. Lelaki itu tetap membelakanginya…
“Banyak darah awak.” Syamsul melihat tangannya. Darah segar berlumuran di tangannya.

==============


#Andampengantin
#ProjekSeramZine
Kabupaten Rincong, Desa Sireh Junjung 

DAIM panas hati. Bakul berisi kain yang masih basah itu ditendangnya. Kain yang baru disidai direntap lalu dicampakkan.

“Aku dah pesan, kalau basuh baju aku ni jangan dicampur dengan baju lain!” Satu tamparan keras menyinggahi pipi wanita itu.

“Abang, Suri tak sengaja bang. Tak perasan terendamkan baju abang sekali dengan baju…”
“Ahhh! Selagi kau tak hilangkan kesan luntur kain hitam tu ke baju aku ni, kau jangan balik!” Belumpun sempat wanita itu menghabiskan ayatnya, kata-katanya telah dipotong.
Suri mengutip kembali pakaian basah yang bertaburan di tanah. Dia menyeringai sambil memegang perutnya yang memboyot menunggu hari. Rasa sakit semakin menyentak-nyentak sehingga mengganggu pergerakannya.
“Mak nak makan!” Anaknya manarik-narik kainnya.
“Sekejap ye mak masak.” Suri memujuk anaknya yang merengek. Wanita itu bangun dengan susah payah mengangkat bakul berisi kain basah itu untuk dibilas semula. 
“Eh, kau nak ke mana lagi tu?” Daim menengking.
“Suri nak masak dulu bang, anak kita dah lapar ni.”
“Oiiii, aku suruh kau basuh baju aku. Bukan buat kerja lain!”
“Sekejap saja bang.”
Tiba-tiba satu tamparan menyinggahi pelipis wanita itu. Telinganya terasa berdesing.
“Sakit abang!” Suri mengogoi.
“Tahu kau sakit, yang baju aku ni dah kotor macam mana?”
Suri mengerah kudratnya mengangkat bakul kain. Sementara kakinya terseret-seret akibat dipaut oleh anaknya yang sedang merengek kelaparan.
“Sabar ya nak, nanti balik ibu masakkan.” Anak kecil itu tetap merengek. Daim panas hati.
“Kau ke sini Jaris!” Takut-takut anak kecil itu menghampiri Daim.
Suri termenung panjang melihat kesan kain luntur yang meresap ke pakaian suaminya. Sudah puas dia menyental, namun kesan tersebut tetap tidak hilang. Matahari sudah tegak di kepala. Sudah terlalu lama dia di jeram tersebut. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
“Baru balik Suri?”
“Ya Mak Banang.” Suri menjawab lemah. Perutnya lapar. Tubuhnya lelah. Kakinya terasa menggigil mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Mak Banang menggeleng-geleng melihat sukarnya hidup Suri. Siapa sangka, dulunya Suri adalah penari istana yang menjadi dambaan ramai jejaka. Namun sejak dinikahi oleh Daim, kecantikan Suri luntur. Daim terlalu cemburu lalu melarang sama sekali Suri bergaul dengan ahli kumpulan bangsawan. Apatah lagi untuk berhias dan memakai pakaian yang cantik-cantik.
“Jaris!” Suri menerpa ke arah anaknya yang disumbat hampas kelapa. Kanak-kanak itu tidak mampu meraung lagi. Nafasnya tersekat-sekat dengan wajah yang membiru.
“Kenapa abang buat anak kita macam ni?”
“Yang kau tu berendam di sungai lama-lama buat apa? Menyundal?” Daim menyinga.
Suri mengorek keluar hampas kelapa dari mulut anaknya. Namun Jaris sudah kelihangan suara untuk menangis. Tubuhnya longlai terkulai. Suri tergeleng-geleng menafikan apa yang sedang berlaku. Akalnya seakan tidak berfungsi seketika.
“Abang!!! Anak kita!” Suri mengangkat Jaris.
“Kau letak budak tu! Pergi masak!”
“Kalau tak nak bagi anak makan, jangan di siksa anak macam ni abang.” Suri merintih. Dia memegang perutnya yang terasa merengat. Suri tidak mempedulikan kata-kata Daim, sebaliknya terus memangku Jaris sambil memekik memanggil Mak Banang!
“Mak Banang!! 
“Kau diam Suri!” Daim menengking keras. Tapi suara Suri lebih nyaring lagi memanggil Mak Banang.
“Mak banang, tolong Suri Mak!!” Darah Daim terasa mendidih. Dia bergegas menghampiri Suri .
“Kau mencabar aku ye Suri!” Satu tamparan keras menyinggahi pipi wanita itu. Suri terlentang ke lantai.
“Mak Banang!!!” Suri memekik semahu-mahunya.
“Diammm!”
“Mak…” Tanpa berfikir panjang, Daim terus menghentak perut Suri dengan kakinya. 
“Ini yang kau nak sangat kan?” Daim bersuara keras. Suri menggeletek. Darah segar membasahi lantai.
Kampung Sireh Junjung gempar. Jaris ditemui meninggal dunia dengan hampas kelapa memenuhi mulutnya. Daim entah ke mana. Suri juga hilang begitu sahaja. Mak Banang hanya mampu mengisi tragedi ngeri itu. Tak disangkanya jeritan Suri mengundang tragedy ngeri dalam hidup wanita itu.



Daim senyap, segalanya senyap. Tempat itu terasa begitu tenang. Perlahan-lahan dia membalikkan kulit yang hampir kering sepenuhnya itu.
atau
WhatsApp 018-9666752

TIGA JODOH

HARGA RM36.00 SEM / RM43.00 SS
termasuk poslaju
Kita layan kisah KASIH dan ANAS RIZAL.... Pertemuan pertama mereka
Kasih buat tak dengar apa yang dikatakan oleh Borhan. Dia dah lali semua tu. Ramai orang kampung bercerita tentang umurnya. Ah, ada dia kisah? Bukan dia kacau orang pun. Tapi apa yang paling dia takut adalah Mak Temah vogue tu. Kalaulah dia nampak dia berdua-duaan dengan Borhan sekarang ni, naya je mak kena umpat nanti. Habis satu kampung dia jajakannya.
“Abang tolong jangan kacau Kasih. Kasih nak cepat ni.”
“Kau nak cepat nak pergi mana Kasih? Marilah temankan abang.”
Hati Kasih sudah mula rasa tak senang. Seram sejuk dia melihatkan Borhan yang seperti hilang pertimbangan itu. Dari jauh dia terpandangkan rumah tok penghulu. Kasih mengatur langkah dengan lebih laju lagi. Makin dia laju, makin laju juga Borhan mengejarnya dari belakang.
“Marilah sayang, kita kahwin.”
“Jangan ganggu oranglah.” Hati Kasih kian tenang bila dia sudah pun menghampiri perkarangan rumah tok penghulu. Belum sampai di rumah tok penghulu, Kasih sudah pun menjerit memberi salam.
“Assalamualaikum!!!! Tok!!! Tolong tok!!!” Jerit Kasih lantang. Air mata Kasih hampir mengalir bila Borhan masih mengejarnya.
“Tok!!!” Kasih menarik nafas lega bila pintu rumah dibuka.
“Tolong saya, tok! Abang Borhan kejar saya.” Pandangan Kasih masih lagi kepada Borhan.
“Hey!” Ternyata Borhan terkejut. Dia kemudiannya menghidupkan enjin motor dan berlalu dari situ. Bila melihatkan Borhan hilang dari pandangan mata, barulah Kasih boleh menghela nafas lega.
“Terima kasih tok…” Alamak! Bukan tok penghulu! Siapa pulak mamat ni? Tak pernah nampak pun. Nak kata anak tok penghulu takkan kot. Semua anak tok penghulu dia kenal.
“Maafkan saya.”
“Hai, atok pun atoklah.” Lelaki itu tersenyum apabila melihatkan Kasih yang masih lagi terpinga-pinga.
“Tok penghulu ada?”
“Pakcik, ada orang nak jumpa.” Jengah lelaki itu ke dalam rumah. Tidak lama kemudian tok penghulu mula menjegahkan muka.
“Tok…”
“La… dah sampai kamu Kasih. Kuih dah siap ye. Marilah masuk. Mastura ada kat dalam tengah tunggu. Dari tadi asyik bertanya bila kamu nak datang.” Ujar tok penghulu dengan mempelawa Kasih masuk.
“Marilah saya tolong bawakan.” Pelawa lelaki itu.
“Tak apa, tak berat sangat.” Tolak Kasih perlahan. Dia dia kemudiannya menuju ke dapur apabila mendengarkan Mastura sedang menantikannya.
“Kasih!!” Menjerit Mastura apabila melihatkan Kasih yang masuk ke dapur. Kasih terus meletakkan kuih di atas meja dan memeluk kemas rakan baiknya.
“Kenapa muka kau pucat semacam je?”
“Abang Borhan kejar aku. Seram satu badan dibuatnya.”
“Hai, bukan ke abang Borhan tu dah kahwin anak tiga.” Kasih menganggat bahu. Dia sendiri tidak tahu kenapa Borhan suka sangat nak mengorat. E…. selisih dapat lelaki buaya darat macam tu. Kalau kat rumah bukan main lagi. Pijak semut pun tak mati. Luar rumah? Macam cacing kepanasan.
“Wah, kau. Bila nak bersalin ni?” Tanya Kasih apabila melihatkan perut Mastura yang kian membesar. Dia cuba untuk mengubah tajuk. Malas dia nak layan kisah mamat buaya darat itu.
“Tiga bulan lagi.”
“Untung kau. Diam-diam je anak kau dah dua.”
“Ala… rezeki…. Kau pun boleh.”
“Nak boleh macam mana? Kahwin pun tak.” Rajuk Kasih.
“Ala…. Janganlah macam tu. Ada jodoh kau. Cuma cepat dan lambat je.”
Kasih mengeluh. Bila cerita tentang jodoh, wajah ibunya sering bertandang. Bukan dia tidak mahu kahwin, tapi…. Mungkin belum sampai jodohnya nak buat macam mana. Dia perempuan, yang menunggu pinangan orang. Takkan dia nak jadi perigi pulak. Ada pulak dikatakan anak dara tak tahu malu. Kalau boleh dia tak nak menconteng arang dimuka ibunya. Tak bau syurga nanti.
“Ehem….” Perbualan mereka terhenti. Kasih dan Mastura berpaling.
Pandangan mata Kasih terarah kepada lelaki yang telah menyelamatnya tadi. Senyumannya mak ia, mungkin ramai yang boleh tergoda.
“Kasih, ini aku kenalkan kawan baik along aku. Nama dia Anas Rizal. Dia ni tengah cari rumah sewa kat kampung ni. Maklumlah senang ke tempat kerja katanya.”
“Abang Anas, ini Mas kenalkan kawan baik Mas. Nama dia Kasih. Dia ni masih single and available.” Pantas tangan Kasih mencubit lengan Mastura. Mastura mengaduh kecil. Malu pula dia dengan seisi perkenalan itu.
“Kasih…” Anas Rizal senyum. Kasih tunduk malu. Hish! Kenapalah dia pandang aku?
“Er…. Mas, aku kena balik dulu. Kesian mak tinggal sorang. Nanti kalau ada masa aku datang.” Yang sebenarnya Kasih tidak mahu lama di situ. Debaran semasa Anas Rizal berada di situ tak boleh nak diukur. Wahai hati…. Tenanglah kau.
“Saya temankan awak balik.”
“Eh, tak payah.” Terus tegak kepala Kasih bila mendengarkan pelawaan Anas Rizal itu. Jangan buat pasal. Ini kampung, nanti ada saja wartawan yang tak bertauliah sampaikan gossip sensasi.
“Nanti kalau lelaki tadi kacau awak macam mana?”
“Tak apa. Saya okey. Mas, aku balik dulu.” Kasih memeluk erat sahabatnya itu. Anas Rizal memandang dengan ekoran mata. Namun dia dalam hati dia masih lagi diulit rasa bimbang.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892

LIMITED EDITION IKP





LIMITED EDITION
NOVEL TERPAKAI / PRE LOVED
KONDISI BUKU MASIH OK
BIAR KITA TETAP SETIA
KUTUNGGU DUDAMU
SURVEY CALON JODOH
HARGA TIAP 1 BUKU RM22 
postage utk 1 buku RM8 SEM / RM12 SS
BUKAN LIMITED EDITION
MILIKI AKU SEJUJURNYA
HARGA RM18 
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
JIKA AMBIK LEBIH DR 1 BUKU, JIMAT POSTAGE

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

MENANGISLAH CINTA ~ ALEYA ANEESA

HARGA RM40 SEM / RM45 SS
termasuk poslaju

“Saya nampak adik saya menggelepar kesakitan setiap kali tangan dan kaki Armand singgah kat tubuh dia. Saya cuba nak tolong, tapi Armand pukul saya juga. Dia nampak sangat gembira dapat sakiti kami berdua.” Dengan payah Dahlia menyambung kata. Matanya memerah kerana terlalu banyak menangis.


Harraz tidak tahu harus berbuat apa. Mendengar betapa sebaknya Dahlia bercerita, dalam diam dia memaki hamun diri sendiri. Rancangan gila mereka, ternyata telah mengorbankan dua nyawa yang tidak berdosa. 

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

CINTA TERLEBIH GULA

HARGA RM45 SEM / RM50 SS
TERHAD
Cinta bukan mainan. Hati bukan untuk diseksa. Janji? Janji memang bukan untuk didustai.

Tapi sayang, kita tiada magis untuk melihat masa depan. Kau ada? Aku tak ada. Sebab itu berlaku Cinta Terlebih Gula.



Zahra: Bila gelojak rasa terlebih, timbang tara pun jadi rosak. Dia suka aku, aku tak mahu dia. Bila aku dah mula suka gila kat dia, berani dia tak suka aku! Mana boleh suka-suka macam tu!



‘Hati ini bukan organ semudahnya kau pianokan. Kau rosakkan ritma, kau hancurkan nada.’



Wafi Ady: Aku, original manusia. Sebab itu aku ada khilaf, defect sana sini. Gagal kelulusan Sirim. Tapi aku ikhlas bila aku kata...maafkan aku, marilah mula kembali pada mukasurat satu.



‘Aku ini Adam, yang terleka. Berdosa namun janji mahu kembali setia pada Hawanya.’



“Aku, Zahra. Bukan Hawa... Kau tiada kuasa pengaruhi aku.”



“Aku, Ady...punya cita-cita menjadi lelaki pertama dan terakhir kamu. Sila register itu!”



Jadinya, harus bagaimana cerita ini ditamatkan? Kau tahu? Aku tak tahu. Sebab itu kena khatam dahulu.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

KIEF ~ DHIYA ZAFIRA

HARGA RM46 SEM / RM50 SS
TERMASUK POSLAJU
Apa perasaannya bila anda kemalangan pada hari pernikahan dan hanya sedar lima tahun kemudian?
Apa yang dirasa bila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, tiba-tiba ada yang mendakwa itu bukan miliknya.
Apa yang harus dilakukan, bila masa silam yang cuba dilupakan kembali menghantui dan mengekori dalam diam?
Sesungguhnya dendam itu amarah yang marak apinya. Sama ada kita berjaya keluar atau hangus terbakar terperangkap di dalamnya.
Bagi Kief dan Arin, mereka hanya mahu mencari bahagia. Namun hidup yang baru bermula adakah sudah sampai ke penghujungnya?
“ There are some things in life that are worth fighting for to the end.”
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

JAUH KAU PERGI ~ DHIYA ZAFIRA

HARGA RM45 SEM / RM48 SS
termasuk poslaju

“Kau dah sedia?” soalnya perlahan. Jemari yang terletak kemas di stereng dilihat sedikit menggigil. Ya ALLAH Rif... Apa kau dah buat sebenarnya ni? Dia cuba bertenang. Cuba menyakinkan hati sendiri bahawa itu yang terbaik buat mereka. Tetapi sudah bersediakah dia menjadi seorang suami? 

Afi menggeleng. Dia tidak tahu sama ada dia boleh bersedia dengan perkahwinan seperti ini sehingga bila-bila pun. Mereka saling bertatapan sebelum masing-masing membuang pandang.
“Aku pun tak tahu sama ada aku boleh jadi suami yang terbaik Afi. Tapi aku janji aku akan jaga kau sampai bila-bila. Okey?” 
Afi mengangguk. “Okey.”
Untuk beberapa minit mereka meneruskan pemanduan. Afi cuba melihat Rif dengan ekor matanya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan tetapi dia takut Rif tidak suka dengan soalannya itu. 
Rif menjeling ke sisi. Keningnya terangkat. “What?”
Afi buat-buat tidak faham soalan itu. Rif terus ketawa.
“Tak payah nak buat muka blur. Kau nak tanya apa?” Dia berkira-kira sebentar sebelum mengalah kepada rasa ingin tahu. Sudah lama dia tertanya-tanya tentang perkara yang satu itu. Harap-harap Rif tidak akan marah. 
“Kau tak nak beritahu uncle Rahman?”
Seperti yang diduga senyuman yang menghiasi bibir Rif hilang serta-merta. Kereta sekali lagi dihentikan di tepi jalan. 
“Kenapa nak kena beritahu dia?” Afi tidak pernah melihat wajah Rif setegang ini. Dia tidak pernah mendengar nada itu sedingin ini. Untuk seketika hatinya rasa gemuruh. Adakah dia melakukan kesilapan dengan menyebut nama itu? Tetapi sudah terlambat untuk dia berpatah semula. 
“Sebab kita nak kahwin? Sebab benda ni normal kan bila kita nak keluarga kita ada untuk majlis kita. Lagipun.. lagipun he’s your father, Rif.”
Mata helang Rif tajam menikamnya. Memberinya amaran supaya tidak meneruskan kata-kata itu. 
“Afi... kau pernah dengar tak orang cakap... if you don't have anything nice to say, dont’ say anything at all? So... how about you keep your mouth shut!”
“Please jangan macam ni Rif. Aku hanya nak kau happy.” Dan aku tahu kau dah lama tak rasa gembira, bukan? Tambahnya di dalam hati. 
“I am HAPPY. Without him. Aku tak faham kenapa kau nak sebut pasal dia? Macam mana kau boleh fikir yang aku boleh bahagia dengan dia? Kalau kau tak kenal dia, aku boleh faham, Afi. Aku boleh je buat tak tahu soalan kau. Tapi... kau kenal dia. Kau tahu macam mana dia dulu. Tapi... kau nak dia datang majlis kahwin kita? Kau tahu tak kat mana dia sekarang? Kau gila ke apa?” Rif tahu dia tidak sepatutnya berkasar dengan Afi. Tapi cadangan Afi untuk berhubung atau menjemput lelaki itu ke majlis kahwin mereka dirasakan sangat-sangat gila. 
“Rif!”
“He makes my life a living hell, Afi. Bukan aku je. Hidup mak aku sama. Kau ingat mak aku, Afi? Kau tahu apa jadi kat dia? Adik aku? Look I get it... hubungan kau dengan datuk nenek kau dah baik. Kau happy. Aku faham dan aku pun happy untuk kau. Kalau hubungan korang boleh baik, mungkin kau fikir hubungan aku dengan dia boleh baik sama, kan?” Afi tidak mahu mengakuinya tapi kata-kata Rif itu benar-benar belaka. Salahkah jika dia mahu perkara yang baik-baik untuk sahabatnya ini? Untuk bakal suaminya sendiri? 
Rif menggeleng perlahan. Jari menyentuh parut di keningnya. Hasil penangan lelaki itu. Peristiwa itu sudah berpuluh tahun berlalu tetapi parutnya masih jelas kelihatan hingga kini. Bukan hanya parut itu sahaja. Tetapi kerana lelaki itu telah... Rif mengeluh panjang. 
“Aku takkan maafkan dia, Afi. Sampai mati pun aku takkan maafkan dia.”
Afi terus diam. Apa yang boleh dikatakan lagi?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

SEPERTI ADA CINTA ~ HEZZY AZRA

RM40.00 SEM / RM43.00 SS
termasuk poslaju
“Kenapa kita kena tengok movie tengah-tengah minggu macam ni? Why can’t we wait until weekends? Esok kan kerja?” Farra keberatan. Kalau sudah menonton wayang selama dua jam, pasti mereka akan lewat pulang ke rumah. Lagipun, dia tidak ada mood untuk sebarang filem bila tidak sedap badan begini.
“Oh dear Farra… what’s wrong with you?” Ilhan pelik bila Farra banyak sangat soalan. Selama ini, tidak pernah pula Farra menolak bila diajak menonton wayang tidak kira masa dan hari.
Farra terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa hatinya rasa panas sahaja dengan Ilhan hari ini. Sedangkan sebelum ini, dia ternanti-nanti untuk bertemu tunangnya itu. Bila berjumpa, ada sahaja pula yang tidak kena.
“Kalau I busy… you bising sebab kita lama tak jumpa. Bila I ada masa untuk you, kenapa you masam-masam muka macam ni?” Dalam nada lembut, Ilhan bertanya. Segaris senyuman pun tidak Farra hadiahkan kepadanya sejak tadi. Dia fikir, bila mereka tidak berjumpa selama hampir dua minggu, Farra akan merinduinya seperti selalu. Namun kerinduan itu bagai tidak terbias di wajah bujur sireh itu. Apa yang mengganggu fikiran Farra sepanjang permergiannya ke China?
“I’m not feeling well today. Rasa macam nak demam.” Mungkin kerana kesihatannya yang kurang baik telah mempengaruhi mood Farra.
“Laa… kalau you tak sihat, kenapa tak cakap awal-awal? Kita boleh jumpa lain kali.” Ilhan tidak paksa pun Farra bertemunya pada hari itu. Jika Farra tidak sihat, boleh sahaja ditundakan perjumpaan hingga ke hujung minggu nanti.
“Nak jumpa you bukannya senang.” Sindiran halus Farra. ‘Lain kali’ Ilhan itu entah-entah seminggu atau dua minggu lagi.
“Then, make the best out of it. Tak payahlah nak moody dengan I macam ni.” Sejak kebelakangan ini, Ilhan rasa sukar untuk memahami sikap Farra terhadapnya. Kadang-kadang Farra layannya dengan baik. Tetapi ada masanya, Farra bertukar dingin begini. Di manakah kemanisan cinta mereka seperti tujuh tahun dulu?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

Yana ~ Lynn Dayana

HARGA RM38 SEM / RM45 SS
termasuk poslaju

"Dia tu macam cendol. Memaniskan kehidupan aku." 

Lee yg berada di balik dinding senyum gembira. Yes!
"Apasal suka sangat ni?" soal Lia yang tiba2 muncul. 
Lee sengih. Kau takkan faham Lia. 
"Cendol tu bersepah tepi jalan, Lee." Lia menyambung bicara lalu mengekeh ketawa. Dia kembali ke ruang tamu. 
"Kenapa?" tanya Yana. 
"Tak ada apa. Aku cakap dengan Lee, terasa nak minum air kelapa. Lebih sedar dan banyak khasiat. Muak makan cendolkan?"
Yana senyum. Dia menoleh ke arah Lee. 
"Jom balik. Penat dah tunggu kau datang." 
Lee angguk dan ambil beg Yana. 
"Jom, jom. Minum air kelapa ni kalau banyak2, melemahkan jiwa. Cendol tak apa. Beri tenaga." 
Lia mencebik. Teori mana kau ceduk,Lee?
Lee pandang Lia. "Aumm!"
"Hey!" Yana sudah ketawa. Dah kenapa tiba2 mengaum. 
Lia tunjuk penunjuk. Ini pemanis kehidupan kau, Yana? Dia menggeleng. Tapi dia tahu, kalau tentang Yana... nyawa pun Lee sanggup persembahkan.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

DONGENG CINTA ~ LYNN DAYANA


Ayuh jangan ketinggalan.
Kompilasi 44 kisah hati. Ada tragedi, ada mimpi.

Ada masa indah, ada ketika bawa padah.
“Cinta itu seperti hantu. Selalu diperkata, tak semua dapat bersua…
hanya yang bertuah, akan merasa.”
RM40 SM, RM45 SS 
(Harga termasuk pos)

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 


SAAT MATA BERBICARA

BARU - ada satu shj
HARGA RM20 SEM / RM30 SS
termasuk poslaju 
Sinopsis
Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?
WhatsApp 018-9666752

BUNGA HATI

NOVEL BARU TAPI STOK LAMA. ADA KARBON PRINTING DI TEPI BUKU. TAPI MUKA SURAT SEMUA CANTIK.
HARGA RM10.00 JE
poslaju + RM8 SEM / RM12 SS
*novel best!
CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati
WHATSAPP 010-4398892

NOTA CINTA BUATMU ~ NORHAYATI BERAHIM

BUKU TERPAKAI. RARE. SUKAR NAK DAPAT.
ADA 1 SAHAJA.
HARGA RM28.00 SEM / RM35.00 SS
termasuk POSLAJU

review ~ 4 1/2 bintang


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.



Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!



Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.



Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya! 

atau
WhatsApp 018-9666752
atau