Ebook Kombo Syurga Cik Tet

PEMINAT2 CIK TET JANGAN TERLEPAS PELUANG UNTUK MENDAPATKAN EBOOK CIK TET. 
🔥PRE.O.DER TILL 5jan 2022🔥

#ebookCikTet
#LamaranCintaSuciKarmila

“Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya ingatkan awak betul-betul sayangkan saya. Awak cintakan saya, tapi…”
“Jangan nak salahkan saya atas apa yang awak rasa. Saya tak pernah anggap awak lebih dari seorang kawan.”
Terpejam rapat mata Suci mendengar bicara yang terlalu tajam itu. Bisanya telah menusuk ke dasar hati. Sakitnya tak boleh nak diluah dengan hanya sebaris kata.
“Habis, kata-kata manis awak sebelum ni… hanya dusta semata-mata?”
Azwan tergelak halus. Tangan naik mengusap misainya yang sedikit tebal. Pandangan sinis dilemparkan pada Suci.
“Saya tak ada niat apa-apa. Dan awak sepatutnya sedar dengan perangai lelaki. Mulut manis itu dah memang tabiat lelaki macam saya, tapi saya tak sangka pula awak boleh perasan lebih.”
Ya Allah… sakit sangat hati Suci mendengar bicara yang cukup sinis itu. Sungguh dia tak sangka, begitu rupanya perangai sebenar Azwan. Kasanova kampung yang kerjanya hanya tahu menyakiti hati perempuan.
Harapkan misai saja macho, tapi perangai mengalahkan angsa!

🌷🌷🌷

#SetulusCintaAmara

“Disebabkan kau, aku kehilangan kakak yang paling aku sayang. Disebabkan kau juga, keluarga aku sedang menangis bersedih dekat sana tu kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kami. Aku benci nak tengok muka kau dekat sini. Kau pergi sekarang!”
Mata Amara terpejam rapat. Herdikan itu benar-benar mengguris hati kecilnya. Semua orang sedang pandang dia ketika ini, tetapi perasaan malu itu dia dah campak ke tepi. Yang dia inginkan sekarang ini hanyalah satu.
“Izinkan saya tatap wajah Kak Umai buat kali terakhir.”
“Jangan harap. Aku takkan izinkan.”
“Jangan buat saya macam ni, awak. Tolonglah kesiankan saya.” Amara merapatkan kedua belah tangan. Berharap agar hati Uwais terbuka untuk benarkan dia masuk ke dalam rumah. Tak mengapalah kalau Uwais bencikan dia, dah tak nak pedulikan dia lagi selepas ini, tapi dia cuma nak 'jumpa' dengan Umairah buat kali yang terakhir. Sebelum jenazah itu dibawa ke kubur.
“Kau tak layak untuk dekat dengan jenazah dia. Aku takkan izinkan orang yang bunuh dia dekat dengan jenazah dia. Kau berambus dari rumah aku sekarang!”
Bergegar tubuh Amara menerima tengkingan yang kuat itu. Terasa maruah dirinya jatuh bergolek-golek di hadapan semua orang. Dipijak oleh Uwais tanpa belas kasihan.
Untuk urusan tem pa han,


 

No comments:

Post a Comment