KOMBO MACCHIATO

atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM   
UNTUK SINGLE NOVEL TAMBAH KOS POSTAGE RM8 SM / RM13 SS
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..
Alhamdulillah novel novel yang di nanti sudah tiba. dengan ini kami buka preorder KOMBO MACCHIATO bermula hari ini sehingga 5/12/2021.
Tiga buah buku dari penulis yang di minati ramai.
HATE ME NOT - MISS CACTUS
BINTANG DI HATI - SHIROE SHERRY
EKSPRESI CINTA DAREEM DZIKRI - CIK TET
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
HATE ME NOT ~ MISS CACTUS
Blurb
“Saya bukan bini awaklah nak serve bagai.”
“Boleh aje kalau nak jadi bini saya. Saya kosong lagi.”
Huru hara hidup Kila disebabkan seorang lelaki bernama Haliman. Lebih sadis lagi bila Haliman itu merupakan jiran sebelah rumahnya a.k.a duda hot yang dikatakan Mega teman serumahnya.
Wujud pula Adam dan Hawa yang menambahkan perencah dalam sengketa antara mereka.
Tapi itulah… Orang kata jangan terlalu membenci takut nanti hati terikat mati.
Sekelip mata duda poyo berubah menjadi romeo. Kila tak ketemui ruang nak menyorok dari Haliman. Lagi mengelak lagi Haliman mendekat.
Bila aura cinta Haliman mula mengelilingi Kila...
Muncul Tiara ibu kandung Adam dan Hawa yang mahu bersama dengan Haliman semula.
Muncul pula Tengku Mikael dan Tengku Mila yang semakin merumitkan kisah cinta antara Kila dan Haliman.
Tapi…
Tak mudah Haliman mengalah. Sekali dia kata suka memang dia akan pastikan terikat mati dengannya.
Kelakar…
Romantik…
Sedih…
Semuanya cukup rencah untuk menjadikan Hate Me Not ini naskah yang patut anda miliki.
BINTANG DI HATI ~ SHIROE SHERRY
Blurb
Dari kerana pandangan mata, tumbuh perasaan cinta di hati Anne buat Ammar. Namun malangnya lelaki yang dipuja, rupa-rupanya milik adik sendiri. Bermula dari situ, Anne mula bersikap dingin kepada Ammar demi kebahagiaan si adik.
“I tahu you tak sukakan I.” - Ammar
“Baguslah kalau you tahu.” - Anne
Namun tiada satu pun manusia yang dapat melawan takdir Allah. Annis menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Demi satu permintaan, majlis perkahwinan tetap diteruskan tanpa Annis.
“I tak pandai nak jaga you macam mana lepas ni.” - Anne
“You tak perlu jaga I. Biar I yang jaga you.” - Ammar
Sikap Ammar selepas berkahwin membuatkan Anne keliru. Ammar berubah menjadi seorang penggoda kelas satu.
“Tolong bagi I bernafas sekejap.” - Anne
“Nak I buat CPR?” - Ammar
Walaupun ada cinta di hati Anne tetapi dia tidak dapat menzahirkan rasa itu untuk Ammar. Apatah lagi setelah Annis kembali menagih cinta Ammar.
“Dia cakap apa? Kenapa abang diam?” - Anne
“Dia nak abang semula.” - Ammar
“I mengaku I dah buat silap sebab tinggalkan you dulu. I menyesal.” - Annis
Mampukah perkahwinan mereka yang dibina atas dasar permintaan orang tua, bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang berlandaskan rasa cinta? Adakah Anne akan pertahankan perkahwinannya dari gangguan Annis?
EKSPRESI CINTA DAREEM DZIKRI ~ CIK TET
Blurb
Tya Zaznira...
Kesalahan terbesarnya adalah jatuh cinta dengan si duda anak satu yang dingin, muka ketat dan ego. Terutamanya dengan kaum hawa.
Apa saja Tya sanggup lakukan demi menarik perhatian Dareem. Tapi sayang, sebelah mata pun Dareem tak sudi nak pandang.
“Saya nak awak tahu... hati saya dah ada pemiliknya. Dah tak ada ruang untuk orang lain.” - Dareem Dzikri
Kecewa yang bukan sedikit telah membuatkan Tya nekad berhenti kerja. Membawa diri yang terluka dengan kebodohan sendiri. Orang tak sudi, dia yang terhegeh-hegeh.
Dareem Dzikri...
Walau mulut berkata benci, namun hatinya huru-hara di saat Tya tiada di depan mata. Lantas Tya dijejaki. Sayangnya Tya bakal menjadi milik Ku Ayim.
Tapi, takkan Dareem nak lepaskan cinta hatinya ke tangan orang lain? Tya hanya milik dia!
“Saya tak sanggup kehilangan awak, Tya.” - Dareem Dzikri
“Saya bakal berkahwin tak lama lagi.” - Tya Zaznira
“Awak sepatutnya menjadi milik saya.” - Dareem Dzikri
Apabila Dareem buat perangai, Tya pula yang pening kepala. Hatinya memang milik Dareem. Cintanya hanya untuk Dareem. Tapi bagaimana pula dengan Ku Ayim?
“Saya janji akan bahagiakan awak sehingga ke akhir nafas saya. Bahagia awak adalah nadi cinta saya.” - Ku Ayim


 

No comments:

Post a Comment