REPRINT DARI REHAN MAKHTAR




PRE ORDER REPRINT SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2020
HARGA :
DENGARLAH JERITAN HATIKU  RM30/ RM33 SS
AKU TELAH MENCINTAIMU RM30 / RM33 SS
BEAST & THE BEAUTY RM31 SM / RM34 SS
CINTA BIAR SAJA ADA RM31 SM / RM34
KOS POSTAGE : 1 -2 RM8 SM / RM12 SS
2-4 RM12 SM / RM16 SS

Rehan Makhtar
..
🌹🌹🌹🌹🌹
.
***
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.
“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri
Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.
“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita
HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita
Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita
Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.
Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

Muka surat : 559ms
Pra tempahan

πŸ‰πŸ‰πŸ‰
...
Hanya kerana sedikit rezeki, Willa lagi sekali jejaki tempat itu. Tempat dia mana dia bertemu dengan Reza. Lelaki yang mengajak dia membuat satu urusniaga.

“Harga masa ni terlalu mahal, Reza. Awak tak akan mampu belinya…” - Willa
“Apa saja harga. Aku bayar.” - Reza

Willa mahu serahkan masanya untuk Reza. Percuma. Tapi, dia tak mampu. Akhirnya, dengan berat hati, tawaran Reza diterima. Tapi, Reza berubah tamak. Reza mahukan masa yang selamanya dengan Willa.

“Macam mana kalau aku tak bagi kau pergi nanti?” - Reza
“Sampai masa saya akan pergi sama ada Encik Reza bagi atau pun tidak…” Willa

Willa tak tipu. Dia akan pergi nanti. Kala Reza temui jawapan, ianya sudah terlambat. Tapi, katalah apa saja. Dia mahu jadi suami Willa biarpun sesaat. Namun, Tuhan lebih menyayangi gadis itu. Seperti yang pernah Willa kata, tiada apa di dunia ini bergerak atas telunjuk manusia ; Reza reda.
Kini, hidup dunia Reza adalah demi akhirat. Hati yang tak pernah padam dengan rindu pada Willa bergelora bila wajah mirip Willa muncul. Adakah itu Willa ; cinta hatinya? Tak… Willa dah lama pergi. Gamaknya, itu pelanduk dua serupa.

“Awak ada kembar?” - Reza
“Tak ada…” Alis

Willa dan Alis hanya ada satu persamaan. Wajah yang mirip. Yang lain, semua berbeza. Tapi dia tahu, dia mula jatuh hati pada perempuan ini.

“Saya cintakan awak, Alis.” - Reza
“Cinta saya atau cinta wajah saya?” - Alis

Reza terngadah. Apa yang nak dijawab dengan telahan Alis? Adakah dia jatuh cinta pada orang yang berbeza dengan wajah serupa? Atau jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama?

“Namun, andai ini hanya mimpi mengusik kenangan silam, mengapa hangat tanganmu kuterasa?” – Reza

Mencari kepastian itu, seperti mencari permata di dalam timbunan kaca. Sekali lagi, Reza reda.

...


Mukasurat : 539ms (simili a.k.a kertas putih)
Pra tempahan

πŸ‰πŸ‰πŸ‰
Cetakan pertama April 2013. Lebih tujuh tahun ambik masa nak cetak semula. Cerita ni agak cringe sikit. Kikiki. Almaklumlah, zaman muda belia. Tapi, tak adalah cringe sangat. Yang pasti, adalah unsur-unsur airmata.
**********
Cetakan adalah terhad.

πŸ‰πŸ‰πŸ‰
Cetakan asal November 2017. Hampir 3tahun dah habis setokk. Jadi, saya cetak semula bagi memenuhi permintaan kalian.
Cerita ni biasa aje. Yang luar biasa adalah watak-wataknya. Eh ehh... πŸ€­
Kisah Sufi dan Benjamin agak menyentap jiwa
Coverr baru, lawa, kan? Kikiki
******

No comments:

Post a Comment