MORP HEAU by Izza Hani

PRE-ODER DIBUKA
Tarikh akhir pre-order 7 Ogos 2020.

Morp-heus Izza Hani

🍂🍂🍂

Makan malam makan kek? Berkerut dahi Najmin memandang Alif yang begitu seronok memakan kek. Ketika itulah sesuatu terlintas di kepalanya. Pantas dia menoleh ke arah Aiden. Lelaki itu sedang meneguk jus. Dia makan kesemua kek coklat tadikah? Dada Najmin rasa berdebar-debar. Pinggan yang dipegang, diletakkan di atas meja. Dia menghampiri Aiden. Kulit wajah lelaki itu memerah. Ada bintik-bintik kecil seperti ruam.

“Awak makan kek tadi sampai habis?” Dahi Najmin berkerut.

Aiden tersengih serba salah. “Tak kan saya nak muntahkan balik. Nanti kecil hati Kak Erni. Lagipun tak banyak. Sepotong aje.” Perutnya tiba-tiba rasa kurang enak. Kepala terasa pening-pening lalat.

“Sikit awak kata? Muka dah naik ruam!” Najmin membesarkan mata. Potongan yang Kak Erni suapkan pada Aiden tadi lebih besar daripada potongan kek lobak walnut yang terpaksa dia telan tadi.

“Ubat alergi awak mana?”

“Dalam laci saya.”

“Tunggu sini nak buat apa? Pergilah makan ubat,” marah Najmin.

Aiden tergelak. Sudah lama dia tidak dimarahi oleh Najmin. Rasa rindu ingin kembali ke zaman lalu menggebu-gebu. Lambat-lambat dia bangun. Pada mulanya Najmin ingin menyambung makan. Tetapi apabila dia lihat Aiden, rasa kurang enak bertandang. Lalu dia mengekori.

Tiba di luar bilik mesyuarat, Aiden tersandar pada dinding. Teruk benar sakit di kepalanya. Tidak pernah dia rasa begini. Banyak agaknya dia makan coklat tadi. Najmin yang baru keluar dari bilik mesyuarat segera mendapatkannya.

“Degil.” Sebelah tangan diselitkan di belakang tubuh Aiden. Najmin memapah lelaki itu menuju ke biliknya. Usai membantu Aiden duduk, dia membuka laci mencari ubat. Pil kecil berwarna putih diletakkan di atas tapak tangan Aiden. Botol air dicapai dan diberikan kepada lelaki itu.

Aiden menelan pil dan meneguk air. Dia duduk bersandar pada kerusi. Matanya dipejam rapat, menunggu ubat memberikan kesan.

“Awak tak pernah lalai sebelum ni. Kenapa hari ni?” Najmin berpeluk tubuh mengadap Aiden. Selama ini Aiden begitu menjaga pemakanan. Dia alah koko dan produk berasaskan koko. Mujur alahannya bukan serius sehingga perlu bersedia dengan EpiPen setiap masa.

“Tak payah risau pasal saya.” Aiden menjawab malas. “Bukannya teruk pun. Belum sampai terkena kejutan anaphylactic. Dan tak akan jadi begitu sebab alergi ni tak serius mana.” Dia masih lagi memejamkan mata dengan kepala tersandar pada kerusi.

“Kalau ini saja cara yang boleh tarik perhatian awak, saya rela.” Aiden membuka mata dan merenung ke wajah Najmin. Renungannya dalam dan sarat makna.

Najmin tidak perlu kebolehan membaca fikiran untuk memahami renungan Aiden. Dia melemparkan pandangan ke luar pintu. Melalui pintu kaca, ruang kerja masih lagi kosong. Rakan-rakan sepejabatnya masih lagi di bilik mesyuarat. Baguslah begitu. Dia tidak mahu ada saksi kejadian yang menyampai spekulasi mengenai dia dengan Aiden.

Mungkin ini pilihan terbaik. Sekonyong-konyong kata-kata itu terbisik ke fikirannya. Terbaik untuk dia lupakan Izkandar. Sekadar menimbulkan nama lelaki itu di fikirannya, hati Najmin berasa robek. Entah kenapa?

Najmin menghela nafas panjang. Dia dan Izkandar tidak pernah berkongsi apa-apa cerita. Sekadar kegilaan sementara yang seharusnya tidak kekal lama. Najmin perlu bergerak ke hadapan. Kepala diangkat perlahan dan ditoleh ke arah Aiden yang masih mengharap.

“Lets give us a try.” Dia tidak mahu berjanji apa-apa. Tetapi dia akan cuba membuka hatinya untuk Aiden. Najmin berharap ini adalah yang terbaik buat dirinya.

🍂🍂🍂

RM34 SM/RM38 SS termasuk pos

HARGA SELEPAS PRE-ORDER TAMAT RM38 SM/RM42 SS 

📣Jangkaan siap cetak: 21 Ogos 2020. Pengeposan berperingkat dilakukan selepas tarikh jangkaan siap cetak.📣

No comments:

Post a Comment