KOMBO WANITA

Pre-order dibuka dari 13 JUN sehingga 21 JUN 2020. JUALAN secara ONLINE sahaja. 
NOVEL HANYA AKAN DICETAK BERDASARKAN JUMLAH ORDER YANG BERBAYAR.
BELIAN KOMBO RM95 SM / RM100 SS
termasuk pos
BELIAN SINGLE:
THE CHOSEN RM25 SM / RM28 SS
APYKS RM32 SM / RM35 SS
ILLIYIN RM30 SM / RM33SS
postage RM8 SM / RM13 SS
AKULAH PEREMPUAN YANG KAU SINGKIRKAN-EXTENDED VERSION
Please take note:
AKULAH PEREMPUAN YANG KAU SINGKIRKAN-EXTENDED VERSION. Versi yang tidak sama dengan versi yang lama. Terbitkan Extended Version, April Snow ada buat tambahan dlm manuskrip, berapa bahagian juga telah di baiki dan bahagian2 lain serta pembetulan fakta pada versi lama
Buku ini istimewa buat April Snow kerana dia menulis khas untuk semua perempuan. semua wanita di luar sana. Persoalan Taklik yang diangkat dalam kisah ini beliau telah panjangkan dalam versi baru untuk perkongsian ilmu bersama.
AKULAH PEREMPUAN YANG KAU SINGKIRKAN-EXTENDED VERSION boleh juga dibeli utk dihadiahkan pada kawan2 perempuan yang mahu berkahwin. Biar tahu hak taklik seorang isteri dalam perkahwinan. Hak yang tidak ramai yang cakna. Tidak tahu ia boleh diusulkan demi melindungi hak seorang isteri dalam perkahwinan.
💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
AKULAH PEREMPUAN YANG KAU SINGKIRKAN
JO a.k.a JOANNE CASSANDRA MATTHEW. Dia pembenci lelaki Melayu. Lelaki Melayu itu dianggap pendusta dan penindas paling kejam. Kuasa dan agama disalahguna untuk nafsu diri sendiri. Lelaki Melayu tidak diizinkan singgah di hati. Jauh sekali untuk menjadi teman sekatil!
AZHAD NUFAIL tidak menyangka pertemuan pertama di sebuah kelab mengheret diri untuk mengenali seorang Jo yang cantik, seksi namun dingin. Cabaran memikat Jo disahut mudah. Azhad Nufail tak pernah gagal! Ternyata, Jo bukan makanan Azhad. Salam perkenalan Azhad hampir dihadiahkan buku lima!
Tanpa Jo ketahui, Azhad rupanya VP (Timbalan Presiden) yang baru ditukarkan ke ibu pejabat tempat dia bekerja. Jarak yang makin dekat itu buat Azhad makin kuat menggoda. Makin Jo membenci, makin Azhad bersemangat. Yang dia tahu, Jo harus dimiliki!
Tingkah Azhad yang tidak pernah lelah mengejarnya buat Jo mengalah. Rahsia yang tersimpan ketat selama ini dibongkar.
“Ini kubur lelaki yang tinggalkan ibu aku. Tinggalkan ibu aku tanpa talak.” – Jo
“Sebab dia, you benci lelaki Melayu? Sebab dia, you mati-mati tolak I?” -Azhad
Luka di hati Jo masih pekat merah. Sejarah pilu mendiang ibunya takkan berulang lagi. Namun ikrar taklik Azhad berjaya mengubah tekad dan sumpah Jo. Akhirnya Jo serahkan hatinya kepada Azhad. Penyatuan kedua-duanya membuahkan rasa bahagia. Namun tanpa diduga, bahagia itu cuma sementara apabila perkahwinan mereka dilanda ujian hebat. Jo tekad membawa haluan diri. Azhad lupa janji! Azhad mungkir janji!
Berjayakah Azhad kembali meraih kepercayaan Jo pada lelaki Melayu? Mampukah Azhad mengotakan janji bahawa setianya hanya pada seorang perempuan bernama Joanne Cassandra Matthew?

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
THE CHOSEN ONE
Katleeya dan Teh Nuur Tirana a.k.a Kat dan Tira. Dua wanita yang berbeza. Berlainan latar dan berlainan kisah. Tidak pernah kenal antara satu sama lain selama ini. Bertemu dan berteman baik tatkala masing-masing sudah bergelar isteri kepada dua lelaki hebat yang bersahabat atas tiket perniagaan.
Tuan Tariq Hidayat, pemilik Mewah Group yang juga suami Tira adalah pelanggan istimewa di A&A Architects Sdn Bhd, Firma Arkitek milik Ahqaf Zahran, suami Kat. Pertemuan spontan di Pavillion mengheret Tira dan Kat untuk lebih kerap berhubung dan berjumpa. Saling bertukar cerita dan tawa tentang keluarga tercinta. Dan paling istimewa tentulah topik tentang permintaan ‘istimewa’ suami masing-masing.
“Bos I tu memang nak sungguh. Nak girl pulak. Satu girl yang macam I. Tak sudah-sudah mengoda. Di rumah jangan cerita. Di office, I puaslah tepis. Kalau tidak, mahu masuk CCTV.” - Kat
“Bos I pun. Dia nak boy. Nak sangat. Sebab dah ada 3 girls. Siap dah ada nama lagi. Hari-hari buat free show. Tak larat sungguh la tengok tayangan percuma tak ada slot iklan ni.” -Tira
“Well…we do enjoy free show kan?” -Kat
“Hahahaha. Indeed.” -Tira
“Lelaki ni kalau datang musim yang tu…” - Kat
“Kita yang seram sejuk.” - Tira
Menjadi wanita yang paling istimewa di hati suami itu bukan mudah. Mengekalkannya juga satu tugas yang bukan senang. Hanya yang terpilih akan kekal bersama selamanya.
Memenuhi keinginan suami itu tugas mulia seorang isteri. Berjayakah Kat dan Tira merealisasikan permintaan ‘istimewa’ suami masing-masing seperti yang diingini?

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋
ILLIYIN

NETTY NURSERY menemukan Illiyyin dan Luf Hydad buat kali pertama. Pertemuan yang bermula daripada secebis salah sangka; salah sangka yang sangat manis!
“Yang bertiga tadi tu anak-anak puan?” – Luf Hydad
“Ya. Anak-anak saya.” – Illiyyin
“Suami puan tak ikut hantar sama?” – Luf Hydad
“Saya tak ada suami.” - Illiyyin
Bermula dari pusat jagaan kanak-kanak hingga ke tangga pejabat, takdir ternyata sentiasa menemukan Luf dan Illiyyin. Illiyyin mula mengenali siapa sebenarnya lelaki yang adakalanya menjengkelkan itu.
Sebuah insiden mengubah perjalanan takdir mereka berdua. Kerana sebuah pengkhianatan, hati Illiyyin luka berdarah. Namun dia tidak boleh terus hanyut dalam kesedihan lantaran ada tiga jiwa yang perlu dijaga dan dibahagiakan.
Dikala duka masih merah, Luf Hydad muncul mahu mengubat lara bersama lamaran yang Illiyyin terkesima.
“Kenapa awak nak jadi suami saya?” - Illiyyin
“Sebab budak bertiga tu perlukan seorang papa.” – Luf Hydad
Illiyyin rela dan reda. Bahagia mereka bertiga lebih utama. Itu sumpah dan ikrar di jiwa. Status isteri akan tetap dilaksana tanpa rasa terkilan, jauh sekali kecil hati. Namun layanan intim Luf sebagai suami buat hatinya tertanya-tanya kembali.
“Do you love me, Luf?” - Illiyyin
“Do you love me too, Illiyyin?” – Luf Hydad
Sungguhkah tiada sekelumit cinta di hati Luf buat Illiyyin? Sungguhkah perkahwinan mereka semata-mata kerana kasihan? Akan terjawabkah rahsia di hati masing-masing kala sudah sebumbung dan sebilik?

No comments:

Post a Comment