PRE ORDER SEHINGGA 27 JUNE SAHAJA
REPRINT EXTENDED VERSION
"Cuba awak beritahu saya. Mana tahu saya boleh tolong." Fikri ukir senyum walaupun nampak janggal.
"Awak boleh tolong saya larikan diri dari Farish?" Soal Afrina berterus-terang.
"Hah?" Terbuntang mata Fikri. Tidak sangka itu yang diminta Afrina.
"Saya tahu awak tak mampu nak tolong saya. Dan tak ada sesiapa yang mampu tolong saya. Saya akan terus terkurung di sini dan jadi hamba seks Farish."
"Hah?" Lagi sekali Fikri terkejut.
"Hamba seks? Apa maksud awak?" Berkerut kening Fikri. Sungguh dia tidak faham.
"Saya dipaksa jadi hamba seks pada kawan yang awak sanjung tu. Saya terpaksa jual maruah saya untuk langsaikan hutang bapak saya. Saya tak rela. Puas saya merayu, tapi dia.." Air mata Afrina gugur lagi.
"Serius saya tak faham. Bukan awak yang sanggup jadi perempuan simpanan Farish ke?"
Afrina geleng kepala.
"Awak terpaksa?" Soal Fikri lagi.
Afrina angguk pula.
"Tolong saya, Fikri. Saya dah tak sanggup hidup dalam dosa ni." Afrina merayu pada Fikri pula bila rayuannnya pada Farish tidak dilayan.
No comments:
Post a Comment