EBOOK
KOMBO DARA
TRIO 3 PENULIS
HARGA DALAM POSTER
KOMBO DARA 🥰
SINOPSIS 👇🏻
Dara Asyikin, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak yang yang tidak sempurna. Hidupnya bahagia walaupun tanpa insan yang bergelar suami. Berbekalkan bentuk tubuh yang menggiurkan dan rupa paras yang menawan, dia menjual jamu demi kelangsungan hidup mereka anak beranak. Namun semuanya berubah tatkala hadirnya seorang lelaki yang cukup sempurna di matanya.
"Dada, Ecah nak yayah" - Ecah
Permintaan si anak buatkan Dara bingung. Patutkah dia melangkah sekali lagi ke alam perkahwinan sedangkan perkahwinan dahulu yang kecundang masih terasa peritnya.
"Biar saya rawat semua luka awak, Dara. Saya akan baja dengan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya." - KHIR MALEEQ
Lamaran si jejaka yang awalnya ditolak mentah-mentah, diterima setelah yakin hatinya juga terpaut pada si jejaka bermata helang itu.
Hati bersulam bahagia. Senyuman mekar terlakar. Namun mahligai indah mana yang tak dilanda badai.
"Sekali lagi abang tahu ayang jual jamu, siap!" - KHIR MALEEQ
"Kenapa? Abang nak buat apa?" - DARA ASYIKIN
"Abang kurung dalam bilik atas katil!" - KHIR MALEEQ
Dara termati kata. Sesungguhnya ugutan itu menakutkan.
#DaraAsmara
SINOPSIS 👇🏻
Bertubuh langsing dan seksi memang idaman hidup seorang wanita. Begitu juga Dara Jelita.
Hidup sebagai gadis montel memang sungguh tak indah. Jelita dijerut rasa. Lagi-lagi dengan mulut berbisa Asmara yang selalu mengutuknya.
"Kau ingat ada orang nak nikah dengan kau? Silap hari bulan malam pertama kau kena cerai. Geli kut ada isteri buruk macam kau." - Asmara.
Kata-kata Asmara ibarat sumpahan. Dia terima Badrul kerana menyangkakan lelaki itu betul-betul cintakannya.
"Eei... kau pergi tidur luarlah. Aku dah ceraikan kau. Malang betullah nasib aku. Kalau aku kahwin dengan kakak kau tak apalah jugak. Lawa. Ini... heii... gelilah. Pergi." - Badrul.
Ditikam lumat hatinya oleh Badrul. Jelita tekad ubah dirinya. Dari Dara Jelita yang gemuk dan buruk dia menjadi Jelita yang betul-betul jelita.
Namun takdir selalu mempermainkannya.
"Kenapa mami tak bagitau Dara yang anak kawan mami tu Raja Asmara? I don’t think I can make it." - Dara Jelita.
"Dara... Mami tahu permintaan mami ni gila. Tapi ini satu-satunya jalan yang kita ada." - Puan Murni.
Kerana ibunya, Jelita terpaksa terima usul gila itu. Bernikah dengan Asmara! Musuh ketatnya di zaman sekolah. Si mulut celupar itu!
"Don't say anything about my past Jelita. Please… don't." - Asmara.
Mampukah Jelita layari bahagia dengan Asmara sedangkan dia dan Asmara tidak pernah punya rasa yang sama? Apatah lagi dengan pelbagai cerita tidak enak yang Jelita dengar mengenai Asmara.
Ada apa dengan Asmara sebenarnya?
#DaraUntukDia
SINOPSIS 👇🏻
Dara Dahlia sangka Izzat adalah lelaki terakhir dalam hidup dia. Namun dengan hanya satu insiden, semuanya terbongkar. Mereka menyulam cinta bukan sekejap hampir 3 tahun! Dia tak sangka Izzat menipu selama ini. Cinta dia yang ikhlas dan tulus dikhianati dengan kehadiran orang ketiga!
Kebahagiaan yang dianyam selama ini musnah sekelip mata. Sejak kejadian itu, hidup Dahlia yang tenang dan bahagia menjadi huru-hara.
Apatah lagi Izzat tak putus-putus mengganggu dan semakin rakus mengongkong hidup Dahlia.
Kehadiran Farel Irsyad sangat dia hargai. Hidup Dahlia kembali tenang dengan adanya lelaki kacak persis model antarabangsa itu.
"You Dara dari Kayangan yang Allah jodohkan untuk I." - Farel Irsyad
Disangka panas sehingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi hidup Dahlia diuji. Dia sebenarnya memang tak akan bahagia dengan seorang lelaki yang dia cintai ke?
"Farel Irsyad, saya tak akan mungkin menjadi Dara dari kayangan untuk awak. Mungkin orang lain lebih berhak. Terima kasih kerana telah hadir dan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya." -Dara Dahlia
Kenapa setiap lelaki yang menyentuh hati dia perlu meninggalkan rasa sakit yang mendalam.
No comments:
Post a Comment