KOMBO DUDA LOVE

PRE ORDER
LIMITED EDITION
PRE ORDER KOMBO DUDA LOVE
SINOPSIS Duda High Class
***
Dalia - Ada sesuatu tentang wanita ini yang membuatkan hidupnya serba tidak kena.

Tuah - Lelaki ini hairan. Kenapa ada wanita yang menegurnya tiba-tiba seperti mereka pernah kenal lama?

Pertemuan duda dan dara menimbulkan satu misteri yang bukan biasa-biasa. Peningnya bukan sehari dua.

Mereka bertengkar. Tumbuh benci. Bercambah cinta. Tapi ego masing-masing...MasyaAllah!

Satu hari, terjadi satu kejadian. Mereka dihalalkan. Duda dan dara mula duduk sebumbung. Tapi...

“You pegang I, I dudakan you sekali lagi.” - Dalia

“You ingat I hadap sangat kat you? Setakat badan camni... 25-25-25. Macam saiz papan. Buat apa?” - Tuah

Susah bila berjodoh dengan duda kelas tinggi.

Tapi...

Sekali Tuah demand, sampai juling dia kena jeling.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

SINOPSIS Kompilasi cerpen.(10 buah cerpen Jen NJ)
***
Hidup ini kadangkala membebankan tapi bisa terubat bila terisi cinta.

Kalau satu hari nanti aku dapat menggapai bintang, kau orang pertama yang akan kuceritakan tentang keindahannya. Ku tahu, kau pun sama. Kerana bahagia itu berbagi benda yang serupa.

Sekarang, ada indahnya juga. Cuma perlu dibaca dan digali pakai hati. Agar nanti kau tahu yang hidup semua orang punya misi tersendiri.

Sakit itu cinta. Bahagia itu juga cinta. Itu fitrah manusia.

Hayatilah! Kau pasti tahu di hatimu itu ada cinta yang tersisa.

Pesanku...

Bagaimana pun keadaanmu, jangan lupa untuk bahagia.

No comments:

Post a Comment