READY FILE
KOMBO EMAS E-ZINE
AKU PLAYBOY DIA USTAZAH
BLURB
Bagi Ean - Pertama kali nampak Nadja dia sudah jatuh hati. Tapi bila dia tahu siapa sebenarnya Nadja, dia rasa tawar hati.
Setelah berperang mulut dengan ibunya, Ean si kaki perempuan akhirnya akur dijodohkan dengan pilihan si ibu. Namun berjumpa Nadja, serasa dunianya salah berputar. Hidup yang sudah terbiasa didampingi perempuan seksi terasa sangat takut dengan kehadiran Nadja yang bertutup litup.
Nadja seorang ustazah! Dan dia seorang playboy!
"Seksi. Menggoda. Manja. Itu aje. Dan benda ni tak ada pada awak." - Ean
Bagi Nadja - Pertama kali nampak Ean, dia sudah jatuh cinta. Tapi bila melihat perangai Ean buat dia rasa terseksa.
Nadja menggenggam tangannya erat. Seksi? Dasar lelaki mata keranjang! Mereput kau dalam kubur nanti. Datang malaikat Mungkar Nakir baru kau tahu takut!
Ya dia ustazah, tapi itu bukan batu penghalang untuk dia berkahwin dengan Ean. Salah ke seorang ustazah juga punya lelaki idaman sendiri?
"Awak tunggu, saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya." - Nadja
Hati Ean perlu Nadja miliki!
===================================
DUDA LIMITED EDITION
BLURB
Firdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan.
Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkam. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda.
Hinggalah, dia terlepas cakap tentang status dirinya.
“Mana ada bini dah Mak Teh. Tiga tahun dah orang menduda.” - Firdaus.
Semua orang pun terkejut dengan berita itu. Disebabkan itu mulalah ibu dan ibunya saudaranya mahu mengandingkan dia dengan anak gadis Mak Tehnya itu. Batrisya, Si gadis gadis sunti yang muda sepuluh tahun darinya.
"Mama! Batrisya tu muda lagi ma.. Banyak benda dia boleh buat. Takkan nak kena kahwin dengan Aus. Aus ni duda anak dua tau ma!" - Firdaus.
“Jadi, Isya setuju dengan cadangan Mak Teh dan Pak Teh?” - Firdaus.
“Ayah suruh terima." - Batrisya.
" Isya sekarang tak ada boyfriendlah abang Aus. Pleaselah. Terima Isya. Izzah harap sangat abang dapat jaga dia." - Izzah.
Mengetahui tentang kisah silam Batrisya dari adik-adiknya membuat Firdaus rasa bertanggungjawab mahu melindungi gadis itu.
Maka, dia bersetuju dengan perjodohan mereka.
Tetapi ada hati yang tidak senang dengan hubungan mereka.
Qistina, si bekas isteri yang mula menyesal dengan kesilapannya dan juga Haikal, bekas kekasih yang psiko.
Mampukah Firdaus melindungi Batrisya? Dan mampukah Batrisya melupakan kisah silamnya yang pedih?
============================
TAN SRI SI DUDA HOT
Mata mengecil memandang Inaz yang tengah seronok bergelak ketawa dengan lelaki yang tak dia kenali. Tak puas hati, cermin mata dia tarik keluar.
Tanpa buang masa dia bangkit dari kerusi. Langkah diatur ke depan pintu di mana Inaz berada.
"Sweetie, siapa ni?" Soalnya sambil terus memaut bahu Inaz dan ditarik rapat ke dada bidangnya.
Tersentak Inaz. Membulat matanya memandang Noah. Terkelip-kelip matanya membuat isyarat supaya Noah jatuhkan tangan, namun makin kemas pula Noah memeluk. Nafas dihembus panjang sebelum dia perkenalkan lelaki di depannya.
"Ni Fakeeh." Ujar Inaz.
"And Fakeeh, this is my uncle. I rasa I tak payah perkenalkan kot." Giliran Inaz perkenalkan Noah pula kepada Fakeeh.
"Tan Sri." Fakeeh menunduk hormat sebelum tangannya dihulur untuk bersalam dengan Noah.
Lambat-lambat Noah menyambut. Bibir mengoyak senyum paksa.
No comments:
Post a Comment