PRE ORDER HINGGA 10 JULAI 2020
"Daneena!Daneena Durra my new maid."
Darish kenalkan Daneena pada Idlan yang tiba-tiba datang bertandang.
Daneena cuma angguk sebelum minta diri ke dapur.
"Maid bro? Muda macam tu. Mana kau dapat?"
Idlan duduk di sofa putih. Memandang sekeliling ruang tamu yang elok berkemas.
"Perlu ke Aku jawab soalan tu. Lagipun Aku bukan selalu balik sini. Rumah ini perlukan seseorang untuk bersihkan habuk untuk susun atur perabot supaya tak semak mata aku bila balik sini."
Idlan ketawa. Dari zaman latihan pegawai kadet udara sampailah dah jadi kapten TUDM Darish terkenal dengan sikap pembersih nya.
"Yang kau perlukan bukan maid bro...but wife. Soalan aku siapa Daneena Durra?"
Belum sempat Darish menjawab Daneena muncul dengan sedulang minuman Dan brownies yang di buat pagi tadi.
"Jemput Tuan."
Lembut suara nya menyinggah gegendang telinga Darish. Cantik berkurung kapas biru laut. Kata Daneena semalam dia ikut kak Aliya yang rumahnya berhampiran dengan rumah Darish ke bandar. Di situlah dia beli baju kurung ini.
"Ehem..." Idlan menegur bila dia tengok Darish tak berkelip padang Daneena .
Cepat-cepat Darish alihkan mata nya.
"Daneena orang Mana. macamana boleh kerja dengan Tuan Darish?"
Idlan mencungkil cerita
Daneena pandang Darish.
"Daneena ....Daneena orang sini-sini juga. Em...kak..kakak jiran aku yang syorkan dia kerja Kat sini."
Darish cakap dengan Idlan tapi pandang Danena. Daneena angguk cepat-cepat.
"Ya...lagipun Saya anak yatim piatu. Mak ayah dah meninggal."
"Daneena tak ada mak ayah?"
Bukan Idlan yang tanya tapi Darish.
"Eh takkan kau tak tahu..Rish." Idlan pelik.
"Er...Aku belum sempat Tanya."
Daneena minta diri. Langkah nya di pandang Darish
"Siapa sebenarnya awak Daneena ? Sukar sangat kah mahu berterus terang?
Hati di cuit rasa ya Darish
No comments:
Post a Comment