READY FILE
EBOOK MINI NOVEL..
EBOOK MINI NOVEL..
Akan dihantar kepada email anda.
-
R M 2 0 . 0 0
hrga readyfile bermula 1 Mei 2020 dan sepanjang musim Covid19
❤❤❤
"You have no choice, Airin Putri. But to stay..."
Stay? Gila? Dalam kondo ni? Dengan siapa? Dia? Tuan Israq? Gila! Gila!
"Errr... saya... saya nak cuba balik kampung."
"You tak faham perintah ke? Tak dibenarkan rentas negeri. Stay where you are. Unless... you teringin duduk lokap. Then teruskan rancangan you..." Lelaki itu mengulangi pesanan yang dah berbuih-buih perdana menteri titipkan. Mengugut pun iya.
Netizen pun tak kurang prihatinnya. Asal buka sahaja laman sosial, hampir kesemua mereka berkempen, #STAYATHOME. Siapa yang ingkar memang kena kecam gila-gilalah.
Airin faham apa yang sedang melanda negara saat ini. Bukan sahaja negara. Malah dunia.
Tapi... kuarantin dengan Tuan Israq dalam kondo mewah lelaki ini. Berdua? Itu bukan pilihan.
"Saya bukan tak faham. Tapi..."
"Tapi apa? Lagipun you tak ada kereta kan? You nak balik kampung naik apa? Bas?"
Erghhh! Semuanya berlaku dalam masa yang sama.
Kereta Myvi Airin tiba-tiba rosak. Dah hantar baiki dah hampir seminggu. Belum siap-siap. Tiba-tiba arahan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Tak sempat Airin nak ambil kereta, tuan punya bengkel lebih dulu dah cabut balik kampung. Sementara kereta Airin terpaksa 'dikuarantin' pula di sana.
Kawan serumah Airin, Jiha. Jururawat hospital besar.
Seminggu yang lalu, satu wad Jiha kena game dengan seorang pesakit yang menyerah diri di hospital kerana asthma. Menipu yang kononnya langsung tak ada kontak dengan mereka yang positif Covid-19. Tak menyertai apa-apa event. Tak keluar negara. Tiba-tiba sahaja kesihatan merosot dan positif Covid-19! Akhirnya mengaku baru balik dari negara luar.
Balik sahaja ke Malaysia, sempat balik kampung. Pulang semula ke Kuala Lumpur. Pergi shopping sana sini. Pergi kenduri sana sini.
Sudahnya, satu wad terpaksa disaring dan dikuarantin! Sungguhlah perangai. Menganiaya orang sungguh.
Demi keselamatan Airin, Jiha minta Airin tinggal tempat lain sementara waktu.
Airin nak pergi rumah siapa lagi? Sofea dah kahwin. Linda tinggal dengan famili dia. Takkan Airin nak stay rumah Yea Lan atau Sunitha? Mereka pun masing-masing dah bersuami.
Nak stay hotel? Airin manalah ada banyak duit nak bayar hotel untuk empat minggu ini. Dengan kereta tak ada.
Nak cari rumah sewa lain masa ni? Manalah nak ada. Kalau ada pun harga sewa sebulan dah sama pulak dengan gaji Airin sebulan.
Akhirnya Airin mengadu kepada lelaki ini. Lelaki yang baru menjadi ketuanya kira-kira tiga bulan yang lalu. Tuan Israq Aidin. Ceo Ismael Aidin Holdings.
Dengan harapan, manalah tau kalau lelaki ini tahu di mana Airin boleh menetap sementara menanti Jiha habis kuarantin dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
Betapa bersyukurnya Airin seminggu yang lalu apabila Airin dibenarkan menumpang tinggal di kondo mewah milik lelaki itu sementara dia di Johor Bahru. Since dia pun tak tau nak balik bila.
Tapi tiba-tiba hari ini lelaki itu tercegat depan pintu. Ah, sudah!
"Naik bas boleh kut?" ujar Airin teragak-agak. Walaupun ada Airin ternampak lalu di wall FB Airin yang hampir kebanyakan laluan, telah ditutup.p
"You gila? Kalau dalam bas tu ada yang positif Covid-19? You sanggup ambil risiko? Then bawa pula virus tu pada emak you di kampung tu? You taukan orang tua lebih berisiko kalau terkena jangkitan tu?"
Airin kerut dahi. Airin bukan tak tau. Airin bukan tak ambil tahu. Masalahnya sekarang, kalau bukan kampung, Airin nak tuju mana lagi?
Habis tu? Stay dalam kondo ni berdua dengan dia, tak 'berisiko'? Gila!
Airin raup wajah. Fikiran Airin kusut.
Dalam otak, mengira-ngira duit yang ada dalam akaun. Mampu ke nak stay hotel? Gaji lambat lagi pulak.
"Erm... saya nak pinjam duit tuan boleh? Saya stay kat hotel."
"Habis kalau you lapar nak cari makanan, you nak keluar macam mana? You nak masak kat hotel? Atau you nak makan megi untuk sebulan ni?"
Airin kerut dahi lagi. Itu betul juga. Wajah cantik itu terus renyuk mencari solusi. Macam mana ni...
"Tak ada jalan dah Airin. You memang kena stay sini. Jangan jadi warganegara Malaysia yang degil. Jangan sebab you, satu negara mudarat nanti!"
Airin renung lelaki itu tajam. Amboiii... macam tu sekali dakwa Airin. Ingat Airin ni warganegara tak bertanggungjawab ke? Sejak seminggu duduk rumah Tuan Israq, Airin memang langsung tak keluar. Airin masak, makan je apa yang ada.
"Habis tu? Nak buat macam mana lagi? Tuan yang cakap tuan akan stay je dekat JB. Tiba-tiba tuan balik. Dah kenapa?"
"Kerja I dah siap dekat sana. Rumah I dekat sini. So I baliklah."
Sebaik sahaja selesai urusan semalam, Israq terus berkemas. Lepas Subuh tadi, terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Gila. Takkan dia nak mereput kuarantin sorang-sorang di sana. Sementara masih partial lockdown, baik dia ambil peluang untuk pulang ke rumah sendiri.
Airin menyumpah dalam hati. Dia langgar perintah takpa pulak? Dia ingat Malaysia ni Dato' Mael yang punya dia boleh buat suka hati?
Airin diam. Rasa sedih pun ada. Betullah. Ini rumah lelaki itu. Bukan rumah Airin. Airin cuma menumpang je. Sepatutnya Airin bersyukur dan berterima kasih.
Airin tunduk menekur permaidani merah kelabu hitam itu. Masih memikirkan segala jalan yang hampir kesemuanya telah tertutup. Apa lagi pilihan yang Airin ada?
"Habis tu... nak buat macam mana ni?"
"Stay jelah dekat sini. Apa yang susah sangat?" jawab lelaki itu bersahaja.
Airin ketap bibir. Suka hati dia je mamat ni! Takkan tak boleh fikir kut risiko kalau stay berdua dalam rumah ni untuk hampir sebulan ni?! Erghhh!
"Tuan gila ke? Mana boleh kita tinggal berdua dalam kondo ni. Kita tak ada apa-apa ikatan."
"Ooo... pasal tu ke? Apa susah? Kita nikah. You jadi isteri I. Selesai."
"What?!"
Bulat mata Airin. Terkejut dengan idea gila lelaki itu. Tak tertelan air liur rasanya. Eh senangnya. Kau ingat ni main kahwin-kahwin ke?
"Kita nikah. Sempat lagi nak cari imam nikahkan kita sebelum total lockdown. Once you sah jadi isteri I, bolehlah you stay dekat sini dengan tenang."
Airin masih tak berkelip memandang lelaki itu. Lelaki ini benar-benar sudah hilang kewarasan!
"Tuan ni memang dah gila ke? Nikah semata-mata kerana lockdown? Habis bila dah habis lockdown nanti, apa? Cerai pulak?"
"Yang tu kita discuss kemudian." Selamba, Tuan Israq tuju kamar utama. Meninggalkan Airin yang masih terpinga-pinga.
Stay? Nikah? Lockdown? Tuan Israq? Gila!!!
❤😝
Israq 💕 Airin
Lockdown Romance
Terkurung aku dalam hangat asmaramu... 💕
❤💕
❤ LOCKDOWN ROMANCE ❤
Limited Edition
No comments:
Post a Comment