KOMBO SWEET PINKY

🍂 LURUHNYA CINTA DI BUMI KOREA 🍂
🌹KAU TAKDIR TERINDAHKU 🌹

🍂LURUHNYA CINTA DI BUMI KOREA 🍂
Aku sarung jubah hitam dan shawl warna gold. Makeup sikit – sikit sebelum turun bawah.
Sampai saja kafe aku tercari – cari manusia yang namanya Hafiz. T-shirt dan jeans hitam. Ringkas penampilannya. Tapi dekat sebelah dia ada sorang gadis bertudung labuh. Sepupu dia kut.
Aku tarik kerusi dan duduk hadapan mereka berdua.
“Nie tunang abang Izznie Syahirah namanya. Izz yang nie awek saya nama dia Nadia.” Hafiz kenalkan kami berdua.
Bakal madu aku ke ni? Haha..
Aku senyum kemudian salam Nadia.
“Dah order makan belum? Kita order dulu la ye. Saya belanja.” aku panggil waiter sebelum masing – masing buat pesanan makanan.
Petang – petang nie makan ringkas saja. Roti jala dan kuah kari ayam.
“Ada apa nak jumpa saya.” aku pandang mereka berdua.
Nadia dan Hafiz saling berpandangan.
“Sebenarnya kami berdua saling menyintai antara satu sama lain. Tapi kehadiran akak Izz sebagai tunang abang dah musnahkan setengah dari impian saya.” Nadia menunduk.
Aku? Aku yang musnahkan impian mereka?
“Jadi nak saya buat apa?” aku pandang Nadia.
“Putuskan pertunangan nie kak.. please.” Nadia seolah – olah merayu.
Aku nak tergelak pun ada.
“Dik macam nie la ye. Akak nie memang nak putuskan tunang pun tapi kekasih adik yang tersayang nie tak nak. Jadi adik pujuk la dia supaya putuskan pertunangan nie ye.” aku jeling Hafiz di hadapan.
Aku dan Nadia pandang Hafiz serentak.
“Nadia dengar sini. Abang bukan tak nak. Kalau abang yang mintak putus nampak sangat yang abang nie tak patuh arahan umie. Jadi biarlah Izz yang minta putus.”
Pergh! Dah bersirap darah aku dah nie.
“Habis depan semua orang awak nak nampak baik. Nak bagitahu saya nie la yang jahat. Anak tak dengar cakap. Macam tu? Senang gila drama awak nie.” aku tekan suara aku.
“Berapa lama korang bercinta?” aku sambung lagi.
“Dua tahun.” Nadia jawab.
“Korang bercinta sebab apa?” aku tanya lagi.
“Sebab Allah.” Nadia sambung lagi.
“Dua tahun bercinta sebab Allah? Hahaha.. Dik akak nie memang la tak belajar agama tinggi. Tapi kalau betul bercinta kerana Allah. Kenal terus kahwin dik. Tak bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Kalau betul cinta bawak jumpa umie terus kahwin.” aku jeling tajam.
Tak pasal – pasal aku bagi ceramah percuma.
“Izz please la.. kita nak selesaikan masalah. Bukan nak buat masalah.” suara hafiz Rohaizad kedengaran tegas.
“Ah! Saya tak tahu. Awak yang nak sangat putuskan. Awak pandai – pandai la uruskan sendiri. Saya tak nak masuk campur.” aku sandar badan di kerusi.
Kedengaran Nadia dan Hafiz sama – sama mengeluh.
Mereka minta diri untuk pulang sebab dah nak masuk maghrib. Aku pulak apa lagi roti jala dan kuah kari ayam yang dekat depan mata dari tadi tak terusik terus aku suapkan dalam mulut. Nikmatnya.
Tengah sedap makan sambil menikmati suasana orang sekeliling aku tiba – tiba mata aku tertangkap susuk tubuh beberapa staff UG berjalan masuk ke dalam Kafe. Alamak! Kat mana ada aku dekat situ ada mereka.
Aku tutup muka dengan sebelah tangan. Seksanya lahai hidup macam nie. Minta – mintaklah tak ada siapa perasan aku dekat sini. Aku habiskan suapan terakhir sebelum lap mulut dengan tisu.
Aku ambik hujung shawl terus tutup hidung dan mulut. Kelam kabut aku jalan sambil toleh – toleh belakang.
Pap! Adoi.. aku gosok – gosok kepala yang sakit kena hentak. Besi ke batu nie. Pusing saja depan. Nah! Lee Jong Hyun.
Automatik. Hujung shawl jatuh. Bila hujung shawl jatuh maknanya sepenuh muka aku dapat dilihat Lee Jong Hyun.
Tapi dia tak pandang aku pun. Dia minta maaf lepastu terus tuju dekat meja yang terletak dalam kafe hotel ni.
Aku telan air liur. Cepat aku berlari meninggalkan Lee Jong Hyun. Nasib baik.
Esok Lee Jong Hyun nak berangkat balik Korea. Maknanya hari ni hari terakhir aku boleh cover fasal kumpulan Wazzup di Malaysia.
🌹 KAU TAKDIR TERINDAHKU 🌹
KEPALA yang terasa pening dipicit dengan jarinya. Jam sudah pukul 11 pagi. Lewat juga dia bangun selepas solat subuh. Gara-gara kejadian semalam, Ikmal sukar untuk melelapkan mata. Masih terbayang lagi adegan dia memeluk tubuh kecil itu. Segera Ikmal melenyapkan banyangan itu.
Disebabkan tidak mahu berhadapan dengan Iqlima, dia tidak turun bersahur. Sepatutnya dia bermalam di rumah kawan baiknya Lutfi. Namun dia mengubah fikirannya di saat akhir untuk pulang ke rumah.

Tidak mahu memikirkan hal semalam, Ikmal segera bangun dari katil dan ingin turun ke bawah. Sudah tiba masanya dia berhadapan dengan Iqlima. Bukan dia tidak pernah memberi amaran kepada papa dan Iqlima. Sendiri tanggunglah akibatnya nanti.
Ketika Ikmal turun ke bawah, dia dapat mendengar suara Iqlima yang sedang bergelak ketawa dengan Irwan. Irwan pula kelihatan gembira melayan Iqlima. Menyirap darahnya sebaik sahaja melihat Irwan mengusap kepala Iqlima walaupun masih berlapik.
Sebaik sahaja melihat kelibat Irwan beredar dari situ, segera Ikmal mendekati Iqlima.
“Kau ni masih tak sedar diri lagi kan?”
Tersentak Iqlima apabila tiba-tiba sahaja Ikmal duduk di sebelahnya. Dia sebenarnya masih lagi malu dengan kejadian semalam. Pagi tadi dia sendiri terkejut kerana sudah berada di dalam bilik.
Ikmal memandang Iqlima yang hanya menunduk sahaja sejak dari tadi. Jauh berbeza betul layanan gadis ini terhadap Irwan dan dia. Makin panas pula rasa hati Ikmal saat ini.
“Ikut aku.” Ikmal keluar melalui pintu cermin menuju ke kawasan kolam renang.
Terpinga-pinga Iqlima mendengar arahan Ikmal. Melihat gadis itu masih duduk di tempat yang sama, sekali lagi Ikmal memberi arahan.
“Lebih baik kau ikut aku sekarang sebelum aku dukung kau macam semalam.” Senyuman penuh sinis dihadiahkan oleh Ikmal.
Tergesa-gesa Iqlima mengikut langkah Ikmal menuju ke kawasan kolam renang. Ikmal berdiri menghadap kolam.
“Aku nak tanya kau satu soalan. Kau suka aku sentuh kau?”
Lekas Iqlima mendongak memandang Ikmal. Tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Ikmal. Ikmal segera menoleh ke belakang melihat reaksi Iqlima.
“Aku tanya jawablah!” Keras nada suara Ikmal.
“Err... tak.” Jawab Iqlima dengan perasaan gementar.
“Sebab apa kau tak suka?” Soal Ikmal sekali lagi.
“Sebab... sebab Abang Mal bukan abang kandung Ima.” Takut-takut Iqlima menjawab. Ikmal tergelak halus.
“Pandai pula kau jawab. Tadi tu, kau rela je Abang Wan sentuh kepala kau. Bukan main lagi bertepuk tampar dengan dia. Elok sangatlah tu.” Meradang juga Ikmal dengan aksi Iqlima dan abangnya tadi.
Terkedu Iqlima dengan penerangan Ikmal. Pipi yang tidak gatal digarunya.
“Tapi Abang Wan sentuh berlapik.” Iqlima memberanikan diri untuk menjawab.
Semakin bengang Ikmal apabila Iqlima seolah-olah rela dirinya disentuh sesuka hati. Lengan Iqlima ditarik rapat ke arahnya. Nyaris sahaja Iqlima terpeluk Ikmal jika dia tidak menghalang tangannya di dada Ikmal.

No comments:

Post a Comment