KOMBO KETAK- KETAK ~ Mum Linz

PRE ORDER TILL 4 DECEMBER 2019
PRINT ON DEMAND


"Mar.." Panggil Mikael sebaik dia turun ke bawah.

Maryam ke depan mencari suaminya.

"Kau pandai ikatkan tie?"

Maryam menggeleng.

"Takpelah, sini tolong aku butangkan baju."

Teragak-agak Maryam mendekati Mikael yang berbaju kemeja tetapi baju itu belum dibutang. Terketar-ketar tangannya menyentuh butang. Perut berketak-ketak suami dipandang sekilas.

Mikael tersenyum-senyum melihat jemari si isteri yang terketar-ketar. Lantas jemari itu dipegang. Diletakkan ke atas perutnya selamba.

Sepantas kilat juga Maryam menarik tangannya. Mukanya pulak dah terlebih panas, lagi-lagi melihat senyuman nakal sang suami. Jemarinya tadi digenggam kemas, membuang rasa ketul-ketul yang dia sentuh tadi. Wajahnya langsung tak diangkat, dia lebih rela memandang lantai dari diusik suami.

"Sayangg.." Mendengar suara meleret sang suami, spontan wajahnya terangkat.

"Hmm.. Lantai tu lagi kacak dari abang ke macam mana?"

Maryam menggeleng.

"Habis tu? Kat lantai tu ada six packs macam abang ke?"

Lagi sekali Maryam menggeleng. Jantung semakin laju berdegup tatkala mendengar panggilan sang suami yang berubah. Nada itu juga tidak kasar malah menakutkan. Boleh membuatkan dia hampir terkencing.

Mikael simpan tawa yang hampir meletus. Pemalu sungguh isterinya.

"Ehemm.. Abang pergi dulu. Tengahari ni abang balik lunch. Sayang masak sedap-sedap sikit tau." Lantas dahi Maryam dicium lembut. Tangannya dihulur. Cuba menghilangkan perasaan aneh yang melanda.

💋💋💋💋


“Nawal?” Suara Encik Nuh menyentak aku. Dia sedang menahan pintu lif. Spontan aku pandang wajah Encik Nuh dengan terpinga-pinga sebelum aku perasan yang lif tadi sudah kosong.
“Are you okay?” Dahi Encik Nuh berkerut memandang aku kehairanan.
“Okay! Jom!” Laju aku buka langkah keluar dari perut lif. Encik Nuh hanya diam mengekori langkahku dari belakang.
Masuk sahaja dalam bilik Encik Nuh. Dia menarik lenganku hingga aku terdorong merapat padanya. Mujur aku tak tersembam di dada sasanya itu.
“Apa bos ni?” Ternaik nadaku bila dia bertindak begitu. Wajahnya serius merenung tajam pada aku.
“Tell me. Apa dia cakap pada awak tadi? Did he hurt you?” Terbuntang mataku mendengar soalan darinya. Dia sedar ke apa yang Wadi buat pada aku tadi?
Aku kemam bibirku.. Menunduk ke lantai
“Bos.. saya nak berhenti kerja.. saya tak boleh..” Jujurnya aku mungkin nampak tabah tapi hati aku rapuh. Aku tak sanggup berhadapan dengan semua ini. Aku tak boleh hiraukan mata-mata yang memandang sinis pada aku dan dia tadi. Yang lebih penting aku tak tahu nak berhadapan dengan Wadi macam mana. Wajah bengis dia betul-betul mengganggu aku.
Encik Nuh hela keluhan nipis. Dia lepaskan pegangannya sebelum meraup mukanya.
“Please.. bertahan untuk tiga bulan saja. Lepas tu everything will be okay.”
“Tiga bulan?” Aku pandang wajahnya dengan rasa pelik.
“Okay. Two weeks. Untill we get married. Awak perlu berada disisi saya saat ini.” Aku pandang matanya yang kelihatan mengharap. Hidung aku yang mula berair tadi aku kesat dengan hujung lengan baju.
“Baiklah. Saya ikut encik tunang saya saja.” Memang patutlah aku cuba belajar jadi pasangan yang memahami kan? Kalau dah dia kata begitu. Aku ikut saja.
Encik Nuh melebar senyum.
“Sebut lagi.” Arahnya.
Aku angkat kening. “Sebut apa?”
“Tadi tu.. ikut siapa?”
“Ohh.. ikut Encik Tunanglah.” Aku jeling dia. Sengajalah tu.
“Bahagia je rasa. Kalau panggil Encik Suami mesti lagi bahagia kan?” Dia pegang dadanya dengan senyuman bahagia.
“Awak. Sini dekat saya.” Panggilnya.
“Kenapa?” Aku mendekat padanya.
“Sentuh sini kejap.” Dia tunding dadanya. Membulat mata aku dibuatnya.
“Tak mahulah!” Aku geleng laju.
“Alah.. sentuh sikit je. Lapik baju kan? “ Ish.. dia ni mengada-ngada pulak. Tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Tiba-tiba gedik semacam je.
Aku hulur tangan menyentuh dadanya.
“Feel it?” Bisiknya dengan suara yang husky. Seksi kut! Aduhh! Menggeletar rasa lutut aku. Aku angkat muka memandang wajahnya. Dia beri satu renungan redup.
“Rasa?” soalnya lagi. aku terkelu. Tenggelam dalam renungan matanya.
“Rasa bertapa debarnya hati saya untuk awak..”

💋💋💋💋


"Dasar perempuan pemalas! Tahu makan tidur je." Rungut Dariz sambil bercekak pinggang. Dadanya berombak gara-gara marahkan Dahlia.

"Alah setakat sepah sikit pun nak kecoh." Dahlia cebir bibir.

"Sepah sikit kau cakap?" Lengan Dahlia ditarik ke depan singki.

"Ni kau tengok. Dengan kulit telur, kulit bawang. Harap rupa je cantik tapi pengotor." Dariz membebel tak habis-habis.

Dahlia tetap membeku. Tiada tanda-tanda dia akan bersihkan kotoran yang dia tinggalkan tadi. Kata-kata Dariz ibarat angin lalu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Hoi! Kau pekak?" Bahu Dahlia ditolak sedikit.

Dahlia menjeling.

"Kalau aku tak nak kemas kau nak buat apa?" Soal Dahlia sengaja menduga.

Dariz jungkit sebelah keningnya. Dia melangkah setapak ke depan merapatkan jurang di antara dia dengan Dahlia. Tanpa suara, dia memaut pinggang ramping Dahlia dan spontan tubuh langsing Dahlia melekat ke tubuhnya.

"Apa ni?" Dahlia menolak dada Dariz.

Dariz hanya tersenyum senget.

"You prefer to sleep with me instead of cleaning the mess up. Aren't you?"

Laju Dahlia menggeleng. Menyampah bila diugut macam ni. Tak suka!

No comments:

Post a Comment