TERCAGARNYA AKADKU

TERBARU DARI PENULIS NOVEL TERSOHOR/ BESTSELLER FAUZIAH ASHARI
READY STOK TERHAD
RM28 SM / RM31 SS
poslaju RM8 SM / RM13 SS

TEASER RAMBANG
Airis jeling koyakan di kepala lutut dan kaki seluar jean Zufar yang berjuraian kainnya.
Miskin benar ke bakal laki aku ni?
“You suka makan batang mancis, ya?” Soalan pertama Airis.
Zufar gamam. Cepat dia menarik batang mancis daripada bibirnya. Kemudian, dia duduk di hadapan Airis walaupun belum dipelawa.
Ellina yang turut berada di dalam bilik itu hanya menjeling Zufar dan Airis silih berganti. Dalam diam, hatinya ketawa lucu. Kedua-duanya tampak cocok sangat sebab kedua-duanya saling mahu menunjuk kekuasaan.
Airis toleh Ellina yang senyap sebaik Zufar duduk dengan selamba. Malah, Zufar mengangkat tangan dan meletak kedua-dua tapak tangannya di belakang kepala. Langsung tidak peduli pada baju di bahagian ketiaknya yang basah dan terdedah. Sememangnya dia baru balik daripada berpanas. Menolong kawannya mengangkat sayur-sayuran ke Pasar Borong Pandan.
Deruan aircond makin menyenakkan deria hidung Airis. Dia menutup hidungnya seketika. Terbatuk-batuk sambil berjalan pantas ke arah jendela. Membuka tingkap dan menutup aircond. Kemudian, dia campak alat kawalan jauh tersebut. Main belasah sahaja tindakannya akibat rasa bengkak di hati.
Melampau betul El ni, lelaki macam ni yang dia sogok kat aku. Langsung tak ada selera!
Dia toleh Ellina dan jeling pada Zufar yang nampak santai tapi ganas gaya duduknya. Melihat pakaian lelaki itu yang bukan jenis berjenama, dia menujah pandangannya ke arah Ellina semula dengan tajam.
Saat pandangan mereka berlaga...
‘Siapa tu?’ Hanya gerak bibir Airis. Namanya Zufar Hannan, dia memang tahu. Kawan suami Ellina, itu juga dia tahu. Tetapi...
Ellina jongket bahu. Kemudian, dia mara ke tempat Airis berdiri. Malas mahu bersoal jawab tentang Zufar. Biar Airis cari sendiri jawapannya.
“Kalau kau nak cari suami, ini aje yang aku boleh bagi,” bisiknya perlahan supaya Zufar tidak dengar.
“Lelaki macam ni?”
“Yeah...” Ellina menjuih bibir. Macam-macamlah Airis ni. Bajet bagus betul! Dia geram.
“Aku tak sanggup!” Meletus kuat suara Airis. Langsung tidak peduli tangannya disenggol oleh Ellina. Sebaliknya dia menjeling geram sambil menggosok lengannya yang sakit disiku Ellina.
“Sa...”
“Perlahanlah sikit suara kau.” Ellina tarik lengan Airis lebih kuat.
“Ouch! Sakit la...” Tidak kuat tetapi nadanya sudah menggigit.
Ellina tidak peduli. Bibirnya mara ke telinga Airis semula. “Kau jangan fikir tentang keperluan kau aje, tapi kehidupan kau tu. Anak dalam perut kau tu. Pilihan di tangan kau.” Habis ayat tersebut, Ellina terus berpaling dan menghadap Zufar pula. Dia senyum. Zufar membalas dengan muka selamba.
“El...” Tubuh Ellina ditarik Airis semula. Dia tidak peduli pada Zufar yang sedikit termangu-mangu melihatnya dan Ellina. Tetapi, belum sempat dia berkata-kata, Ellina sudah memintas...
“Atau kau nak sangat dia ehem ehem dengan kau,” bisik Ellina sambil tersenyum. Faham benar ‘bajet’ Airis yang selalu berlebih-lebih tanpa fikir panjang. Tidak ingat-ingat agaknya kisah pahit dia dengan Kafil Ikhwan yang kaya raya, tampan dan anak orang berada.
Airis terus jegilkan biji matanya sambil menghentak kaki. Ellina sudah melampau. Menyampah betul! Kalau ya pun tak kan yang macam ini?

No comments:

Post a Comment