KOMBO SERAM ROMANTIK

50 pembeli kombo terawal akan menerima fm kedua2 novel dan key chain.
Jaga Aku Sampai Halal.
***
Inara bahagia dengan hidupnya selama hampir dua puluh tujuh tahun dia bernafas. Satu malam, kejadian kemalangan yang berlaku di depan mata membuatkan hidupnya selepas itu tidak aman.

Syakila. Wanita yang meninggal dunia serta merta akibat langgar lari muncul kembali sebagai roh yang tidak aman. Hajatnya tidak sempat ditunaikan semasa dia masih hidup.

Kemunculan Syakila dalam hidup Inara membuatkan wanita itu dihantui dengan ketakutan. Kenapa dia boleh nampak roh Syakila? Pertolongan seperti apa yang dimahukan oleh roh Syakila? Akhirnya, dengan rasa terpaksa, dia bersetuju untuk menolong.

Naim. Lelaki yang hidupnya penuh kusut semenjak kehilangan Syakila. Pertemuannya dengan Inara mencipta sejarah yang tersendiri. Siapa Inara? Kenapa banyak yang dia tahu pasal Syakila? Atau Syakila kembali muncul dalam diri Inara?

Satu persamaan Inara dan Syakila...kedua-duanya pernah bertanya soalan yang sama. Dengan nada yang sama dan pandangan yang sama.

“Naim...nak tak kau jaga aku sampai halal?”
***
Lelaki Disember
***
Setiap orang mengimpikan saat yang romantik untuk pertemuan pertama kali dengan orang yang mereka sayang. Lain kisahnya bagi Iris dan Johan. Pertemuan pertama yang penuh dengan kebencian.

Kedua-duanya terlepas penerbangan kerana ego masing-masing. Impian dari kecil Iris untuk ke Jepun terbatal. Dia berdendam dengan lelaki itu. Bulan disember yang dinantikan selama ini untuk menikmati musim salji di Jepun musnah sekelip mata.

Setahun kemudian, bulan disember muncul lagi dan Johan turut muncul sebagai pengarah urusan baru di syarikatnya bekerja. Menjadi setiausaha kepada orang yang dia benci membuatkan Iris tidak pernah tenang. Johan pula sentiasa ada akal untuk pedajalkan Iris.

Kisah mereka bermula kembali. Tapi kali ini dari sudut pandangan yang berbeza dari mata seorang lelaki. Iris dicintai dalam diam. Gelaran lelaki disember yang diberikan padanya membuatkan dia senang.

“Kalau bos awak yang hensem ni ajak awak kahwin awak nak tak?”

“Big no! Risau pulak nanti lepas kahwin saya mengarang kat KRT. Dari ajak kahwin, baik ajak ke rahmatullah je.”

“This is an order.”

“Apa masalah bos hah? Baik jadi berus jamban. Jadi lelaki menyakitkan hati.”

Apakah Iris punya pilihan?

Lelaki disember itu hanya tahu menyakitkan hati. Takkan dia nak hadap lelaki itu seumur hidup?

No comments:

Post a Comment