OBSES YOU

PRINT ON DEMAND
RM40 SM / RM45 SS
termasuk postage
TEASER 
Si isteri muncung panjang bila Yazid buat muka beku sejak kereta mereka bergerak. Saja dia berpindah duduk sebelah Yazid tidak lagi berdepan dengannya.

"Kanda pms ke hari ni?"

Yazid geleng perlahan. Tak nak pandang langsung wajah si isteri. Geram sangat dia dengan keletah si isteri yang tak makan saman.

Si isteri mendekatkan badannya hingga mengena pada lengan Yazid. Saja dipeluk macam magnet yang tak boleh lepas hingga Yazid berpaling.

"Dinda ni kenapa dah macam ulat bulu ni. Pagi tadi tak mandi?" sinis bahasa Yazid. Saja ditolak perlahan jemari lembut si isteri yang memaut lengannya.

"Mandi. Ini namanya dinda rindu kanda. Dinda nak manja manja dengan kanda. Nak kanda sayangkan dinda," lembut pujukan si isteri.

"Tak payah buang masa nak goda kanda. Bukan dinda pedulikan kanda pun. Sibuk sangat dengan hero novel. Pagi petang siang malam menghadap novel."

Terburai tawa si isteri. Seketika kemudian dikemam saja tawanya selepas pandangan tajam Yazid bagaikan keris menusuk ke tangkai hati.

"Kalau girlfriend Kanda Marlynn tu mungkin le dia kemaruk hero novel. Tapi dinda tak. Dinda kemaruk perhatian kanda je. Dah dah dah tak nak muka macam asam kelubi ni. Dinda janji dinda akan jadi good girl untuk kanda. Tak degil dah. Janji."

Cebik Yazid mengejek akujanji si isteri tersayang. Dah banyak kali dia terpedaya dengan godaan manis. Kali ni dia tak akan terkena lagi.

"Okey. Betul dinda nak kanda maafkan dinda?"

Cepat saja si isteri mengangguk. Yazid sembunyi senyum nakal.

"Take it out all your cloth."

Bulat mata si isteri. Liur ditelan payah.

"Dan duduk depan kanda," duga Yazid dengan kening terangkat sebelah. Dia yakin kali ini dia akan menang. Dia yakin dengan suara hatinya.


No comments:

Post a Comment