PRINT ON DEMAND
RM37 SM / RM42 SS
termasuk postage
RANDOM TEASER
"Kalau saya jadi lebah, awak nak jadi apa Ainun?" tanya Ahmad tanpa memandang wajah Rat. Buah rambutan diasingkan daripada tangkai. Rat gigit bawah bibir.
"Kenapa nak jadi lebah?" tanya Rat. Ahmad berdiri lalu menapak hampir pada Rat yang baru sahaja menutup bukunya.
"Supaya saya boleh beri awak kemanisan setiap waktu. Lebih-lebih lagi pada waktu ma.."
"Ma.. Apa, Ahmad?" tanya Walid yang baru sahaja tiba dengan buku di tangan untuk diberikan kepada Rat. Mata Ahmad membulat. Bila masa pula Walid sampai?
"Ma... Ma... Ma.. Er.." Ahmad garu kepala. Rat terus buka buku lalu menutup keseluruhan wajahnya.
"Malam?" Walid usap kepala Ahmad. Mata mereka bertentangan dan segera Ahmad menundukkan pandangan. Mati aku!
Walid senyum.
"Kalau dah kahwin bolehlah kongsi kemanisan yang sangat manis tu dengan isteri tapi buat masa ni apa kata kongsi kemanisan tu dengan qiamullail bersama Walid kat masjid malam ni. Boleh?" intai Walid. Ahmad mengangguk laju.
"Baik, Walid." Dia terus menapak ke bakul buah. Walid menyerahkan dua buah buku ke tangan Rat sebelum berlalu.
"Manisnya..." perli Rat. Ahmad buat-buat pekak! Manislah sangat.

No comments:
Post a Comment