Preorder dan diskaun sehingga 28/2/19
KOMBO Cemburu Seorang Aku & Tall Dark & Dangerous
KOMBO Cemburu Seorang Aku & Tall Dark & Dangerous
💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘
Suraya mendekati Sufi.
“Aku selisih dengan Hadif. Aku tegur dia, dia angguk tapi tak nak bercakap pun dengan aku. Period ke?”
Soalan itu Sufi biarkan.
“Kau nangis?”
“Tak.”
“Pipi tu basah...kenapa?”
“Tadi hujan lebat.”
Suraya memandang ke arah luar. Ada hujankah? Kenapa bumi tak basah?
“Tri dah call kau ke?”
Sufi menggeleng.
“Kenapa Hana buat macam tu ya? Kesian Tri.” Suraya membebel dan kemudiannya berpaling pada Sufi.
“Maksud aku bagus juga Hana gaduh dengan Tri. Mungkin mereka tak berjodoh. Mungkin...”
“Stop it, Suraya. Jangan sebut nama Tri.”
Sufi pun bangun menuju ke arah dapur. Dia mahu mengadun kek cawan. Kek tak akan menyusahkan dia, bukan?
Jangan sebut nama Tri? Suraya mengulang fakta itu beberapa kali. Benarkah ini? Selepas 17 tahun Tri ada di dalam hidup Sufi, mampukah memisahkan diri?
💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘
TALL DARK AND DANGEROUS
“Alin tak bagi kau pergi?” Mike menuruti pandangan itu. Melihat pada gaya Alin itu, rasanya soalan itu tidak perlu ditanya.
Haq mengeluh tanpa jawapan.
“Kalau berat kau nak tinggalkan dia... kau stay, Haq. Biar aku yang buat. Biar aku yang settlekan. Biar aku pergi jumpa lelaki tu.” Mike begitu bersungguh-sungguh dengan pelawaannya. Haq hanya perlu katakan ya, dan dia akan pergi tanpa banyak soal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk sahabatnya ini.
Haq menggeleng perlahan. Dia hargai pelawaan Mike itu. Tapi... dia tahu dia tidak boleh biarkan Mike menyelesaikan masalahnya.
“Aku sendiri tak tahu apa yang akan berlaku bila aku jumpa lelaki ni. Aku tak tahu apa dendam dia dengan aku. Aku kena selesaikan sendiri. Aku tak boleh libatkan kau, Mke. Aku tak boleh terima kalau jadi apa-apa pada kau...”
“Dan kau fikir, Alin boleh terima kalau apa-apa jadi pada kau?” Mike menyampuk pantas.
Haq diam. Wajah teman ditatap lama sebelum membuang pandang ke arah lain.
“Semua ni tak mudah buat dia, Haq. Dia hilang anak dalam kandungan dia. Dan sekarang, dia mungkin hilang kau. Kau tak fikir betapa tertekannya keadaan Alin sekarang ni?”
“She’s not going to lose me. I’ll come back!”
“Are you sure?”
Sekali lagi Haq diam tanpa jawapan.
“Aku yakin kau selamat, Haq. There’s no doubt about it. Kau akan kembali pada Alin. Tapi kalau kau tetap tak ingat dia, keadaan masih tetap sama. Tak berubah. Alin tetap hilang kau, Haq... sebab kau tak ingat dia.”

No comments:
Post a Comment