QUDS : COLD-HEARTED GUY


PRE ORDER
QUDS : COLD-HEARTED GUY
HARGA: RM40 SM| RM47 SS INC POS
*COMBO GOJES , COMBO SPICY, HARGA REFER PADA POSTER *

================
Retaknya sebuah perkahwinan, menyebabkan diri Quds menjadi yatim piatu. Tan Sri Qaider masih hidup, malah Puan Sri Rossa juga masih bernyawa. Malangnya akibat kegagalan kedua-dua orang tuanya dalam melayari bahtera rumahtangga, sudahnya Quds pula yang terpaksa menjadi mangsa. Keluarga berpecah-belah? Itulah yang Quds hadapi sejak berusia lima tahun. Ditinggal menumpang kasih sayang Nek Sari. 

Cita-cita Quds besar. Bagi Quds, dia tak perlukan harta kekayaan kedua-dua orang tuanya untuk hidup senang. Gigih jiwa anak muda, maka wujudnya sebuah butik terkenal 'QH' Exclusive. Malangnya, jiwa Quds seakan tidak puas. Dia perlukan hiburan. Dia perlukan sesuatu yang bisa membuatkan dia tenang. Hinggalah satu tawaran dibuka kepadanya.

Uruskan jual beli kelab malam tu dengan Tiger. I will pay no matter how much it costs. - Quds

Berubah menjadi lelaki beku, itulah diri Quds yang baru. Bagi Quds, dia tak perlu menjaga hati manusia kalau hati dia sendiri sejak kecil sudah biasa dilapah-lapah.

Perempuan tua macam tu pun kau masih simpan dekat kelab ni, Tiger? - Quds

So you wanna me to help you find a new girl? - Tiger

Cari perempuan yang lebih 'segar' untuk kerja dekat kelab aku. - Quds

Orked Hania, nama yang cukup indah. Tapi perjalanan hidup Orked tak seindah wanita seusia dirinya. Dia dan Quds punya satu persamaan iaitu bergelar yatim piatu. Bezanya Quds menjadi yatim piatu atas pilihan kedua-dua orang tuanya, sedangkan Orked kerana nyawa ibu dan walid adalah hak milik DIA. 

Desakan hidup membuatkan Orked terpaksa. Demi menyara seorang adik lelaki yang memegang kad OKU mencampakkan diri Orked ke situ. Golden Bar & Club, siapa sangka akhirnya di situ tempat Orked mencari 'rezeki'? 

Jadi berapa nilai kau yang aku patut bayar? - Quds

Rasa terhina dengan soalan sinis lelaki itu. Namun pilihan apa lagi yang Orked ada? Ini takdir yang harus dia terima.

Tuan lebih tahu berapa nilai saya yang patut tuan bayar. - Orked

Kau masih dara? - Quds

Soalan tu biar suami saya sahaja yang tahu jawapannya. - Orked

Quds senyum sarkastik. Orked ingat selepas Orked masuk ke sini Orked masih boleh kekalkan dirinya sebagai seorang gadis suci? 

Aku tak paksa kau layan pelanggan-pelanggan aku hingga naik ke katil. Tugas kau cuma layan mereka dekat kelab ni. Selebihnya tu pilihan kau sendiri. - Quds

Memang itu prinsip seorang Quds Hayden. Namun entah kenapa prinsip itu juga hampir memakan dirinya tatkala pesona Orked seakan tidak mampu untuk ditepis oleh Quds sendiri.

Tuan berikan saya pilihan untuk tentukan tugas saya. Tapi kenapa tuan paksa saya buat 'sesuatu' yang bukan pilihan saya? - Orked

Saat hati mula terusik dengan nama si dia, pengkhianatan itu adalah sesuatu yang cukup membebankan jiwa Orked. Di antara dia dan Quds, akan wujudkah satu perasaan halus yang bernama 'cinta'?

Note: Stay tuned. ♥️

No comments:

Post a Comment