KOMBO JEN NJ

READY STOK TERHAD
SUAMIKU MR SPICY 2 LIMITED EDITION
KEKASIH HALAL EKSPRES SPECIAL EDITION
LIMITED EDITION
Blurb Suamiku...Mr Spicy 2
***
Noah dan Farihan menjalani kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang dilimpahi kebahagiaan. Semua yang telah berlaku untuk kehidupan sebelumnya banyak mengajar mereka agar saling menghargai. 

Kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan. Farihan terjerat dalam situasi yang tak dijangka oleh fikirannya. Kemunculan kembali seorang emak dan kekasih wanita itu yang pernah meninggalkan hutang kepada keluarganya membuatkan hidupnya mula huru hara. 

Noah bukan lelaki yang penyabar apabila dia diuji dengan kehilangan insan yang dia sayang. Dia kembali menjadi lelaki yang pedas dalam setiap tindakan. Demi orang yang dia sayang, dia sanggup menjadi racun kepada sesiapa sahaja yang dirasakan tak berguna kepadanya. 

Mencintai Farihan sudah seiring dengan nafasnya. Ada yang sengaja mencari hal, manusia itu akan menyesal. Cintanya selalu membara. Kerana dia insan yang mencintai dengan penuh setia.

“Sayang tak nak abang berubah jadi diri abang yang dulu. Kita terima takdir ni sebagai ujian untuk kita hargai hidup ni sama-sama.”- Farihan

“Bagi abang masa untuk damaikan kembali cinta kita. Biar semua parasit tu tak wujud lagi sampai bila-bila.” - Noah

Sekali mencintai, dia boleh menentang apa pun dengan auranya. Apa yang dirampas dia berikan pembalasan dengan caranya. Cuma satu yang dia cuba untuk menerima. 

“Tiada yang hilang bila ia kembali ke tangan Tuhan.”
************************
SPECIAL EDITION
BUKU AGAK TEBAL
Blurb Kekasih Halal Ekspres. 
Setiap orang mahukan hak untuk memilih pasangan hidup. Setelah kehilangan tunang, Azifa Ilani turut sama kehilangan hak untuk menentukan siapa yang menjadi suaminya. Kerana memegang kuasa wali kepada Azifa Ilani, abangnya menikahkan dia secara paksa. Hati yang telah hancur direjam bertubi-tubi dengan ujian. 

Dia menjadi wanita beku. Dingin dengan suami sendiri. Puas dipujuk, puas dirayu, Azhad Zairy tidak pernah dipandang. Hanya memegang nama sebagai suami yang tidak pernah mendapat hak yang selayaknya. 

Kemunculan Nizam membuatkan jiwa Azifa Ilani yang koyak rabak semakin tercarik. Saat pertama kali terpandang wajah lelaki itu, dia hampir pitam. Wajah yang serupa dan seiras dengan arwah tunang kini berada di depan mata. Ujian apa lagi yang perlu dia hadap? Dia ampuh. Cuba melarikan diri dari segala-galanya. Tapi... Makin jauh dia pergi... Dia tetap terperangkap dalam bayangan realiti. 

"Meminta dengan cara mendesak, itu paksaan. Hati ni dah hancur. Susah saya nak redha dengan ujian ni "- Azifa Ilani. 

"Bagilah abang peluang untuk bahagiakan sayang." - Azhad Zairy. 

"Sakit ni bukan percuma. Perlukan bayaran. Hati ni takkan menyerah dengan ujian." - Nizam. 

Banyak hati yang terkoyak dengan jalan yang perlu mereka terima. Semuanya merangkak perlahan-lahan dan masuk dalam jubah kehidupan yang perlu mereka tempuh.Cuma satu perkara yang harus mereka sedar... 

Mereka tidak boleh menidakkan takdir. 

No comments:

Post a Comment