Mr Hot Daddy ~ Mum Linz

RM38 SM / RM42 SS
termasuk postage
TEASER..
HOT DADDY..
****************
Jam sudah menunjukkan 1.20 pagi. Ilham Wazir gelisah sendiri. Badan letih, mengantuk tapi mata belum mahu pejam.

Sendirian di bilik ini mengingatkan dia pada arwah isterinya, Kamelia. Meninggal di usia muda disebabkan kanser payudara. Selepas melahirkan Aiman Zariq, kanser Kamelia makin merebak. Genap setahun umur Zariq, Kamelia pergj meninggalkannya.

"Lia, abang rindu." Nafas dihela dalam. Wajahnya diraup kasar.

Tiba tiba tekaknya terasa haus. Pantas dia bangun dari perbaringan dan laju menyarung seluar tidur memandangkan dirinya hanya berboxer. Risau jika Puan Maimunah atau Amanda ada di dapur.

Ilham Wazir memang lebih selesa tidur tanpa baju dan hanya memakai boxer. Tidak rimas dan bebas bergerak.

Tombol pintu dipulas. Kaki diatur ke dapur. Terang benderang.

'Siapa yang belum tidur lagi ni?' Mata memandang sekeliling dapur. Tiada sesiapa.

"Mungkin umi lupa tutup lampu kot." Gelas bersih dicapai dan air masak dituang ke dalam gelas, diteguk rakus. Lega.

Kreekk... bunyi pintu bilik air kedengaran.

Ilham Wazir menoleh. Badan turut dikalih menghadap pintu bilik air.

'Amanda..!'

Gulllpp... terus tekaknya terasa kering kembali.

Indah pemandangan dihadapannya. Baju tidur satin merah jambu itu dia kenal. Ya, milik arwah isterinya. Seksi dan memukau matanya.

Tidak pernah dia melihat aurat Amanda Aisyah sebelum ini. Anak matanya terus terpaku lama pada Amanda Aisyah.

Rambut panjang mengurai hingga ke paras pinggang. Betisnya dan lengannya yang mulus. Anak matanya jatuh lagi ke leher Amanda pula yang terdedah.

Matanya makin menyorot tajam. Semakin lama semakin turun hingga ke dada. Dapat dilihat belahan dada Amanda Aisyah. Nafasnya mula tidak teratur. Laju. Jantung bagaikan berlari pecut. Peluh merinik mengalir dan menuruni dahi. Nafsu mula menguasai diri. Amanda Aisyah didekati.

"Doktor." Panggil Amanda Aisyah perlahan.

Suara Amanda Aisyah yang kedengaran di telinganya begitu menggoda. Lengan Amanda Aisyah dipegang, pipi Amanda Aisyah dielus lembut dengan hujung jarinya. Jarinya naik lagi menyentuh bibir yang berwarna merah muda milik Amanda Aisyah. Lembut.

Nafsunya makin berkocak hebat. Leher Amanda Aisyah dipaut, bibir didekatkan. Bau haruman yang terbit dari badan dan rambut Amanda Aisyah begitu asyik dirasakan. Wangi.

Amanda Aisyah cuba menolak.

"Jangan doktor." Tangan Ilham Wazir ditepis. Sia sia. Kudratnya tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki yang bertubuh kekar seperti Ilham Wazir.

Amanda Aisyah terus kaku berdiri di hadapan pintu bilik air. Mulut melarang tapi tubuh bertindak sebaliknya. Dirinya seakan rela disentuh doktor segak. Tubuh kekar doktor segak dipandang lama. Seumur hidupnya belum pernah melihat tubuh lelaki tanpa baju. Memang mengancam. Kakinya kaku bagai digam ke lantai. Mulut mendesah perlahan.

Dia tersedar. Sepantas kilat dada Ilham Wazir ditolak kuat ke belakang. Langsung tidak bergerak. Amanda Aisyah cuba melepaskan diri dari rangkulan doktor segak yang dikuasai nafsu. Ketat. Erat. Tiada ruang untuknya memboloskan diri. Pasrah. Air mata mengalir lesu membasahi pipi.

No comments:

Post a Comment