Cinta Itu Indah ~ Shiroe Sherry

Cinta Itu Indah ~ Shiroe Sherry
baki stok terhad. habis tiada reprint! 
HARGA RM40 SM / RM45
termasuk postage
Selesai saja kerja menyusun gelas dan botol air mineral, aku mula melangkah keluar dari bilik mesyuarat. 

"Wait." Tuan Ray bersuara apabila aku hampir sampai ke pintu bilik mesyuarat. Aku berpaling melihatnya.
"Where is my drink?" Soalnya sambil matanya masih statik merenung dokumen. Aku mengeluh perlahan. Banyak songeh betullah mamat ni. 
"Tuan boleh ambil aje botol dengan gelas dekat sebelah tuan tu. Nanti saya ganti yang tuan ambil tu." Acuh tak acuh aje aku jawab. Lantaklah.
"I want you to serve it." Arahnya lagi. Rasa macam nak mengeluh tapi aku tahan. Tanpa banyak soal, aku mengambil sebotol air mineral di dalam kotak dan bergerak menghampirinya dari belakang. Berhenti seratus meter daripadanya.
"Tuan, sambut ni." Tuan Ray yang terkejut mendengar jeritan aku lantas berpaling dan aku pantas membaling botol air mineral ke arahnya. Dengan cekap dia menangkap botol itu.
"Yes!!!" Aku bertepuk tangan bersorak apabila melihat Tuan Ray berjaya menangkap botol itu. Tuan Ray terpinga - pinga dengan tindakan dan reaksiku.
"I will make sure there is no third time!" Tegasku sambil berlalu cepat - cepat takut dia panggil aku lagi untuk memenuhi permintaannya yang mengada - ngada. Hish, tak kuasa aku!

POYO lah! Selamba je dia baling botol air mineral tu, pada siapa? Siapa lagi kalau bukan BOS DIA! Mak aih, berani lah.
Hanya di dalam Novel Cinta Itu Indah 
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau

No comments:

Post a Comment