WASILAH KASIH ~ HAYATI AHMAD

STOK TERHAD
HABIS TIADA REPRINT
RM23.00 SEM / RM26.00 SS
poslaju RM8 SEM / SS

"Makan sorang nampak!"

Burrr... Tersentak jantungku apabila ditegur tiba - tiba. Aku segera menoleh. Wallaweh, mamat mana pula berbaju T merah terang ni dengan track bottom hitam. Ni nak kejar lembu ke apa?

Aku memandang tepat Abang Naz yang tiba - tiba sahaja datang duduk berhampiran denganku, betul - betul di belakangku. Dia duduk menjuntaikan sebelah kaki manakala yang sebelah lagi dilipatkan. Dia benar - benar dekat sehingga kami hampir bersentuhan. Dan tiba - tiba aku merasai satu debaran yang hebat, getaran yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. Aku rasa Abang Naz juga tersedar dan dia tiba - tiba beranjak sedikit memberi ruang antara kami. Denga selamba dia mengambil tebu dari tanganku lantas terus memamahnya, di tempat yang telah aku gigit sebelum ini. Aku terkedu, namun dia selamba badak membuat muka tidak berdosa.

Aku memerhatikan halkumnya naik turun menelan air tebu. Erkkk... Mungkin juga air tebu bercampur air liurku... Nasib dialah, bukan aku yang suruh pun. 

"Kenapa? Tak pernah tengok orang makan?" Dia sekali lagi menyergahku. Aku menunduk sambil menggelengkan kepala. 

"Abang Naz lapar ke? Nanti saya masak."

"Kenapa, abang nampak macam lapar ke?" Aku menganggukkan kepala. 

Dia pula tersenyum. Senyuman terlebih gulanya selalu membuatkan jantungku rasa hendak terkoyak.

"Nak masak apa?" Dia bertanya, aku pula mengangkat bahuntanda tidak ada idea hendak masak apa.

"Ada barang ke nak masak kat rumah?"

Sekali lagi aku mengangkat bahu tanda tidak pasti. Dia pula menggelengkan kepala. 

"Habis, kalau semua tak tahu, awak nak masak apa?" Aku masih lagi mengangkat bahu.

"Dah, jom..."

Agaknya Abang Naz ajak Latifa ke mana? Kawasan umah Latifa mana ada shopping kompleks, agak - agaklah dah balik ke kawasan kampung orang asli, kan? Nak keluar dengan kereta ambil masa yang lama, baik makan kat luar je, kaannn?.. Tapi...
Abang Naz ajak Latifa ke mana?! nak tahu, jom layan WASILAH KASIH, pastinya anda takkan menyesal membacanya. Dapatkan sekarang!

atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment