KOMBO KANDA DINDA ~ cik tet



Pre order lebih kurang seminggu je lagi. Tamat je, terus masuk kilang. Sebelum tu nak cakap lagi sekali ni. Takut ada yg menyesal nanti bila dpt buku sb masih ada yg konpius🤣🤣🤣
🖤kombo kanda dinda ni kompilasi cerpen sahaja ya. Semuanya cerpen cik tet.
🖤Istimewa untuk mereka yg berminat dgn cerpen sahaja
🖤kompilasi ni gabungan cerpen lama yg pernah cik tet up dkt group dan cerpen2 baru
🖤ada 6 cite dlm satu buku
🖤panjang satu2 cite lebih kurang 100 ms dan ke atas
🖤tebal buku 2, 770 ms. Buku 1 tak tau lagi tapi lebih kurang je asenya
🖤cerpen lama cik tet tacap2 sikit bg lagi menarik. Yg mana pendek, cik tet tambah banyak sikit..tapi yg mana dah sedia panjang tu, cik tet cuma tambah2 sikit tang dialog je tau, sb cite memang dah panjang. Bukannya cik tet tambah keseluruhan ye. Dr awal buka order cik tet dh ckp benda ni. Risau betul takut ada yg salah faham nanti🤣🤣🤣🤣
🖤Cerpen2 yg baru...insyaAllah menghiburkan. Masih dengan gaya penulisan yg sama. Harap tak jemu ya😍😍😍😍
SIGNITURE KASIH 1
Melihat Anggerik yang hanya bertuala senteng, Firdee menelan liur berkali-kali. Wajah dibawa menunduk. Menghadap kertas putih di hadapannya, namun apa yang tertera di atas kertas itu bagaikan sudah hilang. Yang ada... hanya bayangan tubuh seseorang yang boleh buat dadanya meletup. Terbelah dua.
Muka diraup sekali. Kedua tangan naik memicit dahi. Tenang hati. Jangan terlalu mudah cair dengan godaan di depan mata.
"Firdee...boleh awak tolong saya?" Suara yang lemak merdu itu bagaikan bisikan manja yang hinggap di telinganya. Berpeluh tubuhnya melawan rusuhan di dalam dada. Anggerik memang sengaja nak buat dia menggelupur dekat sini.
"Dato Firdee... awak dengar tak ni?" Anggerik kian merengek. Geram dengan suami yang langsung tak nak pandang muka dia.
Firdee pejam mata sebelum mengeluh kasar. Wajah Anggerik dijeling dengan ekor mata saja, namun apa yang terhidang di depan sana, buat dia segera berkalih pandang. Dari hanya menjeling, kini sudah terpasak tepat.
"Apa yang awak buat ni, Anggerik? Awak memang sengaja nak goda saya ke?"
"Kenapa? Hati awak rasa tergugat ke?" Ujar Anggerik dengan riak muka selamba. Perasaan takut, resah dan gementar itu tertutup rapi demi satu misi.
Firdee mengeluh. Sengaja. Anggerik memang sengaja nak cabar keteguhan iman dia.
SIGNITURE KASIH 2
“Kau jangan nak buat sepah dalam bilik aku. Aku tak suka tengok benda kotor.” Ujar Irfan sambil berlalu.
“Tak suka tengok benda kotor, habis… jambang yang dah macam hutan belantara dekat muka tu tak nampak kotor pula?” Sufi mengguman sendiri sambil melangkah ke dalam bilik.
“Kau mengata aku ya?”
Terkejut Sufi dengar suara yang sedikit kuat itu. Bila dia menoleh, Irfan sudah pun berdiri dekat dengan pintu.
“Mana ada saya mengata awak?”

“Habis, siapa lagi yang ada jambang dekat sini? Kau ada jambang ke?”

“Err… saya ada sebut jambang ke tadi? Tak ada rasanya. Lagipun, saya tak suka jambang. Nampak semak. Kotor.”
Bila Irfan merenung, Sufi terus menarik daun pintu.
“Betul ke tak suka? Bukan lelaki nampak segak ke bila ada jambang? Perempuan pun suka lelaki berjambang.” 
“Tapi, tak adalah sampai tebal macam ladang jagung tua tu. Geli tahu.”
“Kau memang nak kena dengan aku, kan? Berani kau hina jambang aku.”

No comments:

Post a Comment