KOMBO NOTTY GIRL

💋 PRE ORDER RASMI KINI DIBUKA 💋

💋💄 KOMBO NOTTY GIRL 💋💄

MY BABY BOO vs CIKGU, KAHWINLAH DENGAN SAYA SUCI HIDAYAT X MAYYA BELLA

💋 PRINT ON DEMAND
💋 CETAKAN MENGIKUT PERMINTAAN KETIKA PREORDER
💋 PREORDER RASMI 22/11-31/12
💋 TIADA BAYARAN DITERIMA SELEPAS TUTUP PREORDER
💋 PERCUMA FRIDGE MAGNET BAGI PEMBELIAN KOMBO

SINOPSIS
💋 MY BABY BOO 💋
👩🏻‍💻 SUCI HIDAYAT

BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberikan ‘setia’nya pada makhluk bernama lelaki. Ditinggalkan setelah memberi seluruh cinta dan setia, membuatkan Boo merasa bodoh, hina dan sia-sia.

Bagi Boo, semua lelaki yang cuba mendekatinya pasti punya niat buruk. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu mempermainkannya. Lelaki-lelaki itu suatu hari nanti pasti akan meninggalkannya dan pergi bersama perempuan lain. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu menikmati kecantikan luaran miliknya. Setelah bosan dan puas, Boo pasti ditinggalkan.

Berbeza bagi BARD, lelaki yang tak serik-serik mencurahkan setia kepada insan yang tak pernah menghargai. Berkali-kali dicurangi, ditinggalkan dan dipermainkan, tidak menggoyahkan setia milik Bard. Lelaki itu tetap menunggu, tetap memaafkan, tetap memberi ruang dan peluang.

Sehinggalah takdir menemukan kedua-duanya. Bard si pencinta setia. Dan Boo si penagih sebuah kesetiaannya. Dua hati yang cukup sempurna dan saling melengkapi.

Namun laluan untuk bersama tak semudah yang disangka apabila kedua-duanya terjerat dalam hubungan cinta yang salah. Dengan orang yang salah.

Mampukah kedua-duanya melepaskan diri dari jerat itu dan bersatu? Sedang hati sungguh-sungguh yakin, inilah pemilik ‘setia’ milik mereka.

SINOPSIS
💋 CIKGU, KAHWINLAH DENGAN SAYA 💋
👩🏻‍💻 MAYYA BELLA

Bukan mudah menjadi sorang Ardleen Arsya. Mungkin orang lain nampak hidup dia selalu happy. Tergedik sana, tergedik sini. Huha sana huha sini.

Tapi hakikatnya, cuma dia dan tuhan saja yang tau betapa hidup dia diuji.

"Aku bukan suruh kau mengangkang. Aku suruh kau ringan-ringan je. Alah...macam tak biasa. Kau tu dari kecik lagi makan duit haram..Hasil aku jual tubuh. Dah besar nak jadi baik konon." - Mak.

Membesar dalam keadaan tertekan. Buat Ardleen rasa, hidup ni tak berbaloi kalau hanya diselubungi rasa sedih. Cari sesuatu yang boleh buat jiwa sendiri bergembira, ya, itu matlamatnya.

"Aku rasa aku kena kahwin dengan cikgu tu. Biar anak-anak aku pandai-cerdik-bijak macam Cikgu Aef. Takdelah nanti bengap macam kita ni. Math pun boleh failed. Aku kena atur strategi. Kena plan baik-baik. Bila kena masa dia. Ngappp. Kahwinlah dia dengan aku nanti. Hehehe." - Ardleen Arsya

Misi mengusik dan mengorat cikgu tuisyen handsome bernama Aef Afkar membuatkan hidup Ardleen seakan kembali ceria. Kena cop gedik, muka tak malu, satu patah tak dihiraukan. Ekspresi dan reaksi Cikgu Aef boleh jadi hiburan kala hatinya berduka.

"Aef tak pernah jumpa perempuan segedik dia, umi. Baru 17 tahun tu. Dia asyik ajak Aef kahwin je. Gila la. Tak tau segan langsung." - Aef Afkar.

Tapi, persoalannya. Cikgu Aef pun keliru dengan perasaan sendiri. Kalau diusik, dia meluat. Tapi masa Ardleen tak ada, kenapa dia selalu teringat-ingat?

Adakah itu namanya cinta?

💋💋💋

No comments:

Post a Comment