Kombo KUCH KUCH HATIKU

Pre order 
PROMOSI KOMBO : Sehingga 30.11.2018 
Kombo RM60 SM / SS 
happy happy sales utk 2 hari HARGA KOMBO RM50 SM / SS. SAH sehingga 23 november jam 5 ptg shj!! 
Harga Single RM33 SM / RM36 SS
termasuk pos

www.wasap.my/60189666752

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
Random teaser
“Kenapa saya tak boleh ustaz?”
Mukhriz pandang wajah mulus di hadapannya ini. Seorang gadis berselendang panjang berwarna biru muda entah dari jenama Ariani, Fareeda atau Neelofa Mukhriz tak pernah tahu. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Wajah Dian di pandang lagi bersilih ganti dengan wajah Dian dan Ariana.
“Dian, setiap perjalanan hidup kita ini sudah di tentukan di lof mahfuz lagi. Bukan di tangan saya, awak, Luqman atau siapa-siapa sahaja. Saya amat memahami apa yang ada dalam hati awak. Cuma Allah tak mengizinkannya Dian untuk di makbulkan permintaan awak.”\

Bukan mudah untuk untuk dia bercakap dengan Dian tentang hal ini. Kalau bukan kerana Luqman Harith itu sahabatnya dia juga tidak mahu masuk campur sesuatu yang bukan urusannya.
“Kenapa ustaz? Hanya untuk satu tempoh yang sekejap. Yang sedikit sahaja kenapa saya tak boleh?”
Dian terus bertanya.
“Dian, jodoh bukan di tangan kita.”
“Tapi Luqman pernah menyintai saya.”
Mukhriz tersenyum.

“Itu kisah lama sebelum Allah pertemukan Cempaka dan Luqman. Kisah tu dah berlaku bertahun-tahun sebelumnya. Takkan tergamak Dian mahu meruntuhkan sebuah masjid yang di bina dengan kasih sayang?”
Dian menunduk. Matanya bertakung. 
“Saya tahu ustaz kalau cinta Luqman bukan lagi pada saya. Saya yang bodoh kerana buatkan dia jauh dari saya. Tapi percayalah ustaz, saya ingin kembali dalam hidupnya bukan kerana cinta…”
“Saya faham niat Dian. Dengar apa yang saya nak ceritakan ni… Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Iaitu mentaati perintah suaminya. Adapun wanita yang telah meninggal sebelum bersuami, maka dia akan dinikahkan oleh Allah Azza wa Jalla di surga dari seorang laki-laki di dunia yang Allah kehendaki, berdasarkan hadist Nabi. Kenapa Dian harus takut.”

Mukhriz alihkan sedikit pandangannya bila mata Dian mencari anak matanya. Bukankah bertemu pandang dengan wanita yang bukan mahram itu tergolong dalam zina kecil. Dian tersedu-sedu. Ariana cepat-cepat gosok belakangnya untuk menenangkannya.

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
SEKUMPULAN wartawan dan jurugambar terus mengekorinya. Dia pula terus berjalan tanpa menoleh sambil sesekali melihat handphonenya. Tidak dipedulikan langsung kerlipan flash kamera, apatah lagi soalan-soalan yang sedang mengejarnya.

Sebaik sahaja sampai di bahu jalan, sebuah kereta mewah sedang menunggunya. Dia segera merombos masuk.

Ponnnnnnn! Para wartawan terpaksa menghindar. Nyawa lagi berharga dari berita tentang anak muda tersebut.

“Dia dah blah!” Azmeer mengeluh. Kamera yang diusungnya langsung tidak mendapat ‘shoot’ yang menarik untuk dipaparkan sebagai berita utama.

“Cepat, mari ikut aku!”

“Kau nak ke mana?”

“Kau ikut sajalah!” Hana berlari ke satu arah. Dia terus mencelapak ke skuter kuningnya.

“Cepatlah!” Azmeer garu kepala.

“Kau biar betul!”

“Lambat aku tinggal!” Tanpa berlengah, pemuda itu terus mencelapak di belakangnya sambil mengusung kameranya. Tidak sempat dia membetulkan duduk, Hana sudah memecut. Berdecit tayarnya. Hampir saja Azmeer terlentang.

“Kau gila! Aku tak pakai helmet hoiii!” Pekik Azmeer. Sedikitpun Hana tidak terkesan. Dia terus mencilok di jalan yang sibuk.

Lelaki itu masih sibuk dengan telefonnya. Sedikitpun tidak terkesan dengan kes mahkamah yang baru dihadirinya.

“Ada yang ikut kita bos.” Dia mengangkat sedikit kepalanya. Namun kemudiannya menunduk semula.

“Takkan tak tahu nak laju.”

“Jalan sibuk sangat bos, tak boleh nak mencelah.”

“Hmmm…” lelaki itu menoleh. ‘Dia lagi?’ desis hatinya. Dia menghela nafas panjang. Muncung kamera itu benar-benar menjengkelkannya.

Ponnnn!

“Hana!” Pekik Azmeer. Sebuah lori tiba-tiba sahaja memintas mereka. Kepalang terkejutnya lelaki lembut itu. Cepat-cepat sebelah lagi tangannya melingkar ke pinggang Hana.

“Sekali lagi kau cabul aku, merengkok kau dalam longkang!” Hana menyiku Azmeer. Skuternya dipulas habis. Hana mencilok bagaikan lipas kudung.

“Bos!” Skuter kuning bersaing dengan sebuah laborghini yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Hana tersengih memerhatikan pemuda yang kelihatan cuak di dalam kereta itu.

“Ambik gambar! Ambik gambar!” Arah Hana.

“Gelaplah cermin, apapun tak nampak!” Azmeer menghalakan muncung kameranya. Hana pula terjengah-jengah cuba melihat lebih jelas pemuda itu. Tindakan mereka menarik perhatian, ramai mula memperlahanan kereta untuk melihat gelagat mereka.

Hana merapatkan lagi motorsikalnya. Kali ini pandangannya lebih jelas. Azmeer pula terkial-kial menghalakan muncung kameranya.

Ponnn! Hana sudah tidak peduli. Dia harus lebih rapat. Kereta bergerak perlahan. Dia juga ikut bergerak perlahan. Jalan semakin padat!

Ponnnnn! Pandangan Hana tiba-tiba berpinar. Kepalanya terbentur keras, tiba-tiba dia terasa lelehan panas. Dia memegang kepalanya. Tangannya berlumuran darah. Azmeer terbaring mengeliat. Hampir sahaja dia digilis kereta. Lamborghini terus meninggalkan mereka jauh.

Lelaki itu tersenyum sambil pandangannya terus tertumpu ke handphonenya.
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
atau

No comments:

Post a Comment