Cinta Sampai Mati

STOK TERHAD!!
BAYARAN AKHIR 28 NOVEMBER 2018
HARGA RM40 SM / RM47 SS
termasuk poslaju
Kisah perempuan bername wangi jadi pelacur. Kisah yg sangat sangat best!!
“AKU nak perempuan tu. Berapa harga dia untuk satu malam?”

“Perempuan mana kau nak? Sini ada banyak perempuan.”

“Aku nak Wangi Nur Jannah."

Edika jongket senyum sinis. Entah dari mana datangnya lelaki ini. Tiba-tiba mendekati dia untuk ‘menyewa’ Wangi Nur Jannah. Tapi tak mustahil pun. Dah berapa ramai lelaki pelanggan kelab ini yang datang kepadanya menyatakan hasrat yang sama, namun Edika tolak mentah-mentah.

Wangi Nur Jannah bukan stok pelacur murahan. Bukan 20 ringgit satu game. Bukan 30 ringgit. Bukan 50 ringgit. 200 pun bukan. Edika tidak sewenang-wenangnya serahkan Wangi kepada lelaki sebarangan.

Sudah 15 tahun Edika bela Wangi. Berapa orang lelaki yang telah meniduri Wangi masih boleh dikira dengan jari.

Edika kerling lelaki bertopi hitam, berjaket kulit hitam dengan jeans biru itu. Tak pernah Edika lihat wajahnya melintas di hadapan mata. Lelaki itu juga langsung tidak memandang wajahnya dari awal lagi.

Sekali lagi Edika ukir senyum menyindir.

“Tak murah. Aku rasa kau tak mampu. Baliklah.”

“Aku sanggup bayar.” Lelaki itu bersuara tegas.

Mencerun pandangan Edika mencari wajah lelaki itu. Dalam kesamaran dan kemeriahan cahaya yang datang dari lampu dan spotlight, wajah lelaki itu Edika amat-amati. Edika kagum dengan kesungguhan yang lelaki itu tonjolkan.

“10 ribu ringgit untuk satu malam. Sanggup?” duga Edika berserta senyum mengejek. Jawapan balas dari lelaki itu sudah boleh diagak. Tentu lelaki itu akan mengalah dan berundur.

“30 ribu. Tiga malam. Dan aku nak bawa dia ke tempat aku. Deal?” balas lelaki itu tanpa berfikir lama. Lelaki itu tetap dengan keputusannya untuk melanggani Wangi. Berapa jua harga yang Edika sebutkan, akan dipenuhi.

Lebar senyum Edika. Ini bukan sebarang jerung. Rugi kalau dilepaskan.

Lagipun, dari wajah lelaki itu, nampak bersih. Kalau mengaku masih teruna pun, orang akan percaya. Tapi kenapa tiba-tiba datang hendak melanggan pelacur pula? Kalau duit banyak sangat, pergilah cari bini. Bodoh. Kutuk Edika dalam hati.

Ahhh! Edika malas hendak berfikir panjang lagi. Lebih baik terima sahaja.

“Deal. Esok, 9:00 malam, kau bawa duit dan kau boleh bawa dia pergi. Cukup tiga malam, pada waktu yang sama, kau kena hantar dia balik semula ke sini.”

“Okey.”

Lelaki itu bangun dan terus berlalu meninggalkan Edika setelah memberi kata setuju. Sungguh, dia tidak sabar untuk ‘melanggan’ perempuan itu. Melanggan pelacur buat pertama kalinya dalam hidup. Dan pelacur itu adalah Wangi Nur Jannah!

Damn!!!

Tanpa sedar, air mata Abid mengalir.

Saat ini terlintas di fikirannya. Kalaulah membunuh itu tidak berdosa, memang malam ini juga Abid akan bunuh Edika!

🌼🌼🌼

“CIK… cik… bangun. Kita dah sampai,” panggil si lelaki asing mengejutkan Wangi. Lekas-lekas Wangi membetulkan duduknya. Hujung skirt yang terangkat segera ditarik semula menutupi peha gebunya.

Wangi mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Di hadapannya sebuah hotel entahlah berapa bintang. Tetapi, jelas nampak mewahnya. Staff hotel yang setia menanti, membukakan pintu buat Wangi.

“Dah sampai.” Lelaki asing itu bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Pasti lelaki yang melanggannya untuk tiga malam.

Seram sejuk Wangi rasakan. Apa agaknya bala tiga hari yang akan menimpa dirinya?

“Jom, saya hantarkan cik naik ke atas.” Lelaki asing itu memberi isyarat tangan agar Wangi mengikut langkahnya.

Menghela nafas dalam-dalam, Wangi mula melangkah langkah.

Wangi dan lelaki asing itu kini berdua di dalam lif. Wangi memerhatikan nombor tingkat lif yang ditekan. Tingkat 15.

Semakin hampir ke tingkat yang dituju, gelora dalam dada Wangi semakin menggila.

Melangkah keluar, lelaki itu tercari-cari nombor bilik yang harus dituju.

15-8.

Lelaki asing sudah bersedia dengan access card. Membukakan pintu untuk Wangi dan menutup semula sebaik sahaja Wangi menapak masuk. Lelaki asing itu pun berlalu pergi meninggalkan Wangi berdua dengan seseorang yang sedang berdiri di balkoni. Membelakangkan Wangi.

#ABIDWANGI
🌼🌼🌼

WANGI masih berdiri di pintu. Dan lelaki itu masih berdiri di balkoni.

Cahaya di dalam kamar hotel mewah itu samar-samar sahaja. Hanya satu lampu sudut yang menyala. Yang lain semua di matikan.

Suasana begitu hening tanpa suara. Wangi bisu. Lelaki itu turut berdiam. Entah mengapa keadaan terasa begitu tegang dan pelik.

“Ehem! Ehem!” Sengaja Wangi berdeham. Kalau-kalau lelaki itu sebenarnya tidak sedar akan kehadiran Wangi.

Lelaki itu tetap kaku di situ.

Menarik nafas dalam-dalam, Wangi melangkah mendekati balkoni dan berhenti tidak jauh dengan lelaki itu.

“Err… nak saya mandi dulu ke?” tanya Wangi. Kebiasaannya begitu. Pelanggan akan menyuruh Wangi membersihkan tubuh dahulu sebelum digauli mereka.

Lelaki itu tetap seperti tadi.

Sepi.

Wangi memerhati lelaki itu dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Kelihatannya masih muda. Tidak seperti pelanggan Wangi yang lain. Yang layak Wangi panggil ayah!

Lelaki itu tampak kemas dalam baju lengan panjang berwarna hitam dan jeans biru gelap, Memandang tubuh sederhana yang berdiri di hadapannya, barulah Wangi perasan akan jaket hitam milik lelaki itu yang masih tersarung di tubuhnya. Cepat-cepat Wangi tanggalkan dan menyangkut jaket itu di tempatnya. Lalu kembali berdiri di hadapan balkoni.

“Sorry. Tadi saya sejuk. Orang yang hantar tadi bagi saya pinjam jaket awak. Saya pulangkan ya.”

Bisu lelaki itu membuatkan Wangi tidak keruan. Aneh sungguh. Belum pernah lagi Wangi bertemu pelanggan begini. Tak semena-mena wajah Edika muncul bersama amarannya agar melayani pelanggan jerung ini sebaiknya.

“Err… kenapa diam je? Malu ke?” Wangi pura-pura ketawa kecil. Cuba melonggarkan ketegangan yang begitu terik.

“Okey, takpa. Biar saya kenalkan diri. Nama saya, Wangi Nur Jannah.”

Abid pejam mata rapat-rapat. Membiarkan air mata terus mengalir. Sejak diberitahu Wangi dalam perjalanan menuju kepadanya, air mata Abid tidak mahu pergi walau diusir berkali-kali.

Kenyataan ini terlalu kejam bagi Abid.

Menarik nafas sedalam-dalamnya, Abid mencari kekuatan. Perlahan-lahan Abid berpusing untuk berdepan dengan gadis yang telah meranapkan seluruh cintanya.

“Dan saya, Abid Bakhtiar Ubaidillah.”

Nama itu kedengaran sangat jelas di gegendang telinga Wangi.

“Abid?!”

Besar kelopak mata Wangi. Serta merta seluruh roma Wangi meremang. Tubuh kecil Wangi menggigil dan tangan dan kakinya menggeletar.

Abid mendekati setapak. Sementara Wangi mengundur bertapak-tapak sehingga terduduk di birai katil. Lekas-lekas Wangi bangun. Liur diteguk berkali-kali.

Meskipun tak berlari, nafas Wangi tercungap-cungap. Seakan sahaja ruang kamar hotel itu kehabisan oksigen.

“Aaa… aaa… apa Abid buat dekat sini?!” Suara Wangi tersekat-sekat. Pelbagai rasa bergelodak dalam diri Wangi saat ini. Takut, marah, malu, hina berbaur menjadi satu. Pandangan Wangi seakan kelam. Ingin sekali Wangi lari. Tapi ke mana?

Kaki Wangi juga seakan dipaku di lantai kamar hotel itu.
Dengan mata basah, Abid perhatikan Wangi yang amat dia rindui. Dari atas hingga ke bawah. Tanpa satu pun terlepas. Betapa serasa ingin Abid hancurkan kedua-dua bola matanya kerana terlalu kecewa dengan apa yang sedang dilhatnya.

Abid ukir senyum. Senyuman yang menggambarkan betapa luluhnya perasaan yang sedang mendera jiwa.

“Kenapa? Terkejut?” Berserta senyum kecewa, Abid menatap tepat ke mata Wangi.

Wangi memeluk tubuh. Lengan kecilnya melintang di dada. Menutup yang terdedah. Malu dipandang Abid dalam keadaan separuh bogel begitu.

“Abid buat apa dekat sini? Macam mana Abid… macam mana Abid tahu Wangi… macam mana Abid boleh jumpa Wangi?”

Abid Bakhtiar tersenyum lagi.

“Wangi tanya Abid, apa Abid buat dekat sini?”

Abid ketawa. Semakin lama semakin galak. Bersama mata yang masih terus basah.

“Apa aku buat dekat sini? Nak tau? Betul kau nak tau?” 
Wangi dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Abid di hadapannya ini bukan lagi Abid yang pernah Wangi kenal.

“Aku dekat sini nak langgan pelacur. Kau pelacur kan?” Betapa sebenarnya Abid benci untuk menyebut perkataan itu. Namun kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.

“Abid… sampai hati Abid cakap macam tu?” Wangi berasa terhina.

Satu-satunya insan yang diharapkan untuk mempertahankannya, kini sama-sama meludah, memijak maruahnya.

Leher dress yang menayang lurah, Wangi tarik ke atas. Cuba menutup apa yang mampu.

“Eh… kenapa kau nak tutup-tutup ni? Bukalah. Buka! Buka semua! Aku nak tengok. Lelaki lain boleh tengok. Kenapa aku tak boleh?”

Kata-kata Abid memercikkan kemarahan dalam hati Wangi.

“Jangan biadab, Abid!”

Namun, kemarahan Abid lebih tidak berarah. Mendekati Wangi terus sahaja Abid mencengkam kuat batang leher Wangi dengan kedua-dua tangan kasarnya. Semakin lama semakin kuat.

Mencungap, nafas Wangi tinggal sisa. Namun Abid tak peduli. Seakan mahu sahaja ditamatnya usia Wangi ketika itu. Seakan lebih rela Abid lihat jasad itu terkulai tanpa roh dari melihat tubuh itu diratah yang haram sewenang-wenangnya.

Cengkaman Abid semakin kuat seiring rasa marah yang mengganas dalam dada. Jari kecil Wangi gagal melonggarkan cengkaman Abid. Suara Wangi juga tersekat oleh cengkaman jari kasar itu.

Melihat Wangi yang hampir tak bernyawa, Abid melonggarkan cengkamannya. Tubuh Wangi ditolak sekuat hati sehingga terdampar di atas katil.

“Kau tanya aku apa aku buat dekat sini? Ha? Wangi?”

Wangi cuba duduk. Cuba menjauhkan diri. Cuba lari, Namun Abid semakin mendekat dan menindih tubuhnya.

“Abid. Dengar dulu. Bagi Wangi explain!”

“Nak explain apa lagi, Wangi Nur Jannah? Semuanya jelas! Aku bukannya bodoh!” Abid benar-benar sudah hilang kewarasan. Memang Abid tak mampu bertahan lagi. Tak mampu menahan rasa marah kerana dikhianati sekejam ini.

“Abid…” Dalam rintihan, Wangi cuba menolak tubuh Abid.

“Malam ni aku datang sini sebab aku nak rasa perempuan yang sepatutnya jadi hak aku!” Meremang roma Wangi mendengarkannya. Pertama kali dalam hidup Wangi melihat Abid begini.

Wangi peluk tubuh erat-erat. Rasa malu diperlakukan oleh Abid begitu.

Abid menepis tangan Wangi yang melintang menutup dada dengan kasar.

“Apa yang kau nak tutup lagi?! Dekat lelaki lain, kau tunjuk semua! Kenapa dengan aku kau tak bagi?!”

“Abid, tolong jangan buat Wangi macam ni, Abid!” rayu Wangi.

Paling wajah, Wangi tidak mahu menatap mata Abid.

“Buka baju ni! Buka semua!!! Aku nak tengok! Aku nak semua!”

“Abid! Jangan!!!” Wangi meronta-ronta minta dilepaskan.
Tali halus yang tersangkut di bahu Wangi, Abid rentap keras.

“Kau pelacur kan?! Aku bayar untuk semua ni!! Kenapa nak halang aku?! Kenapa dekat lelaki lain, kau boleh serah semua?! Kenapa Wangi?!!!” Persoalan itu terus bermain di fikiran, hati dan mulut Abid. Terlalu sukar untuk Abid terima hakikat. Kenapa Wangi boleh memilih jalan ini? Kenapa mudahnya Wangi gadai tubuh kepada lelaki? Kenapa Wangi memilih untuk bergelar pelacur?

Pakaian Wangi telah pun terlucut. Sesaat kemudian, Abid hanya ‘berbaju’ kulit. Raungan dan tangisan Wangi Abid tak mahu peduli. Sebagaimana Wangi tak pernah peduli perasaannya saat Wangi bersama lelaki lain.

Abid tekad. Malam ini dia mahu ‘menoktahkan’ episod hidup Wangi sebagai pelacur. Kalau dia tak dapat jadi yang pertama, biar dia jadi yang terakhir menyentuh Wangi.

“Aku nak kau serah semua dekat aku! Kau nak sangatkan?! Kau dah tak boleh sabar kan? Tak boleh tunggu. Tak boleh tahan nafsu kau sampai aku balik sini! Kau biarkan lelaki lain sentuh kau! Kenapa kau bodoh sangat Wangi?! Kenapa murah sangat?!”

Abid dah melampau! Kata-kata Abid, fitnah semata-mata!
Berbekalkan sisa kekuatan yang ada, Wangi layangkan tapak tangan kecilnya ke muka Abid, sehabis kudrat yang Wangi miliki. Mengejutkan Abid yang seakan dirasuk syaitan.

“Abid! Bawa mengucap, Abid!”

Benar Wangi pelacur. Namun Wangi tak pernah rela dirinya dilacurkan. Apatah lagi dengan Abid Bakhtiar.

Dan dengan seluruh tenaga dan amarah yang meledak, giliran Abid melayangkan tapak tangan kasarnya ke wajah Wangi. Bukan sekali. Tapi berkali-kali.

Sehingga Wangi lembik tak berdaya lagi. Abid memukul Wangi sepuas hati. Menghamburkan segala kekecewaan.

Wangi kaku, terkulai. Esak dan rintihnya juga terhenti. Pandangannya berbalam. Sakit. Tubuhnya sakit dikasari. Dada Wangi sesak. Nyawa bagai sudah di penghujungnya.

Lelaki itu berhenti apabila melihat darah di hujung bibir Wangi, Abid jadi sebak. Wajah Wangi disentuh perlahan.

Berhati-hati, Abid menyapu darah itu dengan jari.
Tubuh Wangi dipeluk erat-erat. Rambut harum Wangi diusap lembut. Dahi Wangi dikucup berkali-kali.

Kesal.

Abid kesal apa yang telah berlaku. 
Abid juga kesal. Dengan apa yang sedang berlaku. Dosa yang telah dilakukan dengan tangannya sendiri. Tewas dek amarah, Abid menyakiti Wangi dengan perkataan dan perbuatannya.

Merapatkan wajahnya ke wajah Wangi tanpa berjarak sezarah pun. Wajah Wangi Abid kucup lembut.

“Kenapa, Wangi? Kenapa Wangi buat Abid macam ni? Abid tunggu Wangi lama… Lama Wangi. 15 tahun Abid tunggu Wangi. Nak jumpa Wangi. Kan kita dah janji nak hidup sama? Abid dah janji nak jadikan Wangi isteri Abid. Yang sah. Satu-satunya perempuan dalam hidup Abid. Bidadari Abid. Dunia. Akhirat. Tapi kenapa ini yang Abid dapat? Apa salah Abid? Apa dosa Abid? Sampai Wangi tergamak buat macam ni?” Lirih suara Abid menyoal sayu. Sukar digambarkan kekecewaan yang diusung dalam dada.

Tiada lagi rasa malu. Abid menangis semahunya di hadapan Wangi. Biarlah egonya di tapak kaki sekalipun. Abid tak peduli.

Satu demi satu butir perkataan yang Abid ucapkan, mampu Wangi dengar dengan jelas. Namun, Wangi terlalu lemah untuk berbicara. Untuk bernafas juga perlu sehabis usaha. 
Dan segala jawapan bagi pertanyaan Abid, telah siap sedia. Hanya menanti untuk Wangi jelaskan segala-gala.

Biar Abid tahu apa yang telah terjadi sepanjang ketiadaan Abid. Manusia-manusia yang mengotorkan fikiran Wangi dengan maksiat. Manusia-manusia yang menjerat Wangi sehingga Wangi terjerumus ke dunia hitam ini. Manusia-manusia yang menjadikan Wangi tempat membalas dendam dan amarah mereka.

Dan biar Abid tahu kebodohan Wangi sendiri yang membawa Wangi ke sini. Ke dunia penuh dosa ini.

atau
atau

No comments:

Post a Comment