KOMBO DIA ISTERI AKU RUPANYA


"Yang mana tanya pasal novel DIA ISTERI AKU RUPANYA karya HASH AULIA ni COVER BARU.
Novel ni, even tak beli novel pertama dulu pun, boleh baca lagi. Hash rombak cerita lama, jadikan cerita baru. EDISI TERBARU. Banyak mana berubah, tak sure. Tapi, yang pastinya berubah. Main point kekal je. "
KOMBO DIA ISERI AKU RUPANYA dan LELAKI MILIK AKU. 
HARGA KOMBO RM70 SM / RM80 SS 
HARGA SINGLE RM40 SM / RM47 SS
termasuk postage
PRE ORDER SEHINGGA 30 NOVEMBER 2018
Sinopsis
Dia isteri aku rupanya EDISI TERBARU
Pilihan keluarga? Kahwin paksa? TIDAK bagi Syifa Imani. Dia tak akan sesekali pertaruhkan hatinya untuk hubungan yang tak pasti.
Namun, siapa sangka, perkahwinan yang dia tolak akhirnya berlaku juga. Bukan keterpaksaan tapi, atas kerelaan hatinya sendiri. Malangnya, niat sucinya dicurigai oleh sang suami.
“Berapa mama bayar kau?” - Adi Firkash
“Dua juta. Puas hati?” - Syifa Imani

Bagi Syifa, bila namanya isteri, dia akan menjalankan tanggungjawabnya walaupun seringkali dipandang remeh oleh encik suami. Menerima segala kekurangan tanpa sedar ada cinta bertapak dalam hati. Sayangnya, belum sempat dia meluahkan perasaan itu, dugaan melanda sehingga dia terpaksa mengundurkan diri.
Dan bila tiba-tiba takdir menemukan mereka semula, adakah Adi Firkash mengenalinya meskipun dia menidakkannya?
“Syifa Imani bt Dollah... awak isteri saya kan?”
“Encik salah orang. Saya bukan isteri cik. Saya belum kahwin.”
Tatkala hati dah terluka teruk, dia terpaksa menafikan walaupun secebis rindu masih bertapak. Dan kehadiran Airil Izwan secara tiba tiba semakin mengeruhkan lagi keadaan.
“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain?? Tell me!”
Dek kerana cemburu seorang suami dan lelaki asing, dia tersepit di antara sebuah kebenaran. Mampukah Syifa Imani menerima Adi Firkash setelah dia dibuang bagaikan kain buruk. Dihalau tanpa melihat seraut wajahnya? Masih wujudkah kemaafan buat encik suami setelah hati hancur berkecai?
-
LELAKI MILIK AKU
Oh my god!
Hampir jatuh rahang Dhia melihat pemandangan depan mata.
"Dhia.."
"Maaf, bos. Sa..saya...tak sengaja." Cepat-cepat dia tundukkan pandangan tatkala bertaut pandang dengan sepasang mata tajam di sebelah encik bos.
Sekilas, Dhizal menghela nafas lemah. Jemari yang berada dalam genggaman Daniel, dia rentap kasar.
"Get out!" Suara berbaur amaran dilemparkan buat si Daniel.
"Kenapa? Sebab betina ni ke?"
Terkedu Dhia mendengar jerkahan si lelaki asing. Dhizal juga berubah riak.
"You lari daripada I, sebab betina ni ke?"
Dada Dhia dihempas debaran. Suasana saat ini agak ganjil. Realiti, perempuan akan serang perempuan bila berkaitan dengan orang ketiga.Tapi, kali ini, dia sedang berhadapan dengan seorang lelaki sado lagi macho. Atas nama alasan cemburu. Mahu dia tak takut?
"Err...bos..sa..saya keluar dulu."
"Wait, BITCH!"
Spontan langkah Dhia berhenti. Telinga berdesing?
Dia panggil aku apa? Bitch?
"Daniel, get out." Dhizal mencelah. Saat yang sama, dia berdiri depan Dhia. Cuba melindungi si gadis.
"Babe... You.."
"Get out! Now!" Jerkah Dhizal lantang. Sehingga Dhia menikus ketakutan. Belum pernah dia tengok sisi encik bos yang ni.
Garang dan menakutkan!
Sebaik sahaja kelibat Daniel hilang, Dhia pandang encik bos. Wajah itu nampak kusut.
"Jadi, betullah?"
"Betul apa?"
"Bos ni gay?" Selamba dia menyoal. Padahal muka kawan tu, macam singa kelaparan.
"You nak I buktikan ke?"
"Maksud bos?"
"Kahwin dengan I, atau jadi peneman tidur I. Kalau you pregnant, that's mean, I lelaki tulen. Nak I buktikan?"
"Tak nak." Buru buru dia geleng kepala.
Seram, aih!

No comments:

Post a Comment