BAD BOYS EDITION ~ HANA EFRIENA

Tarikh akhir bayaran 31 OKTOBER 2018. Tapi akn tutup awal kalau kuota habis awal.
 No booking
 No Fussy Buyer
Pengeposan dalam NOV 2018. 
KOMBO 
RM70 SM / RM80 SS
termasuk postage

-
BIAR HATI MENCINTAI (BHM)
******
Gara-gara harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah Datuk Haslan, maka tercetusnya perang di antara dua beradik itu. Dhaif Muhaz yang menjadi kepercayaan Datuk Haslan berbanding dengan abang tirinya, Rio Haqil. Meskipun kehidupan Dhaif agak sosial, namun lelaki itu lebih komited dalam menguruskan Warisan HH Properties.

Terlucutnya nama Rio sebagai pewaris utama wasiat itu menyebabkan lelaki itu mula berang. Lantas strategi diatur agar harta pusaka itu dapat dipindah milik ke atas namanya kembali. Bagi Rio, dialah pewaris yang paling berhak kerana Dhaif dan Dhaihani cuma sekadar anak yang dipungut oleh papanya sebelas tahun yang lalu.

You've messed with a wrong person, Dhai. - Rio Haqil

Dhaif tersenyum sinis. Bencinya pada keturunan Datuk Haslan nenjadikan dia lelaki yang terlalu tamak.

Dua perkara yang aku langsung tak takut dalam dunia ni. Pertama, mati. Kedua, kau! - Dhaif Muhaz

Berbagai cara yang Rio lakukan semata-mata untuk memaksa Dhaif menandatangani pertukaran wasiat itu, namun ternyata semuanya gagal. 

Kata orang, jika sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan. Ternyata itulah perkara yang paling rumit.

Lantas selama Rio mengenali Dhaif, kelemahan lelaki itu cuma satu. PEREMPUAN. 

Kau perlukan duit, kan? Jadi aku nak kau tawan hati dia dan dapatkan tandatangannya pada wasiat tu. - Rio Haqil

Si gadis terhenyak. Keadaan membuatkan dia menjadi manusia yang tak berhati perut. Lantas misi itu disahut berani olehnya.

Mengenali Dhaif selama enam bulan, hati dia mula tercuit. Lelaki itu langsung tidak sama seperti apa yang Rio pernah khabarkan.

Kau memang suka tengok aku tak berbaju ke? Mata tu. Mata tu tolong jangan nak juling sangat, cik adik.- Dhaif Muhaz

Mengenangkan perangai si Dhaif, pasti ada senyum yang melatari bibir. Dhaif yang suka menyakat. Dhaif yang kadang-kala nampak begitu melindungi dirinya. Namun, masih samakah layanan Dhaif padanya setelah dia sendiri yang menyebabkan lelaki itu jatuh miskin dalam sekelip mata?

Why have you betrayed me, Thifa? - Dhaif Muhaz

Kerana Nathifa Mumtaz, Dhaif hilang segala-galanya. Jika saat ini harta yang menjadi pertukaran, dia lebih rela melepaskannya pada Rio. Asalkan dia tidak perlu menerima hakikat bahawa kehadiran Nathifa dalam hidupnya selama ini hanya sekadar sebuah lakonan. Ah, perit!

Jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku lagi, perempuan. Sebab aku takkan lepaskan kau dengan selamat untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya mungkin aku patut kelar muka kau yang cantik tu kan? Jadi aku bagi kau peluang. Larilah selagi kau masih mampu.- Dhaif Muhaz

Ugutan Dhaif menyebabkan Nathifa terpaksa akur. Akhirnya dia membawa diri jauh daripada lelaki itu. Sepanjang tempoh itu juga, keadaan Nathifa semakin berubah. Tiada lagi kehidupannya yang berwarna-warni semenjak mengenali lelaki bernama Dhaif Muhaz. Yang tinggal cuma rasa rindu yang tak akan pernah kesampaiann

Dhaif membenci dan dia perlu menghadap kebencian itu buat seumur hidupnya.

Duhai bayu,
Sampaikan pada si dia yang jauh di mataku,
Bahawa aku sedang sarat menanggung rindu.

Ternyata pengkhianatan itu terlalu perit hukumannya. Hampir bertahun mereka berpisah, akan adakah pertemuan kali kedua di antata Dhaif dan Nathifa?

Sesungguhnya takdir itu milik Allah S.W.T.

~~~~~~~~~~

Biar hati mencintai,
Walaupun aku tahu kau masih membenci.

#UlangCetak
HATI TETAP CINTA

******
Dalam hidup memang perlu membuat pilihan. Dan pilihan itu ada dua. Sama ada ia menenangkan hati kamu atau ia semakin membuatkan kamu resah. Ternyata Rio membuat pilihan kedua.

Kadang-kadang sesuatu yang kita sayang itu lebih baik untuk dilepaskan. Bukan untuk disimpan dekat dengan hati. – Rio Haqil

Bergelar suami kepada Dhaihani Medina dalam keadaan yang terdesak memang tak pernah termasuk dalam ‘senarai’ kamus hidupnya. Ternyata tempoh dia menjadi pelindung kepada gadis itu cukup-cukup terhad. Disebabkan satu insiden, Rio tekad membawa diri. Meninggalkan Dhaihani yang masih koma bersama bayi di dalam kandungan.

Dhaihani masih menanti dan akan tetap menanti. Lima tahun berlalu dan takdir membawa mereka bertemu kembali. Berbaloikah penantian Dhaihani jika pertemuan itu langsung tidak pernah dipinta oleh Rio? Bahkan, zuriat mereka juga langsung tidak dipandang oleh Rio.

Jangan gunakan budak ni untuk lembutkan hati aku. Sebab Rio Haqil takkan pernah berubah untuk jadi baik. Macam mana kau kenal aku dari mula, macam tu juga aku sekarang ni. – Rio Haqil

Dhaihani pasrah andai Rio masih membenci. Namun wajarkah jika Adira Hanan, si kecil yang langsung tidak bersalah itu turut menerima tempiasnya?

Adira Hanan Binti Rio Haqil, betulkan saya kalau saya salah. Sebenarnya apa dosa kami pada awak, Rio? – Dhaihani Medina

Rio tiada jawapan untuk itu. Dia masih menjadi lelaki sejuk beku. Menolak kehadiran Dhaihani dan Adira sehinggalah sampai suatu tahap, egonya mula rasa tercabar.

Who’s that guy? Aku tak suka kau keluar dengan dia. – Rio Haqil

Atas alasan apa saya perlu dengar cakap awak? – Dhaihani Medina

Let me remind you that I’m your husband! Dan aku gunakan alasan tu untuk soalan kau tadi! – Rio Haqil

Tersenyum Dhaihani mendengar bicara keras lelaki itu. Jika hati Rio sedang merasa cemburu, akan adakah peluang untuk dia dan si kecil Adira merasai bahagia?

No comments:

Post a Comment