PRE ORDER SEHINGGA 4/11/2018
RM38 SM / RM42 SS
termasuk postage
“BANYAKNYA?” Hampir terlopong mulut Firash tatkala melihat hampir sebeban kemeja yang bermacam-macam corak dan pelbagai jenama itu di tangan kanan Syaf. Itu tidak termasuk lagi dengan beberapa helai seluar slek dan khakis di tangan kiri. Dia nak aku try semua ni ke? Boleh pitam jugaklah aku kat dalam fitting room nanti!
“Mestilah.. takkan nak ulang pakai baju yang sama je?” Balas Syaf tanpa rasa bersalah. Mata masih ralit memerhatikan saiz baju-baju yang sedang dipegang. Ingin memastikan yang saiz itu betul dan kena dengan tubuh suaminya. Sekejap-sekejap dia mengambil baju di tangannya lalu disuakan ke arah Firash yang masih setia di sisi.
“Tapi macam banyak sangatlah... karang tak terpakai pulak.. buat membazir je.” Keluh Firash apabila masih tidak berkelip melihat baju-baju yang masih dihulurkan oleh isterinya itu.
“Eh kali ni betul-betul kerja tau.. bukannya di zaman jadi budak praktikal lagi sampai nak kena ulang baju yang sama dalam seminggu.. so nak lah nampak kemas, segak, bergaya.” Tutur Syaf seraya tersenyum. Dia mula menarik tangan suaminya untuk menemaninya ke fitting room berdekatan. Nak tak nak kena jugak paksa dia ni. Karang banyak pulak alasan dia!
“Habis tu selama ni tak nampak segak bergaya lah?” Matanya membulat. Mula keliru dengan pandangan Syaf terhadapnya
email : mybizsantaishop@gmail.com

No comments:
Post a Comment