KERANAMU ~ HASH AULIA

Grab yours..
PRE ORDER 
KERANAMU ~ Hash Aulia

TEASER KERANAMU
“I masih simpan you sebagai isteri, sebab anak dalam kandungan tu. So, please.. I minta sangat jangan salah faham dengan segala tindakan I. I buat demi anak I, bukan sebab you.” Ujar Mike tanpa memikirkan kepedihan yang bakal menjerat hati si isteri. Air muka tampak keruh, tapi segala sudah terlambat. Hatinya seolah-olah tidak terkesan dengan reaksi itu. Jiwa dia mati. Hati dia lebur. Dan perasaan dia kosong.
Perit! Itu yang dia rasakan setiap kali Mike berkata-kata. Sebak menggigit hingga ke sanubarinya. Dulu, setiap patah kata yang lahir daripada bibir sensual encik suami, membawa dia terbang ke langit sehingga kakinya tidak menjejak tanah. Dan tidurnya sentiasa di ulit mimpi-mimpi indah. Sekarang? Hampa. Tawar. Semuanya tawar. Setiap hari ditemani rasa penyesalan yang tiada kesudahan. Nafas di tarik dalam, lalu dia mengukir senyum kelat. Dia harus kuat walaupun sebaliknya.
“Boleh Eian Tanya?” tak pernah jemu dia menatap ke dalam anak mata itu walaupun seringkali dijeling tajam. Meskipun sepasang mata itu tidak sudi memandang ke arahnya.
“Hmm.” Dingin dan kasar suaranya yang terluah. Dia tidak berminat. Tapi, tak adalah kejam sangat sampai nak bertanya pun dia tak izinkan.
“Pernah tak.. walaupun sekelumit, ataupun sesaat.. hati abang mencintai Eian? Seikhlasnya sebagai seorang isteri tanpa melibatkan dendam yang Eian rancang. Pernah tak?” lancar saja ayat itu meluncur daripada bibir walaupun agak kekok
Cinta? Sesaat? Nafas dihela kuat. Kalau dia tak cinta, nyawa di dalam perut Eian tak akan hadir. Wujudnya orang baru dalam hidup mereka sebab cinta. Kerana cinta? Tapi layakkah Eian mendapat cinta dia setelah apa yang berlaku? Dia bukan malaikat. Malah dia bukan khalifah yang sempurna. Hati dia tak sekuat itu menghadam setiap perbuatan Eian. Dia tak perfect!
“Cuba Tanya diri you.. layakkah you mendapat cinta sesiapa setelah apa yang you dah buat? Diri you layak ke untuk dicintai..”
Walaupun senada, tapi membunuh setiap cebisan-cebisan hatinya. Eian gigit bibir kuat. Menahan sebak yang mula menggigit jiwa. Ya, layakkah dia dicintai setelah apa yang dia lakukan? Silap dia.. berkorban untuk sesuatu yang memakan diri sendiri akhirnya. Dia kata, dia sanggup menghadapi risiko, tapi hakikatnya.. Tak!
Ukir pahit di pamer lalu dia geleng kepala. Menjawab soalan daripada sang suami. Ya, jawapannya dia tidak layak untuk dicintai.. walaupun sesaat. Bersama rasa sebak, dia berlalu dari situ. Dengan harapan yang hancur musnah, dia bawa diri. Menjauhkan diri untuk seketika. Jatuh cinta, amat menyakitkan. Dia terpaksa akui fakta itu.

No comments:

Post a Comment