KEN ~ HASH AULIA

KEN ~ Hash Aulia
PRE ORDER
HARGA :
RM 39 SM RM 46 SS IN POS

"Yang terbaik, bukan datang dengan segala kelebihan, tapi tidak pergi dengan segala keburukan."
That guy!
Santai berdiri di dinding sambil peluk tubuh. Tiada sebarang rekahan di bibir. Renungan setajam hilang, menusuk terus ke jantung.
Menoleh, pandangan mata bertaut tanpa sedar. Spontan jantung berdegup kencang. Langkah terhenti.
Sedetik berlalu, mereka saling bertatapan. Ada sesuatu tentang lelaki itu. Sesuatu yang dia rasa antara mereka ada kaitan.
Dek kerana ingin tahu, tanpa sedar langkah di atur ke arah si lelaki.
"Who are you?"
Jarak 10 meter. Kylie merenung tepat ke dasar mata si helang.
"Jangan terlalu percayakan orang yang baru you kenal." Suara serak basah menyapa gegendang.
Rokok elok terdampar ke lantai lalu dipijak oleh si lelaki.
Angkat wajah, si lelaki sudah berlalu bersama senyum menyeringai.

No comments:

Post a Comment